Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

02 February 2010

Ramalan mimpi kata...... (v3)

Hookkay.... Sebelum terlupa dan beradu dengan senang lenangnya, baik Senah post kan satu entri tentang mimpi malam tadi.

Jangan risau, kot rasa dah menyampah sangat dengan pasal Fahrin kebelakangan ni, entri ni sama sekali tidak menyentuh apatah lagi meraba2 tentang isu mamat gagah perkasa yang satu itu.

Senah ni bukan aper, manjang mimpi.
Asal tido...mimpi, asal tido....mimpi. Dahlah kaki tido kanz...
Tapi jarang Senah nak ingat mimpi2 Senah. Dasar lemah ingatan.
Kater orang (orang lah kater, bukan Senah!), mengingat setiap mimpi yang kita alami setiap kali bangun dari tidur adalah salah satu cara untuk menguatkan memori dan daya ingatan seseorang.
Betulkah?? Hhmmmm....

Lagi pulak Senah ni bukan takat mimpi, terkejut dalam tido pun selalu. Ala2 ngigau gitu....
Bukan lah ngigau yang cakap sorang2 tu (kalau ye pun manalah nak tahu kan? Kater tido!)
Senah ni pantang besar tido salah postur tubuh. Nak2 kalau tido terlentang....
Rasanya kalau pejam masa sesaat je, mesti dah terkejut.
Asal pejam je, ngigau kena langgar ketapi....
Asal pejam je, ngigau jatuh bangunan..... Mimpi2 yang sewaktu dengannya.....
Pastu terkejut sorang2..... Macam kes masa standby malam dulu.
Huish, bukan tak ngeri ngigau jatuh bangunan kan?
Lainlah kalau jatuh chenta~~

Anyway, Senah mimpi berada di tepi pantai semalam dengan ahli keluarga.
Baikkan Senah, mimpi pun ingat family....... ;p
Alih2 pantai dilanda bah besar, air naik meninggi siap ombak bergulung2 tinggi..... Macam tsunami.
Tapi ombak tak kacau kami pun. Sampai gigi pantai air jadi ombak kecil je... Siap boleh main air je kitorang....
Aper yang Senah cuba nak sampaikan adalah ramalan biasa Senah tentang mimpi melihat air bah atau air yang banyak. Ingat lagi entri yang dulu?
Tak berapa lama lepas tu Senah memang dapat lah duit claim Senah tu.

So, harap2 lah mimpi malam tadi membawa perkhabaran yang baik.
Manalah tahu kan, prestasi tahun ni dapat 5.....
*Whoaa~~ Berangan!*
Ataupun rezki bonus barangkali. $$$$~~
Tak pun claim bulan lepas dah diluluskan......
Moga2 lah kanz...... Aminnnn.....!




020210 : 2327 pm
Search & Awie - Mutiara Embun
Seri Kembangan

26 August 2009

Ramalan mimpi kata...... (v2)

Entri lepas aku cerita pasal mimpi.
Malam tu, lepas aku update blog tentang mimpi aku pula bermimpi....
Ngeri betul mimpinya.
Berlari2 histeria haku....

Situasinya, aku dan 4 orang lagi kawan lain (yang haku tak kenal sorang pun dalam mimpi tu!!) sedang berjalan2 di sebuah lapangan yang berbukit.
Sedang kami berjalan termengah2 mendaki bukit tu tiba2 muncul seorang bomoh.
Dengan sarat manik2 kayu berlilit2 kat leher dan lengannya.
Siap angin2, daun2 terbang bagai semua neh!
Pergghhh, kenkunun ala2 seram gitu.
Dengan rambut panjang, dan berlilit kain kuning..... bomoh ni dok baca2 mentera.
Pastu, muncullah sebiji bola oren terang terapung2 kat depan dia.
Membe2 semua lintang pukang lari turun bukit sampai hilang2 suara menjerit.
Aku pulak tak berhenti2 terkumat kamit baca mentera dan doa.... Ntah haper lah yang dibacanya.
Dalam mimpi pun masih terserlah kewarakkan haku... Perghhh, solehah sungguh!!

Pelik, padahal bola je yang kejar kami.
Realitinya, aku bukan seorang yang penakut.
Aku terjaga tengah malam dengan penuh termengah2.
Bersungguh2 haku berlari, sampai semput jadiknya.
.
.
.
.
Entri lepas aku cerita pasal mimpi.
Malam tu, lepas aku update blog tentang mimpi aku pula bermimpi....
Ngeri betul mimpinya.
Berlari2 histeria haku....
Mimpi dikejar bola oren.....
Haramjadah!

24 August 2009

Ramalan mimpi kata......

Beberapa hari lepas aku mimpi, claim aku yang dah tertunggak 2 bulan (masuk 3 bulan) telah direject dengan sadisnya.
Dalam mimpi tu lagi, aku nampak tuntutan aku tu dah tak wujud dalam sistemnya. Tanda telah tamat tempoh tanpa diluluskan oleh ex-boss aku (boss di unit lama).
Habislah claim aku yang mencecah ribu hengget itu. Claim masa aku ke Penang tempohari.
Aku tak pasti mana yang betul. Direject atau sudah tamat tempoh. Yang pasti aku hanya berputih mata saja.
Esoknya aku datang pejabat, aku check....masih macam tu lah statusnya, pending.
Ntah apalah yang susah sangat nak click button approve tu agaknya. Sampai berbulan2.

Malam tadi, aku mimpi aku ke negara matahari terbit.
Dalam mimpi tu pula aku duduk di pulau kecil dikelilingi air laut yang luas, jernih dan ikan2 jerung yang comel2...
Kata orang, kalau mimpi air bah atau melihat air yang banyak.... tandanya nak datang rezki pada kita.
Beberapa bulan lepas, aku mimpi melihat banjir besar kat belakang rumah keluarga aku.
Airnya sangat banyak dan deras, tapi rumah kami tidak terjejas sedikit pun.
Lalu tak berapa lama lepas tu aku dapat perkhabaran tentang bonus kami.
Walaupun tak banyak, namun ia tetap rezki. Syukur Alhamdulillah!
Jadinya, dengan semangat membara aku ke pejabat hari ni.
Aku check dalam sistem....
Denga saspen...
Penuh debar....
Mengharap dan berdoa.....
.
.
.

HAMPEH!!! Masih begitu lah keadaannya.
Dan...
Aku dapat bayangkan...
Raya tahun ni....
Poket aku...
PASTI.....
'sangat meriah'!!

'TERIMA KASIH BANYAK2' boss!!!

p/s:Aku ngantuk, nak tido.....Mungkin malam ni dapat mimpi yang lebey baek.....

05 January 2009

#09_02 Pagi yang Penuh Liar

Pagi2 lagi kitorang dah bangun
Berlari2 menuju ke pantai
Masing2 terpekik riang macam orang hilang akal, memecahkan kesunyian pagi
Aku lipat hujung kaki seluar pijama sampai betis
Yang lain juga...... ada yang cuma berseluar pendek
Kami bergurau senda sambil bermain air di gigi pantai
Takde orang lain, hanya kami
Menunggu terbitnya matahari sambil menjerit "Selamat Pagi Dunia!!" pada alam tanpa waras.

Kitorang kemudiannya berlari mendaki bukit
Mengejar kawan yang berlari ke depan dengan layang2 di tangan
Udara segar pagi mencium pipi pada muka yang belum dicuci
Rambut dibuai2 angin merdu, boleh buat iklan syampoo
Daun2 luruh menambah suasana
Anak2 dara bergelak manja..... saling menggeletek dan berkejaran
Buang jauh segala masalah yang menjadi duri, persetankan saja mereka yang menjadi toksik dalam diri
Kitorang hanya mahu bebas, hanya mahukan kehidupan, mahu dunia kami
Dunia ini kami yang punya!!

Tiba2 langit mendung
Anak2 dara tersenyum puas
Rintik2 hujan mengiring pagi yang liar
Penambah rasa, penambah sensual
Rambut kitorang mulai basah, pakaian kitorang juga
Daun semakin galak meluruh. Rontok bersama air mata langit.
Kitorang bergedik2 dalam kebasahan
Sambil menyanyi lagu Kitalah Bintang beramai2 tanpa mengira sumbang merdu suara
Indah kan?

Bunyi ketukan yang bertalu2.....
Belum habis keriuk pintu kedengaran, aku terdengar suara hosmet aku
"Dah 0730, ko tak nak pegi keje ker?"
Dalam terkebil2 aku tengok dia dah lengkap berpakaian kerja
Shift pagi hari ni, masuk pukul 0800.

~~Baru aku sedar~~

Hilang pantai, hilang bukit, hilang layang2, hilang hujan, malah lagu latar juga hilang..........

Inilah akibatnya bila tido lepas Suboh!
Sempat lagi mimpi berpoya2...... Haramjadah!!
Hadoilah! >.<
Ini bukan pagi yang liar, ini pagi yang jahanam namanyer!




-050109: 1542 pm-
music: pearl jam - last kiss
lokasi : pejabat