26 August 2011

Cuti weh...cuti! :)

Hari ni keluar pegi opis, jalan sangat lengang!
Terjerit2 aku sorang2 dalam kete sebab sangat teruja.
Wuuhuuuu!!

Radio pulak asyik main lagu raya.

Sampai opis pon sama.
Berkumandang lagu raya sana sini.
Masing2 buka radio volume kasik dengar satu galeri.

Baru betul2 terasa nak raya hari ni.
Keje pon dah tinggal separuh je semangatnyer.

Balik kampoonngggg....
Ho ho ho balik kampoonggg...
Ho ho ho balik kampooongg...
Hati riang~

25 August 2011

Penimbang

Tak percaya sungguh...
Tahun ni memang tahun yang ajaib.

Dah penghujung2 Ramadhan,
tapi berat turun 3kg je tahun ni.

Saya sangat gembira hokkay.
Betul2 senang hati nampaknyer!
:) :)

23 August 2011

Haahh, kerek ko lagik Senah!

Hari Jumaat lepas sorang menejer ni ajak Senah berbuka dekat hotel kat KL.
Sepatutnye memang Senah join, sebab kawan2 Senah yang baik hati dah include kan nama Senah dalam list org2 yg join.
Tapi last minute Senah tarik diri sebab rasa berat nak pergi.
Menejer ni punya lah racun2 Senah, rugi tak pergi katanya.
Senah dengan kerek cakap, kalau Senah pegi masuk ni dah 3 tawon Senah join.
Senah dah tau dah menu2nye, jadik Senah tak heran sangat.
Kerek betul kan….

Hari ni, Senah berbuka kat hotel, KL jugak lokasinya.
Macam tahun2 sebelumnye, undangan dari vendor.
Sah dah takde vendor, Senah menumpang vendor kawan2 je lah.

Sampai2, Senah duduk sebelah menejer ni tadi.
Dia tanya, Senah berbuka nak makan aper.
Senah jawab, kambenglah….
Dia tanya lagi, eh…sini ader eh kambeng?
Senah jawab dengan kerek macam selalu2, mestilah ada.
Dah 3 tawon Senah berbuka kat sini, menu apa kat meja mana pon Senah da hapal.
Katernye Jumaat lepas x dapat makan kambeng banyak.
Senah menyampuk dengan muka kerek,
Tau….. Sebab kat hotel sana kena beratur, kambengnyer tak banyak.. Tapi orang ramaaaaiiiii giler….
Kerek tak kerek Senah.

Nasib baik lah menejer ni memang kaki poyo.
Bab2 lawak melawak ni selamba mak dia jer.
So, dia menyindir ker, Senah kerek ker, dia gurau, Senah gurau memang tak terasa hati langsung lah kitorg ni.

Lepas berbuka ringan2, Senah ke surau yang disediakan.
Macam 2 tawon yang sudah, surau yang disediakan adalah bilik hotel yang dikhaskan untuk jemaah.
Senah pegi berdua dgn opismet, juga ada sorang lagi kakak yg naik lif sama kitorg.
Bilik masih kosong, kami bertiga saja.

Senah ambil wuduk yg last skali, di sinki.
Maklumlah, hotel kan….
Time nak basuh kaki, Senah ke shower. Guna salur paip. Air sikit panas, Senah adjust kasik sejuk sket.. Ader jugak melecur kaki Senah nanti.
Time nak tutup, Senah terover pusing kepala paip…
NGAAAA~~~
Habis berjujuranlah air shower di atas kepala Senah!
Shower bukan yang biasa2 kay, kepala shower hotel2 sekarang sebesar pinggan nasik kot!
Nasib baik da kurangkan kepanasan air tadi.

Huwaaaarghhh, belakang baju Senah habis basah!!
Anak tudung pon sama!
Dah la Senah pakai baju plain arini, sangat nampak la kebasahannyer…. Adoyai!

Senah teruskan jugak.
Dalam lencun2 tuh Senah solat.
Habis2 solat membe Senah ni tolong lap2 kan blakang baju Senah dengan kain telekung Senah.
Haih, da la xde hair dryer, towel atau tisu pon xde!
Malang sungguh Senah kawan2~~

Masa nak turun dalam lif, dah la Senah ngan membe ni masuk last skali.
So, ofkos la org2 kat blakang Senah akan nampak.
Tapi, hal2 macam ni kena cool. Buat biasa jer...
Mujurlah baju Senah warna nya agak gelap.
Cepat je hilang tanda kebasahan di baju.
Mujur juga yang basah hanya bahagian belakang baju, separuh badan.

Keluar lif, Senah cepat2 ke toilet.
Cari hand dryer, tak sampai 5 minit terus kering!
Walaupun x kering sepenuhnyer, tapi memang x nampak langsunglah tanda2 basah di belakang baju.
Balik ke meja, tersebarlah cerita pada kawan2 yang tak bersolat tentang insiden Senah di bilik solat.
Sedang bergelak2 sesama kitorg, terdengar la sang menejer di sebelah.
Walaupun puas kitorg guna bahasa isyarat, cerita slow2, tetap juga dia dengar kisah hangat Senah.
Apalagi, gelak sakan lah beliau!
Mesti dalam hati dia cakap, tu la… kater dah 3 tawon buka kat sini… Aperhal paip shower pon boleh salah pusing??
Padan muka Senah~
Kerek lagik! Kerek!
Harharhar…..

Biarpun begitu, sangat la berpuas hati Senah hari ini.
Kambeng golek, stew kambeng, sate kambeng, sup kambeng, dan pelbagai masakn kambeng telah dapat Senah makan dengan jayanya.
Selain itu, dapat juga Senah jamah (ceh, jamah la sangat!) ketam goreng, udang bakar, sotong berempah, sushi, kek2, dan pelbagai jenis buah.
Alhamdulillah!

Sebelum balik, sempat lah Senah bergurau lagik dengan sang menejer.
Agaknye, sebab banyak makan kambeng la Senah dapat ‘mandi free’ kat hotel arini...
Sang menejer cuma gelak sakan.
Katernyer, ‘bertuah’ betul dapat mandi kat hotel... hilang bau kambeng!
Kuikuikui….

Ingat ye Senah, len kali jangan nak kerek2 lagik.
Ini lah akibatnyer.......



21 August 2011

Drama minggu ini

Lepas solat Zohor tadi, tiba2 terdengar suara perempuan terjerit2.
Flat tempat aku duduk ni, biasanya kalau suara bising2 pun datang dari budak2 yang bermain.
Itu pun bukan waktu tengahari macam ni.
Ini waktu orang berehat, keluar berjalan2 ataupun tidur.

Aku jengah dari tingkap bilik.
Suara perempuan tu masih terjerit2.
Aku nampak kakak di tingkat 3 blok depan pun terjengah2 menyebuk sama macam aku.
Aku keluar ke balkoni, nak dengar lebih jelas.
Yang aku dengar....
"dulu janji nak pulang dua ribu... bla..bla... mintak lagik tujuh ribu... bla..bla... penipu!...bla bla bla....."
Hamik kau!
Boleh pulak dia buat scene tengahari2 macam ni.
Nasib baik aku tak nampak saperkah tuan empunya suara.
Aku masuk je dalam.
Hal2 rumahtangga orang, tak yah la masuk campur kan.
Len la kalau kena samun ker, kena cabul ker... boleh la kita amik tahu.

Alahai kak,
Hari baik bulan baik ni.... banyak2 kan bersabar.
Kot kalau iye pun nak tuntut hutang, jgn sampai berblok2 orang boleh dengar.
Malu kak~

14 August 2011

\(^_^)/

Hari buat sportcheck eh?
Ni, orang simpan dalam diari.

Nanti boleh ungkit depan anak cucu.


Ohhoiii~~ :p

12 August 2011

Ramadhan......

Aku nak share sikit satu cerita.
Lama dah aku dok pendam ni.
Aku tau...aku tau....bulan puasa tak baik mengumpatkan...
(Macam lah bulan lain boleh mengumpat...ceh~)
Anggap lah ni cerita pengajaran dalam bulan Ramadhan ni.
Hu3....


Honestly, aku tak berkenan pada konsep makan secara terbuka pada ketika kau tidak boleh berpuasa.
Dalam erti kata lain ketika kau 'cuti'.
Apalah sangat menahan makan minum dalam masa yang tak sampai 15 jam tu kan?
Bukanlah aku nak kata tak boleh makan langsung.
Dah hukumnya kau tak boleh berpuasa, memang lah kau boleh makan.
Tapi bagi aku kalau setakat teguk air, makan biskut atau roti sekeping dua masih boleh diterima.
Itu pun tolonglah sembunyi2 atau makanlah di tempat yang terlindung.

Pertama,
Kau harus ada rasa hormat pada orang2 lain yang sedang berpuasa.
Memanglah, kita bukan budak2 lagi nak rasa terliur tengok orang lain makan ketika kita sedang berpuasa.
Tapi, itu isu adab dan malu.
Kedua,
Fikirkan non-Muslim yang melihat.
Bukan semua orang faham setiap hukum hakam agama kita.
Tanpa penjelasan yang jelas, boleh mengelirukan mereka kenapa pada bulan yang diketahui semua orang perlu menahan makan dan minum, kau boleh makan dan minum secara bebas.
Ketiga,
Ramadhan adalah bulan untuk kau hayati hikmahnya, bukan setakat menahan lapar dan dahaga.
Bunyinya klise, tapi benar.
Kalau kau makan dengan berleluasa, aku secara peribadi rasa ia menghilangkan penghayatan Ramadhan kau.
Sekaligus membuat kau terlupa betapa istimewanya bulan penuh hikmah ini.
Ini pendapat peribadi aku, bukan tuduhan.


Just imagine,
apa pendapat kau bila hari2 kawan2 pejabat yang tidak berpuasa, beramai2 beli KFC yang kadangkala sampai set bucket meal.
Kemudian makan dengan suka ria di pantry yang letaknya sangat lah hampir dengan surau yang sah2 orang2 yang berpuasa akan lalu ketika ketika waktu rehat untuk bersolat?



Ya, sekali lagi.

Ianya tentang adab dan malu.




Tepuk dada, tanya iman.


Selamat berpuasa semua!





1st

Ini cubaan kali pertama aku.
Harap2 ada rezeki lah.
Walaupun last minute punya kerja.

Sebab aku selalu yakin,
kadang2 kerja minit2 terakhir mujarab.

Kalau tak,
aku anggap rezeki aku pada yang lain lah.......

InsyaAllah.





Doa2kanlah.


-End-

09 August 2011

Angkatlah weyy!!

Ko kalo ada phone tapi takat ada untuk aku dengar ringtone ko tuh baik x payah guna phone!

Huhh!!

Emo aku....




01 August 2011

This is a story about four people
named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.

There was an important job to be done
and Everybody was sure that Somebody would do it.
Anybody could have done it, but Nobody did it.
Somebody got angry about that,
because it was Everybody's job.
Everybody thought Anybody could do it,
but Nobody realized
that Everybody wouldn't do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody
when Nobody did what Anyone could have.

~Author Unknown




Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.