10 August 2009

Nostalgia malam hari (PM to AM)

Seminggu lepas, aku stay di rumah lama kat Keramat. Last stay sebelum Makcik tuan rumah pindah terus dari rumah tu sebab dijual pada pemilik lain.
Selain datang sana sebab aku ada training sepanjang minggu lepas, aku berniat nak tolong2 kemas apa2 yang patut.
Ros dan Diana, ex-rumet aku pun akan pindah keluar. Aku niat itu juga akan jadi perjumpaan kami bertiga buat kali terakhir kat rumah tu.
Isnin lalu, sedang aku kekenyangan lepas berbuka sambil menonton tv dengan Ros dan Makcik, aku dapat panggilan telefon dari seseorang.
Maklumkan tentang ada circuit penting yang down di Lapangan Terbang Subang.
Hadooo, keluh aku. Letih pagi masih berbaki. Malam masalah lain pulak yang muncul.
Pagi Isnin tu aku dan kedua2 staff aku yang sungguh dedikasi itu ke Duta. Asalnya aku malas nak ke sana.
Sebab aku puasa, dan setiap kali aku ke sana tiada sebarang hasil yang memberuntungkan buat kami.
Tujuannya aku nak biarkan saja staff2 aku. Sebab ada atau tiada aku tak memberi kesan sebenarnya. Kedatangan aku lebih kepada memerhati, sambil belajar. Yang troubleshoot diorang berdua.
Aku pulang lepas selesai solat Asar atas alasan nak berbuka puasa. Staff2 aku pula terus ke KL untuk selasaikan isu lain kat kawasan Bukit Bintang.
Lepas dapat panggilan telefon aku maklumkan pada boss dan seorang lagi rakan sekerja.
Aku janji dengan staff2 aku, jumpa di Semarak. Aku jemput, tinggalkan motor di situ.
Aku maklumkan pada Makcik dan Ros, aku kena kerja malam tu.... Ada kes urgent. Paling cepat aku akan balik jam 3 pagi. Jangan tunggu.
Menggeleng kepala Makcik. Jangan risau, saya pergi dengan membe2 office. Pesan aku lagi.


Jam 2130 malam, kami gerak ke Ibusawat Batu untuk ambil spare card yang kebetulan ada tersimpan kat situ.
Alhamdulillah... kami berjaya sampai setelah puas berusaha sama mencari jalan ke sana.
Sangka aku, kalau yang namanya kad, xlah besar mana.
Kami plan pun nak tinggalkan JEJAKA aku kat situ. Kemudian bolehlah kami bertiga menumpang kereta seorang lagi teman pejabat untuk pergi ke Subang nanti.
Rupa2 bukanlah setakat kad yang nak dibawa.
2 complete set kad2 beserta rak2nya yang mahu diangkut.
Satu kereta memang tak muat.
Setelah puas mengangkut barang2 yang serba berat dan besar, bergeraklah dua kereta dengan spare2 yang memenuhi ruang kereta masing2 ke Ibusawat Lapangan Terbang Subang.
Walaupun malam jalan tak sesak, dan kami memandu agak 'rempit' sebab mengejar perkara penting, kami tiba di Ibusawat lebih kurang jam 2300 malam.
8 orang kesemuanya (dan macam biasa, aku seorang 'bunga'nya!), takde seorang pun dapat berfikiran dengan waras untuk selesaikan masalah..... Letih, bingung dan ngantuk... Pakej lengkap tu!
Sampai pukul 0100 pagi, masih tak dapat nak selesaikan masalah, kami amik keputusan untuk ke Lapangan Terbang pulak. Mungkin yang bermasalah berpunca dari sana.
Jam 0145 pagi kami tiba, tapi malangnya tersangkut depan pintu masuk akibat disoal siasat pak guard dan mak guard mereka.
Jam 0230pagi, sebahagian dari kami patah balik ke ibusawat. Tinggallah kami bertiga.
Aku renung kapal terbang yang sangat gah tak berapa jauh dari tempat kami buat kerja. 2 minggu lepas aku baru habiskan tengok CD Good Luck lakonan Takuya Kimura. Cerita pasal pilot dan engineer kapal terbang. Fuhh, masuk semua feel time pagi2 buta macam neh!
Jam 0300, mata aku dah start berat. Aku lelapkan mata sekejap kat bangku luar.
Sebelah aku, ada seorang lagi staff Subang sedang baca surat khabar yang ditinggalkan lapok di situ.
Pernah tak kau terlelap kemudian kau rasa macam terkejut sebab 'mimpi'kan kau jatuh bangunan, dilanggar kereta atau jatuh longkang misalnya?
Bayangkanlah aku boleh terkejut dalam masa beberapa minit aku pejamkan mata. PERGHH, MALU SIYUT!!!
Aku syak budak tu perasan, tapi buat2 macam khusyuk membaca. Last2 aku masuk tidur dalam kereta sekejap sementara menunggu yang lain datang semula.
Walaupun sekejap dan penuh dihurung nyamuk (buka tingkap sebab degil tak mahu pasang aircond, sejuk!) dapatlah aku lelap sekejap.
Lelap yang mujarab! Hilang terus sakit kepala dan ngantuk.
Pukul 0430 service up semua.
Yang kelakar-sadisnya, dalam sibuk nak up kan circuit tu, sempat kami 'terdown'kan circuit lain kat situ....
Huuuuaaaaa... Panik semesta sat kami kat situ!
Nasib baik lah circuit tu up semula, kalau tak saper lah nak jawab!!
Haku yang exec ni lah kena menjawab!
Aku solat Isyak dekal pukul 0500pagi. Pergh, memang syahdu solat dalam dingin pagi neh!
0600 pagi, setelah habis kemas semua peralatan, kitorang gerak balik.
Singgah makan sekejap kat kedai mamak.
Kesian staff aku yang berdua tu. Dah lah makan tengahari jamak dengan makan malam pukul 1800 petang. Mesti lapo giler!! ........
Lepas tu tak balik2 rumah mandi dan rehat. Dari Duta - KL - Semarak - Batu - Ibusawat - Lapangan Terbang Subang. 24 jam kerja tanpa henti! Respect woo!!!!
Kami merempit balik untuk kejar solat Subuh pulak.
Lepas dropkan staff2 aku kat destinasi masing2 aku terus balik Keramat.
Terkejut Makcik tengok aku baru sampai. Ros pula sangka aku tidur di bilik sebelah malam tadinya.
Aku mandi secepat mungkin, Solat kemudian tarik selimut dan tidur lebih kurang jam 0700 pagi. Lepas tu dah tak sedar apaper pun.....
Sampai jam 0945 pagi. Aku bangun untuk check sms dari boss.
Baca je, x larat balas. Sebab aku ada sms dia jam 3 pagi masa aku nak melelapkan mata seketika. Kemudian aku check call history aku. Ada 3 call aku jawab pagi tu. Tapi aku tak ingat satu aper pun aku cakap pada si pemanggil.... Nasib lah....Pasti haku merapu yang bukan2!!
Kami ber4 yang bertugas sepanjang malam ke pagi dah ambil keputusan untuk book off pagi tu. Aku percaya, lagi 4 orang staff di Subang juga buat perkara yang sama.
Maka, aku dengan bersungguh2 nya membalas segala bentuk istirehat dan nikmat duniawi dengan penuh serakahnya.
Pergh...... Sumpah, takde yang lebih nikmat dari itu!

No comments: