05 December 2009

Menyusur kembali jalan2 yang pernah aku lalui..... satu persatu

Tengahari tadi, masa tengah duduk2 bersantai2 menghadap Rani Mukerjee dan Abishek Batchan saling bermadah cinta di kaca TV2 bersama2 housemate tiba2 adik aku, Ana yang sedang menuntut di Matrikulasi telefon.
Katanya, sedang pulun isi borang UPU. Pening. Gelabah ayam je bunyiknya.
Dia tanya aku, apa dia course geomatik. Apa pulak course geoinfomatik. Apa bezanya, susah ke senang. Kerja apa nanti.
Lepas tu tanya pulak, perhubungan antarabangsa tu course apa? Ke mana arah tujunya.
Kemudian tanya pulak, logik ke merit cgpa untuk course dietetik cuma 2.65. Bukan 3 pointer ke atas ke? Dan macam2 lagi.

Aku jawab satu2. Mana yang aku tahu.
Zaman aku belajar dengan zamannya tak sama.
Aku tinggalkan zaman isi borang UPU bagai ni dah lama.
Kali terakhir masa kat Matriks dulu. 7-8 tahun yang lalu.
Sekarang mungkin dah lain. Tak banyak, sikit pasti ada yang berubah.
Aku nasihat padanya, pilih course yang dia betul2 minat.
Then pilih jugak course yang dia mampu bawa. Jangan sebab bunyiknya macam gah, akhirnya sendiri yang tersungkur sebab tak larat nak bawak subjek2nya nanti.
Dalam masa yang sama, aku beritahu dia jangan terlalu takut tak mampu belajar course2 yang susah then apply course2 yang cikai2. Tak menguji kebolehan yang ada. Nanti menyesal.
Panjang aku bagi nasihat.

Menyusur sejarah diri sendiri, satu masa dulu.... Dek penangan siri Roswell dan X-Files, aku sangat terpengaruh untuk menjadi pakar kaji bulan dan bintang. Pengaruh tv memang besar maknanya pada aku. Sebab masa tu aku terfikir, kot kalau sambil2 mengkaji perihal angkasa, aku bakal tahu sama ada alien benar2 wujud di luar sana. Mahupun UFO memang ada merayau2 di ruang angkasaraya. Terutama di dada langit Amerika.

Kemudian, bila berlaku tragedi Highland Towers, aku mula pasang angan2 untuk jadi wartawan di lokasi kejadian.
Ia sesuatu yang mengujakan bilamana kau menjadi orang penting yang menyampaikan segala berita besar yang terjadi.
Dan ketika itu, semua orang tak sabar2 menanti laporan lokasi dari kau. Setiap masa. Penuh debar.
Ianya memberi rasa penghormatan buat diri sendiri pada aku. Kerja seperti inilah yang memberi kepuasan buat aku.
Mungkin aku boleh hasilkan sebuah dua buku himpunan kes2 kejadian yang berlaku.
Sebab aku juga minat menulis.
Jadi, apa yang tak terlapor di lokasi, aku boleh tambahkan dalam tulisan2 aku.

Menganjak dewasa, tv sekali lagi memain peranan dalam hala tuju kareer aku.
Masa CSI sedang menjadi fenomena hangat, aku mula pasang cita2 untuk jadi ahli forensik.
Ya, dan ia masih berkait dengan cita2 wartawan yang aku impikan dulu.
Aku boleh jadi ahli forensik, dalam masa yang sama aku juga masih boleh jadi wartawan lokasi kejadian. Ianya menjadi lebih menarik.

Aku tahu, kot ader terdetik ..... Tak boleh tinggi lagi agaknya cita2 aku?? Ya, aku tahu.... mungkin aku terlaku kuat angan2nya. Kerja, nak yang best2 je.

Masa form 5, aku amik jurusan sains tulen.
Masa tu, Sains Pertanian adalah matapelajaran wajib untuk kelas aku ambil. Maka aku menduduki SPM dengan 10 subjek.
Masa ni, otak aku dah di 'brainwash' oleh cikgu Sains Pertanian merangkap guru kelas kami, aku dah mula nampak jalan aku ke arah perladangan.
Kengkunun perintis untuk petani moden bagai lah nie.....

Masa habis SPM, sementara menunggu keputusan abah pernah suruh aku ambil kursus pendek. Perguruan.
Suruh aku jadi ustazah jer. Sebab aku ada Sijil Darjah Khas sekolah agama (aku sekolah di Johor).
Kira dengan berbekal sijil tu, aku cuma perlu ambil kursus pendek perguruan aku dah terus boleh apply jadi ustazah.
Agaknya, abah pun tak yakin dengan result SPM aku. He3....

Aku sambung belajar ke Matriks dalam jurusan Sains Hayat.
Setiap minggu bedah tikus putih dalam makmal biologi, siap dengan 'baju putih doktor' yang sungguh mengujakan.
Juga makmal kimia (siap goggles besar ala2 kepit hidong!) yang berbagai bau dan warna, yang mana kalau tak berlaku insiden cecair tumpah, eksperimen meletup2, paling2 busok pun mesti ada alatan yang pecah.
Masa tu, aku nampak seolah2 masa depan aku, kalau tak dalam bilik bedah pasti di makmal perubatan mana2.

Tapi dalam masa yang sama, aku dapat rasakan.....dalam banyak2 makmal, walaupun makmal biologi sangat lah hebat perasaannya (biarpun pernah disindir kaw2 punya dengan pensyarah sebab potong spesimen kulit bawang dan tisu pipi sangat tebal dan tak pandai tengok mikroskop pada minggu pertama lab!) aku lebih cenderung pada alat2.
Bukan pada benda hidup atau pun cecair2 berwarna dalam makmal Kimia. Aku lebih cenderung minat pada Makmal Fizik.
Main dengan alatan. Kira2. Logik masa. Pecutan. Pantulan. Graviti. Cahaya.

Jadinya, walaupun mak sangat berharap sama ada aku ambil bidang dalam cabang perubatan mahupun perguruan aku tetap bubuh engineering sebagai pilihan masa isi borang UPU.
Mak bising, tapi aku yakin kan padanya yang kebarangkalian untuk dapat adalah 1/8.
Sebab 7 lagi kursus yang aku isi dalam borang bukan pada bidang kejuruteraan.
Dan aku letak sbg pilihan ke3.
Demi mengambil hatinya juga, aku apply di U yang paling dekat dengan rumah.
Sekurang2nya dekat di matanya.
Ia juga mengubat kecewa aku sebab pilihan asal untuk apply forensik sebagai pilihan pertama ditolak mentah2 oleh mak.
Jangan ada langsung dalam senarai. Kena badi mayat nanti. Kerja tak menentu. Perempuan tak sesuai kerja macam tu dan sebagainya.

Masa dapat surat tawaran U, mak macam tak berapa puas hati.
Pilihan aku tu lah yang aku dapat.
Katanya, nanti nak kerja macam mana. Perempuan bukan senang nak dapat kerja dalam bidang engineering.
Aku yakinkan dia, rezeki bukan pada gender. Ia sesuatu yang Tuhan dah tetapkan untuk semua orang.
Dan bila aku dapat tawaran biasiswa dari syarikat yang aku kerja sekarang, mak terus tutup mulut tentang masa depan aku.
Lega agaknya. Dah nampak hala tuju aku ke mana lepas habis belajar.

Kita cuma boleh rancang masa depan.
Macam2 rancangan, impian dan harapan.
Tapi apa yang berlaku semua adalah dalam pengetahuanNya. Kerana rancangan kita takkan pernah sebaik pemberianNya.
Aku terima semua yang berlaku.
Walaupun kadang2, bila malam menjelang aku masih ada rasa ketagih mengadap langit mengira bintang dan merenung bulan.
Kadangkala juga berharap masih punya peluang buat liputan di lokasi kejadian dan menulis himpunan kisah mengenainya.
Paling tidak diberi kesempatan menjadi ahli forensik muda yang berjaya dalam kes2 yang rumit.

Kata Aflin dalam Soal Hati......Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Jadi Kenyataan.
Aku rangkumkan semua mimpi aku dalam kerjaya aku sekarang.
Troubleshoot equipment yang breakdown boleh memberi perasaan seperti kau membedah siasat kes forensik.
Kau cari setiap suspek atau root course yang menyumbang pada breakdown.
Pastu, kadang2 bila breakdown meleret sampai tengah malam, dapatlah aku peluang mengkaji dada langit sambil2 bersidai di tepi kabinet.
Mulalah berangan jadi ahli astronomi bagai neh.
Dan bila terjadi pelbagai hal dalam kerja, aku luahkan dalam penulisan aku di blog ini.
Macam wartawan yang melapor setiap kejadian.
Cita2 aku masih dapat aku capai. Tapi dengan jalan yang lain.

Mungkin dulu aku tak nampak.
Tapi sekarang aku dah sedar.
Ia jauh lebih baik dari apa yang aku hajatkan satu masa dulu.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan.




2348 : 051209
Boys Like Girls ft Taylor Swift - Two Is Better Than One
Sri Kembangan

No comments: