Showing posts with label malam. Show all posts
Showing posts with label malam. Show all posts

08 May 2012

May

Bulan ini, bulan chenta...


Selamat malam semua~

21 October 2011

Kering

Kehabisan tenaga~






-End-

23 July 2011

Harimau

Aku kena mengaku,

tonton bola malam ni memang sangat emosi.

Aku syak, aku memang tak boleh tonton bola selalu.




Kalau hari2 macam ni, boleh kena sakit jantung....


-End-

15 July 2011

Kamu....

Hati,


seminit pun kau dah pandai berkira dengan aku sekarang.


Belum lagi sejam, sebulan mahu pun setahun.


Macam mana lah aku nak bertahan.



-End-

16 June 2011

~Rindu~

Dulu,
rumah adalah tempat yang paling saya rindu untuk kembali.
Sekarang
sudah ada tempat lain yang lebih menggamit hati dan jiwa saya......




Semoga ada rezeki saya ke sana lagi........

-End-

24 March 2011

Alhamdulillah.....

Berkat kesabaran yang tinggi
aku menghadap masalah internet dengan laptop yang tak boleh nak sync
selama beberapa bulan
finally, semua masalah selesai....

Jangan tanyalah macam mana boleh settle
macam mana masalah boleh jadik pun
sampai sekarang masih tak tahu sebabnya.

Asal dah boleh start surfing sudah
Boleh update blog selalu lepas ni.




Harap2lah~~

02 March 2011

Balik kampung...hohoho balik kampung........

Last week balik kampung, Melaka.
Tak pernah2 kau, kampung hakku yang sunyi sepi macam pekan cowboy hidup segan mati tak mahu tu meriah yo-oh yo-oh ala2 ada pesta jom jom jom jom hebo heboo.
Maklumlah, kebetulan Sabtu minggu lepas adalah hari penamaan calon untuk DUN kampung aku.
Bukan main meriah bendera bergantung2.
Aku balik kampung pun sebab kawan baik masa kecik2 merangkap anak jiran belakang umah nenek kawen.
Uish, bertambahlah meriahnye kau.
Umah nenek aku betul2 berdepan dengan markas P*S, lepas tu membe yang kawen ni pulak kebetulannya keje dekat pejabat UM*O something macam tu lah kalau tak silap.
Makanya kempen2 pun berlakulah di majlis perkahwinan membe ni.
Boleh nampak lah ade tetamu yang datang terang2 pakai ves berlogo parti masing2, jalan ramai2, siap salam2 tetamu yang lain.
Sambil meraikan pengantin, sambil2 tu pancing undi sekali!

Hakku, berperasaan macam dah lamaaaa benau tak balik kampung.
Masa on da way balik pagi Sabtu tu, bila masuk kawasan kampung je aku drive ala2 bersiar2 saja.
Kampung wey, bukan boleh drift pon kan!
Masa tu lah nampak ader rumah yang dok bakar2 sampah....
Well walaupun aku menyokong kempen alam sekitar selamatkan bumi, tapi bila dok ternampak asap bakar sampah tu, memang feel benau lah. Terasa kekampungannyer.
Pastu, ader sorang dua budak main basikal tepi2 jalan sambil dikejar membe lain yang pakai selipar jepun oversize sambil mulut mengigit aiskrim malaysia..... Haiihhh, takke tu mengimbau zaman manis kau dulu??
Sambil kau drive, kau potong sorang atok sedang kayuh basikal tua.
Walau perlahan, masih gigih dan kental semangatnya.
Nostalgia sungguh!

Petang Sabtu, aku dengan mak abah, pakcik2, makcik2 dan spupu ke Pasar Malam.
Ala, pasar malam kampung ader jual aper lah sangat kan.
Tapi kitorang memang suka pegi.
Mana lagi tempat nak dapat burger jual harga seringgit??
Hokkay, aku tipu.
Burger naik harga seringit tigaploh sen.
Tapi hanya naik 30sen after wat, ten years? Fifteen years?
Mana lagi nak dapat kan?
Kat KL dah jual burger 2.50 skrg!
Hakku suka burger kampung. Dulu, kini dan selamanya. Sumpah!

Masa nak balik semula ke KL hari Ahad, mak pesan suruh hantar adik bongsu balik ke asrama.
Sebelum balik mak pesan belikan adik kasut baru kat pekan.
Kasut futsal yang adik pesan soh mak bawak balik, telah ditinggalkan secara tak sengaja oleh mak. TERtinggal namanya bukan ditinggal.
Maka, walaupun tahu pekan sangat sibuk akibat suasana pilihanraya yang bakal menjelang hakku ikutkan sahaja.
Mana boleh derhaka kan... Tambahan aku kakak yang penyayang dan bertanggungjawab. Ececeh~~

Abaikan suasana yang meriah dengan poster2 dan sepanduk yang pelbagai.
Aku dengan adik menyusur perlahan2 dalam celah2 orang ramai di pasar tani.
Bukan takat ader penjual dan pengunjung, siap ader puteri um*o, pengarah itu ade, wakil ini ader, wah.... sanggat meriah uols!
Kami jalan di kaki lima kedai2 lama kat pekan.
Dah lama tak pergi, lupa mana kedai jual baju, mana kedai jual paper, jual rempah, kedai gunting rambut, kedai bunga, kedai buat batu nisan.....
Masa tu semua kenangan masuk dalam kepala otak.

Teringat kedai gunting rambut yang mana akak hakku nangis bukan main lagik masa nyonya potong rambut ala bob cut masa kecik2 dulu.
Masa tu posh spice sama rihanna blom pakai lagik style rambut tuh.
Maka akak aku menangis sebab menyangka nyoya salah potong rambut sebab cutting belakang pendek dari site sisi.
Hakku pulak nyonya potong sekali gunting je sebab rambut sangatlah halus dan sedikit.

Aku nampak kedai kasut yang mana aku dan geng2 Hexa pernah beli kasut sama design, warna dan bentuk masa matriks dulu pastu pakai sama2 masa jalan ke Bandar Melaka.
Memang sungguh dowh masa tu kanz.....
Aku menyengih je lalu depan kedai tuh~ hehehe~

Juga teringat stesen bas yang dulunya sangat tak maju (even sekarang pun, tapi dah improve sket :p)
Sampai sekarang masih teringat2 masa sekolah2 dulu time cuti2 skolah, aku dgn spupu dan membe yang kawen ni akan ke Bandar Melaka naik bas.
Ye, bas tambang yang ader konduktor bas tebuk tiket tu, yang tingkap bas main pakai tolak ke atas tu, yang kalau jalan macam nak gugur lantai bas sebab gegarnya, yang bau asapnye boleh buat orang kena strok...
Dan bas macam tu masih ader lagik kat pekan tu.....
Memori daun pisang betullah!

Sesekali memang kena layan blues bila balik kampung macam ni.
Tapi memang tak bleh blah kalau time nak layan blues time tu pilihanraya.
Boleh potong mood.

Hmm, selamat mengundi untuk rakyat2 kampung.
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh!
*takde kaitan....*

12 December 2010

Aku wanita biasa.

Tajuk entri terpaksa pinjam dari tajuk lagu Mbak Kris.
Sebab tak jumpa tajuk lagu artis Malaysia yang berpadanan dengan entri yang aku nak tulis ni.
________________________________________

Topik ni lama dah aku fikirkan.Berbulan yang lalu. 2-3 kali duduk dalam draft, lepas tu aku delete. Sebab apa, aku pun tak tahu. Terinspirasi dari entri ini, aku nak kongsikan perkara yang hampir sama kaitannya dengan apa yang selama ni aku teringin nak luahkan. Hakikatnya, dilahirkan sebagai perempuan bukan suatu yang mudah. Terutama saat kau duduk di alam anak gadis. Aku boleh bayangkan macam mana hati orang tua bila anak gadis jauh dari mata. Sedangkan kalau anak perempuan yang duduk di rumah pulang lewat kau dah tak keruan call dan minta pulang segera, inikan pula yang jauh dari pandangan dan kau tak tahu dengan siapa dia berpergian sepanjang hari sehingga larut malam. Ya, hati orang tua memang takkan tenang bila ada anak gadis dalam jagaan mereka.

Tak perlulah kau cute seksi macam Tiz Zakyah, atau sweet innocent macam Lisa Surihani mahu pun hot body macam Nora Danish.
Gadis marhaen macam aku ni pun rasanya dah cukup gangguan dari keliling. Tak kisah lah gangguan dalam bentuk pandangan, ucapan mahu pun perbuatan.

Bayangkan, kalau ada sekumpulan anak muda lelaki duduk melepak kat satu tempat seperti kedai makan atau depan tangga pejabat misalnya lepas tu kau lalu depan mereka seorang diri. Tak dapat tidak mesti ada seorang dua yang akan memandang bukan dengan pandangan 'sekilas pandang'. Lebih malang kalau ada yang berhati nakal dan mula mengeluarkan ayat2 usikan.

Pengalaman peribadi aku sendiri, bukan sekali dua 'kena' kejadian macam tu. Kadang2 ayat yang directly mengusik seperti "hai, sorang je ker?" sangat biasa kedengaran. Juga ada usikan yang lebih kepada provokasi seperti ayat........"hah, samseng minah nie!" saat kau melintasi sekumpulan lelaki yang mana kau tahu hanya kau seorang perempuan yang ada kat situ dan nada suara yang diguna juga adalah dengan niat untuk kau dengar dengan jelas apa yang diucapkan. Bila kau menoleh, mamat yang berkata2 itu tersenyum megah pada kau tanda dia dah berjaya menarik perhatian kau dengan ayat tersebut. Pergh, kalau ada kuku panjang dah hakku cakar muka mamat tu masa tu jugak!

Kadang2 berlaku usikan dalam bentuk indirectly yang ditujukan kepada kau seperti "shh, iklan wey......iklan...." atau "seronoknya hari ni nampak madu (honey)......" dan semua orang di situ terdiam saat kau lalu dan sebaik saja kau berlalu dari situ kau boleh dengan gelak2 nakal di belakang kau. Ya, ianya perkara yang kau tidak selesa dan sungguh, ia satu bentuk gangguan jiwa. Melihat dari sudut psikologi yang mana lelaki lebih dominan dalam hal mengurat / menggatal / mengusik kau boleh abaikan perasaan tidak selesa itu. Tapi, macam mana pula dengan gangguan yang lebih kepada fizikal mahupun serangan secara serangan sang saiko yang boleh buat perempuan meroyan akibat paranoid dan ketakutan?

Seperti bila kau di suatu tempat yang ramai orang dan kebetulan yang ramainya adalah lelaki. Mengambil contoh dalam LRT misalnya, yang mana kisah benar juga berlaku pada aku ketika masih bermastautin di Kerinchi satu masa dahulu. Ada seorang lelaki tua kutuk yang tak sedar diri asyik usha kami (aku dan Puan Sab) sebelum tu lagi. Masa dalam LRT, tua kutuk ni berdiri betul2 belakang aku dan tangannya memegang pemegang dalam LRT. Tulang belakang aku dengan jelasnya boleh rasa perut boroi beliau yang sengaja di dekatkan ke badan aku dan Puan Sab dapat menangkap perbuatan setan beliau yang sungguh seronok seolah2 mahu mencium haruman dari kepala aku. Sialan bukan?

Dari segi serangan sang saiko pula, seperti yang berlaku pada kejadian dalam LRT dulu, atau kejadian di tempat cuci kereta tempohari. Itu antaranya. Banyak lagi yang pernah berlaku.

Paling terbaru, jumaat malam yang lalu aku ada standby kat PJ. Masuk2 ibusawat macam biasa aku tinggalkan nama dan nombor telefon dalam buku pelawat. Mana tahu pagi Sabtu tu, masa on da way nak balik ke rumah dapat sms dari nombor yang tak dikenali. Mula2 aku sangka pakcik yang sama2 buat kerja dengan kami (aku, bro apek dan adik baru) yang sms. Sebab dia tanya dah sampai rumah ke belum. Aku reply lah msg dia tanpa rasa curiga. Aku kata sat lagi sampailah. Lepas tu aku dapat sms lagi tanya pulak rumah kat mana. Aik, pelik...... Sebab pakcik2 yang sama2 buat kerja dengan kami tahu mana kami semua tinggal. Bila aku sms semua tanya siapa ni? dia tak balas. Sabtu, pukul 0300 pagi, aku sampai rumah lepas solat Isya aku terus tido. Pukul 0430 pagi dapat call dari no yang sms tu. Aku angkat tanya siapa ni, dia tak jawab malah tanya kenapa aku belum tido lagi. Aku naik angin, masih bertanya siapa dia sebenarnya. Dia suruh aku jawab kenapa aku tak tido lagi. Aku jawab dengan nada marah, nak tido lah ni. Kemudian dia kata dengan nada baget caring romantik, tak pe tido lah dulu, nanti saya kejutkan bila tiba masanya. Suara memang macam orang tua. Pagi esok dia ada call dan hantar msg2 yang pelik2. Aku tak angkat call malah tak balas satu pun sms dia. Aku syak dia dapat no phone dari buku pelawat yang aku tulis. Ntah bila masa dia nampak aku, aku pun tak tahu. Sebab katanya kesian tengok aku kerja sampai awal pagi. Kesian aku kerja teruk2. Katanya dia terpikat tengok aku dalam sekali imbas dalam gelap malam. Bingai punya statement. Ingat aku ada aura ke, pesona ke aper boleh nampak dalam gelap malam???

Aku nak syak pak guard, pak guard india. Cakap melayu pun berterabur. Ntah sape lah tua kutuk yang nampak aku kat ibusawat malam tu. Sampai berani msg2 mcm tu sekali. Sialan betul! Malam tadi pun ada call aku berkali2. Lepas aku tak angkat, dia call pakai no lain pulak. Gila saiko tak jantan macam tu?? Sampai sekarang jantan kutuk tu masih call2 aku. Tolong bagitau aku apekah cara paling mudah untuk kau elakkan dari gangguan2 yang kau tak undang macam tu? Tak kiralah gangguan dari segi apa bentuk sekali pun. Padahal selama ni bukan kau jalan gedik2 pakai seksi2 buat suara manja sambil main jeling2 mata kat jantan2 kutuk semua tu pun..... tapi tetap jer ada yang sakit jiwa buat perkara2 macam tu kat kau.

Perghh, aku emo sejak pagi Sabtu tu.... Aku tak tau dah berbakul sumpah aku carutkan kat jantan2 macam ni. Bayangkan kalau mak abah tahu anak gadisnya dapat gangguan macam ni kat sini, jauh dari pengawasan diorang. Mau tak tido malam memikirkannya? Hokkay, dah boleh consider untuk carik orang jaga aku lepas ni. Walau bukan penyelesaian mutlak tapi sekurang2 tak lah kecut hati perut mak ayah bila memikirkannya kan? Hmmm, masuk azam 2011 lah nampak gayanya nie........

-End-

07 December 2010

Dedikasi.

Setinggi2 penghargaan aku tujukan kepada ahli Hexasianoferat yang sudi menceriakan hujung minggu aku setelah aku melalui minggu yang melelahkan.

Setelah 9 tahun berlalu inilah kali pertama kami dapat berkumpul semua.
Well, technically.

Sebab kalau nak cakap pasal berkumpul, masa wedding Dina dan Wani kami semua ada berkumpul.
Dan hanya Na, satu2nya ahli yang tak pernah muncul bagi mencukupkan korum.
Maybe sebab dia rasa dia sungguh ekslusif dan hanya boleh tampil di majlis yang sangat esklusif sahaja.
Mujurlah reunion berskala kecil ini memenuhi standard Na untuk turun padang mencemar duli beliau. Fuhh~~~

Ikutkan hati aku nak update entri ni pada Ahad malam yang mana perasaan gedik2 selepas sesi gosip2 murahan itu berlangsung.
Malangnya, sebagai pemandu tak berbayar sejak Jumaat lepas aku rasa mahukan tidur yang berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan aku.
Beauty sleep kata orang. Pergh pergh pergh.....

Tambahan pula aku sungguh tak kuasa melayan karenah dua kanak2 dewasa Cek Ian dan Semek Zack yang sangat kecoh di rumah aku.
Owh kawan2..... ketahuilah bahawa bila seorang isteri yang mengedik pergi reunion tanpa membawa husband di sisi bertemu dengan seorang bujang yang sedang dalam alam bunga2 chenta, perangai gile mereka memang tak mampu kau kawal.
Berebut tak mahu tidur di tengah2?
Tak mahu ke toilet sebab tak mahu tempat tidur akan dirampas?
Golek2 guling atas badan masing2?
Owh..... 9 tahun tak cukup lama untuk berubah rupanya. Haih~~

Isnin, aku pergi kerja walau pun asalnya aku mahu bercuti menyambung sesi gedik2 di rumah.
Malangnya, akibat breakdown yang baru berlaku tempohari aku terpaksa juga datang ke pejabat bagi menghadap sesi post mortem breakdown.
Aku tinggalkan dua sahabat baik yang mereng itu di rumah.
Tak lama lepas tu Wani pula call, kata mahu ke rumah aku.
Temankan Ian dan Zack.
Lagilah tak keruan aku dibuatnya.
Mana boleh sambung sesi gelenyar tanpa kehadiran aku yang hot neh di rumah sewa aku??
Owh dem!

Malam, aku ngan Zack hantar Ian ke stesen bas.
Siap kena marah dengan pakcik bas yang sungguh emo.
Katanya, 'Kalau tak habis cerita lagi balik esok je lah!'
Uishh, marah benar bunyiknya. Dah lah kau yang sampai lambat. Marah2 plak!
Ian sms aku, dia syak pakcik tu datang bulan.
Aku reply sms Ian, "Dia bukan datang bulan, dia datang lambat!" He3....

Pagi tadi aku ke Putrajaya Sentral pula.
Hantar Zack balik Terengganu.
Pagi2 buta dah keluar rumah.
Hari keje pun aku tak keluar awal macam tu tau... Hahahah.
Ceh, hari ni pun kena sound dengan pakcik bas.
Masa sesi nak salam2 sebelum berpisah tu pakcik bas sound, "Dah naik2 cepat!"
Ha3! Zack kata bukan memang dari zaman Matriks dulu kitorang selalu kena marah depan bas sebab tak habis2 bercerita depan pintu bas padahal bas dah nak jalan sangat da.
Ya, sekali lagi aku tegaskan di sini.
Ada perkara yang memang payah nak ubah walau dah 9 tahun berlalu!

Sekali lagi, aku tujukan jutaan terima kasih untuk kalian.
Korang memang rawk!
:) :)

07 June 2010

4.

Jumaat yang penuh berkat.

Aku jadikan kata2 itu doa.
Troubleshoot sampai ke 0300 pagi rupanya tak berjaya di selesaikan.
Lepas 3 pagi aku tak dapat apa2 call aku sangka semuanya dah pulih seperti sediakala.
Malangnya pagi2 Jumaat tu aku dapat call minta aku turun site, setelkan hal semalam yang tak selesai.

Ya Allah, bantulah kami....

Sambil ditemani staff baru aku ke Ibusawat Cyberjaya.
Biasanya aku bertemankan brother pakcik.
Atau pun brother apek.
Atau kedua-duanya.
Kali ini tidak salah seorang dari diorang. Aku rasa kekok. Aku rasa napas aku tinggal separuh.
Nak mula dari mana? Apa aku kena buat? Apa yang aku jangan buat?
Pikir Senah pikir!
Orang site pula sibuk attend breakdown yang lain. Tinggal kami berdua.

Lepas hampir cuba pelbagai cara, aku berhenti lunch.
Aku bawak staff balik ke opis yang tak sekangkang kera je jauhnya tu.
Sambung lepas Jumaat kata aku.
Tapi aku tak balik lepas Jumaat.
Aku siapkan kerja2 aku dulu.
Sambil otak ligat berfikir itu ini.
Staff aku, aku halau suruh ikut exec lain buat testing.
Juga di Ibusawat Cyber.
Kejap lagi aku datang sana. janji aku.
Sudanya sampai pukul 1630 baru aku ke sana.
Orang site mati2 ingat circuit dah up.

Aku datang dengan semangat baru.
Calm down..... cool.... think...think...!
Aku buat ikut step satu persatu.
Aku configure dengan yakinnya.
Tanda2 positif dah kelihatan! Chayok!

Lepas siap kat Ibusawat, aku cakap kat orang site.... "Bang, bawak saya ke customer site pulak"
Aku dah tak nak pikir banyak lagi.
Cuba je semua cara!
Sampai kat site customer aku terpegun sat.
Wahhh, atas bukit ni boleh nampak satu Cyberjaya kau! Tinggi betul!
Nak2 masa sampai tu lagi 10 minit nak masuk maghrib....
Suasana memang terbaeek wa cakap lu! Subhanallah!

Aku configure serupa macam aku buat kat equipment Ibusawat.
Nekad wey, nekad. Bukan naked kay!
Siap lah password kena blocked bagai.
Kabel salah pasang.
Macam2 jadik!
Aku berhenti solat sat, pastu sambung.
Tak toleh ke belakang lagik.
Malam ni mesti up! Boss2 besar dah melenting semua.
Pedulikan!

Aku pun sampai dah tak tahu aper aku godek.
Orang site yang temankan aku pun tengok aku dah macam pompuan meroyan agaknya.
Dan macam yang aku selalu cakap dan aku percaya, Jumaat memang penuh keberkatan.
Alhamdulillah......
DIA tolong sekali lagi dengan cara yang kau tak duga.
Servis UP! Arrgghhh!!! nak golek guling2 tamil rasanya masa tuh!
2300 malam, aku amik kereta depan ibusawat Cyber.
Cyber pun dah sunyi.
Esok hujung minggu. Cuti sekolah pulak tu.
Dan
sekali lagi
aku
demam urat malam tu.......

06 June 2010

3.

Hari Rabu, 02/06/2010.
Walaupun pagi agak kelam kabut, petang aku dah agak senang lenang.
Aku cuma habis kan hari dengan menyiapkan kerja2 terbengkalai dan mengajar adik baru serba sedikit ilmu yang ada.
Akak juga budak baru belajar dik.
Semalamnya, (01/06/2010) adalah ulangtahun akak dalam team ni.
Setahun tak lama dik..... pejam celik pejam celik jer..... Akhir zaman memang macam tu lah....

Khamis aku ke Bangsar pagi tu.
Ada sikit kerja nak di buat.
Mungkin sebab salah sendiri, pergi UTurn kat tempat yg tak sepatutnya.... aku kena horn sikit punya kuat.
Aiseh, menggigil gak lah sampai ke petang.
Malam dah rasa macam nak demam2....

Satu mungkin sebab terkejut kena hon giler babi kuat tak hengat.
Kedua maybe aku dah demam urat. Letih dari Isnin bawak ke Khamis.
Ketiga tido aku tak berapa lena sekarang.

Dalam masa nak melayan mata tengok 999, tiba2 dapat call dari brother pakcik.
Ye, walaupun secara rasminya 01/06/2010 aku bukan lagi bossnya tapi aku angkat juga callnya di malam hari.
Ada breakdown katanya. Minta aku call orang site Cyberjaya. Orang site ramai tak tahu dia dah bertukar unit sekarang.
Dalam lemah lesu dan kedemaman malam tu, aku standby call untuk troubleshoot bersama2 dengan orang site.
Sebab aku tak larat nak drive, badan sakit, kepala pusing.

Aku arrange kan spare untuknya dengan opismet aku yang kerja shift malam tu.
Adeh.... oleh sebab bilik store tu dah jadik bilik kedua, hanya aku dan team je yang tahu mana letak duduk barang2.
Susah payah jugaklah nak suruh budak2 shift tolong carikkan spare.
Kena pulak aku macam mamai2 baru lepas makan ubat.......
Aku kirim laptop sekali. Suruh orang site guna untuk troubleshooting.
Nanti aku guide dari phone.
Orang site macam frust. Sebab diorang harap ada support dari team kitorang.
Nak buat macam mana, brother pakcik dah tak dalam unit aku. Brother apek cuti lagi. Aku demam.

Last2 kau tau sampai pukul berapa aku stay jawab call troubleshoot malam tu?
0300 pagi!

1.

2 hari lepas balik dari Jerangau aku book off.
Kebetulan aku memang dah siap2 apply cuti Khamis tu.
Sebab Jumaat cuti Wesak.
Kengkunun kalau nak cuti, biarlah lama sikit dapat rehat kat rumah.

Mak bebel.
Katanya, kalau takat kerja 2 hari baik aku terus cuti je balik Jerangau hari tu.
Alahai..... Masa pergi hari tu ingat 2 hari je, last2 sampai ke weekend.
So, adalah kerja2 yang belum selesai.
Lagi pulak, takkan nak tinggalkan opis lama2.
Nanti rindu lah peminat2 saya...... Ahaks!

Rabu pagi, aku drive balik JB.
Walaupun drive dalam hujan lebat, tapi kereta tak berapa banyak... So, trafik selesa.
Maklumlah, bukan hujung minggu.
Sepanjang jalan layan karaoke lagu Taylor Swift sorang2.
Satu hal yang buat aku terharu tiap kali sampai rumah (terutama lepas outstation panjang or standby malam) ialah bila nampak je muka aku, mak terus pesan....
"Dah, lepas makan sembahyang terus pegi tido!" Giler sayu~~
Dah besar2 panjang (walaupun kaki tak panjang!) masih ada orang nak risau kan waktu tido aku...... Huhuhu, itu lah syurga dunia akhirat saya~

Aku cuti sampai ahad.
Dan sepanjang cuti ntah berapa kali lah aku jadi driver ke sana ke mari.
Juga aku tak lepaskan kesempatan untuk hantar JEJAKA aku ke pusat servis.
Dah tiba masanya pun. Kesian aku tengokkan.....
Selain tu aku ganti tayar dan baterinya jugak. Dia sihat, haruslah aku selamat. InsyaAllah~

Tiba2 aku rasa macam tak mahu balik SK ahad tu.
So, aku sms boss bagitau aku masuk opis lambat sikit Isnin tu.
Boss takkan nak berkira kan..... Yang aku kerja wiken sampai malam2 buta tu tak nak kira plak?

Aku sms kat dia --> Boss, esok sy lewat sket ke opis. Ada hal kat umah. tq
Tanpa menyebut dengan jelas rumah manakah yang aku ada hal sangat tu kanz?
Well, aku tak tipu kay...... Cuma tak berkata benar saja! Ahaks!
Boss reply --> Ok, anak demam ke
Aku reply balik --> Anak meragam. Bapak outstation stahun. He3.
Amik kau! Nak sindir orang pulak dia......
Boss jawab semual -->Minta fasakh la kalu dh 1 thn tu he4x
Aiks, menjawab plak dia??
Aku reply -->Nnt kena tuntut gantirugi juta2 plak
Boss reply -->Ok la tu, nanti kang kena bw lari ke lombok, rm2.80 jer
Perghh, boleh plak dia bagi kan? Aku tak balas dah lepas tuh.... Abes idea!

Isnin pagi aku gerak dari rumah terus ke opis. Nekad.
Sampai opis, lepas lunch aku dengan brother pakcik dan staff baru gerak buat keje kat Ibusawat Cyber. Brother apek dah cuti, sambut gawai.
Tengah2 buat kerja, dapat pulak perkhabaran buruk yang lain.
Ada equipment rosak terus sebab salur air yang melalui atas equipment pecah, totally breakdown. Nasib baik kat Putrajaya jer.
Kitorang bergegas balik opis after brother apek inform ader simpanan spare dalam store.
Lepas Maghrib, kitorang ramia2 ke lokasi kejadian.
Siap ada salah seorang opismet kitorang tu datang dengan ada kesan2 tanah merah kat hujung seluar. Baru balik dari tanah perkuburan katanya. Saudara meninggal.
Mak aiihh, punya lah busuk bilik equipment! Rupernye yang pecah tu salur air kantin dari tingkat atas.
Nasib baik salur air kantin kanz.... Kalau salur air toilet~~

Dalam pukul 2100 malam aku cabut balik rumah.
Lepas mandi, solat Isya' aku pergi balik ke Perbadanan Putrajaya.
Brother Pakcik menepek je ikut aku ke hulu ke hilir. Katanya aku berbau wangi. Of coz lah.... Aku sorang je yang dah mandi!
Aku tengok orang lain buat muka selamba je duduk dalam bilik busuk tu. Dah imun agaknyer.
Siap boleh layan teguk milo dalam tu. Ada yang makan2 kacang lagik!
Akhirnya, lepas penat menunggu vendor siap kan kerja, tunggu servis up, lena sedar lena sedar, semuanya kembali pulih dalam pukul 0415 pagi.
Aku sampai rumah dalam pukul 0430 pagi. Nasib baik rumah dekat kan.
Bayangkan membe yang balik dari kubur tu nak balik Gombak.... Pukul berapa lah agaknya sampai... nak kena mandi2 lagi. Nak2 dari perkuburan kan.....

Letih tak tercakaplah.... tapi yang paling aku frust sekali masa sampai dalam bilik ialah......
Sebelum balik JB haritu aku cabut semua cadar katil dan sarung bantal untuk di basuh kat rumah.
Oleh sebab aku tak sempat lagi nak sarungkan semula masa aku balik sekejap tu, dengan mata rabak dan hati bengkak aku sarungkan lah jugak katil dan bantal2 aku....
Last2 hampir pukul 0500 pagi baru dapat rehatkan badan.
Suboh? Pukul 0645 kau! Nasib belum masuk gajah!!

So, moral ye Senah........ Ingat selalu.....
Kalau nak cuti panjang, pastu dah cabut cadar katil siap2.... terus sarungkan dengan cadar katil dan sarung bantal spare.
Supaya tak rabak mata dan bengkak hati di kemudian hari!
Alahai Senah~~

22 May 2010

Krem....

Kaki kanan aku krem.
Bahu kiri aku krem.
Katil berbau minyak angin.
Baju dah bau hangit.
Masuk ni hari ke-5 aku terkandas.

Huhuhu....
Rindu katil kat rumah sendiri (walaupun rumah sewa cuma!)


22052010 : 2337 pm
SeriMalaysia, Kuantan.

15 May 2010

Abang, jangan mengilai.....i takut.......

Satu malam di hujung minggu (beberapa minggu yang lalu) aku di sapa di YM oleh seorang membe.
Anyway, tak lah member sangat pun.
Kenal pun memang dalam YM jer.
Sebab dia ni member pada salah seorang ex-vendor aku dulu yang mana ex-vendor aku dulu tu adalah ex-hosmet pada membe yang aku kenal masa kursus induksi masa nak masuk keje dulu.
Yang mana membe yang aku kenal masa kursus induksi kerja tu adalah 'ala2 skandal' aku di waktu itu.
Pening? Sila abaikan saja. Tak penting!

Sebab lama dah tak online, maka sesi bertanya khabar pun bermula.
Macam2 update. Ayat tak boleh tak standard...
Sihat ke tak?
Keje kat tempat lama lagi ker?
Tinggal mana skrg?
Bla bla bla......
Dan tak terkecuali soalan
Hujung2 minggu macam ni tak keluar ker?
Aku macam biasa lah jawabnya,.
Lately ni banyak keje, wiken pun sibuk.
Masa2 mcm ni lah nak dok rumah.

Dia tanya lagi, dok rumah sepanjang hari pun boleh buat aper? Tak boring tengok tv ker?
Macam lah aku hidup untuk tgk tv semata2... Ceh!
Aku jawab, lebey kurang macam ni lah.....
Macam2 boleh buat,
basuh baju
lipat baju
kemas bilik
layan internet
skodeng abam bilik bawah flat main gitar sambil nyanyi lagu chenta
bla bla bla.......

Dalam banyak2 ayat aku taip, dia boleh copy balik ayat 'skodeng abam bilik bawah flat main gitar sambil nyanyi lagu chenta' then buat ayat gelak 'hahahahhaha' sambil ader 'ikon gelak golek2' kat tepi.
Dia kater, ayat tak menahan.
Apehal?
Betul aper?
Lucu ker?

Sebab kalau korang nak tau,
memang ada mamat kat bilik bawah ni yang selalu2 pagi minggu aku dengar bunyik orang main tembak2 game Zuma ,
bila tengahari atau malam2 sikit dia akan main gitar.
Tak pastilah orang yang sama ke orang lain2.
Aku tak check pulak ader berapa ramai tinggal kat rumah bawah ni (terutama yang bilik bawah bilik aku ni!)
Untuk orang yang sukakan hiburan halwa telinga macam aku ni kira macam bonus jugak lah kan.
Suara boleh tahan lah untuk hiburan ringan2......
Kalau tahap nak lawan suara Faizal Tahir memang jauh lah kan.

Tiba2......
Malam ni dari bilik bawah terdengar suara mengilai daaaa.....
Sangat burok itu suara sampai aku rasa cam nak jerit dari celah tingkap minta dia berhenti gelak.


Nyanyi sumbang takpe lagi bang, lu gelak tahap mengilai wa memang tak boleh blah!

14 May 2010

Bergabung berkabung.

Atas segala usaha penat lelah aku merempit sambil mencilok kiri kanan dari Bangi semata2 nak sampai rumah sebelum pukul 7 tercapai bila mana aku berjaya melangkah masuk ke pintu rumah lagi seminit sebelum pukul 7.
Tapi apa aku dapat? Dia bagi 0-3 kat aku.....
Huhuhuhuhu..................

Anyway, aku rasa Tabah kena fikir panjang sebelum ucap ayat....
"Kalau ada bomoh2 di sekitar Lembah Klang ni harap bantu lah."
Sampai Abu Bakar Atan tak terkata aper.
Bro, nama je Tabah..... hati tak tabah langsung.....
Bawak mengucap banyak2 bro!

Huhuhu........
Aku berkabung malam ni~~

*emo*

-End-

01 April 2010

Lega?? Duh!!

Entri ini bersambung dengan entri di bawah.


Tak sampai satu jam aku update entri yang sebelum ni,
dapat satu lagi escalation pasal breakdown dari Boss Besar.
Kenalah follow up dan update.
Sampai setel.


Haduuu, bakal rabak lah mata haku untuk 3 malam berturut2.....


Nampaknya hari pertama April dah menampakkan aku bakal terus sibuk.







01042010 : 2356 pm
Fiq - Tiga Malam Tanpa Bintang
Sri Kembangan

18 January 2010

Ingkar.

Giler bersawang! Kasihan kau blog.
Belum habis Januari aku dah ingkar pada janji sendiri. Hapdet blog sekurang2nya sekali seminggu.
Ke laut je janji tahun baru.

Ntah apa yang aku sibukkan aku pun tak tahu.
Cuma semenjak dua menjak memang kelam kabut sikit jadual hidup aku.
Weekend juga telah dicuri dek masa yang tak menentu.

Masa tidur sekarang pun dah tak macam dulu. Aku ingkar pada jadual rutin aku.
Ada hari, lepas maghrib aku dah selamat ke bulan. Bangun Isya' pukul 2-3 pagi.
Ada hari, pukul 2-3 pagi baru dapat tido. Kadang2 tak tido langsung hingga pagi.
Biasanya sebab standby keje.
Kadang2 tido sebentar di surau pejabat.
Kadang2 tido di ibusawat.
Atas meja. Atas kerusi buruk. Atau celah2 equipment.
Mana yang boleh mata lelap cukup lah.
Bab tido jarang jadi masalah pada aku. Lama boleh, sekejap juga boleh.

Jumaat lepas aku tido agak awal.
Sebab pulang keje lewat. Sampai rumah dah Isya'.
Balik mandi, solat terus aku tido. Pengsan dengan bersungguh2nya.
Bangun pagi baru perasan sms penuh beradun emosi dari Dr Khad.
Sori banyak2.... Aku takde di saat kau mahukan teman meluah, padahal aku janji supaya selalu ada untuk kawan2.
Aku ingkar lagi.
Aku balas sms tu sebaik saja aku bacanya pagi Sabtu tu. Biar pun aku tahu semangat yang aku kirim mungkin tak seGAH andai aku ada saat Khad mengirimnya.
Maaf Khad.......

Hujung minggu aku hampir tiada ruangnya.
Sabtu pagi aku dan kakak teman serumah ke acara hari keluarga ibu pejabat.
Biarpun sesat2 mencari jalan yang sebenarnya sangat mudah, kami sampai juga sebelum acara bermula.
Walaupun tak berkeluarga dan tiada apa aktiviti yang kami ambil bahagian walaupun acara berendam bodo di tepi kolam renang, kami tidak pulang dengan tangan kosong.
Sekurang2nya kami menang hamper bagi cabutan bertuah.
Alhamdulillah, walaupun hampernya tak sebesar mana.

Sampai rumah sebaik sahaja azan Zohor berkumandang tak memberi aku peluang berehat lama memandangkan ada tugasan menanti di Damansara.
Kerja, kadang2 boleh jadi perkara yang menyeronokkan andai dikelilingi orang2 yang kau benar2 mahu ada dalam lingkungan kau.
Biarpun perut berkeroncong rock kental, badan teramat lemau dan mata rabak gedabak, tapi tak terasa masa berlalu walaupun hampir setengah hari dah berlalu.
Sedar2 dah pagi.
Dan buat kali ke berapa aku memandu ditemani cahaya bulan dan lampu2 jalan.
Syahdu beb.....
Kalau drive malam2 ni hati jadik jiwang skejap.... Ha3, tak memasal!

Untuk kawan2 yang invite join2 facebook bagai ni....
Maaf, aku terpaksa ingkar buat kali ke berapa ratus.
Hidup aku tak membenarkan aku menghadap laman sosial yang sedang 'in' sekarang ni.
Sebab aku tiada kekuatan untuk komited dalam lingkungan itu.
Juga aku tak mahu terjebak hingga aku jadi addicted macam sesetengah kawan2 aku.
Juga, bukan aku orang yang berteman dalam alam maya.
Kamu tahu siapa aku.
Terkadang merasa diri lebih realistik jika hanya memilih berteman dalam dunia nyata.

Juga buat kamu,
hati saya mahukan kamu. Sungguh.
Tapi saya tidak kuat menarik kamu ke sudut yang saya mahu.
Saya lemah. Saya takut. Saya bodoh.
Saya ingkar pada kata hati sendiri.




180110 : 2346 pm
Lenka - The Show
Seri Kembangan

07 December 2009

-Selamat Malam-

Dear Pejal,

Saya harap awat bukan setakat nyanyi lagu Selamat Malam saja
Tolong lah tulis juga lagu

Selamat Pagi

Selamat Tengahari

Selamat Petang

Selamat Sejahtera

Selamat Ulang Tahun

Selamat Pergi

Selamat Kembali

Selamat Datang

Selamat Jalan

Selamat Pengantin Baru mahupun

Selamat Hari Raya



Sebab apa pun lagu yang kamu dendangkan sangat membuai rasa.



***Update 2234pm: Lepas je tulis entri ni secara curi2 aku cepat2 tutup pagenya. Elok2 aku tutup je, sorang manager shift pagi tiba2 muncul sebelah aku. Nak tercabut jantung aku dibuatnya wey! Siap terkejut tutup2 mata lagik.... Dia bleh sengih kambing jer. Walaupun masih kategori belia, makcik ni bukan remaja lagik!! Bahaya kot asyik terkejut2 neh!


2239 : 071209
Faizal Tahir - Selamat Malam
Sri Kembangan

05 December 2009

Menyusur kembali jalan2 yang pernah aku lalui..... satu persatu

Tengahari tadi, masa tengah duduk2 bersantai2 menghadap Rani Mukerjee dan Abishek Batchan saling bermadah cinta di kaca TV2 bersama2 housemate tiba2 adik aku, Ana yang sedang menuntut di Matrikulasi telefon.
Katanya, sedang pulun isi borang UPU. Pening. Gelabah ayam je bunyiknya.
Dia tanya aku, apa dia course geomatik. Apa pulak course geoinfomatik. Apa bezanya, susah ke senang. Kerja apa nanti.
Lepas tu tanya pulak, perhubungan antarabangsa tu course apa? Ke mana arah tujunya.
Kemudian tanya pulak, logik ke merit cgpa untuk course dietetik cuma 2.65. Bukan 3 pointer ke atas ke? Dan macam2 lagi.

Aku jawab satu2. Mana yang aku tahu.
Zaman aku belajar dengan zamannya tak sama.
Aku tinggalkan zaman isi borang UPU bagai ni dah lama.
Kali terakhir masa kat Matriks dulu. 7-8 tahun yang lalu.
Sekarang mungkin dah lain. Tak banyak, sikit pasti ada yang berubah.
Aku nasihat padanya, pilih course yang dia betul2 minat.
Then pilih jugak course yang dia mampu bawa. Jangan sebab bunyiknya macam gah, akhirnya sendiri yang tersungkur sebab tak larat nak bawak subjek2nya nanti.
Dalam masa yang sama, aku beritahu dia jangan terlalu takut tak mampu belajar course2 yang susah then apply course2 yang cikai2. Tak menguji kebolehan yang ada. Nanti menyesal.
Panjang aku bagi nasihat.

Menyusur sejarah diri sendiri, satu masa dulu.... Dek penangan siri Roswell dan X-Files, aku sangat terpengaruh untuk menjadi pakar kaji bulan dan bintang. Pengaruh tv memang besar maknanya pada aku. Sebab masa tu aku terfikir, kot kalau sambil2 mengkaji perihal angkasa, aku bakal tahu sama ada alien benar2 wujud di luar sana. Mahupun UFO memang ada merayau2 di ruang angkasaraya. Terutama di dada langit Amerika.

Kemudian, bila berlaku tragedi Highland Towers, aku mula pasang angan2 untuk jadi wartawan di lokasi kejadian.
Ia sesuatu yang mengujakan bilamana kau menjadi orang penting yang menyampaikan segala berita besar yang terjadi.
Dan ketika itu, semua orang tak sabar2 menanti laporan lokasi dari kau. Setiap masa. Penuh debar.
Ianya memberi rasa penghormatan buat diri sendiri pada aku. Kerja seperti inilah yang memberi kepuasan buat aku.
Mungkin aku boleh hasilkan sebuah dua buku himpunan kes2 kejadian yang berlaku.
Sebab aku juga minat menulis.
Jadi, apa yang tak terlapor di lokasi, aku boleh tambahkan dalam tulisan2 aku.

Menganjak dewasa, tv sekali lagi memain peranan dalam hala tuju kareer aku.
Masa CSI sedang menjadi fenomena hangat, aku mula pasang cita2 untuk jadi ahli forensik.
Ya, dan ia masih berkait dengan cita2 wartawan yang aku impikan dulu.
Aku boleh jadi ahli forensik, dalam masa yang sama aku juga masih boleh jadi wartawan lokasi kejadian. Ianya menjadi lebih menarik.

Aku tahu, kot ader terdetik ..... Tak boleh tinggi lagi agaknya cita2 aku?? Ya, aku tahu.... mungkin aku terlaku kuat angan2nya. Kerja, nak yang best2 je.

Masa form 5, aku amik jurusan sains tulen.
Masa tu, Sains Pertanian adalah matapelajaran wajib untuk kelas aku ambil. Maka aku menduduki SPM dengan 10 subjek.
Masa ni, otak aku dah di 'brainwash' oleh cikgu Sains Pertanian merangkap guru kelas kami, aku dah mula nampak jalan aku ke arah perladangan.
Kengkunun perintis untuk petani moden bagai lah nie.....

Masa habis SPM, sementara menunggu keputusan abah pernah suruh aku ambil kursus pendek. Perguruan.
Suruh aku jadi ustazah jer. Sebab aku ada Sijil Darjah Khas sekolah agama (aku sekolah di Johor).
Kira dengan berbekal sijil tu, aku cuma perlu ambil kursus pendek perguruan aku dah terus boleh apply jadi ustazah.
Agaknya, abah pun tak yakin dengan result SPM aku. He3....

Aku sambung belajar ke Matriks dalam jurusan Sains Hayat.
Setiap minggu bedah tikus putih dalam makmal biologi, siap dengan 'baju putih doktor' yang sungguh mengujakan.
Juga makmal kimia (siap goggles besar ala2 kepit hidong!) yang berbagai bau dan warna, yang mana kalau tak berlaku insiden cecair tumpah, eksperimen meletup2, paling2 busok pun mesti ada alatan yang pecah.
Masa tu, aku nampak seolah2 masa depan aku, kalau tak dalam bilik bedah pasti di makmal perubatan mana2.

Tapi dalam masa yang sama, aku dapat rasakan.....dalam banyak2 makmal, walaupun makmal biologi sangat lah hebat perasaannya (biarpun pernah disindir kaw2 punya dengan pensyarah sebab potong spesimen kulit bawang dan tisu pipi sangat tebal dan tak pandai tengok mikroskop pada minggu pertama lab!) aku lebih cenderung pada alat2.
Bukan pada benda hidup atau pun cecair2 berwarna dalam makmal Kimia. Aku lebih cenderung minat pada Makmal Fizik.
Main dengan alatan. Kira2. Logik masa. Pecutan. Pantulan. Graviti. Cahaya.

Jadinya, walaupun mak sangat berharap sama ada aku ambil bidang dalam cabang perubatan mahupun perguruan aku tetap bubuh engineering sebagai pilihan masa isi borang UPU.
Mak bising, tapi aku yakin kan padanya yang kebarangkalian untuk dapat adalah 1/8.
Sebab 7 lagi kursus yang aku isi dalam borang bukan pada bidang kejuruteraan.
Dan aku letak sbg pilihan ke3.
Demi mengambil hatinya juga, aku apply di U yang paling dekat dengan rumah.
Sekurang2nya dekat di matanya.
Ia juga mengubat kecewa aku sebab pilihan asal untuk apply forensik sebagai pilihan pertama ditolak mentah2 oleh mak.
Jangan ada langsung dalam senarai. Kena badi mayat nanti. Kerja tak menentu. Perempuan tak sesuai kerja macam tu dan sebagainya.

Masa dapat surat tawaran U, mak macam tak berapa puas hati.
Pilihan aku tu lah yang aku dapat.
Katanya, nanti nak kerja macam mana. Perempuan bukan senang nak dapat kerja dalam bidang engineering.
Aku yakinkan dia, rezeki bukan pada gender. Ia sesuatu yang Tuhan dah tetapkan untuk semua orang.
Dan bila aku dapat tawaran biasiswa dari syarikat yang aku kerja sekarang, mak terus tutup mulut tentang masa depan aku.
Lega agaknya. Dah nampak hala tuju aku ke mana lepas habis belajar.

Kita cuma boleh rancang masa depan.
Macam2 rancangan, impian dan harapan.
Tapi apa yang berlaku semua adalah dalam pengetahuanNya. Kerana rancangan kita takkan pernah sebaik pemberianNya.
Aku terima semua yang berlaku.
Walaupun kadang2, bila malam menjelang aku masih ada rasa ketagih mengadap langit mengira bintang dan merenung bulan.
Kadangkala juga berharap masih punya peluang buat liputan di lokasi kejadian dan menulis himpunan kisah mengenainya.
Paling tidak diberi kesempatan menjadi ahli forensik muda yang berjaya dalam kes2 yang rumit.

Kata Aflin dalam Soal Hati......Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Jadi Kenyataan.
Aku rangkumkan semua mimpi aku dalam kerjaya aku sekarang.
Troubleshoot equipment yang breakdown boleh memberi perasaan seperti kau membedah siasat kes forensik.
Kau cari setiap suspek atau root course yang menyumbang pada breakdown.
Pastu, kadang2 bila breakdown meleret sampai tengah malam, dapatlah aku peluang mengkaji dada langit sambil2 bersidai di tepi kabinet.
Mulalah berangan jadi ahli astronomi bagai neh.
Dan bila terjadi pelbagai hal dalam kerja, aku luahkan dalam penulisan aku di blog ini.
Macam wartawan yang melapor setiap kejadian.
Cita2 aku masih dapat aku capai. Tapi dengan jalan yang lain.

Mungkin dulu aku tak nampak.
Tapi sekarang aku dah sedar.
Ia jauh lebih baik dari apa yang aku hajatkan satu masa dulu.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan.




2348 : 051209
Boys Like Girls ft Taylor Swift - Two Is Better Than One
Sri Kembangan