Showing posts with label tentang aku. Show all posts
Showing posts with label tentang aku. Show all posts

09 January 2014

:D

Ehemm sekali lagik..... Hihihi



http://shine.yahoo.com/photos/10-awesome-baby-names-fit-slideshow/ada-photo-2742778-191800592.htm



---->>> Ada is a gorgeous name for a little girl that means both "prosperous" and "happy." 

Ehem...ehem.....


:D :D :D

26 December 2013

Setahun

Rasanya aku belum bercerita penuh tentang perpindahan aku.
Tentang pertukaran kerja dan permastautinan aku.
Aku terlupa.
Bila teringat, datang malas.
Bila datang rajin, tiada pula ilhamnya.

Untuk yang terakhir kali aku menulis tentang kerja adalah pada September tahun lalu.
Mungkin aku nyatakan aku masih bekerja di kota.
Pinggir kota sebenarnya.Cyberjaya untuk lebih tepat.
Dan kali terakhir itu juga aku masih bermastautin di sana.

Jadi, sebagai ingatan untuk diri sendiri yang semakin pelupa, aku tuliskan sedikit di sini

Selepas bernikah pada May 2012, aku dan hasben masih duduk berjauhan.
Dia kat Melaka, aku kat Seri Kembangan.
Masih menyewa bujang dengan teman2 serumah lama.
Bukan aku tak cuba, bukan juga sebab usaha yang sedikit.
Tapi, sebab memang belum rezeki untuk dapat duduk bersama.

Setiap minggu aku yang berulang ke Melaka.
Tak perlulah aku bahaskan panjang lebar kenapa aku yang berulang dan bukan dia.
Kos, keselamatan menyewa seorang diri dan pelbagai lagi alasan telah dipertimbangkan sebelumnya.

Masuk bulan Ramadhan, aku disahkan pregnant.
Alhamdulillah. Rezeki orang duduk berjauhan, Tuhan permudahkan segalanya.
Diberi kesihatan dan kewangan yang baik.
Walaupun dua kali  terjatuh masa kandungan masuk 5 bulan.
Sekali masa kat depan singki dapur rumah, sekali lagi dekat tangga nak turun flat rumah.
Dua2 terjatuh atas kaki kiri so kurang hentakan pada punggung.Tak terkesan pada baby.
Tapi kaki sakit giler. Sumpah.

Bila dah memboyot macam tu, rasa hati makin risau sebab masih tak dapat pindah Melaka.
Hari2 berdoa, dipermudahkan dapat pindah.
Kesian baby nanti, duduk jauh dengan abahnya.
Boleh kata hari2 nangis lepas solat Maghrib, mengenangkan macam manalah nasib kami nanti.
Masa masih berdua, aku tak lah terkesan sangat.
Tambahan, kalau setakat Melaka.
Rasa nak balik tak perlu tunggu hujung minggu pun masih mampu balik hari2 bila aku larat.

Aku ada mohon pertukaran suka sama suka.
Yang pertama kena reject dengan GM yang aku nak tukar.
Alasan, tak nak staff perempuan. Sakit gila hati masa tu.
Bukan kerja teknikal pun. Kerja management. Tapi aku tabahkan gak hati dengan rejection tu.
Belum rezeki, aku pujuk hati sendiri.
Kali kedua, masa dah pregnant. Kali ni kami buat betul2. Tambahan mamat yg nak tukar ni pun memang terdesak benar nak pindah.
Penat berulang hari2 katanya.Aku paham sangat. Aku yang berulang hujung minggu pun boleh rasa penatnya.
Semua dokumen, kami siapkan. Boss kecik aku pujuk untuk beri pengesahan. Boss besar aku rayu untuk pelepasan.
Final stage, minta GM sign.Pun lepas.Confirm dapat kali ni.
Semangat tak payah cakap lah. Hari2 doa, tanamkan yakin, Allah akan bantu. Rezeki akan datang nanti.

Satu hari Boss besar panggil, beritahu permohonan aku sekali lagi kena reject dengan GM mamat tu.
Alasan yang sama, tak nak staff perempuan.
Aku, selalunya bab sembunyi perasaan ni memang terer.
Selalu buat muka rileks je.
Tapi untuk yang sekali ti aku memang x bleh nak sorok depan boss.
Kejang2 muka aku tahan perasaan. Marah, kecewa, sedih semua ada.
Aku ingat lepas tu aku terus ke toilet, diam2 nangis dalam tu. Muka merah tak boleh sembunyi.
Lepas reda sikit aku terus ke surau, baring hadap dinding sampai petang.
Dengan linangan air mata. Seriyes sedey masa tu.
Member2 masuk surau igt aku tidur (biasa, orang pregnant cepat letih)
Balik rumah aku call hasben, nangis2 cerita kat dia.
Adehh, bila ingat balik momen tu aku still rasa pilunya.Sampai sekarang.... :'( :'(

Benarlah kan. Kalau belum rezeki, sekuat mana kau cuba memang tak kan kau dapat.

Seminggu juga aku ambil masa pujuk diri.
Hari2 lepas solat masih nangis macam selalu. Malah makin deras je airmata jatuh.
Hari2 usap perut, cakap dengan baby.
Jangan sedih sayang, belum rezeki kita.
Abah takde dengan kita, sebab keje jauh.. tapi abah sayang kita...
Nanti kita duduk sama abah nanti ye sayang. Satu hari nanti.... insyaAllah..
Padahal kau pujuk hati sendiri. Sumpah pilu berganda2...
(Okay, aku sedang terpilu kembali sekarang... *kesat air mata* )

Aku ingat lagi, dalam masa memujuk diri tu kakak housemate dan kawan pejabat ada bertanya,
"Camne nanti Senah? Baby sape jaga? Nak tinggal kampung ke Senah jaga sendiri? Hasben jaga ke Senah jaga?"
Aku cuma mampu jawab, entahlah.... belum fikir lagi.
Padahal aku tak tahu nak plan macam mana.
Sebab setiap kali fikir, rasa sedih datang semula.
Kadang2 buat sesi meluah rasa dengan kawan2 kat opis yang nak pindah juga.
Yang senasib. Bila macam tu tak la sedih sangat.
Sekurang2nya aku tau, ada orang lain yang lagi lama minta pindah dari aku.

Satu hari awal Disember 2012, aku dapat satu email dari seorang Boss besar dari Melaka.
Katanya dalam email tu, minta siapkan resume, dan segala dokumen berkaitan bagi temuduga jawatan di Muar pada 10/12/12.
Terkejut gak aku, sebab aku tak minta langsung jawatan tu. Tak tahu pun ada kekosongan.
Tapi aku tak nak gembira sangat, baru interview je pun. Belum dapat lagi.
Tak boleh gembira sangat, nanti kecewa lagi.
10hb tu aku pergi interview.
Berbekal doa dan harapan. Biarlah kali ni ada rezeki aku.Yakin lah Senah. Yakin.

Interview pukul 3, pukul 2 aku dah sampai.
Setiausaha manis sambut aku, beritahu dah boleh masuk walau belum pukul 3.
Kali ni interview terus ke GM. Bukan dengan panel2 macam selalu.
Aku kaver perut yg dah memboyot dengan fail resume yang aku bawa.
Manalah tahu, GM ni berubah hati bila nampak.
Untuk makluman, inilah GM seksis yang dua kali reject permohonan pertukaran pindah aku sebelum ni.

Aku ingat lagi, masa interview tu dia ajak aku berborak2 santai.
Tanya kenapa nak pindah Melaka, duduk di mana, asal mana, bla bla tentang perkara umum.
Eh, tak nak tengok langsung ke resume aku bawak?
Aku jadi neves plak.
Kalau tak nak pilih aku pun skurang2nya tengok la kan. Buat ambil hati kata orang.
Dalam kepala dok menerawang nak berburuk sangka GM tu cakap dengan aku.
"Untuk makluman you Senah, ini bukan interview sebenarnya. Sebab tu I tak nak tengok semua yg you bawa..."
Luluh tak kau rasa? Pilu tak?
"Ini more kepada perkenalan dengan my team sebenarnya. Resume semua ni I da baca. You pernah send pun sebelum ni..."
Apa kau nak rasa sekarang Senah? Gembira? Konfius? Apa maksud my team tu tadi? Apa?
Dipendekkan cerita, ada seorang staff dia di Muar nak pencen. 4hb Jan 2013 katanya.
So, on paper kelayakan aku sesuai untuk post tersebut.
Tapi katanya jangan terlalu berharap.
Untuk post ni ada dua orang sebenarnya dalam pertimbangan dia.
Katanya, kalau ada rezeki tunggulah surat dalam 15hb Januari tahun depan.
Kalau takde, maksudnya bukan aku yang dapatlah tu.Positif kan? Walaupun belum pasti...
Katanya dia mohon maaf dulu pernah reject permohonan aku. Memang bukan untuk perempuan, tak sesuai katanya. Bukan sebab seksis.
Segala prasangka buruk dan dendam amarah aku hilang macam tu je. Kalaulah aku tahu kan...

26 Disember 2012.
Setahun yang lalu.
Pejabat Cyberjaya lengang sebab ramai yang bercuti panjang dari Krismas ke tahun baru, aku bekerja macam biasa.
Memang tak berniat nak cuti panjang sebab nak simpan cuti ke tahun depan.
Aku buka email yang dah makin menyusut bila hujung tahun, tahu apa email aku dapat?
SURAT PINDAH! Tarikh kuatkuasa pindah adalah pada 1hb Januari 2013.
Alhamdulillah.... Syukur Ya Allah.....
Berlari aku buat syujud syukur.
Walaupun katanya 15hb baru dapat surat, rupanya tak sampai 2 minggu dah dapat.
Sekurang2nya yang ini confirm. Pasti.
Sedangkan aku pergi interview pun xde siapa tahu selain staff dan boss kecil aku. Juga housemates aku.
Tu pun aku beritahu sekadar utk makluman saja.
Tak sangka dapat. Alhamdulillah.....
Kawan2 pejabat pun tak tau. Ramai yang balik cuti tahun baru tu terkejut tau2 Senah da kerja Johor je.

Muar pun Muar lah kan... asal dapat duduk dekat dengan hasben...duduk serumah.... besarkan baby sama2....
Hujung Disember tu aku dan hasben bizi mengangkat barang.
Sebenarnya kami pindah rumah sewa di Melaka, tak sangka pula dapat pindah opis. So aku pun pindah terus.
Jadi pindah berganda. Pindah rumah sewa kat Melaka, pindah rumah kat Seri Kembangan dan pindah opis.
Dalam kandungan masuk 6 bulan, gigihlah Senah kan.....

Setahun dah.
Setahun lalu aku simpan banyak luka.
Lelahnya mengumpul semangat.
Tak berhenti berharap.
Berusaha tanamkan yakin..... InsyaAllah, rezeki akan datang.InsyaAllah Senah..InsyaAllah...
Sebab Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya.
Bila ingat2 balik la kan....
(ok, kesat air mata lagik...)
Tak tahu lah apa jadi kat Senah sekarang kalau masih belum dapat pindah....

2013 dah nak tutup tirai.
Alhamdulillah untuk segala yang Tuhan beri.
Kesihatan, keluarga , rezeki dan segalanya.
Semoga tahun depan akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya....















17 June 2013

scale.

Amik masa 9 bulan nak sampai 54.
Belom sampai 2 bulan dah balik semula ke 39.


Haiihhh~~

18 May 2013

Tahun #1

May datang lagi.

Bulan yang paling banyak sambutan aku rasa.

Hari Buruh
Hari Jururawat
Hari Ibu
Hari Guru
Hari apa lagi ntah
...
...
...
Hari Lahir Husband
Hari Lahir Sendiri jugak
Hari jatuh cinta....
...
...
Tak lupa,
Hari Ulangtahun Perkahwinan.....



:)


-Moga dipanjangkan usia dan jodoh kami-

18 March 2013

37weeks 3days.....

6 bulan tidak meng-update blog.
Aku tak mahu katakan aku kekeringan idea.
Atau kemalasan melanda.
Cuma,
sudah tiada ghairah berkongsi cerita sejak punya pendengar dan pencerita - si dia.
Padahal menulis adalah minat aku sejak sekolah2 dulu.

Tunggu la masa yg sesuai.
Sekarang ni ada hal yang lebih besar untuk aku.
Menghitung hari yang satu.
Lebih debar dari masa menikah dahulu.

Doakan aku kawan.

20 September 2012

ehem....

Aku pon dah tak sure nak start dari mana.
Lama benoo rasanya bercuti menulis ni.
Haiihh, malas bebenoo...

Alasan, konon May sibuk dengan persiapan majlis nikah bagai.
So, boleh terima lah kalau aku tak menulis banyak.
Kang kalo menulis pon ayat semua nak jiwang berbunga2 kang, sendiri yang geli-geli nak baca.

Masuk June konon banyak pulak testing nya.
Boleh kata hari2 bizi.
Balik keje, pitam sudah.
Allah... over benoo Senah ni.
Keje ngalahkan buat bangunan rumah je kan.

July pulak, konon awal bulan Senah sakan berhoneymoon.
Ke Kedah, ke Perlis, bawak ke Cameron Highlands kemudian dapat pula ke Penang.
Fuhhh, sakan kau!
Senah bukan honeymoon benar pon.
Senah menumpang sekaki honeymoon.
Padahal agendanya adik bertunang, kemudian buat family day family Senah, kemudian family day office hasben pulak.
Sementara masih dalam mood berkasih sayang kanz....
Tengah bulan, Ramadhan.
Perghh, lagi la kukuh alasan untuk Senah tak menulis.
Jari menggigil kanz nak menaip time lapo.
Adohai masyarakat! Banyak benoo alasan kanz!!
Maju lah kau.. maju.....!

Masuk August...
Hmmm, perlu ke Senah beritahu lagi?
Selain bizi berpuasa dengan tekun dan berhari raya dengan meriahnya, apa lagi la kanz alasan paling munasabah Senah nak beri....
:) :) :) :) :)

Jadinya....
Hmmm, sekarang ni masih berusaha mengumpul kekuatan untuk mula menulis semula.

Gigih Senah... gigih la kamu!


24 August 2010

Bukan saya yang malang, tapi kamu. - Bisik Selasa pada saya di suatu petang.....

Pagi yang penuh durjana.
Aku syak, sepanjang puasa markah ibadah aku tak pernah lebih. Manjang minus. Di bawah piawai. Setiap pagi, memang tak sah kalau mulut tak maki orang. Dah jadik habit walau tahu diri berpuasa. Dapat lapar sajalah. Harini entah berapa ramai dapat hadiah sumpah seranah, dan entah dah berapa bakul lah dosa aku kumpul.
Astagfirullah.....

Biasanya aku sangat lah skema. Hari2 ikut laluan sama. Tak pandai lencong2 cari jalan shortcut walaupun tau ada dan setiap hari pun dok menyumpah2 orang2 yang dok ikut jalan shortcut ke tempat kerja then alih2 dok masuk menyelit dalam lane aku.
Paling bara, tak bagi lampu signal maupun angkat tangan tanda terima kasih kita dah bagi laluan.
Memang jaki giler.

Nak dijadikan cerita, hari ni sangat nekad aku ikut laluan shortcut yang biasa mangkuk2 lain selamba ayam dok ikut. Konon sebab nak cepat. Pagi ni ada meeting. Kengkunun buat alasan padahal hari2 pun memang dok terhegeh2 keluar rumah lambat.

Masuk je lane 'haram' tu tiba2 traffic terhenti. Laaamaaaaaaaa plak tu. Masa tu kete aku dah kat tengah2. Nak patah balik memang kem salam la. Selang satu kereta depan kereta aku ada sebijik wira. Dok berangan apetah agaknya, tinggalkan jarak yang sangat jauuuhhhhhh dengan kereta kat depannya. Lalu adalah mangkuk2 lain yang takde kesedaran sivik selamba mencelah potong lane dan dok depan wira bingai tersebut. Hanya setelah 3 bijik kereta, baru sang pemandu wira ni sedar tentang kebingaiannya lalu bergeraklah beliau menghampiri kereta di hadapan. Maka haruslah berbakul2 makian mamat wira ni dapat dari aku hari ini. Tolak lagi markah untuk sekian kalinya.....

Pedih sungguh bila tengok jalan utama yang selama ni aku guna bergerak deras sedangkan selama ni dok merangkak2. Dan lorong haram yang selama ni jadik fast track dah jadik terhegeh2 malah lebih lambat dari yang biasa aku alami. Setelah menungga lamaaaaaaaaaa, akhirnya lane kami bergerak. Nak dekat sampai kat jalan utama baru aku nampak rupanya ada pak polisi jaga traffic di situ. Siap park motor hok gedabaknya disatu lorong lalu menjadikan kami yang berlorong 'haram' ini terpaksa bersesak2 berebut lane. Plak tu dia tahan plak kasik lane utama ni jalan. Lamaaaaaa ko tau! Pakcik, selama ni saya ikut jalan halal lagi sempurna tu tak pernah plak pakcik nak muncul tolong jaga trafik??!! Dah rugi pahala saya sebab hari2 menyumpah orang2 yang tak beratur ni......Apsal hari ni saya ikut jalan haram pakcik tetiba terpacak kat sini?! Jawab lah...hah jawab....jawab!!! Arrggghhhh!!!!!!!!!!

Shit!!
Masa sampai opis lagi rasa jahanam. Biasanya aku parking jauh sikt dari opis. Aku parking kat lapangan atas bukit sebab tahu memang takde parking kosong dekat opis setiap kali sampai (sebab datang lambat hari2). Tapi sebabkan semalam sangat bertuah dan dapat petak yang agak paling depan, maka aku mencuba2 nasib lagi hari ini. Dah sampai hujung aku pusing cari parking, pak guard letak kon tanda dilarang lalu. Dah la parking dah penuh, pastu ada mangkuk2 lain parking kat bahu2 jalan. Aku tak boleh nak buat U-Turn kat situ. So, terpaksalah aku me-reverse kereta sepanjang2 jalan untuk keluar semula ke jalan hadapan. Dah la opis aku laluan parkingnya berbentuk bulatan. Puaslah mengontrol stereng masa me-reverse memandangkan skil reverse kete aku memang excellent lah sangat kan. Seriyes rasa macam tahi masa tuh. Kalo terus ke parking biasa takde lah buang masa macam ni skali.

Meeting plak pagi ni pasal 5S. Siot lah. Ntah saper pandai2 boh nama aku jadik wakil unit aku. Dah takde orang len hagaknyer. Punyalah dekat 100 orang budak kat sini, apsal nama haku gak yang sangat 'bertuah' terpilih? Dah lah haritu calon kan aku jadik komiti OSH siap blaja CPR bagai, ni 5S plak? Boss plak baru calonkan nama aku untuk wakil opis untuk kursus Stress Management. Wey, stress lah haku cenggini! Yang paling aku hangin skali bukan aper, rasanya dalam hampir 100 orang kat unit aku, tempat duduk hakulah yang paling dahsyat sekali keadaannya. Kat bawah meja aku bukan takat spare2 card, cable2, tools, file2 entah segala mak nenek harta karun semua ada kat area meja aku. Pastu nak lantik jadik komiti 5S. Giler munasabah??

Dalam meeting tu plak orang yang datang tak lah ramai. Sebab yang dijemput wakil2 ketua dari setiap unit jer. Tapi yang buat kepala aku macam nak pecah ialah bila orang kat depan bagi ceramah, bercakap kat depan kau sokseksoksek-sokseksoksek kat belakang. HELLOOOO, adab plez....adab!! Semua dalam ni Melayu, Islam lagi. Kalau pun tak nak dengar orang tu bercakap sebab kau boring, mengantuk, tak berminat, ko pekak badak or wateverrrr tolong lah senyap. Jangan ganggu orang yang fokus macam Senah ni hah. Nak cakap sikit2 bolehlah.... Ni sepanjang2 kau nak bercakap! Haku, kalau tak kerana kitorang ni berkongsi atap yang sama kat tempat kerja ni dah lama aku sound kuat2 SSHHHHHH......!!!!! Sambil buat muka 'ada aku kesah?!' kat diorang. Arrghhh, tolak lagi markah puasa untuk hari ini. :( :(

Sekian cerita malang saya untuk hari ini. Doakanlah semoga saya diberi ketabahan dan hidayah agar tidak menyumpah, mencaci, memaki atau mencarut2 hatta sekelumit di dalam hati pun untuk hari2 yang mendatang yang bakal saya tempuhi. Saya hamba yang hina, kalau pun tak berbuat kebaikan sekurang2nya tak perlu lah saya menambah dosa2 yang sedia ada.


-End-

10 June 2010

Pesta shopping jeruk bermula.

2 hari ni,
Walau takde saper2 nyanyi celah telinga aku.....

Tapi,
Aku asyik terngiang2 lagu boria anak tanjung......



10062010 : 1510 pm
Ibusawat Komtar, Pulau Pinang
Boria Anak Tanjung

07 January 2010

Genggam tangan ku......Erat. Bawa ku lari.......Jauh.

2 hari training di KL sangat menguji kesihatan jantung aku.
Semalam, tol keluar highway KL-Putrajaya jem teruk. Walaupun pada lane smart tag dan touch n go.
Lepas je tol, jalan tak berapa nak sesak.
Walaupun pelik sebab biasanya tol clear, lepas tol yang jem, tapi aku abaikan je perasaan tak sedap hati sebab dalam keadaan 'nak sampai cepat' masa tu.

Kalau korang biasa ikut MEX tu, korang mesti tau sesetengah selekohnya agak berbahaya.
Aku amik lane kanan, rempit ikut laju kereta depan.
Tiba kat satu selekoh, keadaan berbukit sikit tiba2 aku tengok kereta depan dah berhenti. Mengejut.
Aku, dalam panik semesta tu aku jeling ke lane kiri sesaat, terus pusing stereng.! Mujur takde kereta.
Masa tu jugak kedengaran bunyik brek (strreeetttt~!!) kereta yang belakang aku pada lane kanan. Dan diikuti beberapa lagi kereta di belakangnya. Fuhh, seb baik dah ke lane kiri kanz....
Tapi bayangkalah eh, kalau ada kereta kat lane kiri .....bakal ada 3 kemungkinan.

1st, stay kat lane kanan tapi terpaksa brek gile babi dalam. Adengan cium menyium bontot kereta bakal berlaku. Dan aku dah bayang kan betapa JEJAKA aku akan kemek sebab masa tu halaju kereta masing, kau paham2 saja lah...

2nd, kalau aku berkeras paut stereng ke lane kiri (sebab tak mau tercium bontot kereta depan) mau JEJAKA aku hilang muka sebelah. Paling bangsat aku cakap ko pintu sebelah kiri akan berlaga pipi dengan pintu kereta orang sebelah lane kiri.

3rd, paling aku takuti... Aku elak ke kiri, tp tak sempat abis keluar.... Depan langgar orang depan, tepi sagat dengan orang sebelah, blakang pulak kena kasik hentam! Perggghh~~

Masa tu lah baru ingat nak mengucap, doa bagai neh! Makhluk betul. Time susah baru ingat Tuhan.
Gigil tak yah cakap lah.... Adalah dalam 15 saat badan macam kena karen, tak bleh stop ketar.
Jantung pun masa tu rasa macam boleh dengar degupnya. Lagi kencang dari degup lepas lari 4X200 meter masa zaman sekolah dulu.

Hari ni, kat tol tak sesesak semalam.
Tapi macam yang selalu2, lepas tol kereta mula merangkak2 sampai lah Jalan Tun Razak.
Sepanjang dari keluar MEX sampai lah ke tempat training, aku tak tahu berapa banyak kali aku kena brek mengejut sampai botol air yang aku letak kat seat sebelah tercampak jatuh ke bawah.
Kereta menyelit, moto menyelit, lori menghimpit, kereta bersilang2 depan belakang, kereta polis lalu plak, dan paling aku benci sekali time2 sesak padat macam ni ader plak 'orang2 besar' lalu.
Perghhh, hangin btol rasa!
Dengan polis iring bermoto2, pastu ader kete pengiring plak.
Dah lah soh orang ke tepi time2 takde ruang, kau pulak boleh lalu gitu jer. Kalau berani meh lah join sesak sama! Baru lah true kater orang! Barulah 1Malaysia!! (tak memasal~!!)
Kasik kami sang marhaen ke tepi, kasik siren bingit tak hengat, kasik moto polis sebijik dua dan paling jaki sekali, ko tinted pulak cermin kete kebal ko sehabis itam.
Tak habis sakit jantung sebab asyik kena sergah2, kau kasik pulak sakit hati kaw2 punya!

Sampai tempat training kepala sakit.
Sebutir pun ilmu tak masuk dalam kepala.
Chekgu ngajar kat depan aku pangku kepala kat belakang.
Sampai tahap tak tahan aku selamba telangkup muka atas meja.
Migrain. Serius kritikal!

Ni sampai sekarang masih sakit kepala neh~

Nak2 staff aku baru call pasal breakdown sekejap tadi.
Hadoilah........
Mana lagi kritikal, equipment atau aku??
Aku syak sekejap lagi aku pun breakdown sama~~




080110 : 0020 am
Agnes Monica - Teruskanlah
Seri Kembangan

05 December 2009

Menyusur kembali jalan2 yang pernah aku lalui..... satu persatu

Tengahari tadi, masa tengah duduk2 bersantai2 menghadap Rani Mukerjee dan Abishek Batchan saling bermadah cinta di kaca TV2 bersama2 housemate tiba2 adik aku, Ana yang sedang menuntut di Matrikulasi telefon.
Katanya, sedang pulun isi borang UPU. Pening. Gelabah ayam je bunyiknya.
Dia tanya aku, apa dia course geomatik. Apa pulak course geoinfomatik. Apa bezanya, susah ke senang. Kerja apa nanti.
Lepas tu tanya pulak, perhubungan antarabangsa tu course apa? Ke mana arah tujunya.
Kemudian tanya pulak, logik ke merit cgpa untuk course dietetik cuma 2.65. Bukan 3 pointer ke atas ke? Dan macam2 lagi.

Aku jawab satu2. Mana yang aku tahu.
Zaman aku belajar dengan zamannya tak sama.
Aku tinggalkan zaman isi borang UPU bagai ni dah lama.
Kali terakhir masa kat Matriks dulu. 7-8 tahun yang lalu.
Sekarang mungkin dah lain. Tak banyak, sikit pasti ada yang berubah.
Aku nasihat padanya, pilih course yang dia betul2 minat.
Then pilih jugak course yang dia mampu bawa. Jangan sebab bunyiknya macam gah, akhirnya sendiri yang tersungkur sebab tak larat nak bawak subjek2nya nanti.
Dalam masa yang sama, aku beritahu dia jangan terlalu takut tak mampu belajar course2 yang susah then apply course2 yang cikai2. Tak menguji kebolehan yang ada. Nanti menyesal.
Panjang aku bagi nasihat.

Menyusur sejarah diri sendiri, satu masa dulu.... Dek penangan siri Roswell dan X-Files, aku sangat terpengaruh untuk menjadi pakar kaji bulan dan bintang. Pengaruh tv memang besar maknanya pada aku. Sebab masa tu aku terfikir, kot kalau sambil2 mengkaji perihal angkasa, aku bakal tahu sama ada alien benar2 wujud di luar sana. Mahupun UFO memang ada merayau2 di ruang angkasaraya. Terutama di dada langit Amerika.

Kemudian, bila berlaku tragedi Highland Towers, aku mula pasang angan2 untuk jadi wartawan di lokasi kejadian.
Ia sesuatu yang mengujakan bilamana kau menjadi orang penting yang menyampaikan segala berita besar yang terjadi.
Dan ketika itu, semua orang tak sabar2 menanti laporan lokasi dari kau. Setiap masa. Penuh debar.
Ianya memberi rasa penghormatan buat diri sendiri pada aku. Kerja seperti inilah yang memberi kepuasan buat aku.
Mungkin aku boleh hasilkan sebuah dua buku himpunan kes2 kejadian yang berlaku.
Sebab aku juga minat menulis.
Jadi, apa yang tak terlapor di lokasi, aku boleh tambahkan dalam tulisan2 aku.

Menganjak dewasa, tv sekali lagi memain peranan dalam hala tuju kareer aku.
Masa CSI sedang menjadi fenomena hangat, aku mula pasang cita2 untuk jadi ahli forensik.
Ya, dan ia masih berkait dengan cita2 wartawan yang aku impikan dulu.
Aku boleh jadi ahli forensik, dalam masa yang sama aku juga masih boleh jadi wartawan lokasi kejadian. Ianya menjadi lebih menarik.

Aku tahu, kot ader terdetik ..... Tak boleh tinggi lagi agaknya cita2 aku?? Ya, aku tahu.... mungkin aku terlaku kuat angan2nya. Kerja, nak yang best2 je.

Masa form 5, aku amik jurusan sains tulen.
Masa tu, Sains Pertanian adalah matapelajaran wajib untuk kelas aku ambil. Maka aku menduduki SPM dengan 10 subjek.
Masa ni, otak aku dah di 'brainwash' oleh cikgu Sains Pertanian merangkap guru kelas kami, aku dah mula nampak jalan aku ke arah perladangan.
Kengkunun perintis untuk petani moden bagai lah nie.....

Masa habis SPM, sementara menunggu keputusan abah pernah suruh aku ambil kursus pendek. Perguruan.
Suruh aku jadi ustazah jer. Sebab aku ada Sijil Darjah Khas sekolah agama (aku sekolah di Johor).
Kira dengan berbekal sijil tu, aku cuma perlu ambil kursus pendek perguruan aku dah terus boleh apply jadi ustazah.
Agaknya, abah pun tak yakin dengan result SPM aku. He3....

Aku sambung belajar ke Matriks dalam jurusan Sains Hayat.
Setiap minggu bedah tikus putih dalam makmal biologi, siap dengan 'baju putih doktor' yang sungguh mengujakan.
Juga makmal kimia (siap goggles besar ala2 kepit hidong!) yang berbagai bau dan warna, yang mana kalau tak berlaku insiden cecair tumpah, eksperimen meletup2, paling2 busok pun mesti ada alatan yang pecah.
Masa tu, aku nampak seolah2 masa depan aku, kalau tak dalam bilik bedah pasti di makmal perubatan mana2.

Tapi dalam masa yang sama, aku dapat rasakan.....dalam banyak2 makmal, walaupun makmal biologi sangat lah hebat perasaannya (biarpun pernah disindir kaw2 punya dengan pensyarah sebab potong spesimen kulit bawang dan tisu pipi sangat tebal dan tak pandai tengok mikroskop pada minggu pertama lab!) aku lebih cenderung pada alat2.
Bukan pada benda hidup atau pun cecair2 berwarna dalam makmal Kimia. Aku lebih cenderung minat pada Makmal Fizik.
Main dengan alatan. Kira2. Logik masa. Pecutan. Pantulan. Graviti. Cahaya.

Jadinya, walaupun mak sangat berharap sama ada aku ambil bidang dalam cabang perubatan mahupun perguruan aku tetap bubuh engineering sebagai pilihan masa isi borang UPU.
Mak bising, tapi aku yakin kan padanya yang kebarangkalian untuk dapat adalah 1/8.
Sebab 7 lagi kursus yang aku isi dalam borang bukan pada bidang kejuruteraan.
Dan aku letak sbg pilihan ke3.
Demi mengambil hatinya juga, aku apply di U yang paling dekat dengan rumah.
Sekurang2nya dekat di matanya.
Ia juga mengubat kecewa aku sebab pilihan asal untuk apply forensik sebagai pilihan pertama ditolak mentah2 oleh mak.
Jangan ada langsung dalam senarai. Kena badi mayat nanti. Kerja tak menentu. Perempuan tak sesuai kerja macam tu dan sebagainya.

Masa dapat surat tawaran U, mak macam tak berapa puas hati.
Pilihan aku tu lah yang aku dapat.
Katanya, nanti nak kerja macam mana. Perempuan bukan senang nak dapat kerja dalam bidang engineering.
Aku yakinkan dia, rezeki bukan pada gender. Ia sesuatu yang Tuhan dah tetapkan untuk semua orang.
Dan bila aku dapat tawaran biasiswa dari syarikat yang aku kerja sekarang, mak terus tutup mulut tentang masa depan aku.
Lega agaknya. Dah nampak hala tuju aku ke mana lepas habis belajar.

Kita cuma boleh rancang masa depan.
Macam2 rancangan, impian dan harapan.
Tapi apa yang berlaku semua adalah dalam pengetahuanNya. Kerana rancangan kita takkan pernah sebaik pemberianNya.
Aku terima semua yang berlaku.
Walaupun kadang2, bila malam menjelang aku masih ada rasa ketagih mengadap langit mengira bintang dan merenung bulan.
Kadangkala juga berharap masih punya peluang buat liputan di lokasi kejadian dan menulis himpunan kisah mengenainya.
Paling tidak diberi kesempatan menjadi ahli forensik muda yang berjaya dalam kes2 yang rumit.

Kata Aflin dalam Soal Hati......Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Jadi Kenyataan.
Aku rangkumkan semua mimpi aku dalam kerjaya aku sekarang.
Troubleshoot equipment yang breakdown boleh memberi perasaan seperti kau membedah siasat kes forensik.
Kau cari setiap suspek atau root course yang menyumbang pada breakdown.
Pastu, kadang2 bila breakdown meleret sampai tengah malam, dapatlah aku peluang mengkaji dada langit sambil2 bersidai di tepi kabinet.
Mulalah berangan jadi ahli astronomi bagai neh.
Dan bila terjadi pelbagai hal dalam kerja, aku luahkan dalam penulisan aku di blog ini.
Macam wartawan yang melapor setiap kejadian.
Cita2 aku masih dapat aku capai. Tapi dengan jalan yang lain.

Mungkin dulu aku tak nampak.
Tapi sekarang aku dah sedar.
Ia jauh lebih baik dari apa yang aku hajatkan satu masa dulu.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan.




2348 : 051209
Boys Like Girls ft Taylor Swift - Two Is Better Than One
Sri Kembangan

03 December 2009

Arrghhh, tidak!!

Aku, lately ni nyanyuk menjadi2
Pergh, tua dah rupanya....

Janji nak pergi rumah membe kat Seremban Ahad lepas.
Hari ni baru teringat kau! Khamis dah neh...Khamis!
Sungguh2 lupa deh!!

Hampun....Hampun kan kami penunggu gua..........


Kak Su, really sorry....... :(

Biar dia kata hidupnya kini asyik merenung bulan, sayangnya bulan ini tetap tak mampu memberi cahaya cinta padanya dari atas sana......

Tak kiralah berapa kuat kita mengejar,
Kalau bukan milik kita
Tetap takkan dapat

Dan,

Tak kira berapa jauh ia lari,
Kalau ia memang tertulis untuk kita
Ia akan tetap datang pada kita


Satu hari nanti.

.
.
.
.
.
*Diam yang maha panjang*
.
.
.
.
.
Sumpah, ianya suatu yang tidak mudah kau ungkap

Apatah lagi saat kau cuba sembunyikan air mata dalam kata2

Cinta, ianya perlu datang dari hati

Bukan semata kerana simpati!



-End-

02 November 2009

Pinjamkan satu semangat untuk ku....


Saya sedih. Amat. Sangat. Dalam sedalam2 emonya.
Buat pertama kali sepanjang saya berpindah ke unit baru, inilah hari yang paling memeritkan jiwa raga saya.
Saya tahu, sedang adik beradik juga ada pertengkaran.
Kalau tak besar, terkehel sikit2 tentu ada.
Apatah lagi kalau bukan darah daging kita.
Bukan sebangsa, atau seagama.
Saya tahu, manusia punya sifat buruk.
Dengki, sakit hati, benci, dendam apa saja.
Sebab kita bukan malaikat. Kita tidak bersikap pemaaf secara total.

Saya tak tahu dimana silapnya.
Kami '3 beradik' jadi bertegang kata hari ini.
Kamu tahu saya sangat sayang kan 'abang-abang' saya.
Saya tak mahu meninggalkan sebarang luka sepanjang perjalanan yang kami lalui bersama.
Ternyata Tuhan punya percaturannya sendiri.
Kami bertiga hilang kata sepakat. Hanya kerana hal yang saya lihat kecil pada asalnya.

Ini bukan kali pertama 'abang-abang' saya berlaga pendapat.
Saya tak mahu ikut campur pada mulanya.
Tambahan berlaku ketika kami semua sedang berpenat menghabis keringat bertugas di Pahang.
Ianya bercuti sambil bekerja yang menyeronokkan.
Tapi tak tahu di penghujungnya mereka boleh berselisih kata.
Hari ini sekali lagi terjadi.
Lebih perit saya tak lagi menjadi pendengar semata2.
Saya terseret sama.

Ianya emosi yang bergabung
Rasa mahu marah
Rasa mahu menangis
Rasa mahu merayu
Rasa mahu merajuk
Juga rasa mahu sayang
Ketiga2 kami

Saya cuma berharap ianya bukan pengakhiran sebuah hubungan
Malah menjadi permulaan sebuah cerita indah buat kami
Walau saya rasa emo sepanjang malam ini
Saya masih berharap esok tetap memihak pada kasih sayang dan kepercayaan antara kami

Cukup lah sekali
Cukup lah satu malam
Cukuplah satu rasa
Cukuplah andai dapat pinjam kan saya satu semangat

-End-

16 October 2009

Alamak!

Sejak akhir2 ni,
Rasa macam dah gila pulak


Gila bayang.

Muahahaha!

-End-

13 October 2009

Aku yang sungguh.....alahai!

Aku, selalu berhajat nak jadi seorang wanita yang berjiwa sofistikated. Konon ala2 golongan atasan sungguh. Kalau bercakap kat phone kedengaran sungguh cool dan teratur ayatnya. Tapi bila aku buat satu call tadi petang, lain pula jadinya.

Mamat: Heloo Pusat Servis Perodua boleh saya bantu?
Haku: Err, saya nak booking kereta lah. (Wah... ayat yang sungguh jutawan kau!)
Mamat: Hmm???
Haku: Erkk, salah2!.... Nak booking servis kereta (Arghhh, permulaan je dah kasik cemar cool aku!)
Mamat: Ah, tu lah. Kami tak jual kereta kat sini. Servis untuk aper Cik?
Haku: Untuk 40,000 km.
Mamat: Nak buat bila tu Cik?
Haku: Mmmm, kalau Ahad buka tak?
Mamat: Ahad ni tak buka Cik, kita cuti. Deepavali kan...
Haku: Owh, okay..... biasanya buka sampai pukul berapa yer?
Mamat: Kami buka sampai pukul 540 Cik.
Haku: 0540? Sempat lagi ni saya nak pergi. Tapi, kena rempit lah.... Huhuhu
Mamat: Jangan Cik, rempit tak bawak kete. Rempit untuk moto je. Kami tak servis motor...
Haku: Kalau saya nak hantar kereta pukul 540 terima? (Wah, bagi soklan sengal plak haku!)
Mamat: Owh. kami terima Cik, tapi terima kasih jer lah. Sebab dah lewat sangat tu. He3...
Haku: Hmm, Sabtu ada free lagi tak?
Mamat: Sabtu lagi tak boleh Cik, kita pergi pecah kelapa... (Ahh, macam mana boleh lupa lagik! Dem! Dem!)
Haku: Sori2.... Kalau macam tu saya booking Jumaat lah kot.
Mamat: Pukul berapa tu Cik?
Haku: Antara 0430 ke pukul 0500...
Mamat: Kenapa lambat sgt Cik.
Haku: Dah kita abis keje kol 0500....
Mamat: Kita? Ramai ker?
Haku: Oppss, saya...saayaaa (Sambil buat slang mat saleh)
Mamat: Saya booking kan pukul 0430 ye Cik. Boleh berikan nama, no kereta dan no telefon?
Haku: tut...tuuuttt.....tuuuttt... (dirahsiakan atas sbb keselamatan)
Mamat: Ok, saya ulang ye Cik. Nama tut, no kete tuuuuttt, no phone tuuuttt. Kete ada apaper masalah?
Haku: Tak tau lah masalah ke tak. Tau bawak je. Tu yg hantar servis mintak check bagi pihak.
Mamat: Tau bawak je eh? Bagus2.... He3.. Ada apaper lagi?
Haku: Takde, terima kasih yer!
Mamat: Sama2 Cik.

Ye, sofistikated eh? Sungguh kanak2!! Hadoo, rusak imej macam neh!

10 September 2009

Bioda-grafi Seorang Senah

Senah dengar radio, DJ kata Anita Sarawak mahu hasilkan biografi tentang dirinya.
Senah fikir Senah juga patut keluarkan biografi sendiri. Senang anak cucu Senah amik tahu tentang susur galur asal usul keturunan mereka. Legasi Senah.

Senah anak kedua dari 5 beradik. Senah lahir kat Melaka tapi masa mak lahirkan Senah, kami sekeluarga dah bermastautin di Johor. Sebab tu Senah berICkan nombor Melaka. Jadi, bila orang tanya Senah orang mana, Senah akan jawab orang Johor dan kadang2 Senah bagitahu Senah orang Melaka. Ada beza ke asal dari mana? Sebab Senah tetap Senah kan? Senah tak pernah sekolah asrama. Sebab Senah tak pandai. Tapi Senah cemerlang, gemilang dan terbilang di zaman sekolah.

Lepas tu Senah masuk matrik kat Pilah. Itu lah tempat paling jauh dari rumah yang Senah pernah menetap. Jauh lah sangat. Kat situ lah Senah jumpa kawan2 Heksasianoferat. Kami dapat nama tu kat dalam makmal Kimia. Yang Senah ingat heksa bermakna 6, tapi Senah dah tak ingat apakah Heksasianoferat tu sebenarnya. Yang pasti bukanlah nama sebatian sebiji guli. Senah rasa nama tu Senah yang bagi, maklumlah, Senah suka menggila kuasa dan berfikir diri sendiri bagus. Ha3.

Setahun lepas tu Senah patah balik ke Johor, belajar kejuruteraan kat universiti selatan selama 4 tahun. Macam zaman sekolah juga, Senah tak pandai. Tapi masih menamatkan pengajian dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Habis belajar Senah terus dapat kerja kat tempat kerja sekarang, sebab Senah mendapat biasiswa tajaan company yang Senah kerja sekarang ketika belajar dulu. Senah tak pandai, tapi alhamdulillah selalu ada rezki.

Senah suka warna merah. Sebab rasa seksi dan menonjol. Tapi Senah low profile orangnya. Sungguh tak kena! Senah kurus keding, pucat dan kecik. Senah suka makan walaupun tak sepadan badan. Senah gemar coklat dan aiskrim....well, mana ada perempuan tak suka kan? Zaman sekolah dulu Senah suka bersukan, berpeluh2 dan terkinja2. Sebab Senah rasa sihat, produktif dan seksi. Hingga kan Senah digelar anak k*ling oleh pakcik2 Senah kerana warna kulit Senah yang sungguh menawan akibat suka berjemur di tengahari dan tengah padang. Ironinya, masa Senah kecik2 dulu Senah selalu disangka anak C*na sebab warna kulit Senah dan rambut yang lurus halus itu. Dengan ini Senah rasa Senah boleh jadi ikon 1Malaysia.....Sungguh muhibah! .

Senah dah kata Senah tak bijak, sebab Senah selalu ponteng kelas masa belajar dulu. Sebab tu ilmu Senah selalu separuh2...... Sebab tu agaknya Senah tak dapat bezakan, antara biografi dengan biodata. Juga apa itu bioperubatan, biokimia, biodiesel dan bioteknologi. Yang Senah tahu biologi je. Itu pun Senah dapat B3 je masa SPM dulu. Sebab tu Senah tak jadi doktor. Senah duduk bidang telekomunikasi. Sebab Senah pas bab tele-tele ni.... Telefon, televisyen, teleconverter, telegraf, teledera, teletubbies, juga telepati.

Sekian saja bioda-grafi Senah untuk hari ini. Kak Nita belum sempat keluarkan, Senah dah habis cerita kisah Senah. Muda lagi Senah rupanya. Hikayat pun pendek je. Nampak sangat hidup Senah sungguh polos. Drama mendatar je, takde klimaksnya. Senah bukan tak mahu tunggu umor 50 baru nak tulis, Senah takut Senah tak sempat sampai je..... Kalau sempat insyaAllah, berjilid nanti Senah terbitkan. Hokkay!

28 July 2009

Hari ini hari Selasa, staff saya kata hari tidak beruntung kami adalah setiap hari Selasa..... Benarkah??

1. Sejak tempat kerja aku dibanjiri pekerja2 baru ni, aku kena keluar rumah sebelum pukul 0800pagi. Sebab aku tak nak menapak jauh gara2 parking yang dekat sudah penuh. Betapa terserlah kemalasan aku bersenam, jalan sikit pun nak berkira!

2. Minggu ni ada salah satu ibusawat terbakar. Tambah lagi bilangan orang yang datang ke pejabat. Sebab bilik gerakan ketika darurat atau kecemasan adalah di bangunan pejabat aku. Bertambah awallah aku ke pejabat sekarang.

3. Semenjak dua ni aku perasan seorang mamat di pejabat. Selain berwajah cute + nakal, misteri (sebab suka makan seorang diri) dan of coz lah botak, dia sangat menginspirasikan (ada ke perkataan ini?) aku untuk datang ke pejabat dengan semangatnya. Sungguh tak ikhlas kan? Niat pun dah lari.... Hadoooo.... Tapi tadi dengan sengalnya aku sudah buat aksi spastik bangang tanpa sengaja depan mamat neh.... Punya lah penat control cun dia tak pandang, time tak sepatutnya molek je dia tengah tengok. Haduuu...hadu.....malu!!

4. Hari ini aku ada mesyuarat di KL. Sejak pagi aku berusaha cari alasan untuk tak mahu pergi mesyuarat itu. Sebab aku tak tahu hujung pangkal isu yang dibincangkan. Maklumlah, aku kan baru dalam unit sekarang. Yang tak bestnya, boss selamba suruh kami wakilkan dia sebab dia pun malas nak pergi, kononnya ada kerja lain yang lebih penting. Hidup ini memang tak adil! (Ayat kasik drama....)

4. Setelah segala muslihat aku dan staff aku tak berjaya, kami dengan berat hati bergerak ke tempat mesyuarat sepuluh minit sebelum waktu mesyuarat bermula. Harus diingat, jarak dari pejabat ke tempat mesyuarat jika dicampur kesesakan (alasan biasa untuk orang KL!) dan sesat (alasan biasa aku!) aku jangkakan makan masa 30 minit paling cepat.

5. Kami sampai di tempat letak kereta bangunan berikut pada pukul 1515 petang. 45 minit lewat dari waktu bermulanya mesyuarat. Walaupun kalut, kami maintain cool. Maklumlah, kalau kena bambu pun tak lah aku keseorangan. Boleh gitu??

6. Sampai di tingkat yang di maksudkan barulah officemate aku sms, beritahu mesyuarat diadakan di bangunan yang berhadapan dengan bangunan yang kami naik. Puas berlari2, lintas jalan yang sesak, tersesat2 cari bilik mesyuarat, kami akhirnya sampai tepat jam 1530 dengan termengah2 dan muka yang berkilat peluh. Sungguh kanak2 aku rasa masa tuh~~

7. Tak sampai satu jam mesyuarat tamat. Biarpun aku tak cakap sepatah perkataan pun dalam mesyuarat tu tapi aku rasa sangat berpuas hati sebab kedatangan kami tak sia2. Staff aku memang expert! Dia bagi cadangan je terus tutup kes. Setel! Senah....Bilalah nak pandai macam dia neh.... Nampak macam aku pulak yang staff dia... Haiihhh~~

8. Masa perjalanan pulang aku dapat call dari ex-officemate. Memandu sambil berbual di telefon tanpa handsfree memang pantang aku. Tapi tadi aku dengan selambanya buat perangai tak senonoh itu. Dah lah berbual dengan lamanya, kemudian selamba melepasi polis trafik yang sedang sibuk menyaman kereta yang parking bersepah di tepi jalan tanpa rasa bersalah. Sebab aku rasa pemanduan aku langsung tak terjejas. Biasalah kan KL, sesak. Bukan boleh bawa laju pun.

9. Antara ayat yang ex-officemate aku sebut dalam perbualan kami adalah.... "Masa dengar kau kirim kad jemputan kat pejabat, aku terus senyap je. Tak berani nak contact kau lagi. Kot lah aku ganggu hubungan orang. Tapi masa tu baru terfikir, apasal lah aku tak 'ayat' kau dulu....Rupanya kad orang lain...." Cit, boleh ker?? Jujur sangat tu Bang!!

10. Lebih dari 3 orang dapat makian BODOOO dari aku sebab memandu denga 'bijok'. Pantang aku orang nak ke kiri tapi duduk lane paling kanan then masuk mengejut lane kiri tanpa signal. Tak skolah punya orang!!


2247pm : 28072009
Faizal Tahir - Aku Punya Kamu
Sri Kembangan

16 March 2009

Bila nenek kata...... Uiissshh, kau jangan berani2 tegur!

Kalau kau jumpa aku, jangan terkejut kalau aku kelihatan lebih gelap dari biasa.
Ia adalah akibat rutin kerja yang tak menentu sekarang. Tepi jalan dah jadi pejabat kedua aku.
Kau boleh tegur kalau kau mahu. Aku tak pernah kisah dengan warna kulit aku. Sebab tahu, aku tetap hot dalam apa jua warna... Muahahaha!
Asal tak berwarna pelik macam warna ungu, biru, magenta, turquoise atau warna pelangi sudahlah. Lagi pula aku tahu, lambat laun aku akan kembali ke warna asal.
Tapi tolong jangan kata aku semakin kurus lagi. Sebab aku tak mampu transform ke bentuk yang lain.
Tau tak aku benci gila perkataan tu?
Aku dengar perkataan kurus sejak aku faham apa yang orang cakap lagi. Zaman gigi susu tak habis tumbuh lagi.

Aku bukan kurus. Aku cuma kecil.
Tahu apa maksud kurus?
Orang yang punya berat badan kurang dari yang sepatutnya.
Tahu tak ada orang kurus yang punya tapak kaki yang menjalar?
Itu maksudnya orang tinggi yang tak cukup berat dan ya, dia kurus.
Aku bukan kurus. Aku cuma kecil. Kepala aku kecil, jari2 aku kecil.
Dan tapak kaki aku juga kecil. Cuma saiz budak.
Jadi kalau kau kata aku kurus, itu salah.
Sebab katakan berat aku lebih dari keadaan aku sekarang, kaki aku mesti menangis sebab tak mampu tampung berat badan aku. Kesian kat dia.... Dah lah sangat susah nak cari kasut yang sesuai untuk dia.
Atau kau boleh tengok aku jadi perempuan yang macam spongebob, badan kembang tapi tangan dan jari kecil.
Jadi berat yang aku ada ini seadanya yang patut ada.
Aku sampai pergi timbang kat penimbang yang bunyi2 di pasaraya tu. Dia cakap.... "U r normal".
Kalau dia cakap aku tak normal, aku sepak2 mesin tu. Betul2 jadi tak normal aku nanti.
Okay, mungkin cuma perlu tambah 2-3 kilogram lagi untuk nampak ideal. Kasi nampak chubby sikit. Dan percayalah, aku berusaha sebolehnya untuk itu.

Apsal aku tiba2 tulis entry pasal kurus ni?
Sebab ada membe aku tegur aku kurus.
Waaaahhh, rasa nak melenting je!
Dah berminggu tiada orang tegur hal yang aku tak berapa nak gemar tu.
Tambahan pula kebelakangan ni nafsu makan mencanak2.
Siang malam mengunyah saja.
Perut pun dah nampak tanda macam dah naik2 lemak.
Untuk orang kurus, opps.... kecil macam aku memang kau tak nampak. Tapi percayalah, ia jua boleh ada.
Owhh, nak kena buat sit up lepas ni. Barulah boleh maintain perut Fergie macam ni....Pergh, ayat tak nak kalah dowh!


160309 : 2340 pm
Flogging Molly - If I Ever Leave This World Alive
Sri Kembangan

Kau ambil dia dari aku, aku ambil ini dari kau!

Kebelakangan ni rambut aku macam tak bermaya je.
Rosak, dan selalu gugur.
Kalau pandang bawah lampu, warnanya keperang-perangan, macam aku inai rambut saja.
Tak cantik untuk kulit pucat aku dan aku tak suka.
Aku selalu impikan rambut yang hitam pekat. Warna rambut orang Asia.
Aku bercadang mahu potong saja rambut.
Aku tak pernah berambut panjang pun. Paling panjang pun lebih sikit dari paras bahu.
Rambut pendek lebih mudah diurus.
Tambahan rambut aku halus dan nipis. Mudah putus.
Lagipun ia lebih sesuai dengan muka aku yang kecil comel ni.... Owh!
Walaupun bertudung, aku juga impikan punya rambut yang cantik bak selebriti.
Semua orang mahu cantik kan? :)
Aku belek2 majalah. Aku surf2 internet. Nak fesyen macam mana ya?
Okay, akhirnya aku jumpa potongan yang aku mahu.

Walaupun aku masih benci dia kerana mengambil jejaka pendek pujaan hati aku satu ketika dulu, aku harus akui dia kelihatan hot dengan fesyen rambut ini. Kau ambil dia dari aku, aku ambil ini dari kau...... Dan mungkin aku akan nampak lebih hot dari kau! ;p



160309 : 2227 pm

Estranged - Aurora

Sri Kembangan