31 December 2008
#131 Pelanduk
Takut gak aku time kalut2 cenggini, kunun nak buat 2-3 keje skali gus aku salah campak
Nak campak sampah pegi campak henpon, pastu ter'angkat' sampah lak.... Haru!
So aku park elok2 kete aku, angkat phone dulu. Sambil tangan sebelah lagi baling sampah masuk dalam tong besar sampah tu.
Oh, kawan lama. Kawan sekolah call. Namanya Ibrahim.
Call semata2 nak tanya aku kat mana.
Katanya lagi, dia nampak seorang pompuan sebijik muka cam aku pagi ni.
Naik Myvi.
Confirmlah bukan aku kanz..... Sebab yang dia nampak tu nun di Johor.
Kata dia lagi, terkejut giler sebab muka kitorang sama.
Aku taklah heran sangat.
Sebab sebelum ni pun membe aku, Salimi pernah terkena jugak.
Call aku semata2 nak confirmkan minah yang ada depan mata dia kat Terminal Bas Larkin adalah bukan aku.
Sebab sangat sebijik dan dia hampir nak tegur.
Cumanya sebab minah tu jalan berduaan dengan sorang mamat yang tak dikenali, maka tak jadik lah dia tegur. Takut kena debik barangkali.
Aku gelak je. Bukan setahun dua pun kenal, takkan lah tak cam kan muka aku yang cute neh? ;p
Tapi, kalau dah Salimi pun tak dapat beza... apatah lagi Ibrahim kanz?
Agaknya memang serupa sangat kot.
Dulu, pernah lah sekali aku naik LRT malam2 buta dari Kerinchi ke Setiawangsa.
Kalau tak silap masa tu aku berdua ngan Sab.
Masa tunggu train datang, adalah sorang mamat ni tegur.
Tanya aku dari mana nak kemana? Kerja atau belajar dan bagai2. Yang peliknya dia tanya aku je, Sab dia buat nampak tak nampak je.
Well, sebab tak kenal kanz.... Mana bleh over ramah.
Agak2 je lah jawab yg mana patut.
Dalam LRT dia diri kat tiang betul2 depan sit kitorang.
Dia still dalam usaha nak borak2. Kitorang endah tak endah je. Saspen lah gak...
Kot perogol bersiri ker.... Penyamun ker..... Nak bomoh2 kan kitorang ke....
Sampai dia sound aku dah sombong skarang. Ntahapehaper......
Last2 aku fedap, aku tanya dia.... Kita ni pernah jumpe kat mana2 ker? Pernah kenal ker?
Dia jawab...... Haih, memang tak ingat ke buat2 tak nak ingat?! Sambil buat muka ketat.
Sah, aku pikir dia salah orang neh!
Actually, bahaya jugak ada pelanduk dua serupa ni.
Ko bayangkanlah si pelanduk tu tadi buat jenayah ke, perkara2 tak senonoh....
Alih2 tak ke haru aku yang kena tuduh. Haihh........ *mengeluh*
Tapi kan... takkanlah serupa 100% kan?
Maybe len kali jumpa ko kena check betul2...
Lesung gagak, tahi lalat, warna kulit, berat badan, cara cakap, gaya gelak dan bagai2.....
Takkanlah serupa 100% kan?
29 December 2008
#130 1430 Hijrah
24 December 2008
#129 Smart TAG.... hahahaha....!!
Tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.
Syarat dan peraturannya adalah;
1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
1. Saya teringin pergi Jepun, New Zealand, Belanda dan Mekah. Halah, Singapore yang seberang pun dah berkurun tak pergi.... Berangan je lah yang boleh!
2. Masa kecik2 dulu saya suka seorang budak nama Adi. Tak tahu sekarang dia dekat mana pun!
3. Saya punya 'lesung gagak' di kedua2 belah bawah bibir saya.
4. Sesetengah orang menyangka saya kidal, padahal tidak. Tapi, ada sesetengah perkara saya lebey gemar menggunakan tangan kiri.
5. Saya satu2nya anak perempuan dalam keluarga yang menonton bola, wrestling, F1, NBA, ragbi, dan bagai2 acara sukan lagi bersama2 abah saya.
6. Kawan karib saya yang pertama adalah adik saya, Amad.
7.Saya suka cari barang dalam gelap, walaupun saya dah berdiri dekat dengan suis lampu tapi saya lebih memilih mencari barang dengan teraba2.
8. Saya pernah jumpa pochong di ladang getah tengahari buta masa jungle tracking ketika tingkatan 3. Saya orang yang pertama nampak sebab saya depan sekali masa tu, tapi kami tak lari sebab kami innocent... hati suci semua (masa tu!)
9. Saya boleh tido dalam apa jua keadaan. Bising, senyap, gelap, terang, panas atau pun sejuk. Letak kepala kat bantal, saya terus nampak bulan bintang!
10. Saya seorang yang gayat.
11. Saya teringin nak bela iguana. Dan takkan bela binatang yang berbulu2 sebab hidung saya tak tahan habuk dan bulu2.
12. Saya benci perokok tegar!
13. Saya punya gigi taring yang tajam. Awas, ia bisa menggigit....*Grrr...grrr!*
14. Saya tak kisah mandi pagi, seawal 0530....... tadehal beb! ;p
15. Cita2 saya dedulu, nak jadik wartawan, ahli kaji bulan bintang dan pakar forensik. Last2 satu pun tidak. Inilah yang dinamakan kita merancang tapi Tuhan yang menentukan, ye dok?
16. Saya punya nenek yang bernama Puteh dan Hitam. Sebab mak dan abah saya sepupu, maka Hitam dan Puteh itu adalah adik beradik.
Saya tak kan tag sesapa, sebab tiada saper dalam pikiran saya........ Sekian.... :)
#128 BUILT TO LAST
#127 Yeehaaa!
Kali ni ke Melaka pulak.
Jangan cari kalau takde hal kecemasan.
Saya nak berpoya2 dengan orang2 yang saya sayang.
Yeeeehaaaa!!
:) :)
23 December 2008
#126 hari saya, hidup saya, cinta saya (v2)
Aku datang kerja dengan pikiran positif dan bersangka baik untuk sepanjang harini.
Aku senyum je biler kena usik.
Ada orang call tanya macam2, pun aku layan dengan baik. Sampai dia puas hati dengan semua jawapan2 aku.
Dan bila boss mintak aku attend 2 meeting bagi pihak dia yang mana kedua2 meeting tu bertindih pada hari ni, waktu yang sama.... aku still boleh rilek2 tenang.
Sebab aku berfikiran, dia dah berusia... 'maybe' pening2 nak suruh aku pergi meeting yang mana. 'Maybe' dia lupa dia dah suruh aku pergi meeting yang sebelumnya, atau 'maybe' dia yakin aku mampu handle situasi gaban macam ni. Aku tak mau bersangka buruk. Baik betul hati aku......pagi ni.
Masa nak keluar opis, aku minta staff wakilkan aku ke satu meeting supaya aku boleh attend meeting yang satu lagi. Dan aku masih lagi boleh berlapang dada masa bagitau pada dia, aku harap dia boleh independent pegi meeting, pegi site atau apa saja keje dan x bergantung terus pada aku but its ok kalau dia x mau pegi. Gile baik dapat boss mcm aku ni.
Aku drive ke KL juga dengan riang ria kenari. Lepas lunch dengan Sab, kitorang singgah tempat jualan coklat. Masa memula nmpk orang ramai2 aku cakap pada dia, kalau dah ramai cenggini malas lah aku nak beli. Tengok2 je lah kot. Tapi.... coklat ibarat magnet pada aku. Tak bleh elak! Dan ibarat cinta pandang pertama, aku terus je sambar sepeket coklat cherry Hershey's. Tak mau kasik orang len amik, last peket yang ada pon kat situ (ketika itu). Thanks lah Sab sudi beratur bagi pihak aku untuk bayar sementara aku draw duit kat ATM. Melayang lah 17 hengget stengah untuk sepeket anti-stress yang penuh nikmat.... haha!
Lepas tu kitorang berpecah. Sab balik opis, aku naik menara. Lepas solat aku belek email yang aku dah print. Aku baru perasan, pada reminder yang dihantar pada kami ditulis meeting di tingkat 19 utara. Tapi dalam email tu sendiri tercatat tingkat 22 selatan. Hokkay.... nak pegi yang mana sebenarnyer neh? Maybe aku patut pergi tingkat 19 dulu kot. Nasib baik lah aku ni ringan mulut nak bertanya, tak main terjah je duduk dlm bilik meeting. Dem! Bukan kat sini...... So haruslah aku segera memecut ke tingkat 22 sekarang..... Skali lagi aku kena kencing. Siyut betul! Aku dah mula nak menyumpah2. Last2 aku dapat tau meeting kat tingkat 16 selatan. Haperkejadahnye?!
Bengang betul aku! Aku rasa nak marah. Kalau dah tahu nak minta aku wakilkan, boleh tak ko tolong inform if ader apaper perubahan yang berkaitan? Tak lah aku rasa diperkotak-katik. Dah lah suruh aku pegi last minutes tanpa brief aku apaper pun , then assume aku sangat independent boleh carik sendiri bilik mesyuarat tanpa bgtau aku tmpt dah berubah. Tolong... tolong consider hati orang lain....
Masa aku keluar lif kat tingkat 16 tu aku jalan hentak2 kaki. Sebab aku rasa sebal. Aku masuk bilik meeting pun dengan muka ketat. Masa perkenalkan diri aku tak bleh nak senyum langsung. Awal mesyuarat aku buat muka sinikal, muka sarkastik. Ape pun orang cakap aku buat bodo je. Aku perasan, chairperson asyik usha pandang aku jer.... Maybe dia pun bengang tengok aku.
Aku tak peduli. Aku rasa selama ni aku asyik pikir hati orang. Apa orang akan rasa. Sesekali aku nak orang pikir pulak ape aku rasa. Consider nak amik hati aku. Sesekali aku teringin nak jadi selfish. Masa meeting tu nak je aku cakap ...."Unit saya tak mahu buat ni. Patutnya projek u all, u all lah yang buat. Kami cuma boleh assist je!" Tapi, aku bukan orang macam tu. Aku boleh cakap dalam hati je, hakikatnya.... aku asyik nak pikir nak please orang. Walau orang marah, walau orang kutuk sindir, perkotak-katikkan atau sakitkan hati aku... aku take it easy je. Tak simpan dalam. Separuh jalan aku beralah. Aku mula kendurkan urat2 tegang kat muka. Dan penghujung mesyuarat, aku senyum pada semua orang termasuk chairperson yang banyak kali salah sebut nama aku tu.
Lepas Asar, aku bergegas ke opis Sab. Masa sampai sana aku cepat2 letak beg laptop aku.... lenguh bahu! Aku mencangkung celah meja dia menghela napas penat sambil mengorek beg, carik bungkusan coklat. Aku hulur pada dia lebey kuang 7 ketul. Aku amik satu. Sambil mencangkung tu jugak aku layan.... Hmmm, sedapnya........ rasa dilamun cinta! Hahaha! Sab pun setuju......Kalah coklat stoberi Tok Ti....;p Len kali kalo jumpa lagi aku mesti borong banyak2!!
Coklat cherry... rasanya bagai dilamun chenta! Ahaks!!
22 December 2008
#125 Kekasih2 kecilku......
Nantilah..... ada masa, ada ilham aku post.
:)
#124 Seksi, Seks & Seksa
Pagi ni, kerja kat TTDI.
Sedang aku boring2 menunggu vendor sampai, pastu set up itu ini.... Aku terperasan satu benda yang menarik. Pelan lama yang dah lusuh dan warna kuning tertampal kat dinding bilik meeting. Apakah maksudnya ini? (Sila klik pada gambar untuk lebih jelas)
Adakah seksyen itu disebut seksi satu ketika dulu? Atau dedulu tak wujud perkataan seksyen lalu disadur saja dari bahasa inggeris dengan menukar perkataan section ke seksi? Atau tempat2 dalam pelan ini punya ranking keseksiannya yang tersendiri? Hahaha, aku rasa seksi ketika ini! *Sengih*
Aku balik opis tengahari. Punye lah ramai manusia hari ni. Bilik meeting semua penuh. Ada meeting, seminar, acceptance test, bagai2..... Akhir tahun kanz, paham2 je lah. Banyak lah benda bertangguh yg nak kena kejar.
Aku santai2 je hari ni. Masuk opis dah separuh hari. Semangat kerja pun haruslah tinggal separuh. Haha, keji betul perangai. Bosan2, seskali aku dok melawak2 bangang dengan brother2 yang mana hari ni cukup ahlinya. Sorang brother batuk. Oleh sebab ramai sangat brother, aku namakan dia brother kecik. Sebab dia berbadan paling kecil antara ramai2. Yang len2 sibuk menyahut sekali. Tiba2 brother kecik yang batuk tadi buka satu topik. Dia kata Sabtu lepas dia baca paper, ader fakta tentang lelaki akan bersin bila terfikir tentang seks. *Betul ker?* (Klik di sini untuk info lanjut : http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm)
Kitorang berbahas. Habis lah lepas ni kalau korang bersin aku lari jauh2. Kata aku. Haha. Lepas tu brother kecik sambung, kalau pompuan bersin x per lah? Haruslah takpe....! *Aku nak buat aper pun kat korang??!*
Pastu sorang brother lain (yang mana lebey layak aku panggil uncle sbb lebey tua dari mak aku!) tiba2 soh kitorang lukis gambo orang. Syaratnya hanya boleh guna bentuk bulat, segitiga, segiempat tepat dan segiempat sama. Tak bleh pikir panjang, lukis je ikut apa yang terlintas. Aku lukis dua model. Buat spare. Syak wasangka sebab tetiba dia soh lukis time2 topik hapekejadah macam ni. Masing2 melukis lah dengan penuh imajinasi kanak2 tadika. Korang pun boleh buat sekali. Kuiz personaliti neh!
Aku lukis orang dengan kepala berbentuk bulat, badan segiempat tepat memanjang ke bawah dan kaki tangan dari bentuk segitiga. Lepas semua orang melukis (tekunnya semua orang buat benda lagha!) barulah brother uncle ni bagitau. Kalau gambo orang dilukis banyak bentuk bulat, orang tu banyak memikir hal seks. Haha, semua orang lega. Sebab takde sesape antara kitorang yang kemaruk melukis bentuk bulat. Kalau segitiga, praktikal orangnya. Kalau segiempat stabil personalitinya. Haha, seimbang upernye aku nie. Kata brother yang len... Iya lah, kalau lukis bulat semua giler seks. Tapi kalau semua bantai bentuk petak, sumting wrong lah tu.......Xde nafsu namanyer.... betul lah jugak kanz! ;p Pastu brother uncle tambah lagi. Cuba korang tengok bentuk logo AF? Bahaya tu sebenarnya. Saperlah yang punya idea..... *Huhu, seram dowh!*
Tak berapa lama lepas tu, seorang brother datang ke tempat aku. Kami panggil dia Along. Tengah aku sibuk berdiskas dengan brother along tetiba brother tambi datang. Nak tengok jari tangan aku. Bahaya neh! Apa hal tetiba nak tengok jari orang neh?? Rupenyer brother partner dapat email, gambo bendi. Pastu dia tanya soklan bodo kenapa bendi dipanggil lady finger, sebab sama jari pompuan kah? Then brother kecik jawab pada brother partner dan brother tambi, dari tengok jari tangan baik jari kaki aku. Pastu.... diorang gelak puaka yang mana kalau ko dengar nadanya korang tau membawa maksud yang bukan baik. Dem!
Ini lah buruknya bila duduk dengan brother2....... Seksa sebab asyik jadik mangsa!
21 December 2008
#123 Hujung minggu saya
20 Nov 2008
Rasanya lama dah tak keluar pagi2 buta. Masa warna langit masih tidak jelas. Apa kah kelabu, biru atau jingga. Cantik. Udara sejuk juga masih berbaki. Segar.
Aku keluar rumah jam 0700 pagi yang mana kalau hari2 biasa aku masih seronok berguling2 dalam bilik. Atau ketika hujung2 minggu begini masih tarik selimut dalam rengkuk.
Jalanraya masih lengang. Pemandangan yang sangat mustahil jika ini adalah hari kerja.
Memandu juga jadi seronok. Sedar2 sudah lebih had laju. Sesekali.
Aku tiba umah Kak Su sebelum pukul 0800. Waktu yang biasanya aku baru sibuk bersiap nak ke pejabat. Masa berborak dengan mak Kak Su, dia tanya aku.
Awak asyik sibuk pergi kenduri orang.... kenduri awak bila pula?
Aku jawab ikhlas saja. Saya belum 'ada orang' makcik, lambat lagilah jawabnya. Mak kak Su senyum je. Kalau ngan mak aku takdenye aku jawab apaper, diam je sambil buat muka tapaham soklan.
Samalah si Su tu. Yang seeloknya cari masa belajar...... Tambah mak Kak Su.
Dulu tak terpikir makcik.... *Senyum*
Hari ni, balik JB lagi. Kenduri kawen (Mawi? ;p) membe kat Kota Tinggi. Kitorang gerak dari Seremban adalah dekat2 kol 0900. Sebab Kak Ika datang lewat, tayar keta pancit katernyer.....
Dek sebab lama tak jumpa masing2 ada lah cerita nak dikongsi. Berselang seli dengan kisah2 Mawi-Ekin yang menikah pagi ni.
Kitorang sengaja pasang radio era, nak dengar siaran kat majlis kawen depa ni.
Alahai, orang kita memang cenggini kan? Suka sangat amik tahu hal artis2.
Kadang2 kesian jugak lah dengan artis2 ni. Kawen pun susah.
Semua orang pakat menyibuk. Berapa harga hantaran, apa tema nya, buat kat mana, berapa kos berhabis, kat mana honey moon, sapa sponsor itu ini.
Ya, sampai lah imam yang menikah kan pun turut sama tempias glamernyer... hehe
Aku bagitau pada Kak Su dan Kak Ika, perasan tak, kita asyik pergi kenduri kawen membe2. Sampai satu tahap, masa kitorang kawen membe2 datang kenduri kitorang plak.... time tu masing2 dah kendong anak. Haha.... Mungkin begitu lah nanti!
21 Nov 2008
Aku sampai rumah pukul satu lebey. Masa tu melodi masih bersiaran. Sedang dihadap hosmet aku dengan tekunnya. Bertolak dari JB dalam kol 0930. Aku rasa perjalanan sangat sekejap, tapi letih bukan main lagi. Aku solat dulu, pastu layan TV. Tgk Nona. Separuh jalan, nona ke mana.... aku dah ke mana. Kol 1500 sambung tgk Hana-Kimi kat 8TV. Pun separuh jalan. Separuh lagi dah nampak bintang! Mata aku macam digam-gam. Lama dah rasanya tak tido tengahari cenggini. Selalunya aku just terlelap sementara nak tunggu azan Zohor. Ya, sunnah nabi..... Sedar2 aku bangun dah 1730! Hoho, tak bleh jadik neh......Pantang aku asar lewat! Ngan penuh gagah gigihnya aku bangun, mandi, solat..... then, hapdet entri ni dengan riang ria nya.....
Dah takde keje sangat dah ni, hapdet blog je lah.......
19 December 2008
#122 Cover sket plezzz!!
Pagi ni korang datang dengan lawak tido tak pakai spender!
Hellloooo....... Ada anak dara di sini hokkay!!
Agak2 lah korang walau hanya melawak cuma......
*Mujurlah bawak headphone arini, sparuh malu2 innocent aku tercover......*
-End-
#121 JODOH
Satu.
Kau bercinta sakan dengan seseorang yang mana dia akhirnya bukan lah jodoh yang telah Yang Esa tentukan untuk kau.
Frustkah kau kerana dah membuang begitu banyak masa bersama orang yang salah?
Dua.
Kau bertemu, berteman sebentar dengan orang yang akhirnya kau tahu tiada kena mengena dengan jodoh dan masa depan kau.
Mampukah kau menganggapnya sekadar selingan dalam pencarian dan mengabaikannya pada pertemuan pertama?
Tiga.
Empat.
18 December 2008
#120 Aku kanz....... :D
Oleh sebab syarat nya hadiah hendaklah berharga minimum 5 hengget, maka aku buat kepeutusan nak beli kat kedai 5 hengget jer. Aku offer diri sapa mau kirim, aku boleh tolong borongkan untuk semua orang. Dan, 5 orang berminat dengan tawaran keramat aku. Campur aku, 6 hadiah aku harus borong.
Lepas lunch, kol 2 lebey aku cabut. Slambe tuang keje lagi untuk kali yang keberapa tahun ni.
*Haiiihh, nampak gaya kena buat azam baru kena kurangkan tuang keje macam neh!*
Aku kuar dengan membe. Sempat beramah mesra dengan adik guard sementara tunggu membe datang. Juga sempat terserempak dengan En Bintang Tiga di tangga. Apapun yang terjadi tak perlu jadi penghalang untuk kita bertegur sapa walau setakat kata 'hai'. Perpisahan, masih boleh jadi indah.
Puas meronggeng, aku balik dalam kol 3 lebey. Membe2 opis termasuk brother2 serbu aku.
"Mak aih, banyak nyer!"
"Dah kater nak beli 6 barang...."
"Semua skali braper harga?"
"33 hengget termasuk pembalut hadiah..."
"Biar betul.... semua ni 30 hengget jer?"
"Lor, dah saya kater beli satu barang 5 hengget.... 6 barang 30 je lah...."
"Terer ko shopping? 6 barang, lain2 plak tu.... tak sampai brape jam je...."
"Well...... Aku kanz...... "
;p
;p
;p
17 December 2008
#118 I'm not happy.....
Bila sorang takde kat opis, sangat lah sepi ruang kerja yang terceruk ni. Tu lah, time ada kadang2 rasa rimas, menyemak je.
Aku dah membayangkan pelbagai kemungkinan sekarang.
Hokkay, otak aku penuh dengan plan sebenarnya.... Dan kalau plan dipaksa jadi MC ni diteruskan bermakna aku terpaksa cari satu lagi ruang dalam paler otak untuk acara haramjadah tu.
Aku tak sudi dan tak rela sebenarnya. Tambah2 lagi brother partner tak sihat. Aku syak dia akan MC sampai hari kejadian. Kalau pun sihat, aku dengar dia terpaksa standby pada malam kejadian untuk kerja2 migration sistem. Confirm bukan takkan jadi MC malam tu. Huhu, lengkap lah alasan untuk aku sakit kepala hari ni.
First plan, nak balik JB wiken ni. Kenduri kawen. Sabtu. Kota Tinggi. Kalau aku nak pergi sana pastinya bukan dengan JEJAKA aku. Buah hati tu dah terlalu penat untuk aku ajak. 2 kali berulang JB-Cyber untuk 2 minggu berturut2. Aku rasa dia perlukan rehat. Poket aku juga tenat sekarang. Walaupun gaji awal bulan ni, bukan bermaksud amaun gaji aku akan lebih dari bulan2 sebelumnya. Kena budget. Minyak dan tol. So, menumpang aja lah jawabnya. Pilihan yang ada. Satu-satunya. Kak Su. Seremban. Menumpang ni pun satu hal. Kalau kenduri kawen lazimnya berlangsung tengahari. Lalu pukul berapa pulak aku nak start gerak dari rumah ke Seremban kemudian gerak pula ke kota Tinggi.
Maka majlis makan2 yang berlangsung pada malam sebelumnya haruslah aku abaikan saja.
Pertama, sebab aku memang takde mood nak pergi. Kena buat benda yang ko tak rela. Apa kau fikir aku akan rasa?
Second, kalau aku selamba tarik diri jadi MC tapi aku hadir juga dengan rasa tak berdosanya. Apa kau fikir reaksi orang lain terutama orang yang memberi cadangan haramjadah tu nanti?
Ketiga, abaikan apa aku rasa dan apa orang rasa..... Fikirkan badan aku yang menanggung penat lelah sebab majlis tu di jangkan tamat jam 2300 malam. Kol baper aku nak sampai umah yang dah tentu2 jauh dari tempat majlis tu, then kol bape baru aku tido dan kol baper pulak aku terpaksa bangun untuk rush ke Seremban kemudian ke Kota Tinggi??
*Hilang napas!*
Second plan, andai tak jadik aku pergi Kota Tinggi dengan sebab mak aku tak bagi (sebab dia kata Kota tempat favorite banjir kilat) atau sebab2 yang lainnya, aku dah buat appointment dengan Perodua untuk servis JEJAKA aku Sabtu ni sebenarnya. Punya lah susah payah aku bertekak2 dengan minah Perodua tu nak carik hari yang seswai... last2 nak kena kensel plak. Dem! Ye lah... masa aku booked tarikh tu aku tak tau plak aku akan pergi majlis lain. Sebab aku memang takde niat nak balik JB pun. Budget beb! Tapi, dah sebab Kak Su pelawa pegi sama naik kete dia, haruslah aku pertimbangkan balik appoinment aku tu.
*Muntah darah*
Third plan, kalau tetiba datang angin songsang aku nak pergi plak majlis tu nanti......
Hokkay, aku tak mau letakkan ni sebagai pilihan. Aku kensel! kensel! Aku dah pikir abes neh! 2 pun dah jadi masalah, tak perlu tambah satu lagi. Apa aku patut buat sekarang? Ya, nekad saja aku send email pada sang menejer minta mahap, cakap nak tarik diri, bgtau ada hal lain lebey urgent, soh ganti dengan orang lain.
*Ya.... kadangkala aku boleh jadi sangat selfish! Percayalah!*
Tapi, aku tak gembira dengan apa yang aku buat sebenarnya.....
-End-
16 December 2008
#117 Apa yang saya rasa saat ini.......
Bangang
Bengang
Bengong
Bingung
Bongok
Bodoh
-End-
#116 -MC-
*grin*
Runsing semalam masih bersaki baki tapi mood pagi tak patut rosak kerananya
Sorang membe ajak breakfast sama,layan... lagi pulak opismet2 aku dah makan dulu tinggalkan aku
Macam tau2 aku nk kuar makan dgn membe
0930 aku masih berfoya2 tak masuk opis lagi padahal meeting aku start masa tu
Ya, dan macam biasa... asal aku buat keje haram mesti terkantoi
Brother dah siap telepon bertanyakan kemanakah aku ghaib tiba2
Sbb ader sorg manager carik katernyer
Aku berlagak macho bgtau pada brother yg aku akan carik sang menejer tu sebaik saja sampai opis
Sampai2 opis dengan lenggang mak limah pulang petang tu aku disergah sang menejer tepi pintu
Hah, kemana?
Dah la pegi sorang2, makan jauh2 plak tu
Ni makan ngan sape neh? boifren?
Ya, tipikal bapak2 dalam drama melayu usop aslam
Aku nyengih liar je.... ayat defensif tak berlaku di situ
Malas... dah memang salah aku pon
Lagi pulak aku kejar masa nk ke mesyuarat
Nanti jumpa saya 1130 kat bawah katernyer
Mesyuarat aku tangguh jam 10, jadiknya adengan kalut berlaku lagik
Sini meyuarat, sana panggil diskas..... adoi....
Aku mabuk dalam bilik beku
Badan aku dah jadik tunggul sejuk
Kepala menerawang ntah ke mana
dan perut aku? overload dgn tosay
Aku terkejar ke bawah pulak
Ingatkan aper mende lah yg penting sgt nk dibincangkan
Rupernya, ini acara paksa rela, acara cari pasal
Takde pilihan
Dipaksa jadik MC untuk majlis makan malam opis kitorang Jumaat nanti
Wut????? NO WAY!!! Dah lah majlis Jumaat hari ni baru nk bgtau...! Ingat saya aper?? Seumo idop, tak pernah lah saya jadik MC....sumpah mati idop smula pon saya takmau!
*histeria*
Ya, kalau lah itu mampu terluah dari mulut aku.....
Segala hikmah & jurus2 eskapisme aku tak dpat aku praktikkan disini
Aku macam kena pukau, menurut aja
Dem!
Sudah tu, temanya pulak kasual hijau atau merah
*0ooOoo...saya mahu pakai baju elf di musim krismas lah kalo begitu!! rolling eyes!!!*
Hokkay, aku xde baju kasual baik yang berwarna merah mahupun hijau!
Ape perlu aku bershopping baju semata2 untuk acara satu malam yang aku sangat tak rela nk datang tapi terpaksa datang?!
Sengal.
Aku jeling pada brother, partner MC aku nanti
Mlm semalam kitorang berchatting, dia kata dia nk MC hari ni sbb sakit tekak
Aku jugak yg gatal2 sound ... kalo takat sakit tekak, tangan masih mampu buat keje
Tu lah kater orang, kerana mulut badan binasa.... haiihh, binasa dah nie.....binasa.....
Kalaulah aku boleh tarik balik kata2 aku semalam, mesti brother dah MC hari ni
Mesti sang menejer dah carik orang len, dan semestinya aku tak terheret sama sekarang
Aku rasa bangang.
Spanjang hari aku nerves
*Siyut... aku benci perasaan ini! >.<*
Baru aku nak bersemangat hari ni, mood aku dah rosak sebab hal yg hapekejadah
Aku bukak lagu, tak kuat sgt... tp cukup lah untuk brother2 keliling dengar
Aku slambe nyanyi sesedap hati aku... terapi untuk diri sendiri
Brother2 usik aku, dah praktis suara ke untuk majlis
Aku buat bodoo.... Ish, kenapa lah aku tak kata tak mau je tadi??!!
Aku dgr brother partner dah batuk2 kuat
Dah makin teruk sakit tekak, mcm mana nk jadik MC?
Hadoi, jgn lah ko MC nnt.... kalau orang len jadi partner, lagi lah demam aku neh!
Ya, cuba ko pikir......aper akan jadik kalau si MC-MC ni amik MC pada malam kejadian?
15 December 2008
#115 Kisah aku dan dia
Lama dah aku bertekad nak bagitahu
Cuma kau tak tahu nak sampaikan dalam bentuk yang macam mana
Berkias, bergurau, menyindir, putar belit, straight forward?
Akhirnya malam selepas kitorang tengok wayang dia msg
Aku dah agak dah dia mesti akan msg tapi tak sangka pulak hal tu yang dia bangkitkan
Tanya kat mana letak duduknya dia dalam hidup aku
Aku kira makin lama aku diam makin membebankan
Aku jujur je pada dia
Katakan yang aku tak pernah main2 untuk dia
Berusaha memberi tempat dalam hati aku macam mana aku punya ruang dalam hati dia
Tapi, bab hati memang tak boleh di paksa2
Aku terpaksa terus terang bagitahu yang mana sampai saat ini aku masih tak boleh anggap dia lebey dari seorang kawan
Aku minta maaf kalau aku dah buat disakit hati
Aku tunggu dia balas semula msg
Kot2 lah dia nak maki hamun aku ker, nak meraung merayu ker aper
Lama dia tak balas
*Suspen.....*
Alih2 dia sms lagi, tanya aku dah balas ke tak sms dia tadi sebab phone dia tetiba buat hal
*Herk! pitam!*
Aku forward semula sms yg aku send
Tak lama lepas tu aku terima reply dari dia
Katanya, dia x terkejut pun dengan jaawapan dari aku
Mungkin agaknya selama ni jelas sangat pada dia
Tapi dia juga tanya mungkin kah kalau dia nak mencuba, masih ada peluang kedua
Aku katakan pada dia, peluang memang ada
Cuma aku tak nak dia berharap, sebab menunggu aku mungkin bukan sekajap
Aku tambah lagi, kalau sebab aku ader orang lain.... mungkin lah aku boleh mintak dia give up saja
Tapi, disebabkan aku tak punya SEBAB, so payah lah nak cakap
Jadi dia harap aku sudi spend satu malam untuk dinner dengan dia sebagai tanda 'farewell'
Dan aku pilih malam ni untuk keluar
Bukan aku tak sabar sangat nak putuskan hubungan
*Anyway, mmg tak pernah ader istilah 'hubungan' pun .... so xde lah istilah 'putusnya' kanz....?*
Cumanya memang payah nak cari masa sekarang
Masing2 sibuk, ader hal masing2
Kitorang keluar macam biasa
Makan2, kongsi cerita itu ini
Yang kurang cuma gurau senda
Itu yang aku rasa lah
Sempat dia tanya macam mana kalau dia nak 'berhenti' sampai sini je
Aku katakan pada dia, terpulang pada dia...
Lalu dia tanya lagi, macam mana kalau dia tak mahu berhenti
Aku katakan ayat yang sama, terpulang lah pada dia
Aku bagi cadangan, suruh teruskan saja hidup masing2
Kalau ada jodoh, pasti akan berpatah ke kita semula kan?
Sebab aku percaya qada' dan qadar Tuhan
Andai dia jumpa orang lain, go on! Dan aku takkan amik hati.
Ye lah, dari penat menunggu... last2 aku tak nak jugak. Tak ke naya hati orang jer? Ye dok?
Aku buat keputusan bukan sebab siapa2
Bukan sebab Jejaka Petunjuk
Bukan sebab Teman Pengirim Lagu Cinta
Bukan sebab mamat minus
Bukan sebab 'orang tua' yang sebaya pakcik aku
Bukan sebab itu bukan sebab ini
Aku buat demi kami
Demi aku dan dia
Melepaskan seorang lagi lelaki baik macam dia memang kerugian besar pada aku
Tapi, macam aku kata tadi.... Bab hati memang payah nak faham
Dan aku juga ingat, hal jodoh pertemuan semua dalam pengetahuan Tuhan
InsyaAllah, akan ada kisah baik lagi menarik di sebalik semua ni
*Ya, aku berfikiran positif!*
#114 Tentang Brother, perbualan dalam kereta dan siapa aku dulukala
Hanya untuk install bagai2 mak nenek yang aku tak tahu
Mulanya aku cuma mintak sorang brother ni tolong angkatkan CPU sampai ke kereta aku
Last2 dengan dia2 skali aku angkut ke KL
Aku kira perjalanan ke KL makan masa tak sampai stengah jam
Untuk orang yg x tau nk cakap aper, stengah jam boleh rasa sangat lama
Tapi kitorang pulak sampai tak perasan masa
Sedar2 dah sampai...... Banyak sangat hikayat nak dikongsinya
Dulu,
Masa mula2 brother ni masuk keje, aku meluat dengan dia
*Sori lah kalo ko baca!*
Aku manusia biasa
Ader rasa prejudis
Ader rasa menyampah kat orang dengan tak memasal
Ader rasa diri sendiri je bagus
Sebab aku rasa dia terlebih ringan mulut
Terlalu bersungguh2 nk amik hati orang keliling ngan sifat ramah mesra
Tapi, macam orang2 tua selalu kata
Tak kenal maka tak cinta
*Hokkay, itu cuma peribahasa bukanlah bermaksud aku sudah jatuh cintan ke aper.......*
Aku amik masa jugaklah nk adapt dgn sifat over friendly dia tu
Padahal aku sendiri ramah tamah orangnyer
Akhirnya, kami jadik geng2
Hari2 di pejabat mesti bergurau2 bangang, kongsi berita mau pun gosip murahan
Dan sungguh.... Aku rasa selesa lepak dengan dia
Sepanjang perjalanan pergi balik kitorang bercerita panjang
Dari sifat2 buruk pemandu2 kat malaysia ni, blajo kat mana dulu, tentang biasiswa, tentang ex-hosmet, idop macam mangsa banjir kat kerinchi... bagai2....
Dah macam mak2 dok bergosip ceruk dapur
Penghabisan cerita yang aku ingat, aku bgtau dia betapa aku rindu nak jadi aku yang dulu
Masa zaman2 sekolah
Aku sangat lain
Aku aktif, ceria dan kadang2 sengal otaknya
Aku bagtau dia, aku bukan lah sebaik yang dia sangka...Skema.
Dulu,
Aku merasa kena denda bukan je atas kerusi, atas meja pun pernah
Betis aku pernah berbirat dek rotan akibat bising dalam kelas, x brenti nak berborak
Pernah kena ketuk ketampi sebab tak siap keje skolah
Pernah kena sekeh kepala sebab salah jawab sifir
Pernah kena diri depan kelas ramai2 sebab sengaja melepak dalam library dengan chekgu ensem demi nak mengelak masuk kelas kemahiran hidup yang paling kami tak gemar masa tu
Sekolah menengah, aku pun ponteng kelas, panjat pagar lari skolah
Rasa diri macam hero filem
Sebagai ketua tingkatan untuk kelas paling depan pada tahun paling senior, aku rasa aku berkuasa besar
Seskali ader rasa diri terkenal kat sekolah,walaupun tak mungkin semua orang kenal aku
Seskali giler glamour, prasan bagus prasan diva. Kadang2.
Kalau nak gelak, aku gelak sakan.... gelak setan, gelak sampai sakit2 perot sampai mengalir air mata
Kalau nak marah, aku marah ikut tahap baran aku..... siap baling kerusi lagik
Macam citer tamil
Kalau nak maki, aku maki hamun saja ikut tahap lancang mulot.... Ya, aku pernah sound sorang mamat dengan bongkaknyer depan surau lagik.....
*Astagfirullah.... adik2 jgn tiru aksi ini di mana2 sekalipun yer!*
Kalau membebel, aku bebel ikut tahap mak nenek aku
Ya, perasaan tu yang aku rindu
Rasa bebas, rasa penuh semangat, rasa berani mati, rasa percaya diri
Tapi,
Sejak lepas aku masuk matriks, semua tu ilang
Aku jadi pasif
Sebab aku rasa diri macam alien, sebab aku x macam orang lain yang datang dari sekolah terer2
Aku skolah kampung, result SPM pun takat boleh buat bangga diri sendiri je
Semua orang nampak skema pada mata aku
*Matilah kalo geng heksasianoferat baca neh!!!*
Time semua orang blajo, aku je asyik melekat kat bilik TV tgk kartun
Time semua orang stay up malam, aku je pukol sploh dah kemaruk berselubung atas katil
Time semua orang buat study group, aku sebuk bergayut ngan mak abah kat public phone, tak pun mlepak kat bilik membe heksasianoferat yg len. Dina terutamanya.
Time orang len tido lepas suboh barulah aku study sorang2
Alien. Wierd. Freak
Hanya geng heksasianoferat je yang nampak aku normal.
*Hokkay, maybe diorang pun ader nampak 'kelainan' pada aku, aku je yg x tau.... ;p*
Dan aku sayang korang.... Sungguh!
Kat U, masih macam tu jugak
Bukan budak yang slalu datang lambat ke kelas
Atau budak bijak yg dapat straight A's setiap semester
Atau budak paling menonjol dengan killer questions
Atau budak nakal yang slalu tido dalam kelas
Atau budak yang paling glamer sbb suka flirt.
Bukan, tidak yang itu.... aku pun x mahu.
Aku bukan saper2
Cuma orang BIASA. Plain.
Kat opis, MASIH begitu
Garisan hidup aku malar
Takde turun naik
Kadang2 aku rindu diri aku yang dulu.
Ya, kadang2......
#113 Kebuluran.......
Aku sangat lapo skrg
Tak cukup lagi rupernye nestum secawan kat rumah
Serta bubur semangkuk penuh dan tehO kat kafe tadi
Jiran sebelah kubikel pulak kedengaran rakus mengoyak bungkusan biskot
Sungguh dugaan neh!!
Menyesal nya tak angkut stok makanan yang bagai2 kat rumah tadi
Laponyer....... Huhuhu........ :(
14 December 2008
#112 A-U-R-O-R-A
Aurora oh Aurora
Penting kah kamu itu
Kenapa aku terbeku
Aurora oh Aurora
Terlalu disanjungi
Telah di tanya mengapa
Kutatap berseri berwarna hijau
Yg menawan sanubari
Walaupun jauh..kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari
Aurora oh Aurora
Dari manakah kamu
Kekal kamu sungguh jauh
Aurora oh Aurora
Tidak ada gunimu
Sanggup aku tetap menunggu
Terdiam kerana berwarna ungu
Kuputuskan biar bisu
Walaupun jauh..kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari
Malam ini aku sendiri
Menumpu langit sambil berkata
Gembira kamu di sana
Harapan tersenyum berwarna merah
Ku tahu kau selamat
******************************
#111 H.U.J.A.N
Hujan.
Sejuk.
Dulu,
aku pernah berkongsi rasa dengan sorang teman
Aku paling suka hujan di Pilah
Sekarang,
Masih hujan di Pilah yang paling aku rindu
Paling buat aku sayu
Terutama waktu petang macam ni
Kalau hujan, aku akan duduk kat meja belajar menghadap tingkap
Aku letak dan buka satu buku kat depan aku
Biar nampak macam aku membaca
Padahal aku akan habiskan masa merenung tingkap sepanjang petang
Tengok pemandangan luar
*Ya, ala-ala budak misteri.......*
Dulu,
Masa masih belajar kat U
Tahun akhir
Aku ader hobi menangkap gambar kilat
*Hokkay, maybe aku agak freak......*
Masa tu aku amik matapelajaran high voltage
Kata prof, kelajuan lightning adalah nano seconds
Sangat pantas
Aku cuma nak mencabar diri sendiri
Aku berhenti bila aku berjaya menangkap satu
Dan aku masih simpan gambar kilat tu buat wallpaper
Walaupun aku dah tak guna lagi henpon tu
Sekarang,
Juga hujan di luar
Tapi pemandangan langsung tak sama
Aku tak nampak hutan Pilah kat luar
Yang mana ada ayam misteri yang akan berkokok jam 3 pagi hampir setiap hari
Takde pokok2 dan bukit yang sayup mata memandang
Juga takde rumah misteri yang aku selalu dengar orang bermain piano di tengah malam
Juga aku tak mampu menangkap gambar kilat
Walaupun aku dah ada kamera yang lebih baik dari henpon lama aku
Aku benci pemandangan dari bilik aku
Hanya nampak blok depan dengan deretan kereta di tempat parkir
Tapi, macam mana pun....
Aku tetap suka kan hujan
Aku sukakan angin sejuk yang segar masa hujan
Aku sukakan daun2 yang berterbangan
Aku sukakan bau rumput yang basah selepas hujan
Aku sukakan langit yang berwarna kelabu
Juga, aku sukakan pelangi selepas hujan
Ya, dan hujan selalu datang bersama rahmat dari Tuhan......
#110 Jack
A'ah.... Jawab hosmet aku
Sama si Jack...... Jack...Jack aper arr nama dia? Tambah dia.
Jack Hugh Grant. Aku. Konfiden
Oiit salah lah!Hugh Jackman..... !! Hosmet aku yang sorang lagi
Kami ber3 ketawa
Aperdah.... Jack Hugh Grant jadiknyer..........!! ;D
Muahahahahaha!!!
#109 Teman Pengirim Lagu Cinta
Sebab aku rasa dah lama tak tengok wayang, aku teringin pergi hujung2 minggu mcm ni
Aku pilih filem terbaru arahan Afdlin
Sebab dia genius
Juga spastik
Aku cuma perlukan membe buat peneman
Dalam otak aku dah terbayang siapa
Sebab aku berhujung minggu kat KL aku tukar plan
Ajak Ros boleh jugak
Tapi, aku tengok Ros serabut
2 malam aku cuma stay kat umah je
Layan TV
Sebab Ros sebok
Banyak keje, sejak jadi lecturer tambahan
Aku saja tak mau kacau dia
Aku ajak En Bintang Tiga dengan tanpa berperasaan
Sebab aku teringat kata2 membe aku, Salimi
Dia kata aku ni keras sgt
Seskali aku patut mulakan dulu
*Hokkay... i'm trying.......*
Petang Sabtu sorang membe aku sms
Ya, dia pengirim lagu cinta aku
Ajak ke Alamanda layan movie
Padahal asal2nya dia yg aku terpikir nk ajak
Aku tolak sebab aku dah janji dgn En Bintang Tiga
Juga sebab aku stay kat KL mlm tu
Aku rasa hidup aku sangat spastik
Aku teringin nak ajak dia
Dan dia pun ajak aku
Tapi last2 aku pegi dengan org lain dengan hanya separuh hati
Aku mendera hati semua pihak.
Tuhan memang nak duga aku
Masa nak masuk panggung kami berselisih membe aku ni
Ah, sialan!
Aku tak sure dia nampak aku ke tak
Yang aku tau jantung aku macam nak pecah masa nampak muka dia
Sepanjang menunggu nak masuk wayang, aku cuma sembunyi blakang tiang
Sebab aku takut Teman Pengirim Lagu Cinta aku akan nampak
Paranoid!
Dem! Aku benci diri aku sendiri!
Semenjak akhir2 ni aku mmg x jumpa dia
Aku siap yakin kan diri sendiri yang aku dah lupa macam mana muka dia
Padahal aku tahu sampai mati pun aku takkan lupa
Bodoh.
Aku tak pernah mengelak dari bertembung, apatah lagi berjumpa
Cuma setiap kali dia ajak keluar, aku rasa dunia keliling aku ancamkan 1001 alasan untuk aku
Tak tahulah apa yang Tuhan rancang untuk aku
Aku tak kisah bertembung dengan dia
Kat mana skali pun
Dengan siapa pun
Tapi bukan masa En Bintang Tiga ada bersama
Bukan yang itu.
Yang aku ingat, aku pandang je muka Teman Pengirim Lagu Cinta waktu berselisih yang tak sampai 5 minit tu
Tapi aku sikit pun tak pandang muka En Bintang Tiga sepanjang aku keluar dengan dia hari ni
Ya, aku tahu
Aku mungkin masih sayang kan dia
Sikit.
Okay......
Aku tak pernah sayang pada En Bintang Tiga
Mungkin.
-End-
#108 Keramat, Caci Maki dan Rumah Sepi
Aku buat onar mencemar keberkatan jumaat
Meeting kat KL pukul 3 tapi kol 11 lebey aku dah cabut tinggalkan opis
Tapi aku dah maklumkan berita pencabutan aku pada boss masa dia call aku mintak update bagai2 projek
Hokkay, aku mungkin nakal sbb suka tuang keje... tp aku skema! ;p
Sebelum ke KL aku singgah Subang Jaya
Pegi opis pakcik aku,
Pastu pegi umah makcik aku
Hantar kek yg mak pesan soh bagi kat diorang
Slambe je buat aktiviti terlarang time keje
Dekat kol doblas stengah sampai KL
Sebab semata2 nk makan ikan bakar,
Aku dengan Sab penuh relanya menapak dalam tengah2 panas tu
Actually sebab jarak perjalanan yang agak boleh membakar lemak aku yg x seberapa ni.....
Aku rasa macam tak brape nk cukup aper yg aku makan tadi
Aku mcm nk cakap kat Sab aku masih lapo.......
Tapi aku rasa dia mesti tuduh aku makan x baca doa
Sbb aku dah makan bnyk tadi
Nk buat cam mana....
Tengahari ke surau masa lepas solat aku gatal2 menimbang berat
Aku panggil sab untuk tunjuk angka kat penimbang tu
Jadi saksi yg akhirnya aku dah cecah berat piawai aku
Aku syak penimbang kat umah rosak
Sebab selama aku timbang hari2 angka nya tak pernah bertambah
Statik je sejak hari terakhir puasa hari tu
Bukan men suka lagi aku
Tapi kalo tgk pergelangan tangan aku skrg ni.....
Jam tu dah boleh aku pusing2kan
Sangat kecik dah tgn aku skrg
Suar jeans yg aku pakai pun dah rasa mcm suar pinjam
Longgar.
Besar.
So mana yg aku nk percaya?
Penimbang rumah atau penimbang surau?
Drive balik, aku rasa lama dah aku tak tempuh jalan KL ni
Terlalu banyak benda yang ' rasa-dah-lama-tak' lately ni
Rasa dah lama tak singgah umah keramat
Rasa dah lama tak tengok wayang
Rasa dah lama tak tido sampai tengahari buta
Rasa dah lama tak shopping baju baru
Rasa dah lama tak main layang2
Rasa dah lama tak melepak ramai2 dgn membe
Rasa dah lama dah tak makan ABC......
Masa on da way balik lalu kat area pasar keramat
Tau2 je lah jalan sempit
Kete parking tepi2 jalan
Bebudak men basikal lalu lalang sesukati
Orang plak melintas ikut tahap berani mati masing2
Ader lah plak sorang makcik ni
Slambe je aku tgk dia pakai tshirt dgn kain batik
Kalo mak aku pakai cenggini kuar umah, sangat patut kena ceramah panjang ngan aku!
Dah la tshirt tu dia pakai dalam kain batik tu......!
Kalo org naik moto lalu sambil tarik kain batik....Lu pikirlah sendri!! >.<
Okay... mungkin aku je yg berpikiran jahat
Tp aku rasa cam nk sangat turun kan tingkap masa lalu seblah dia
Pastu jerit kuat2
Makcik! Dah xde baju len ke?
Yg pi pakai baju tido apehal?!
Pi balik tukar skrang!
Tp.... tu lah kanz........
Dah mmg bukan mak aku
Mak aku kat umah pun x pakai tshirt ngan ken batik ni
Ape kelas katernya......
Emak aku kat umah pakai baju kurung kay!!
Tak caya?
Sila datang umah secara mengejut, korg boleh tgk kod pakaian mak aku di rumah
Lepas makcik tu pegi jauh dari mata kepala aku
Muncul lak sorg pakcik ni
Actually dia x muncul, dia mmg dah ader kat situ
Tgh betulkan moto tepi umah yg sgt dekat dgn jalan yg sempit ni
Hokkay, aku bukan nk sgt tgk pakcik tu
Tapi sbb dah ko dok umah yg sgt dekat dgn jalan
Jalan tu plak sentiasa sebok.......
Boleh tak ko pakai baju demi menutup perot ko yg sangat boroi dan hudoh tu?!
Ye, dan sekali lagi aku rasa nk menjerit
Pakcik! Musim2 hujan ni sume baju pakcik dah abis basuh ker?
Sampai xde baju nk pakai?!
*Bengang!!*
Kemudian ader seorang anak dara (anak dara ker?)
Dengan sorang mamat melintas depan aku
Ko patut tau biler badan ko saiz XXL,
Ko tak layak pakai tshirt saiz S
Dengan babat berlapis yg x mampu ditutup kat perut
Selamba je dia pakai tshirt saiz adik aku!
Warna putih plak tu!! >.<
Siap padan dgn jeans low cut yg tak mampu tutup alur *tuut* kat blakang!
*Dem!!*
Selain mengundang caci maki orang sekeliling.........
Aku rasa minah ni sangat merbahaya
Boleh mengundang eksiden biler mana mat2 moto tak agak2 menoleh 2 kali untuk nk pastikan aper yg diorang nmpk!
Ye aku rasa ketagih nk maki orng sekeliling aku hari ni!!
Aku tarik napas dalam2 masa sampai dlm kawasan perumahan
Baru rasa longgar semua urat aku
Sepanjang memandu aku rasa seluruh badan aku krem. Stress.
Tu lah, biler hati tak bersih badan pun x sehat
Len kali maki2 lagi orang
Konon buat terapi puaskan diri sendiri
Rumah lama sangat sunyi
Bunyi langkah sendri pun sangat lantang pada telinga aku
Rumput dan lalang dah meninggi diri sekarang
Masa aku sampai cuaca dah gelap
Aku rasa rumah tak ubah macam rumah2 misteri dlm movie
Rumah besar yg tak berpenghuni
Sunyi
Gelap
Menakutkan
Lama aku berdiri pandang kawasan keliling rumah
Sayu betul rasanya
Dulu, masa aku masih penghuni kat sini
Tak macam ni pun perasaannya
Meriah, ceria, rumah ni 'hidup'
Mungkin sekarang makcik dah takde
Fatin pun dah takde
Aku juga takde
Rumah takkan berseri andai penghuninya sepi
Aku cuma boleh berharap
Satu hari, sebelum rumah ni bertukar tuan......
Rumah ni boleh kemabali 'hidup'
Macam rumah yang dulu.
12 December 2008
#107 Hati
keras seperti batu
Benarkah batu yang paling keras?
Tahu kah engkau bahawa hati adalah lebih keras dari batu
andai ianya sepi, dingin dan beku?
Engkau hanya perlu biarkan ia terus begitu
Hingga satu saat yang tepat
Jika engkau menggenggamnya terlalu kuat
Ia akan retak atau pecah
Jangan pernah berniat mahu mengukir nya ke bentuk yang lain
Ia mungkin berderai
dan takkan bercantum ke bentuk asal kembali
Kalau engkau berniat untuk memegang hati itu
Engkau perlu lakukan dengan perlahan
Berhati-hati
Dan sabar
Ia akan hangat
Lembut
Dan berwarna cinta
Merah jingga, merah hati, juga merah jambu
Tapi
Engkau harus berhati2
Kerana apabila dinginnya hilang
Hati menjadi sangat lembut
Ia mudah terluka
Mudah robek
Dan berwarna merah
Warna darah, warna air mata, dan warna derita
Tahu kah engkau bahawa hati adalah lebih keras dari batu
andai ianya sepi, dingin dan beku?
10 December 2008
#106 Innocent
#105 Marcapada
Rumah kampung.
Selalu.
Dulu-dulu.
"Setiap kali hujan lebat, saya dan keluarga tak lena tido malam. Takut tanah runtuh, sedar2 bumbung rumah dah kena timbus...."
Rumah banglo.
Kadangkala.
Sekarang.
Ironinya hidup bila bumbung rumah menjadi piawai keselamatan dan harga nyawa manusia.....
04 December 2008
#104 Freaky!!
Dun wori....kami guna IM yang company buat khas untuk kami
Soh bagi lebey produktif.... Ahaks!!
Aku bgtau dia, aku nak balik JB lagi esok
Nak sambut aidiladha kat sana
Dia kata aku johorean freak
Sebab asyik nak balik jer
Sukati lah nk kater aper....
Hahahhaha
Cakap pasal freak ni
Dulu ader sorang budak praktikal kat tempat aku keje
Dia buat something kat opismet aku, niat bergurau
Ntah mende aku x ingat lak
Tapi yang aku tau lepas brother ni terkena gurauan adik praktikal tu dia cakap
"Ni mesti idea ..........(Nama aku) ni"
Aku jawab...... "Apsal lak tetiba aku kena neh?"
"Sebab kalo idea2 mcm ni org freak cam ko je buat"
Chet! Tuduhan! Fitnah!
Aku x tau pun maksud freak tu aper!! >.<
Yang aku tau innocent jer..... ;p ;p
#103 Tolong pergi jauh dari saya......
Selalu.
Dan bukan seorang.
-End-
*Nota: Seorang membe pernah tny, jengkel tu aper?
Yang aku mampu jawab....Ya ampun......Ko neh!!!
03 December 2008
#102 Bangun wey......bangun!!!
Kalo diorang tido masa lunch
Aku sket punya baik hati
Jalan kaver, x mau bunyik kelepek2 slipar
Volume kat PC pun aku low kan
Kalo tgh cakap kat phone, aku control suara
Tak mau kasik diorang terjaga
Tapi kan....
Time aku plak tido
Depa pakat bising kat 'pantry' blakang meja aku
Gelak kuat2
Makan sakan
Lebih best lagik
Siap setkan alarm untuk aku 'bangun'
Tenenenet...tenenenet...tenenenet....... Memekak!!
korang memang keji!!
#101 Sekarang ni 0830 lah plak!!!
Bunyik mcm breakfast McD je kanz??
Hahahaha....... McDapur aja!
Takde mimpi aper, cuma rasa nak buat aja.....
Sebab terlalu banyyyaaaakkk masa pagi tadi......
Kononnyer lah!!!
Lepas suboh nekad x mau tido semula
Iron seluar, kemeja dan tudung sambil layan 8TV
Lepas tu rasa cam gatal2 nk buat breakfast lak
Masak burger sebab terasa nak menjadik mat saleh sekejap...Ahaks!
Sambil tu masak air....
Siap masak, bancuh milo panas
Pastu mandi ala2 santai
Kengkunun lambat lagik nak kol 8
Lepas mandi sambung ngadap TV, sambil makan burger
Rilek-rilek ayam.....
Alih2 tgk jam dah 0815!
Demn!! Lambat lagik lah ni!! >.<
*Kelam kabut spastik!!*
Cepat2 basuh pinggan cawan
Bersiap ala kadar je
Tak pe, x make up pun mmg dah cun
Natural beauty kater orang.... ;p ;p
*Sempat perasan!......;p*
Beep - SMS dari sorg membe
Jalan jammed teruk
Demn!! Dah la mmg lambat........!
Rilek....Rilek....... Tenang, tenang
Sambung tgk tv
Sambung rilek2 ayam
Dah alang2 lambat, x yah lah terkejar2
Kuar umah kol 0830
Giler macho
Redah jammed dengan mulut yang menyumpah2 kereta yang mencelah
Berkat pagi hilang sudah!
0853 punch card
Opismet semua dah turun breakfast
Agak2 kalo kuar 0815 pun sangkut gak kan?
Kalo x gatal2 buat breakfast still sangkut dalam jammed kan?
Still lambat gak kan?
.
.
.
Kadang2 Sixth Sense pun berguna tau!
*Ayat kaver aja!...;p *
01 December 2008
#100 - Bulan bintang ku bertemu
Bulan dan bintang kelihatan berdekatan
Bulan sabit umpama senyuman yang terang dan 2 bintang yang berdekatan umpama mata yang bersinar
Menyerupai rupa org sedang tersenyum
Cepat2 aku message sorang membe yg percaya roket pernah diparkir blkg umah dia serta batu meteor pernah jatuh di situ yang juga sangat minat dalam kancah fotografi
- Kalo kamera ko cukup canggih snap kan la bulan bintang mlm ni. Nnt send kat aku k! tq!
Beep.
-Kalo la kamera aku tu aku xpinjamkan kat org yg membuatkan aku terasa thutang budi sgt, pasti dh aku snapkan utk ko dan aku persembahkan dlm format kalender
- Huargh.... Kalo lah xde 'kalau' dlm donia neh! Ko kijam! :(
Beep.
-Haha.. Kalo mcm tu kite ckp 'jika' jek lah.................*bla....bla...bla......pnjg lagik*
*Aku kuciwa*
29 November 2008
Bulan Sebelas : Antara belas dan ikhlas
Kot lah kalo terserempak lagik mamat minus tersebut haruslah aku mintak ajer no telepon beliau
Dari depan bilik training......Aku rindu nk tengok pemandangan ni lagi.........
28 Nov 2008
Aku buat keje luar Saja carik keje sebab x nak balik opis awal. Keji btol aku ni....;p
Buat appointment nak melawat kabinet2 area Pasir Gudang, maklumlah.... Menteri kabinet katakan! ahaks!
Yeah, puas aku dibawak ntah ke cerok mana2. Aku tau area2 tu, tapi slambe jer pakcik ni bawak ikut jalan mana2 ntah Alih2 tembus sini, tetiba keluar sana.... Fuh, kagum deh!!
Sedar2 dah kat sini je aku.........
"Tahu x jalan kat sini?" Pakcik.
Aku tersenyum saat melintasi umah Ibrahim, membe kelas aku dulu.
"Tu......." Aku isyaratkan mata aku kat arah sekolah yg bx brape jauh je pun
"Itulah skolah saya..." Aku.......Dan aku dgn otomatiknyer terkenang zaman2 persekolahan yang penuh warna warni tu...... *Owhhh, bagai pelangi dowh!!! ;p*
"Laa... Ye ker? Tapi dengar cite skolah ni skolah bagus" Pakcik. *Rolling eyes*
"Haha, sekarang memang lah. Dulu masa saya, skolah ni penuh rekod jenayah" Aku, merendah diri sambil berkata jujur.
"Takkan lah..... Kalo x, xde lah jadik macam skrg" Pakcik. *Grin*
Kalau lah pakcik tau yg sebenarnyer. Sungguh, saya x tipu.
Dedulu, pernah sorg jiran kitorang datang umah.
Jumpa mak aku tny kenapa biarkan kitorang 3 bradik skolah kat situ.
Sebab katernye skolah aku tu teruk, tempat budak jahat...... Tempat budak2 kena buang skolah je masuk. Hina btol masa tu rasa......
Dia soh mak aku pindah kan kitorg skolah, takut nnt terjebak dengan budak2 jahat... buat kegiatan x elok.
Kitorang satu family percaya, anak kalo nk jahat skolah mana pun tetap jahat.
Bukan salah skolah, bukan salah chekgu, bkn salah kawan2, bukan salah pak guard, bukan salah ketua kampung, bukan salah polis.
Apaper pun berbalik pada diri sendri. Mak ayah pun amik bahagian dalam pembentukan diri anak2.... Sekian saja motivasi pagi hari ini, bertemu lagik di minggu hadapan ye adik2! ;p ;p
29 Nov 2008
Aku ajak adik aku ke JB
Amik telekung yang tertinggal kat surau ibusawat.
Adeh, tu lah... eksited balik awal smlm aku trus je cabut.
Sempat singgah ke Persada Johor, ada Karnival Kerjaya.
Gatal2 je pegi, padahal sorang dah keje dah... Sorang lagik x abeh blajo pun lagi.......
Tapi...... aku rasa muda bile berada di keliling adik2 yg sedang mencari keje. Rasa sebaya.... hahahahahhaha.......
Balik, kitorang ikut town. Saja merayap buang masa.
Adik aku kater giler ajaib biler tengok jalan sangat lengang.
Hari2 biasa sangat mustahillah nak dapat camni.
Aku dah macam orang Nepal baru turun kapal siap brenti amik gambo air pancut. Tapi sebab x nak nampak obvius aku amik dari celah kete jer. Hahahahha.......
Dan sungguh lah, terkenang lah plak masa2 blajo kat U dulu.
Bleh kater tetiap minggu lalu kat jalan ni naik bas nk balik ke umah. Tu bagai2 peristiwa bleh jadik cerita tuh! Kang panjang lagi karangan aku ni nnt........
26 November 2008
Curik tulang dalam bilik training..... Huaaaa.......! *ngantuk + lapo sey!!*
Dan masuk hari ni 3 hari jugak lah aku jumpa sorg mamat neh
Hahaha..... kalo g tempat baru, x best lah kan kalo x usha orang!
*tersipu2 gatal* ;p
1st day, aku tertembung ngan mamat ni dekat tempat parking kete
Nampak dia cam tgh tunggu seseorang je
Mungkin kah hakku?? ;p ;p
Then masa tengahari, time kuar surau... masa aku terhegeh2 sarung kasut sambil mata dok fokus kenakan jam di tangan dia muncul blakang aku....
Owh.... jodoh jumpe kat surau...... Barkat neh, barkat!!! Muahahahaha.......!
Semalam aku bertembung lagik
Masa tu aku keluar bilik kursus untuk angkat call
Time nk masuk smula dalam bilik, sempat aku toleh kat tangga
Demn, mamat neh sedang elok melangkah macho naik
Rezki neh...rezki!!!
Tapi, cam biasa lah kan... kena control kewl.... Aku trus je masuk bilik training ngan slambe aja! ;p
Hari ni, x jumpa dia....
Tu sangkaan aku memulanyer lah
Tapi, kalo dah jodoh kater orang mmg x ke mana kanz?? ;p
Oleh sebab bilik trening sini sangggaaatttlah sejuk, maka aku gatal2 lah keluar dan turun ke tingkat bawah
Sebab luar kelas dah bersawang dengan kepulan2 asap toksik beserta pakcik2 yang sangat ramai bersidai mengambil udara segar (kononnyer lahhh!!! >.<)
Tengah baeekk punye berjemur mamat ni lalu plak dengan sorng membe dia
Dan aku tetiba rasa cam org bodoo sebab terpacak sensorg kat tengah koridor
Aku pun trus blah dari situ
Agak2 line da clear, aku pegi balik sambung berjemur
Dan time tu lah mamat ni muncul skali lagik dgn membe dia td....
Haper neh?? Nanti dia syak aku ngekor dia plak!
Hadoilah.... Abes reputasi gadis innocent aku cenggini!!
Tapi, tu lah kanz..... Jodoh.....
Lari2 jumpe jugak! Muahahahha
Malangnyer, sejak awal2 jumpe aku dah syak mamat ni minus punye spesies
Aku syak minus 2 atau minus 3 kot
Sebab nengok muka cam ala2 budak baru grade je...
Dan tau je lah...
Aku x minat ngan adik2 ni
Walaupun minus satu cuma! Ahaks!
So.... melepaslah dia.......
(bukan aku ker yg melepas?? ;p ;p)
* minus di sini bermaksud umo yg kurang dari piawai asal, iaitu umo aku.... hokkay? ;p
misteri (nusantara) seorang aku..................................
25 November 2008
saya tahu...... saya tahu.....
Mata saya cantik
Saya tahu PAKCIK
Senyum saya manis
Saya tahu PAKCIK
Gelak saya manja
Saya tahu PAKCIK
Jari jemari saya runcing
Saya tahu PAKCIK
Saya ini menawan
Saya tahu PAKCIK
Saya anggun bak bidadari
TAPIKAN....
Tak perlulah PAKCIK pandang saya macam PAKCIK x pernah tengok pompuan selama ni
Yang itu saya tak tahu.... kenapa......
-End-
24 November 2008
(' __')
Semalaman saya x dapat tido gara2 soalan membunuh itu
Padahal saya perlu kerja pagi ini
-End-
21 November 2008
Aku pulang.....
Jangan cari andai tiada keperluan.
-End-
16 November 2008
14 November 2008
Malam ini bulan penuh........ aku, jadi pungguk rindu kan dia!
Apo kono eh jang??? v.2
Lately aku pegi keje dah makin lewat
Memula kol 8....... Sempat sangat sampai opis sblm kol 0830
Pastu lambat 2-3 minit...... kemuncaknyer, aku kuar 0815 je skrg
Bukannyer aku bangun lewat pun
Aku bangun Suboh stended, kol 0600
Masalah utama aku skrg aku dah buat habit tido-lepas-Suboh yang mana kalo abah aku tau free2 aku kena tazkirah pagi bertajuk 'rezki mahal kalo tido lepas Suboh' selama berjam2.....
Kol 0730 bangun, ngeliat sini sana, golek kiri kanan, sambung pejam mata, golek2 lagi sudahnyer kol 0745 baru terkial2 nk mandi, gosok baju, sempat lagik bancuh nestum sambil dengar hotchat kat 8TV
Macam manalah aku x lambat hari2?
Pastu biler dah lambat mula lah kelam kabut drive g opis
Seb baik lately time kuar baeek punye timing... kete kurang, jalan pun agak CLEAR..... yeah! Nama saya Rain! Ahaks!
Hari2 boleh kater punch card stended sminit dua lagik sebelum kol 0830.
Tu pun sbb jam pada mesin punch tu mmg lewat sket dari yg sepatutnye.... ;p
Pastu aku pasang niat suci, kunun nak naik tangga aja ke opis yang x tinggi mana pun tu
Pagi2 aku menapak dari kete lalu ke basement, naik tangga ke ground floor
Setingkat aja pon!
Waktu balik jauh sket...... aku turun tangga dari tingkat M ke ground floor sambung ke basement baru ke kete semula
Cukup lah sebagai permulaan untuk aku bersenam semula..... hahahaha, x kuar peluh pon!
Selain tu aku sedang tanam cecita nk naikkan berat badan yang x berapa nk berat ni hah..
Aku x miss jadual makan aku, breakfast, lunch, dinner...... (kecuali satu lunch yg aku skip sbb sgt mengantuk haritu!)
Hari2 aku breakfast berat..... nasik lemak, soto, mee goreng, bihun dan pagi tadi laksa...
Kadang2 aku makan walaupun kat umah dah bancuh nestum
Opismet aku kater aku kuat makan, sbb kadang2 belum waktu lunch aku dah lapo balik
Aku syak aku x baca doa makan... hahaha
Tu belum kire kudapan2 lain...
Beskut, roti, maruku, kek, puding, kuih raya, coklat, cikedis, bijik asam (opismet aku sangat suka jajan ni!), keropok, kerepek, sagun... bagai2 lagik lah!
Kat opis, kitorang sepakat buat mini pantry betul2 blakang tempat duduk aku
Of coz lah aku asyik ngunyah je skrg!
Slalunyer kalo pagi2 ader org bawak makanan wakaf, aku yg rasmikan dulu....
Petang before balik, aku abes kan jugak! Burok tol prangai, ni kalo x tambah berat lagik x tau lah!! >.<
Yahh..... Aku turun 7 kg masa puasa lepas
Sampai la ni, baru naik 2 kg aja..... Aku sedang berusaha keras neh! Chhaiyokk!!
Aku baru dapat laptop keje sebulan ni
Dengan kata lain skrg aku dah pandang 3 skrin komputer hari2
Manalah x migrain aku cenggini?
Oleh kerana ada 3 PC, maka haruslah ader 3 mouse walaupun kalo ikutkan aku boleh guna 2 aja sbb laptop boleh guna touchpad je
Memula aku siap konfius mana satu mouse sbb semua aku letak semua belah kanan aku
Tambah lagik kalo henpon aku letak skali kat situ
Kadang2 silap pegi pegang henpon lak! Hahahah.....Hadoilah!
Skarang ni aku dah ubah, aku letak mouse laptop sebelah kiri...... Dua2 tangan boleh guna rite?
Sesetengah keje tangan kiri aku lebih cekap dari kanan
Jadi x konfius lagik
Satu PC aku buat khas untuk monitoring je aku guna seskali, jadik aku letak mouse jauh dr mouse yang satu lagik...
Baru betul istilah x menang tangan cenggini!
Last skali, skrg ni susah btol nak tido awal
Dedulu men blasah je ikut sukati
Kadang2 kol 0900 dah siap2 padam lampu nk tido
Skrg ni kol doblas pun masih cerah lampu bilik
Bukan buat aper pun, aku layan cite ntahapahaper je yg ader kat tv tak pun men game kat henpon
Tu pun seb baik laptop xde install apaper game
Ni kalo dapat game Zuma pun mau sampai rabak mata aku layankan
Giler keji aku rasa...
Kalo ngaji atau solat sunat lagi banyak pahala......Begitulah kata2 abah aku selalunyer
Oohoo, esok wiken.....
:) :)
Hosmet cadang soh pi tengok Robot Asimo kat One Utama.... Hmmm, menarik.....
Madagascar 2 pun cam best gak kanz?.....
Shopping? Duit ader lagik neh.......
Tapi kan............
Ape lagik perkara keji tapi best yang aku bleh buat slain mengular dan layan tv atau marathon DVD sampai mata lebam?
;p ;p
12 November 2008
Apo kono eh jang???
Sabtu lepas aku gatal2 ajak hosmet aku pegi pasar borong, beli lauk untuk masak
Giler mustahil lah muka hakku ni pegi pasar....
Ahad plak aku gatal2 pegi layan mandi aromaterapi kat spa kakak Ros
Tau je lah, bukan jenis aku lah orang yang layan gi salun, spa, facial segala mak nenek neh
Tapi sebab badan pun macam dah lemau je lately ni, paler plak asyik migrain jek.... Aku layan kan lah gak
Senin, pagi2 aku dah bangun untuk masak lauk untuk bawak ke opis
Sebab opismet2 aku ntah mimpi aper lak nk ajak buat makan2
So, masing2 bawaklah sorang sikit nasik, lauk, atau aper saja yg boleh di makan
Menu utama, nasik lemak
Aku masak telur goreng, telur dadar dan paru goreng
Ye, kalau x kerana ini xde lah rajin aku ngajak hosmet aku ke pasar hujung2 minggu
Bek layan tido x pun layan tengok kartun je kat umah
Semalam lagik giler
Hosmet aku ajak sama2 raikan 'enibeseri' secret recipe yg ke 11
So, sebab semalam ialah 11 haribulan 11, pukul 11 pagi di 11 outlet terpilih secret recipe buat 'sale' buy 1 whole cake free 1 whole cake/voucher untuk sebijik kek
Aku kengkunun dengan machonyer lah tuang keje, cabut kol sploh semata2 nk ke alamanda
Hosmet aku siap jemput aku kat opis lagik tu
Oleh kerana bos2 semua xde maka, hahahhaha toksah cakap bnyk lah...... Aku just send sms bgtau boss...'saya ke putrajaya sekejap, amik barang'
Yeah, aku x tipu key..... cuma x berkata jujur aja! ;p
And nak tau aper jadik? Sampai sana blom pukul seblas tapi Q sangat la paaannnnnjjjjaaaaannnnggggggggggg...................!!!! >.<
Dan kami dengan gagah gigihnyer beratur, bersesak bertungkus lumus terjerat terjebak terjerumus yang mana akhirnya dapat jugak sebijik kek dengan sekeping voucher (sbb sebijik lagi kek yg kitorang nk xde stok!) kire2 pada pukul 1.13 tengahari!!
Hari ni pulak, time balik keje..... Oleh sebab cuaca ala2 jiwa lara mendung x bercahaya so aku pun bertangguh lah balik dekat2 kol 6
Dah la kuar lambat, gerimis satu hal, cermin kete hakku lak..... alahai, cam kete aku ni baru kuar kilang simen gamaknyer
Dengan perut lapo ala2 x makan seharian aku pun kelam kabut lah bawak kete dengan halaju semaksimum mungkin....
Cuma, jalan cam biasalah.... sesak. Beratur sket punya panjangggg lah!
Sampai2 dekat trafik lite kat highway nk masuk kawasan umah aku macam teringat yg aku x bawak balik henpon
Sebab trafik lite ijau maka aku jalan aja sampai lah trafik lite yg terakhir lat-lat nk sampai umah baru lampu merah
Cepat2 aku check beg aku
Sah, sahih, konfirm!! Memang tertinggal! >.<
Aper lagik.... Aku buat pusingan U kat trafik lite terakhir tu..... Hadoilah!!!!!!
Dah lah nk dekat kol 6.30 neh!!
Nasib baik arah nk ke opis menentang arus trafik, boleh lah aku rempit dengan sewenang2nyer
Molek je baru nk tekan minyak pak polisi plak elok je tengah tahan sebijik kete kat simpang btol2 nk turun ke highway
Terpaksalah pura2 pemandu berhemah, aku pun dengan supan santun lagik berlakon punya kesedaran sivik yang tinggi aku bawak ala2 pemandu perempuan yg baru dapat lesen...
Ye, lorong kiri saja yer......! hahahahahha
Hilang bayang pakcik ronda2 kulala lumpur tu, hmmm paham2 aja lah!!
Seb baik masa aku balik semual kete dah surut, x lah sesak macam memula aku balik tadi
Elok azan maghrib aku sampai umah! Boleh tahan laju lah!
Lepas mandi, solat, aku rasa cam x larat dah nk tahan lapo
Godek2 barang dlm peti.....mee, bawang, daging, sayur, telur.......
Kire2 masa..... hmmm, bek aku masak mee goreng je
Dah tinggal aku sensorang je kat umah ni
Masak nasik pun blom tentu ada org makan.... Kot lah dah makan kat luar sbb depa ni jarang balik lepas maghrib
Aku makan dengan lahap, rakus dan penuh serakahnyer...
Sebab aku sangat lapo!
07 November 2008
APEKAH NI WEY??
Dah lah frenster, youtube, bagai2 hal lagha dah disekat
Pastu YM yg guna-pintu-blakang pun x bleh bukak
Skrang ni blog pun dah jadik mangsa
Untuk spupu tersayang nun kat kota singa tuh.....
Ko buat haper kat blog ko sampai kuar mende ni wey??
Haiiihhh...... Makin produktif lah aku pasni keje
Dah berkurang hiburan aku kat pejabat macam neh
Dan suara Nabil kedengaran sayup2 dibelakang.......
Lu pikir lah sendri!! Assalamualaikum.......
06 November 2008
aku minta maaf bila perkataan 'bodoo' terkeluar dari mulut aku di hadapan teman2 ofis yg lain.....aku sangat emo hari ini!
Pertama
Kalo ko memandu x ikut lane dan x sabar2 nk ke depan dengan menggunakan laluan kecemasan tolong beri signal ketika nak mencelah.
Sekurang2nya itu menampakkan ko sangat berbudi bahasa dan org lain akan mengambil kira bahawa ko sangat2 dalam kecemasan sehingga terpaksa memotong barisan
Kedua
Kalo ko punya email yg ko x pernah ko baca
Atau sms yg ko x pernah nak reply
Atau telefon yang mana setiap kali orang call ko x pernah jawab
Serta mesyuarat yang x pernah ko hadiri, aku nk beri cadangan
Pergi duduk di kawasan ulu yang mana mmg ko x perlukan semua teknologi di atas dengan alasan keterbatasan akses.
Sekurang2nya orang lain x kan rasa sakit hati dan rasa ingin menyumpah setiap kali gagal menghubungi kau
Ketiga
Kalo kerja aku merangkumi dari sekecik2 hal sehingga sebesar2 hal
Aku cadangkan biarlah aku saja yg jadi boss
Sekurang2nya ia membuat aku melupakan betapa x berbaloinya penat jerih aku dengan beban kerja, sakit pening serta caci maki yang aku pikul selama ini dengan pangkat dan gaji yg x seberapa mana tu
-End-
04 November 2008
aku sekuntum bunga di dalam taman
Aku skip lunch semata2 mengikut hasutan mata yang berat
Sudahnye, kepala aku sakit petang tadi
Sebab mata yg mengantuk dan perut yang lapo
Aku jadikan penumbuk sebagai pasak di meja untuk menampung kepala aku yang sakit
Aku pejam mata, kengkununnyer buat bagi lega kepala
"Mana report yang saya mintak semalam?"
Ye, inilah kegiatan orang yg x bleh tgk aku senang sket. Chaiitt.....!
"Apa report-report?? Nak report g balai polis lah!" Aku sekadar menjawab dalam nada gurau.
Kitorang sama2 gelak.
Aku sambung keje w/pun kepala otak aku dah teringat2 bantal kat umah
Aku belek2 diari
Cari point2 yg aku sendiri catit dalam setiap meeting
Boleh tahan lah tulisan aku, cakar ayam!
Tu semua catatan2 semasa bosan.....
Tetiba belakang kerusi aku pulak ditujal2 dari belakang
Ni sorang lagik!
"Nak aper?" Aku tanya
"Saja, ingat ko tido tadi, lentok baeek punya..."
"Aku belek nota lah..."
"Oooo...." Bro tersenyum sambil tersipu2.
Macam ni lah aku hari2
Duduk terperuk sorang2 kat tengah2 bro2 ni
Hari2 jadik mangsa mmg kena pasrah je lah
Depa ni pulak amat lah prihatin....
Rajiiinn sangat menegur dan mengusik
Baju baru nampak?
Cantik kain ko...
Ceria hari ni.... Ada apape ker?
X pernah nmpk ko pakai tudung ni....
Kasut baru?
Tido lewat eh semalam?
Hari ni ader budak kecik jadik boss besar.....
Hamboi, garangnye! Vendor mana tu?
Senyum sorang2 nampak?
Bukan main gelak sakan eh ko......!
Tapi, bila dah seketul kat situ haruslah aku diberi perhatian lebey
Kalo aku training, atau cuti panjang mulalah ada yg mencari
Tanya mana aku menghilang
Kalo aku tanya apaper pada sorg, yg len sibuk nak jawab sekali
(tapi haruslah jawab setelah melambak2 lawak bodo yg diorg buat dan depa sesama sendri je yg paham...demn!)
Kalo ada barang2 berat, berlumba2 diorg nk tolong angkatkan
Dan kalo ader yg cube mengusik, ramai lah yg jadik bodyguardnyer!
Kadang2 aku rasa macam adik kecik dikeliling abang2 tua (oohh dan pakcik2.....;p)
Ada membe aku tny, x mau tukar department ker?
Tukar angin
Ubah selera
Aku bukan x mau, , bukan juga x berani cuba
Cuma aku sayang apa yg aku ader skrg
Nanti2 lah, biler aku dah jemu... aku berhijrahlah
Sebab untuk masa sekarang aku suka menjadi bunga yang satu itu
:)
**************************************I'm lucky I'm in love with my best friendLucky to have been where I have beenLucky to be coming home againI'm lucky we're in love in every wayLucky to have stayed where we have stayedLucky to be coming home someday**************************************
03 November 2008
Lari-lari anak
Aku keje lebih waktu kebelakangan ni
Minggu lepas aku cuma masuk pejabat sehari
Itu pun hari jumaat, sbb aku join training kat KL
Balik tu aku kalut siapkan segala apa yg patut
Aku dah nekad, kalo x sekarang biler lagik?
Dengan ayat yg paling teratur, halus dan berbudi pekerti
Aku send email minta izin untuk keje luar
Benda yg paling aku rindu nk buat sejak kebelakangan ni
Tau aper boss aku reply??
Hmmm.....
Please proceed ! , take time to meet up Zone Execs and update our data on PM matters as well as pressing matters in that zones.
I wish you could create awareness as well on our QP and WI (for vendor PM dan EMS check) as well for them since our vendor PM ‘Work Instruction’ requires their participation.
Take additional day/s if the time from 24-27 is fully tied up with course/training.
Aku akan bepergian, kerja di JB
Mungkin seminggu....mungkin juga lebey......:)
Juga aku sedang berusaha untuk merangka pemergian aku ke utara pulak lepas nie.....
Wish me luck!!
31 October 2008
Aku mmg xde keje masa tu
30 October 2008
Status terkini: Tunangan orang!
Tema tu wey, tema......! muahaahahahha