22 November 2009

kisah unifrom IV

Okay, rasanya lama sangat aku hutang cerita uniform aku ni.....
Kisah yang dulu2, di sini, di sini dan di sini.....

Masa rumet aku bercinta sama abang uniform tu, dia dah ada boifren lain.
Budak course mekanikal.
Abang uniform ni pulak, satu fakulti dengan aku amik kejuruteraan elektrik.
Jadinya, dalam rumet aku berkasih2 sempatlah jugak dia kenalkan aku kat mamat uniform ni...

Okay, andaikan nama rumet aku Jay (macam nama gay lak!)
Then nama abang uniform ni Wai dan mamat mekanikal itu namanya Kay...
Si Kay ni pulak budak JB.... Masa kat sekolah menengah, dia pernah satu sekolah dengan kawan2 sekolah rendah aku.
Kecik betul dunia.
Jadi, secara tak langsung... dalam kater tak nak amik port pasal cinta tiga segi Jay, aku terjebak jugaklah kenal si Kay ni....

Jay selalu gaduh dengan Kay. Alah, cinta2 sengal. Hari ni break, esok sambung balik. On off on off x sudah.
Dan Wai lah tempat Jay luahkan masalah selain aku.
Kay dan Jay sebaya aku.
Tapi Wai tua 3 tahun dari kami.
Aku nampak kelebihan pada Wai, sebab dia lebih matang dan tenang.
Oleh sebab Wai setia tunggu Jay, then Jay sayang nak tinggalkan Kay, and Kay tak boleh barang sehari tak jumpa Kay.... Maka drama tamil hindustan pun bermula.
Bukan sekali dua aku tolong kaverkan Jay dan Wai pi dating.
Sebab Wai satu kolej dengan kami. Blok abang2 uniform tak jauh dari blok kami. Dan fakulti kami paling hampir dengan kolej kediaman kami.
Tapi Kay stay kolej lain. Jauh. Dan fakultinya adalah lebih dekat dengan fakulti Jay.

So, masa ada kelas Jay dating dengan Kay.... Time balik asrama, Jay dating dengan Wai.
Sungguh efisin kanz? Haihhh....

Satu hari, cerekarama pun bermula. Habis babak caci maki, rayu rayan, air mata segala keluar.
Jay kantoi dengan Kay masa tengah dating dengan Wai. Kengkunun nak buat seprais kat buah hati, last2 semua2 pun dapat seprais.
Sebabkan Wai antara 'senior yang paling senior' dalam unit uniform tu, then agak cemerlang dalam pelajaran makanya ramailah rakan2 yang tahu cerita ni.
Dan, haruslah aku sebagai 'roommate sang juliet' turut dapat tempiasnya sekali.
Boleh kata ada sesetengah abang2 uniform lain yang kenal aku secara tak langsungnya.........


Bersambung lagi lah nampaknya......

18 November 2009

Wabak

Aku sakit.

Sejak akhir2 ini.

Parah.

Ubat takde.
Antidot takde.
Vaksin juga tiada.
Doktor pun tak boleh tolong.

Sebab penyakit MALAS memang takde ubatnya.

07 November 2009

Ada Apa dengan Zaquan?

Hehehe... Walaupun tak memihak pada mana2 pasukan pada mulanya, tapi dek kerana dah terkontang kanting sorang2 kat rumah malam minggu macam ni.....aku layan kan jugak lah bola yang tak berapa gah pada piawai aku.

Tanpa sebarang sifat asabiah, sploh minit pertama aku masih neutral. Tapi bila Negeri Sembilan dapat tendangan sudut, dan penyokong2 Kelantan start baling botol tepi padang....aku terus potong! (Bukan iklan potong tu kay! ;p) Terus sokong Negeri Sembilan.
Giler takde kesedaran sivik sungguh. Mentaliti gred E- punya orang. Rileks lah wey..... game baru start korang dah tunjuk samseng. Sungguh dowh!

Walaupun tak berapa amik tahu pasal bola sepak Malaysia, tapi nak jugak lah mengulas yang terpulas serba sedikit pasal game tadi. Hikhikhik.....Well, Senah kanz....... ;p ;p

Kapten Pasukan
Aku pilih Indraputra sebab aku kenal dia sejak dulu lagi. Berbanding dengan Kapten N9 yang aku sama sekali tak pernah tahu siapakah dia. Tapi aku bagi markah pada Kapten N9 sebab pada aku dia lebih cool di atas padang. Indra, kureng sket menjadi.

Penjaga gol
Ingat lagi kes penjaga gol yang pijak Aidil dulu? Well, of coz lah tak pilih mamat ni. Ekstra markah aku bagi pada penjaga gol N9. Selain terer jaga pintu gol, beliau juga muda dan kacak. Ehem! ;p ;p

Penyokong
Perlukah aku huraikan?? Selain menyebabkan padang dipenuhi botol2, bakar mercun dengan sewenang2nya dan bakar kerusi stadium, penyokong2 ekstrim Kelantan sungguh tak beretika bilamana masih ada jugak mangkuk hayun yang baling botol ketika orang sedang padamkan api di kerusi. Well, tak mahulah kater penyokong N9 bersopan santun sangat. Sebab aku takde kat situ kan. Tapi sebab kamera ada fokus muka Hattan (wahhhh!!! i minat u tau!!) yang tak sampai seminit, maka...... ektra mark lagilah buat N9..... Biso bonar eh!

Pencuci mata
Lepas membuat hetrik masa menentang Perlis tempohari aku menjangkakan Farhan sekali lagi akan jadi hero untuk game malam ni. Kacak mamat neh! Kiranya kalau Kelantan menang, aku mengharapkan mamat ni lah yang akan sumbatkan gol. Tapi, sebab N9 ada sang kembar yang tak kurang juga rupa parasnya maka boleh lah aku beralih arah sebagai penyokong mamat2 kacak atas padang.

Pemain terbaik
Aku menjangkakan Zaquan bakal jadi pemain terbaik (Walaupun 4 kali diusung keluar padang!). Tak sangka pulak Shukor Adan yang dapat. Maklumlah, mata ni nampak orang kacak2 jer.... Ahaks!

Gol
Ketiga2 gol N9, aku hadiahkan markah untuk Zaquan. 2 gol pertama adalah hasil hantaran dia. Gol ketiga takyah cakaplah, sah2 dia yang sumbatkan. Bertambah2 point dia.... Hik2.... Tapi frust sket bila Indraputra sumbat gol tunggal Kelantan lepas Zaquan keluar. Habis leburlah harapan aku mahukan Zaquan sebagai penjaring terbanyak musim ni.

Last sekali, kemenangan N9 adalah hadiah terbaik untuk Yang Di Pertua N9 sempena pertabalannya baru2 ni. Manakala Kelantan, aku andaikan ini kekalahan ini boleh menutup cerita sensasi putranya dengan model seberang yang kembali hangat baru2 ni.

Owh, walaupun x berapa nak suka nampak muka KJ time penyampaian hadiah, tapi sebab muka Dato' Zam sesekali keluar skrin, mengubat rasa hati. Dato' ..... U rawk!!

Apaper pun, Zaquan.......U memang hawt! Love U babe!!!! Awww! *wink wink*
;p
;p

03 November 2009

Lalalala....

..........Pagi yang gelap

Kini sudah terang

Aku adikmu

Dan engkau abang..............









-End-

02 November 2009

Pinjamkan satu semangat untuk ku....


Saya sedih. Amat. Sangat. Dalam sedalam2 emonya.
Buat pertama kali sepanjang saya berpindah ke unit baru, inilah hari yang paling memeritkan jiwa raga saya.
Saya tahu, sedang adik beradik juga ada pertengkaran.
Kalau tak besar, terkehel sikit2 tentu ada.
Apatah lagi kalau bukan darah daging kita.
Bukan sebangsa, atau seagama.
Saya tahu, manusia punya sifat buruk.
Dengki, sakit hati, benci, dendam apa saja.
Sebab kita bukan malaikat. Kita tidak bersikap pemaaf secara total.

Saya tak tahu dimana silapnya.
Kami '3 beradik' jadi bertegang kata hari ini.
Kamu tahu saya sangat sayang kan 'abang-abang' saya.
Saya tak mahu meninggalkan sebarang luka sepanjang perjalanan yang kami lalui bersama.
Ternyata Tuhan punya percaturannya sendiri.
Kami bertiga hilang kata sepakat. Hanya kerana hal yang saya lihat kecil pada asalnya.

Ini bukan kali pertama 'abang-abang' saya berlaga pendapat.
Saya tak mahu ikut campur pada mulanya.
Tambahan berlaku ketika kami semua sedang berpenat menghabis keringat bertugas di Pahang.
Ianya bercuti sambil bekerja yang menyeronokkan.
Tapi tak tahu di penghujungnya mereka boleh berselisih kata.
Hari ini sekali lagi terjadi.
Lebih perit saya tak lagi menjadi pendengar semata2.
Saya terseret sama.

Ianya emosi yang bergabung
Rasa mahu marah
Rasa mahu menangis
Rasa mahu merayu
Rasa mahu merajuk
Juga rasa mahu sayang
Ketiga2 kami

Saya cuma berharap ianya bukan pengakhiran sebuah hubungan
Malah menjadi permulaan sebuah cerita indah buat kami
Walau saya rasa emo sepanjang malam ini
Saya masih berharap esok tetap memihak pada kasih sayang dan kepercayaan antara kami

Cukup lah sekali
Cukup lah satu malam
Cukuplah satu rasa
Cukuplah andai dapat pinjam kan saya satu semangat

-End-