Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

09 February 2014

Ahad

Kerja hari Ahad.


Serius tak produktif.


Alahai.

26 December 2013

Setahun

Rasanya aku belum bercerita penuh tentang perpindahan aku.
Tentang pertukaran kerja dan permastautinan aku.
Aku terlupa.
Bila teringat, datang malas.
Bila datang rajin, tiada pula ilhamnya.

Untuk yang terakhir kali aku menulis tentang kerja adalah pada September tahun lalu.
Mungkin aku nyatakan aku masih bekerja di kota.
Pinggir kota sebenarnya.Cyberjaya untuk lebih tepat.
Dan kali terakhir itu juga aku masih bermastautin di sana.

Jadi, sebagai ingatan untuk diri sendiri yang semakin pelupa, aku tuliskan sedikit di sini

Selepas bernikah pada May 2012, aku dan hasben masih duduk berjauhan.
Dia kat Melaka, aku kat Seri Kembangan.
Masih menyewa bujang dengan teman2 serumah lama.
Bukan aku tak cuba, bukan juga sebab usaha yang sedikit.
Tapi, sebab memang belum rezeki untuk dapat duduk bersama.

Setiap minggu aku yang berulang ke Melaka.
Tak perlulah aku bahaskan panjang lebar kenapa aku yang berulang dan bukan dia.
Kos, keselamatan menyewa seorang diri dan pelbagai lagi alasan telah dipertimbangkan sebelumnya.

Masuk bulan Ramadhan, aku disahkan pregnant.
Alhamdulillah. Rezeki orang duduk berjauhan, Tuhan permudahkan segalanya.
Diberi kesihatan dan kewangan yang baik.
Walaupun dua kali  terjatuh masa kandungan masuk 5 bulan.
Sekali masa kat depan singki dapur rumah, sekali lagi dekat tangga nak turun flat rumah.
Dua2 terjatuh atas kaki kiri so kurang hentakan pada punggung.Tak terkesan pada baby.
Tapi kaki sakit giler. Sumpah.

Bila dah memboyot macam tu, rasa hati makin risau sebab masih tak dapat pindah Melaka.
Hari2 berdoa, dipermudahkan dapat pindah.
Kesian baby nanti, duduk jauh dengan abahnya.
Boleh kata hari2 nangis lepas solat Maghrib, mengenangkan macam manalah nasib kami nanti.
Masa masih berdua, aku tak lah terkesan sangat.
Tambahan, kalau setakat Melaka.
Rasa nak balik tak perlu tunggu hujung minggu pun masih mampu balik hari2 bila aku larat.

Aku ada mohon pertukaran suka sama suka.
Yang pertama kena reject dengan GM yang aku nak tukar.
Alasan, tak nak staff perempuan. Sakit gila hati masa tu.
Bukan kerja teknikal pun. Kerja management. Tapi aku tabahkan gak hati dengan rejection tu.
Belum rezeki, aku pujuk hati sendiri.
Kali kedua, masa dah pregnant. Kali ni kami buat betul2. Tambahan mamat yg nak tukar ni pun memang terdesak benar nak pindah.
Penat berulang hari2 katanya.Aku paham sangat. Aku yang berulang hujung minggu pun boleh rasa penatnya.
Semua dokumen, kami siapkan. Boss kecik aku pujuk untuk beri pengesahan. Boss besar aku rayu untuk pelepasan.
Final stage, minta GM sign.Pun lepas.Confirm dapat kali ni.
Semangat tak payah cakap lah. Hari2 doa, tanamkan yakin, Allah akan bantu. Rezeki akan datang nanti.

Satu hari Boss besar panggil, beritahu permohonan aku sekali lagi kena reject dengan GM mamat tu.
Alasan yang sama, tak nak staff perempuan.
Aku, selalunya bab sembunyi perasaan ni memang terer.
Selalu buat muka rileks je.
Tapi untuk yang sekali ti aku memang x bleh nak sorok depan boss.
Kejang2 muka aku tahan perasaan. Marah, kecewa, sedih semua ada.
Aku ingat lepas tu aku terus ke toilet, diam2 nangis dalam tu. Muka merah tak boleh sembunyi.
Lepas reda sikit aku terus ke surau, baring hadap dinding sampai petang.
Dengan linangan air mata. Seriyes sedey masa tu.
Member2 masuk surau igt aku tidur (biasa, orang pregnant cepat letih)
Balik rumah aku call hasben, nangis2 cerita kat dia.
Adehh, bila ingat balik momen tu aku still rasa pilunya.Sampai sekarang.... :'( :'(

Benarlah kan. Kalau belum rezeki, sekuat mana kau cuba memang tak kan kau dapat.

Seminggu juga aku ambil masa pujuk diri.
Hari2 lepas solat masih nangis macam selalu. Malah makin deras je airmata jatuh.
Hari2 usap perut, cakap dengan baby.
Jangan sedih sayang, belum rezeki kita.
Abah takde dengan kita, sebab keje jauh.. tapi abah sayang kita...
Nanti kita duduk sama abah nanti ye sayang. Satu hari nanti.... insyaAllah..
Padahal kau pujuk hati sendiri. Sumpah pilu berganda2...
(Okay, aku sedang terpilu kembali sekarang... *kesat air mata* )

Aku ingat lagi, dalam masa memujuk diri tu kakak housemate dan kawan pejabat ada bertanya,
"Camne nanti Senah? Baby sape jaga? Nak tinggal kampung ke Senah jaga sendiri? Hasben jaga ke Senah jaga?"
Aku cuma mampu jawab, entahlah.... belum fikir lagi.
Padahal aku tak tahu nak plan macam mana.
Sebab setiap kali fikir, rasa sedih datang semula.
Kadang2 buat sesi meluah rasa dengan kawan2 kat opis yang nak pindah juga.
Yang senasib. Bila macam tu tak la sedih sangat.
Sekurang2nya aku tau, ada orang lain yang lagi lama minta pindah dari aku.

Satu hari awal Disember 2012, aku dapat satu email dari seorang Boss besar dari Melaka.
Katanya dalam email tu, minta siapkan resume, dan segala dokumen berkaitan bagi temuduga jawatan di Muar pada 10/12/12.
Terkejut gak aku, sebab aku tak minta langsung jawatan tu. Tak tahu pun ada kekosongan.
Tapi aku tak nak gembira sangat, baru interview je pun. Belum dapat lagi.
Tak boleh gembira sangat, nanti kecewa lagi.
10hb tu aku pergi interview.
Berbekal doa dan harapan. Biarlah kali ni ada rezeki aku.Yakin lah Senah. Yakin.

Interview pukul 3, pukul 2 aku dah sampai.
Setiausaha manis sambut aku, beritahu dah boleh masuk walau belum pukul 3.
Kali ni interview terus ke GM. Bukan dengan panel2 macam selalu.
Aku kaver perut yg dah memboyot dengan fail resume yang aku bawa.
Manalah tahu, GM ni berubah hati bila nampak.
Untuk makluman, inilah GM seksis yang dua kali reject permohonan pertukaran pindah aku sebelum ni.

Aku ingat lagi, masa interview tu dia ajak aku berborak2 santai.
Tanya kenapa nak pindah Melaka, duduk di mana, asal mana, bla bla tentang perkara umum.
Eh, tak nak tengok langsung ke resume aku bawak?
Aku jadi neves plak.
Kalau tak nak pilih aku pun skurang2nya tengok la kan. Buat ambil hati kata orang.
Dalam kepala dok menerawang nak berburuk sangka GM tu cakap dengan aku.
"Untuk makluman you Senah, ini bukan interview sebenarnya. Sebab tu I tak nak tengok semua yg you bawa..."
Luluh tak kau rasa? Pilu tak?
"Ini more kepada perkenalan dengan my team sebenarnya. Resume semua ni I da baca. You pernah send pun sebelum ni..."
Apa kau nak rasa sekarang Senah? Gembira? Konfius? Apa maksud my team tu tadi? Apa?
Dipendekkan cerita, ada seorang staff dia di Muar nak pencen. 4hb Jan 2013 katanya.
So, on paper kelayakan aku sesuai untuk post tersebut.
Tapi katanya jangan terlalu berharap.
Untuk post ni ada dua orang sebenarnya dalam pertimbangan dia.
Katanya, kalau ada rezeki tunggulah surat dalam 15hb Januari tahun depan.
Kalau takde, maksudnya bukan aku yang dapatlah tu.Positif kan? Walaupun belum pasti...
Katanya dia mohon maaf dulu pernah reject permohonan aku. Memang bukan untuk perempuan, tak sesuai katanya. Bukan sebab seksis.
Segala prasangka buruk dan dendam amarah aku hilang macam tu je. Kalaulah aku tahu kan...

26 Disember 2012.
Setahun yang lalu.
Pejabat Cyberjaya lengang sebab ramai yang bercuti panjang dari Krismas ke tahun baru, aku bekerja macam biasa.
Memang tak berniat nak cuti panjang sebab nak simpan cuti ke tahun depan.
Aku buka email yang dah makin menyusut bila hujung tahun, tahu apa email aku dapat?
SURAT PINDAH! Tarikh kuatkuasa pindah adalah pada 1hb Januari 2013.
Alhamdulillah.... Syukur Ya Allah.....
Berlari aku buat syujud syukur.
Walaupun katanya 15hb baru dapat surat, rupanya tak sampai 2 minggu dah dapat.
Sekurang2nya yang ini confirm. Pasti.
Sedangkan aku pergi interview pun xde siapa tahu selain staff dan boss kecil aku. Juga housemates aku.
Tu pun aku beritahu sekadar utk makluman saja.
Tak sangka dapat. Alhamdulillah.....
Kawan2 pejabat pun tak tau. Ramai yang balik cuti tahun baru tu terkejut tau2 Senah da kerja Johor je.

Muar pun Muar lah kan... asal dapat duduk dekat dengan hasben...duduk serumah.... besarkan baby sama2....
Hujung Disember tu aku dan hasben bizi mengangkat barang.
Sebenarnya kami pindah rumah sewa di Melaka, tak sangka pula dapat pindah opis. So aku pun pindah terus.
Jadi pindah berganda. Pindah rumah sewa kat Melaka, pindah rumah kat Seri Kembangan dan pindah opis.
Dalam kandungan masuk 6 bulan, gigihlah Senah kan.....

Setahun dah.
Setahun lalu aku simpan banyak luka.
Lelahnya mengumpul semangat.
Tak berhenti berharap.
Berusaha tanamkan yakin..... InsyaAllah, rezeki akan datang.InsyaAllah Senah..InsyaAllah...
Sebab Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya.
Bila ingat2 balik la kan....
(ok, kesat air mata lagik...)
Tak tahu lah apa jadi kat Senah sekarang kalau masih belum dapat pindah....

2013 dah nak tutup tirai.
Alhamdulillah untuk segala yang Tuhan beri.
Kesihatan, keluarga , rezeki dan segalanya.
Semoga tahun depan akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya....















23 December 2013

Ku seru....

Setelah seminggu bercuti, aku jadi lembab nak memulakan semula tugas di pejabat.
Tambahan pula staff ramai bercuti.
Menjunam2 semangat kerja aku.

Ni bukan lagi jatuh tersungkur.
Ni jatuh tersungkur, tergolek2 merudum jatuh semangatnya.

Haishh....




13 August 2013

Eid Mubarak

Sejujur-jujurnya
Aku sangat banyak cerita mahu dikongsikan di sini
Terlalu lama memeram dalam kepala otak
Juga sebab tiada teman gosip2 tingkap lagi sekarang

Tapi
Tapi
Asal aku nak menulis time tu la kerja lain datang menuntut perhatian

Nanti la
Sambung peram
Biar sampai busuk.
:(

Salam Aidilfitri Semua!

20 September 2012

a for apple, b for ball ye murid-murid....

Dah tiga minggu tak masuk office.
Sekarang jadik tenaga pengajar mengajar orang2 site satu malaysia.
Memandangkan keadaan tak berapa mengizinkan sekarang, Senah cuma kaver mengajar area Selatan dan Central sahaja.
Bulan depan kena ke Sabah Sarawak, kemudian ke utara dan akhirnya ke pantai timur.
Semua tu Senah minta tolong staff2 yang kaverkan.
Jenuhla Senah nak ke sana ke mari pulak.

Bila dah jadi chekgu ni.....
Paham lah Senah kan perasaan cikgu macam mana.





Memori momen cikgu Senah dulu baling kapur / pemadam papan hitam bila budak2 dalam kelas bercakap time cikgu tengah mengajar kat depan muncul sekarang.



Faham lah Senah kenapa.


-End-



04 April 2012

:D

Alhamdulillah...

Tengahari tadi dapat call dari mamat kete sport soh cek slip gaji bulan ni.
Katanya ada surprise.


Cek-cek ada lebih 10% untuk bulan ni....




Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....


Rezeki kita, Allah sahaja yang tahu~~




:D

27 March 2012

Goyang2 manja......

Goyang2, ala-ala dilambung ombak rindu
Walaupon sikit saya jakun lebih hokkay!

First time rasa gempa, dari tingkat 11 plak tuh...

Ada sikit neves, tapi saya abaikan sebab lebih terliur maggi cup yang berasap di hadapan.

Badan saya dah boleh start adapt cuaca sejuk beku kat sini, tapi perut saya makin rindukan masakan Malaysia..



*Giler klise ayat!
;p
;p

25 March 2012

24 March 2012

Aku da x bleh menghitung hari lg da ni...

...... buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lama
pergi lebih jauh...................




*Neves tapi teruja~


-End-

14 March 2012

Kuku kaki ku biru... brrrr~~

Ni belum lagi cuaca bawah 15 darjah celcius.


Meeting apakah ini?
Seriyes otak telah terbeku sekali.

13 March 2012

Suwwit la awak ni, rasa nak cubit2 je... uhuks! v.2

"Kau tau tak aku tengok kau macam Google? "
"Apsal? Kau jumpa aku bersepah2 dlm internet ke? "
"Pertama, sbb phone ko Google. Kedua, kau ada semua apa yang aku cari..."


Awwww~~
Suwwit......
*Kononnye*



Tapi takkan dapat mengubah apa-apa.
Cuba lagi.


-End-

27 January 2012

Mungkin ini satu2nya entri untuk bulan ini.

Seriously, kalau tak sebab dah kena sound dengan Puan Dina takdenye lah aku nak menulis entri malam ni.
Tahun ni aku mulakan dengan agenda yang padat dan schedule yang bertindih2.
Bukan lah nak kata sibuk sangat. Cuma aku rasa dari segi manage masa dan kerja, aku masih lagi dalam kategori last minutes person yang suka sangat dengan adrenalin time2 kalut serabut bagai tuh.
Huhhh~

Aku tahu, new year dah 27 hari berlalu. So, apalah ertinya ucapan selamat tahun baru tu sekarang kan?
Tapi, ye lah. Kata orang, biar lambat dari takde.
Walaupun pada hakikatnya takde apa yang berubah pon setiap tahun sebenarnya.

Minggu ni memang sangat memenatkan.
Owh tidak, dari minggu lepas sebenarnya.
Rabu dan Khamis aku berhempas pulas menghadap tugasan dengan mamat2 Jepun yang datang.
Seriously, bayangan indah tentang Jepun yang sangat aku suka dulu dah takde lagi dalam kotak fikiran aku.
Takde dah lagi bayangan Takuya berkimono merah hati menunggu aku dibawah pohon sakura.
Dengan payung kertas dan terompah kayu
Sambil diiringi angin bayu sepoi2 bahasa~
*Tup tup *

(bayangan hilang~~)

Jumaat kemudiaanya aku selsema. Tekak mula perit, tapi hati masih gigih memandangkan cuti CNY nak tiba.
Ewah2, macam selebret je kan...
Aku takde plan ke mana2.
Dengan harapan aku mahu membalas segala penat lelah (sangat lah kan..) tu dengan tidooo yang maha sakan dan serakah.
Ye...ye.... itu plan besar-besaran aku.

Tapi, sapa lah saya ini.
Cuma makhluk yang mampu merancang, Tuhan jugalah yang berkuasa menentukan.
Sabtu ahad demam.
Tak boleh bangun.
Satu badan gigil.
Kuku kaki biru.
Tulang2 rasa reput.
Tekak bengkak dan pahit.
Selera mati terus.
Sudahlah blok kosong,
housemate semua balik kampung bercuti,
gigih2 drive sorang2 pergi klinik, doktor pulak bercuti
Huhu... apakah suratan itu?
Jujurnya, bila dalam keadaan macam tu, sedarlah kau betapa rapuhnya hati manusia dan betapa kuatnya pengharapan kita sebagai makhluk padaNya.
Air mata, adalah peneman paling setia yang kau pernah ada bila kau kesakitan.
Walaupon berjaya akhirnya ke klinik dan di beri ubat-ubatan, apalah ertinya rehat dan tidur yang berkualiti bila mana bunyi mercun dan bunga api yang dum dam dum dam itu sangat membingitkan cuping telinga?

Isnin, pagi raya (Apekah??)badan mula rasa sihat sikit.
Walaupon ada pantang larang jangan menyapu rumah di pagi raya itu, tetap jua lah aku bangun mengemas rumah yang dah tak serupa rumah.
Bukan takat sapu rumah, aku basuh baju 3 kali round (ye, punyalah banyak!), siap basuh langsir, cadar, telekung, sejadah.
Pastu jemur karpet dan bantal.
Sampai lenguh2 jugaklah melipat baju sebab mengenangkan almari yang tak rupa almari lagi tuh.
Huhuhu...

Selasa pagi, aku dah bersiap2 nak ke Kedah.
Ye, time2 cuti sebuk ko nak pegi keje jauh2... Apa nak buat.
Memang mcm tu lah keje aku.
Walaupon dengan antibiotik yang masih bersisa dalam badan, gagah jualah aku drive nun jauh ke sana.

Rabu, dalam sakit2 kepala dan loya2 nak muntah tu aku skali lagi gagahkan diri drive balik ke sini smula.
Ikut hati, aku nak stay lagi satu malam.
Tapi, aku tak mau lama2 buang masa sedangkan ada lagi kerja aku yang tak setel kat sini.

Khamis pagi, niat sangat murni nak ponteng keje.
Takpon masuk keje half day.
Tapi oleh sebab pagi2 buta dapat call tentang customer Jepun, aku bergegas jugak ke opis walaupon kaki masih berasap sebab drive sejauh tu dua hari berturut2.
Yeh, aku sekarang asyik mimpi tentang Jepun.
Mimpi ngeri.
Mimpi alarm,
mimpi error,
mimpi packet drop,
mimpi speed reduce,
mimpi equipment hang,
Huhuhu....

Pagi ini, pagi Jumaat eh, dah Jumaat semula rupanya.
Tak perasan cepatnya masa berlalu.
Rasanya selsema Jumaat lepas belum sembuh lagi.
Malam ni dah terasa semula badan nak demam balik.

Dan aku syak cycle tu akan berputar semula.
On and on...


Anyway,
ada perkara dalam tahun lepas sangat memberi aku makna.
Entri terakhir aku juga membawa maksud kesyukuran yang tak terhingga untuk aku bila mana niat aku nak jejakkan kaki ke Mekah sebelum 30 dah tercapai.
Alhamdulillah.
Jujurnya, rezeki memang bukan atas usaha kau.
Ia datang bila Allah nak beri dengan pelbagai cara.
Itu antaranya.
Banyak lagi perkara2 lain yang baik berlaku dalam hidup.
Yang tak ingin berlaku tapi berlaku, aku simpan sebagai penguat semangat menghadapi hari2 yang mendatang.
Takde dugaan, kau tak tahu kuat lemah diri kau sendiri kan?

Tapi, walau hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Masih ada manusia yang berubah langsung.
Asyik nak menyakitkan hati je tiap kali jumpa.
Err, tak pe lah.
Aku cerita dalam entri yang lain.
Nanti teremo pulak.

Eh, tadi kata malas nak update.
Tiba2 terpanjang pulak entri ni.
Huhuhu

Selamat tahun baru yeh semua!
:)

18 November 2011

Entri panjang tentang hati dan rezeki.

Ini satu kisah tentang rezeki.
Ianya tentang diri sendiri.
Tentang ketidakpuasan hati makhluk bernama manusia.

Beberapa bulan lalu,
aku suarakan rasa kecewa aku pada beberapa orang teman.
Pada brother pakcik, pada housemate, pada teman sekerja.
Aku katakan pada mereka,
betapa penatnya aku bekerja tapi jauh di sudut hati
aku sangat terasa dengan management di tempat kerja
sebab seolah2 segala yang aku buat x memberi impak pada mata mereka.
Walaupun x diberitahu, tp aku sendiri terasa macam dipinggirkan.
Tak tau la nak explain macam mana situasi yang sebenarnya.
Tapi tahun ni memang tahun yang paling buat aku menjeruk rasa dengan kerja2 aku.

Aku diamkan je.
Sebab aku rasa kalau aku dok kecoh2 pon confirm xde orang nak layan dengar.
Takde orang nak hirau apa yang aku nak komplen.
Jadiknya aku buat jugaklah kerja aku.
Walaupun tanpa perhatian dari boss2.

Last week pula, datang satu membe sekerja.
Pada dia aku pernah juga mengadu serba sikit hal kerja.
Setakat kongsi2 cerita, luahan perasaan.
Selebihnya, aku dan kakak ni lebih banyak share info2 tentang agama.
Tentang ceramah2 yg kami dengar.
Tentang buku2 atau blog2 yang kami baca.
Tentang video2 ceramah yang kami tonton,
mahupun tentang CD yang kami dengar.

Jadi di sinilah bermula detik yang mengubah luka di hati.
Kakak ni datang share satu ceramah yang dia hadiri baru2 ini.
Katanya bertajuk tentang rezeki.
Tentang takdir.
Juga tentang sejauh mana sebenarnya kita sebagai hamba menerima setiap ketentuan Tuhan.
Kata dia lagi, manusia selalu silap dalam konsep percaya kepada rezeki Tuhan.

Diberi contoh dari ustaz yang memberi ceramah,
andainya pada diri kita sekarang ada 50 ringgit dan kita perlu survive dgn duit tu utk tempoh seminggu sebelum tiba gaji yang seterusnya adakah kita yakin duit itu cukup?
Duit tu la yang akan diguna untuk isi minyak kereta, untuk makan, untuk keperluan belanja anak2.
Katanya, hadirin semua jawab tidak.
Kata ustaz, sebab kita cuma yakin dengan kemampuan yang ada pada diri kita.
Tapi kita tak yakin dengan Allah.
Siapa berani kata x cukup sedangkan kita tak tahu pun rezeki kita.
Sepatutnya kita berserah, cukup atau tidak bukan terletak pada kemampuan kita.
Tapi rezeki yang Tuhan nak beri.
Kita tak tahu dalam seminggu tu tiba2 ada orang bayar hutang, dapat rezeki orang beri atau apa sahaja bentuk rezeki yang Allah nak datangkan untuk kita.
Sejak tuh, kalau hati ni terdetik nak merungut duit tak berapa nak berkepuk2 dalam poket,
aku mesti akan teringat cerita kakak ni.
Ingat, rezeki bukan apa yang ada dalam kemampuan kita.
Ia datang dari apa juga bentuk yang Tuhan nak beri.

Kaitan antara kisah hati luka dan rezeki di atas.

Hari ini aku dapat perkhabaran baik tentang kerja.
Nama aku telah tercalon dapat anugerah cemerlang kategori berkumpulan.
Seriously aku langsung-langsung x pernah nak ambil tahu apekah anugerah2 semua ni.
Lebih2 lagi bila kerja2 aku x pernah dipandang serious dr management.
Tiba2 rezeki aku dapat dari kerjasama dengan unit lain.
Ada hikmah aku selama ni dok diam diri buat kerja dengan unit lain kat office tu.
Kalau pon management sendri dok pandang sepi hasil kerja aku,
siapalah sangka ada management dari unit lain nampak impak kerja aku.
Alhamdulillah.... Syukur Ya Allah......

Aku belajar untuk sematkan dalam-dalam.
Yang rezeki memang bukan datang dari kemampuan yang kita ada.
Ia datang bila Allah nak beri.
Hasil dari usaha kau yang sedikit itu.



Alhamdulillah.......

:)

03 November 2011

22 degree.

Duduk kat opis dah macam duduk dlm peti sejuk.
Tak cukup baju dan shawl biru hari ni.
Aku tengok kuku kaki pon sama2 warna biru dah.......

Brrrrrrr~~~

21 October 2011

Kering

Kehabisan tenaga~






-End-

Ponteng

2 hari tidur x cukup,
Hari ni baru plan nak book off
Pagi2 Boss Besar dah call minta update breakdown.
Ni nak kena kerja lagi lah ni??

Huhuhu.


Letih Senah!

19 October 2011

Hari ini dalam sejarah......

S.A.N.G.A.T
S.A.N.G.A.T
S.A.N.G.A.T
S.A.N.G.A.T

L.E.T.I.H
L.E.L.A.H
P.E.N.A.T



*Len kali tunjuk macho lagi pegi Johor balik hari~~ :(

Jalan2 cari rejeki... :p

Destinasi hari ini: Kota Tinggi & Senai





Yeaahhh,
Ready to rempit bebeh!!

18 October 2011

Super duper super junior

Hari ni kerja di Negeri 9.
Pergi dengan Adek Baru dan sorang lagi bakal staff baru.
Haa, sekarang ni aku tinggal tunggu masa je menunggu staff baru pengganti brother apek.
Orang nya dah ada, cuma kena tunggu surat konfirm je.
Harap2 jadiklah.
Lama sangat tunggu pengganti.
Patah kaki biler kerja berdua je dengan Adek Baru 5 bulan ni.

Kalo konfirm, aku ader staff baru.
Adek Baru.
Memandangkan aku dah ader Adek Baru, maka yang lagi baru ni aku kena gelar Adek Junior.
Super junior.
Selain lebih junior, mamat ni memang muka ala2 jambu.
Kulit cerah, bibir merah, rambut stylo.
Kpop habes.

Rupa x penting.
Asal boleh buat keja, aku hepi.







Kalau takat tau jaga muka, cakap gebang2.....
Sila jadi ahli politik.