Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

21 November 2011

:D

Malas nak tulis panjang2....
Habes emosi menunggu game tamat.

Yang penting menang!
Yeaayyy!!
5-4, bangga Senah!

1-1

Ni game paling lama aku hadap dalam 5 tahun kebelakangan ni.

Gigih Senah!






=.="

Run!

Kalau bab speed, pemain kita memang x boleh lawan diorang.
Aku suggest lepas ni kena train pelumba lari negara main bola.
Baru boleh kejar laju macam pemain Indonesia.
Huhuhu......



-End-

17 November 2011

Garuda

Harap2 la kita menang
Kurang sket stress hakku....




*update: satu da masuk~ :):)

23 July 2011

Harimau

Aku kena mengaku,

tonton bola malam ni memang sangat emosi.

Aku syak, aku memang tak boleh tonton bola selalu.




Kalau hari2 macam ni, boleh kena sakit jantung....


-End-

16 July 2011

The Reds

Meriahnyer.....
Nisfu Syaaban kali ni, kamu-kamu sambut dengan sorakan dan riang ria.
.
.
.
.
.
.
.
.
Harap2lah tak tuang solat maghrib beramai2....
.
.
.
.
.
.
.
.
Hai lah bola~~

-End-

07 November 2009

Ada Apa dengan Zaquan?

Hehehe... Walaupun tak memihak pada mana2 pasukan pada mulanya, tapi dek kerana dah terkontang kanting sorang2 kat rumah malam minggu macam ni.....aku layan kan jugak lah bola yang tak berapa gah pada piawai aku.

Tanpa sebarang sifat asabiah, sploh minit pertama aku masih neutral. Tapi bila Negeri Sembilan dapat tendangan sudut, dan penyokong2 Kelantan start baling botol tepi padang....aku terus potong! (Bukan iklan potong tu kay! ;p) Terus sokong Negeri Sembilan.
Giler takde kesedaran sivik sungguh. Mentaliti gred E- punya orang. Rileks lah wey..... game baru start korang dah tunjuk samseng. Sungguh dowh!

Walaupun tak berapa amik tahu pasal bola sepak Malaysia, tapi nak jugak lah mengulas yang terpulas serba sedikit pasal game tadi. Hikhikhik.....Well, Senah kanz....... ;p ;p

Kapten Pasukan
Aku pilih Indraputra sebab aku kenal dia sejak dulu lagi. Berbanding dengan Kapten N9 yang aku sama sekali tak pernah tahu siapakah dia. Tapi aku bagi markah pada Kapten N9 sebab pada aku dia lebih cool di atas padang. Indra, kureng sket menjadi.

Penjaga gol
Ingat lagi kes penjaga gol yang pijak Aidil dulu? Well, of coz lah tak pilih mamat ni. Ekstra markah aku bagi pada penjaga gol N9. Selain terer jaga pintu gol, beliau juga muda dan kacak. Ehem! ;p ;p

Penyokong
Perlukah aku huraikan?? Selain menyebabkan padang dipenuhi botol2, bakar mercun dengan sewenang2nya dan bakar kerusi stadium, penyokong2 ekstrim Kelantan sungguh tak beretika bilamana masih ada jugak mangkuk hayun yang baling botol ketika orang sedang padamkan api di kerusi. Well, tak mahulah kater penyokong N9 bersopan santun sangat. Sebab aku takde kat situ kan. Tapi sebab kamera ada fokus muka Hattan (wahhhh!!! i minat u tau!!) yang tak sampai seminit, maka...... ektra mark lagilah buat N9..... Biso bonar eh!

Pencuci mata
Lepas membuat hetrik masa menentang Perlis tempohari aku menjangkakan Farhan sekali lagi akan jadi hero untuk game malam ni. Kacak mamat neh! Kiranya kalau Kelantan menang, aku mengharapkan mamat ni lah yang akan sumbatkan gol. Tapi, sebab N9 ada sang kembar yang tak kurang juga rupa parasnya maka boleh lah aku beralih arah sebagai penyokong mamat2 kacak atas padang.

Pemain terbaik
Aku menjangkakan Zaquan bakal jadi pemain terbaik (Walaupun 4 kali diusung keluar padang!). Tak sangka pulak Shukor Adan yang dapat. Maklumlah, mata ni nampak orang kacak2 jer.... Ahaks!

Gol
Ketiga2 gol N9, aku hadiahkan markah untuk Zaquan. 2 gol pertama adalah hasil hantaran dia. Gol ketiga takyah cakaplah, sah2 dia yang sumbatkan. Bertambah2 point dia.... Hik2.... Tapi frust sket bila Indraputra sumbat gol tunggal Kelantan lepas Zaquan keluar. Habis leburlah harapan aku mahukan Zaquan sebagai penjaring terbanyak musim ni.

Last sekali, kemenangan N9 adalah hadiah terbaik untuk Yang Di Pertua N9 sempena pertabalannya baru2 ni. Manakala Kelantan, aku andaikan ini kekalahan ini boleh menutup cerita sensasi putranya dengan model seberang yang kembali hangat baru2 ni.

Owh, walaupun x berapa nak suka nampak muka KJ time penyampaian hadiah, tapi sebab muka Dato' Zam sesekali keluar skrin, mengubat rasa hati. Dato' ..... U rawk!!

Apaper pun, Zaquan.......U memang hawt! Love U babe!!!! Awww! *wink wink*
;p
;p

26 August 2009

Ramalan mimpi kata...... (v2)

Entri lepas aku cerita pasal mimpi.
Malam tu, lepas aku update blog tentang mimpi aku pula bermimpi....
Ngeri betul mimpinya.
Berlari2 histeria haku....

Situasinya, aku dan 4 orang lagi kawan lain (yang haku tak kenal sorang pun dalam mimpi tu!!) sedang berjalan2 di sebuah lapangan yang berbukit.
Sedang kami berjalan termengah2 mendaki bukit tu tiba2 muncul seorang bomoh.
Dengan sarat manik2 kayu berlilit2 kat leher dan lengannya.
Siap angin2, daun2 terbang bagai semua neh!
Pergghhh, kenkunun ala2 seram gitu.
Dengan rambut panjang, dan berlilit kain kuning..... bomoh ni dok baca2 mentera.
Pastu, muncullah sebiji bola oren terang terapung2 kat depan dia.
Membe2 semua lintang pukang lari turun bukit sampai hilang2 suara menjerit.
Aku pulak tak berhenti2 terkumat kamit baca mentera dan doa.... Ntah haper lah yang dibacanya.
Dalam mimpi pun masih terserlah kewarakkan haku... Perghhh, solehah sungguh!!

Pelik, padahal bola je yang kejar kami.
Realitinya, aku bukan seorang yang penakut.
Aku terjaga tengah malam dengan penuh termengah2.
Bersungguh2 haku berlari, sampai semput jadiknya.
.
.
.
.
Entri lepas aku cerita pasal mimpi.
Malam tu, lepas aku update blog tentang mimpi aku pula bermimpi....
Ngeri betul mimpinya.
Berlari2 histeria haku....
Mimpi dikejar bola oren.....
Haramjadah!

09 April 2009

Ada Apa dengan Aidil?

Aku fikir ada 3 sebab kenapa Aidil yang kena serang malam tu.

Pertamanya,
Sebab yang menyerang tu tahu, kalau serang orang lain ceritanya takkan jadi sehebat itu. Jadi dia perlu serang seseorang yang boleh ditumpang popularitinya. Sebab dirinya dah tak berapa nak popular sekarang. He3...

Kedua,
Penyerang bengang dengan gol. Dan dia confius, yang jaringkan gol Zaquan jadi dia serang lah sebab dia sangka Aidil itu Zaquan. Kembar kan, nampak serupa. Ngeh3...

Ketiga,
Dia dengki sebab tak dapat Rita.
;p ;p

*Adat bertanding, ada menang ada kalah. Kalau tak boleh terima kekalahan, jangan datang stadium. Bola sepak kita pun bukan lah hebat sangat. Tak perlu bakar lori segala sebab bola sebiji.