Aku emo hari ni.
Pagi2 lagi aku dah 'terkena.'
Aku tak tahu, mestikah bila menjadi seorang perempuan dalam satu2 organisasi maka segala mak nenek kerja hatta menulis alamat untuk pos laju serta mengumpul data cuti hari raya perlu kau yang buat?
Aku emo hari ini.
Aku sangkakan kalau kau mahu hasil kerja kami kaum2 hawa ini setanding kaum adam, bukankah kau harus juga memberi layanan yang sama juga dari segi kerja dan layanan?
Aku emo hari ni.
Haruskah kerja2 admin diberi pada kami padahal kami juga memiliki ijazah yang diiktiraf setaraf dengan yang mereka punya?
Aku emo hari ni.
Padahal ada antara mereka yang berkelulusan pengurusan dan sains komputer, patutkah aku yang punya kelayakan kejuruteraan ini juga yang buat segala bidang kerja mereka?
Aku emo hari ni. Dan admin kami pula asyik makan gaji buta.
Okey, aku perempuan. Aku emo.
Tapi aku boleh kerja di lapangan. Kerana itu kerja yang aku pilih.
Aku boleh turun pada bila2 waktu yang kamu kehendaki.
Arahkan saja aku bertugas di mana2. Walau jauh aku tekad dan gagahkan diri untuk pergi.
Aku juga masih muda. Masih bersemangat dan cepat belajar.
Tapi kau tak percaya aku kan?
Kau ikat aku duduk di pejabat sahaja.
Buat kerja2 admin. Tahap budak SPM pun boleh buat.
Jawab call dan jadik 'tunggul' sahaja agar tak nampak 'terlalu kosong' bila sang2 adam bekerja luar.
Sabarlah hati.
Mungkin hanya sementara saja.
Aku mencari hikmah dalam semua yang terjadi.
Aku emo hari ini.
Tapi....
Sebab aku perempuan kan.....
:)
-End-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment