He3... Tajuk, kena kasik pusing sket..
Baru otak kerja keras sikit.
Akhir2 ni, aku rasa macam ada deria ke-6.
Sebabnya?
Pernah tak kau teringat kat seseorang, tiba2 orang yang kau teringat tu call kau?
Aku, kebelakangan ni banyak dah kejadian yang berlaku.
Contohnya semalam.
Pagi2, masa aku tengok kalendar....
Lepas terpandang tarikh 1 Disember, TING!!
Tiba2 keluar mentol dengan muka Dina sedang menyengih busuk pada aku.
Kau tahu kenapa? Sebab 1 Disember adalah tarikh majlis persandingan minah ni 2 tahun yang lalu.
Eh? 2 tahun dah ek?! (Kengkunun terkejut!) Aku tersengih2 dok mengenang2 memori daun pisang masa ke majlis dia dulu.
Aku kengkunun (Kengkunun ye.....Kengkunun!) nak call dia, nak wish happy anniversary bagai.
Tapi sudahnya, aku terlupa dek ingatan yang sudah lemah sekarang... Ahaks!
Alih2 masa balik keje smlm nmpk miss call dari Dina.
Bagai diseru2 kau!
Pastu masa balik keje tu jugak aku pi bayar sewa rumah. Biasanya housemate aku yang buat. Tapi sebab sekarang dia sedang mengerjakan haji, maka aku lah yang mengambil alih. Tiba2 teringat kat dia.
Sepanjang dia pergi, takde pun hantar khabar berita. Kot lah sihat ke tidak, aku pun tak tau.
Alih2 nak solat subuh pagi tadi dapat sms dari dia. Remind aku jgn lupa bayar sewa rumah.
He3, terubat rindu saya kak! Kui3....
Banyak lagi insiden yang berlaku macam ni lately ni.
Macam telepati. Berkomunikasi tanpa kata. Masing2 macam paham.
Hmm, senang nya kalau cinta pun macam tu.....
Tak yah kau ucap, aku tahu aper yang kau nak.
Tak yah aku cakap, kau dah tahu aper aku fikir.
Tak payah lah aku bersusah payah macam ni........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment