Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

20 September 2012

a for apple, b for ball ye murid-murid....

Dah tiga minggu tak masuk office.
Sekarang jadik tenaga pengajar mengajar orang2 site satu malaysia.
Memandangkan keadaan tak berapa mengizinkan sekarang, Senah cuma kaver mengajar area Selatan dan Central sahaja.
Bulan depan kena ke Sabah Sarawak, kemudian ke utara dan akhirnya ke pantai timur.
Semua tu Senah minta tolong staff2 yang kaverkan.
Jenuhla Senah nak ke sana ke mari pulak.

Bila dah jadi chekgu ni.....
Paham lah Senah kan perasaan cikgu macam mana.





Memori momen cikgu Senah dulu baling kapur / pemadam papan hitam bila budak2 dalam kelas bercakap time cikgu tengah mengajar kat depan muncul sekarang.



Faham lah Senah kenapa.


-End-



05 March 2011

Aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih banyak2
untuk warga Majalah 3 malam ni
yang dah buat liputan untuk SK Ulu Ubai, Sarawak tadi.

Suasananya tetap sama, typical sekolah luar bandar.
Ibu bapa menoreh getah, menganyam kraftangan,
kerja2 kampung saja.
Murid dan gurunya sedikit.
Hendak keluar dari kawasan kampung
sangat susah.
Kalau hujan lebat sikit, banjir.
Jalan darat tak boleh lalu,
kena ikut sungai.
Sumber elektrik pula diperoleh dari generator.

Walaupun hidup jauh dari arus kemodenan,
ia membuktikan pendidikan masih menjadi keutamaan dan tunjang
dalam mengejar kemajuan diri.
Ia menolak sama sekali imej sekolah luar bandar
yang serba serbi ketinggalan.
Murid2nya berbahasa Inggeris di sekolah,
menggunakan kemudahan komputer,
serta mengamalkan konsep study group dan tuisyen sama seperti murid2 lain amalkan.

Selain membuka mata
betapa belajar boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan,
ia juga mengubah persepsi negatif kepada masyarakat
bahawa apabila guru2 'terpaksa' mengajar di kawasan pedalaman seperti itu
ianya seolah2 menerima hukuman penjara seumur hidup
yang mana kau hilang segala life kau.
Mengajar murid dalam kuantiti yang sedikit
tidak langsung menjejas semangat mengajar.
Malah, jasa yang kau taburkan sama maknanya
seperti kau mengajar di sekolah besar.
Syabas cikgu2!

Dan aku sangat terkesan bila ibubapa pelajar juga
sama2 menyumbang dalam meningkatkan imej sekolah yang dah
banyak menerima anugerah akedemik dan kokurikulumnya itu.
Mana ader sekolah yang mak bapak boleh datang pagi2
kemaskan kelas, sapu lantai, lap habuk2 macam tuh?
Mesyuarat PIBG sekolah aku dulu,
kedatangan ibu bapa pun ala2 mahu tak mahu saja.
Okay, mungkin tu dulu.



Sepuluh sebelas tahun dahulu.


-End-

09 February 2011

Melentur buluh uols.....biau dari rebungnya kay!

Harini, ada training kat Ibusawat luar.
Tengah2 bandar KL.
Betul2 sebelah sekolah rendah, belakang shopping mall.

Masa rehat, ahli2 training yang lain menonong pergi makan tinggalkan Senah dengan sorang lagik ciki.
Nasib baik kan ader member training kali ni.
Kalau selalu2 jadik bunga tunggal tunggul yang ditinggal aja lah Senah ni.

Sebab dah kena tinggal dgn brother2 budiman yg pegi makan kat shopping mall, kami malas nak memandai2 ber'explore race' ke sana.
Kami makan kat kantin sekolah rendah sebelah aja.
Pukul 1230, kantin lenggang.
Sekolah rehat pukul 1000, pulang jam 1300 kalau tak silap Senah.
Sekolah sangat sunyi. Takde bunyi suara murid menjerit2, takde suara cikgu mengajar sambil pembaris mengetuk2 papan hitam.
Malah bunyi berdecit pun tak kedengaran.

Sekolah Senah dulu memang LANGSUNG tak macam nih!

Habis waktu sekolah ada beberapa orang murid duduk di kantin.
Senyap jer.
Makan perlahan2.
Borak pon perlahan.
Beli makanan pun teratur jer.

Sekolah Senah dulu,
habis waktu sekolah je boleh dengar bunyik suara menjerit2.
Berlari2 macam kambing lepas kandang.
Beli makanan kat kantin siap berebut2 pastu gelak2 main tolak2.
Borak pun kuat2. Gelak lagilah kuat.
Senah ingat sejak sekolah rendah kelompok kawan2 Senah memang otak suku semuanya.
Sampailah habis sekolah menengah.

Patutlah.....



Sampai sekarang hasilnya boleh nampak dengan jelas.
Hmm.....
.
.
.
.
.
.
.
.

Cekedis jaman sekolahan~~ :p ;p (sekadar gambar hiasan)

01 November 2010

Biru.


Cikgu Basir tampak kacak.
Dia pakai kemeja biru.
Biru laut, biru romantis.
Cikgu Basir nampak lebih kacak berambut pendek.
Walaupun dengan rambut kerinting berombak manja dulu, Cikgu Basir tetap juga kacak.

Cikgu Basir kidal.
Macam Cikgu Mat Lazim, guru matematik kegemaran saya ketika darjah 4 dulu.
Malangnya Cikgu Mat Lazim punya tatu lambang nazi di belakang tangan antara jari ibu dan jari telunjuk tangan kirinya.
Saya tak tahu mengapa dia ada tatu itu.
Mungkin Cikgu MatLazim sebenarnya bukan Islam seperti mana saya tersilap sangka budak praktikal di pejabat saya 4 tahun lalu.
Namanya Bazli bin Husin, tapi tak pernah saya lihat bersolat jumaat.
Akhirnya saya dapat tahu dia Orang Asli, tiada agama sebenarnya.
Saya keliru pada nama.
Atau mungkin Cikgu Mat Lazim pernah melalui zaman jahil.
Maka bertatu mengikut arus semasa.
Maklumlah, Cikgu Mat Lazim membesar di zaman rock kapak, zaman Akhil Hail sedang layan henjut kepala, zaman Maher Zain belum datang bawa lagu2 keinsafan.
Agaknya lah.

Berbalik kepada Cikgu Basir.
Menurut mata zahir saya, Cikgu Basir kacak orangnya.
Ya, kacak seperti Cikgu Rashid. Guru Bahasa Melayu saya ketika darjah 5.
Pernah jadi guru kelas kami seketika menggantikan guru kelas yang cuti bersalin masa tu.
Cikgu Rashid adalah guru kedua kesukaan saya selepas Cikgu Mat Lazim.
Biarpun dia lebih kacak, charming dan penuh kematangan (ececeh, cinta anak2 kecil jaman sekolahan lah katakan! ;p) tapi Cikgu Mat Lazim lebih santai dan penuh sifat2 humor.
Tidak hairanlah mengapa saya hampir pernah membuat percubaan mengirim surat cinta kepada Cikgu Mat Lazim, tetapi tidak Cikgu Rashid.

Cikgu Mat Lazim adalah lelaki jenis Alpha, manakala Cikgu Rashid adalah lelaki jenis Beta kalau saya boleh kelaskan sebegitu. (Boleh rujuk gambar dibawah jika tidak faham ;p)
Tetapi Cikgu Rashid tetap sahaja memberi impak pada kehidupan remaja (kanak-kanak?) saya.
Kerana Cikgu Rashidlah saya dan 4 orang lagi kawan saya telah menerima habuan berdiri di atas meja kelas Kemahiran Hidup yang besar dan panjang itu selama 2 jam kelas.
Kami didenda gara2 ponteng kelas Kemahiran Hidup minggu sebelumnya, dengan alasan mengemas perpustakaan (sebab kami pustakawan ketika itu) sedangkan kami ponteng adalah sebab melayankan Cikgu Rashid bercerita di perpustakaan dan menipu dengan mengatakan Cikgu-Kemahiran-Hidup-yang-kami-tidak-suka-itu tak masuk kelas.
Haih.
.
Cikgu Basir misteri nusantara orangnya.
Duduk senyap dan sendiri di sudut belakang.
Tak ubah macam Cikgu Azmi, guru pendidikan seni ketika saya tingkatan 3 dulu.
Misteri dan sepi.
Walaupun Cikgu Azmi juga kacak orangnya (asal-usul Kelantan sejati.... abe wey!) tapi saya tidak berapa gemarkan Cikgu Azmi sebagaimana saya gilakan Cikgu Mat Lazim dan Cikgu Rashid.
Mungkin faktor usia dan hormon mengajar saya rupa bukan lagi segalanya.
Pergh pergh pergh! Ayat tak boleh blah~~
Tak seperti Matematik dan Bahasa Melayu, saya langsung tak gemarkan subjek Pendidikan Seni.
Saya lukis orang lidi pun burok, bukan macam Dina, Cik Zati atau Mek Zack.
Mereka pandai melukis menurut saya.
Walaupun Cikgu Azmi tak pandai buat joke macam Cikgu Mat Lazim, juga tak cukup aura macam Cikgu Rashid tapi Cikgu Azmi menarik perhatian saya kerana kekal bersabar dan tersenyum tiap kali kelas walaupun saya dan rakan2 selalu ponteng malah hanya buat bising jika kami duduk di kelas.

Harus diingat, rakan2 saya bukan seorang dua. Boleh kata separuh kelas adalah murid yang tak paham bahasa.
Samada kami tak hantar langsung lukisan (sebab ponteng!) mahupun kami akan hantar lukisan yang separuh siap dan yang ntahapehape, dia tetap tersenyum dan bercakap dengan suara yang maha halus untuk telinga pekak saya ini mendengarnya.
Dan bila saya dewasa seperti ini, saya rasakan lelaki seperti itulah calon menantu terbaek buat ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak dara di rumah.
Sabar, lemah lembut, berhemah malah boleh dijamin tiada langsung potensi berlaku kes keganasan rumahtangga di bawah pimpinan beliau.
.
Sebenarnya ada lagi guru lelaki lain kesukaan saya, tapi Cikgu Basir adalah gabungan ketiga2 guru lelaki tersebut.
Cikgu Basir kidal, amat kachak dan misteri nusantara.
Sayangnya Cikgu Basir bukan cikgu saya.
Namanya bukan Basir sebenarnya.
Malah dia bukan seorang guru juga.
.
.
.
Cikgu Basir hanya lah nama samaran yang saya beri untuknya,
hasil risikan dan skodengan, kolaborasi bersama brother apek beberapa bulan yang lalu.
Dan Cikgu Basir amat kachak bergaya berkemeja biru hari ini~~
.

-End-



Hasil ihsan En Google.

25 October 2010

Hijau.


Balik JB haritu, aku hantar kakak aku ke klinik.
Klinik tu tak jauh dari sekolah menengah aku dulu.
Sebelahnya ada satu mini-market india.
Dulu, masa aku sekolah2 dulu, kedai tu besar.
Corner lot plus satu kedai kecik.
Sekarang yang corner lot dah jadik kedai lain.
Tinggal kedai kecil je.

Bau setanggi masih menusuk macam dulu.
Membawa aku terkenang zaman sekolah menengah.
Boleh kata hari2 akan dok singgah kedai ni dulu. Maklumlah, letak kat laluan balik umah.
Kalau tak beli air, beli keropok.
Kalau tak, beli gula2, chewing gum atau komik.
Masa tingkatan 3 aku tuisyen kat atas kedai tu.
Bertambahlah slot masa menyinggah kat situ.

Dari kedai tu aku boleh nampak pintu pagar belakang sekolah.
Yang mana merupakan pintu masuk aku ke sekolah
Kadang2 aku masuk iku pagar depan, kebanyakan masa aku datang ikut pagar belakang dekat kantin.

Aku terkenang bau rumput di padang sekolah.
Aku boleh terhidu2 bau kantin di waktu rehat.
Aku terdengar2 suara hingar bingar murid.
Aku terbayangkan suasana zaman aku sekolah dulu.
Cikgu2, kawan2, kelas, makmal, padang, dewan, gelanggang, bilik guru.........

Sekolah, bukan zaman yang aku boleh banggakan pencapaiannya.
Sebab ada perkara2 yang aku tidak mahu ia terjadi sama sekali.
Tapi sekolah adalah zaman yang terlalu banyak manisnya.
Kadang2, aku teringin nak ronda2 dalam sekolah tu.
Tengok kelas masa aku tingkatan 1 di tepi jalan.
Yang mana aku boleh dengan kenderaan lalu lalang dan kami boleh jolok buah rambutan dari tingkap kelas yang memang dah tak bertingkap.
Atau tengok meja dan kerusi makmal yang mana penuh dengan contengan kata2 dengan liquid paper setiap kali ke kelas.
Atau kembali ke padang sekolah yang setiap kali meriah bila ada acara.
Atau kembali ke dewan sekolah tempat berhimpun setiap kali perhimpunan, pertandingan mahu pun sportcheck stokin, kain dalam, chemise atau dye rambut secara besar2an.
Atau kembali menjengah ke kelas semasa tingkatan 5 yang asalnya adalah bilik tayangan audio video yang sungguh cool ketika itu.

Aku, tak pernah menyesal dan berharap untuk bisa memperbetulkan segala masa lalu.
Aku, tak berharap boleh kembali ke sekolah agar aku boleh belajar lebih bersungguh2.
Atau, aku kembali ke zaman itu supaya aku boleh terima semula tawaran masuk asrama yang pernah aku tolak dulu.
Atau, aku tak berharap untuk kembali ke zaman itu untuk mencari budak lelaki yang pernah aku suka, merebut hatinya dan katakan kepadanya supaya terus berada di sisi aku.
Aku tak berharap dan berkata kalau lah, kalau lah dan kalau lah......

Cuma, andai Tuhan izinkan aku kembali ke suatu masa , aku mahu kembali ke zaman tu.
Dan ulang semula apa yang pernah aku buat.
Ia bukan sesuatu yang kau mahu betulkan, ia hanya lah sesuatu yang mahu kau rasai sekali lagi.


-End-

01 April 2009

Kisah kawan2 - Yunus

Ini adalah kisah tentang kawan-kawan.
Selain untuk dikongsi, ini adalah buat ingatan aku sendiri.

Masa sekolah menegah dulu, aku ada seorang member baik.
Nama dia Yunus.
Orangnya hitam manis, suka bersukan terutama bola sepak dan sangat suka melawak.
Kami sekelas sejak tingkatan satu lagi, tapi kitorang mula rapat masa tingkatan dua.
Dalam kelas kitorang duduk sebelah menyebelah.
Masa tingkatan tiga dia kena demam denggi.
Bila dia tak datang sekolah, cikgu kelas tak cari orang lain dah.
Dia tanya, mana bestfriend aku sebab kitorang memang partner kamceng dalam acara buat onar dalam kelas. Bila sorang takde, kurang meriah jadinya.
Dia pindah sekolah lain masa tingkatan 4. Kitorang berhubung ngan telefon je lepas tu.

Masa sekolah2 dulu aku suka bawa sapu tangan. Bukan sapu tangan bunga2 yang comel tu. Bukan. Ini sapu tangan abah aku songlap. Si Unos ni pun kaki bawak sapu tangan. Sebab dia ni terlebih cergas, kuat berpeluh orangnya. Jangan lah tertinggal sapu tangan atas meja. Pantang nampak, tengok2 dah hilang. Dia curik. Hawau betul. Bila mintak, dia bagi sapu tangan dia. Yuks!
Tapi kadang2 pagi2 buta dia dah mintak tukar. Punyalah kamceng masa tu. Masing2 tukar sapu tangan. Esok datang sekolah pulang semula sapu tangan masing2 dengan syarat mesti basuh, berbau softener dan siap gosok elok. Kalau lipat tak simetri, gosok tak cantik tak mahu. Bila kenang2 balik, ntah haper2 lah perangai kitorang dulu.

Mamat ni setiap kali nak ke toilet mesti dia ajak. Keji betul! Ayat feveret.... "Jom buat pesta buih ramai2". Chait!

Selain suka berlawak2 lucah sengal, mamat ni sangat suka menyanyi. Nasib baik suara boleh tahan sedap.
Paling aku ingat, masa tingkatan tiga dia suka giler lagu Gemilang nyanyian Erra Fazira. Sebab zaman2 tu filem tu tengah hot. Hans Issac pun belum boyot macam sekarang. Dia asyik nyanyi sebab dia kata itu sebagai penaik semangat nak PMR. Tak nampak signifikannya pun.
Satu lagi lagu yang paling aku ingat lagu Mengapa nyanyian Nicky Astria. Dah la melalak2.....balik2 dia ulang rankap.....

Semoga cinta bersemi

Semoga cintamu kan dekat padaku
Asmara kan memudar tanpa mengira waktu
Bertahta di hatimu dan di hatiku

Bila aku tanya apa rangkap sebelum2 tu, dia kata tak tau. Hmmm......

Aku selalu nganjing dia 'Anak Emak' sebab dia anak sulong dan anak tunggal lelaki dalam family. Giler manja ngan mak dia. Kalau tepon rumah dia, jangan lah mak dia yang angkat.... Banyak tanya dia. Iyolah, zaman tu takde henpon lagik.
Tapi dia pun selalu kata aku 'Anak Bapak' sebab aku selalu cerita aku tengok bola, NBA, F1 semua nya abah aku. Well, adil lah kan?

Ada dua benda yang akan buat aku teringat kat dia.
Pertama, bau krim rambut yang dia guna.
Mamat ni, aset yang paling dia suka menunjuk2 adalah rambutnya yang kononnya macho itu.
Oho, jangan berani2 sentuh. Marah betul dia.
Sampai habis waktu sekolah pun rambut maintain kemas.
Dia guna krim rambut ntah hape name... Lebih kurang macam taisho...taicho... ntah gitulah bunyiknya. Botol hijau.
Aku selalu kata kat dia, jangan bawak minyak ke sekolah. Ntah minyak rambut, ntah minyak senyonyong, ntah minyak dagu atau minyak pengasih. Dan dia suka benar sapu sikit kat beg aku lah, buku aku lah, sapu tangan lah nak bagi aku lagi syak yang bukan2.
Kalau dia duduk sebelah tanpa aku toleh, dah boleh tau memang dia sebab bau minyak rambut tu. Orang lain tak berbau macam tu. Kadang2 aku boleh terbau2 minyak rambut tu walaupun dia tak datang kelas.
Dia ni pengawas, tapi perangai tak boleh tahan. Kadang2 suka cari gaduh.
Pernah sekali ada insiden tali leher sorang lagi pengawas hilang. Adalah adengan tuduh menuduh di situ.
Masing2 mengaku tali leher masing2. Last2 aku putuskan itu tali leher dia sebab bau minyak rambut yang kuat melekat pada tali leher tu. Jugak sebab warnanya yang dah kusam serta buruk. Tanda ianya tak pernah basuh sejak kali pertama dipakai.
Aku tahu sebab hari2 dia suka tinggalkan tie yang haprak tu kat meja aku. Kadang2 aku yang tolong ikatkan. Lepas tu kena kutuk sebab ikat tak cantik. Tak sayang mulot punya orang!

Kedua, nombor 23.
Masa duduk sebelah menyebelah, meja kitorang ada nombor kat penjuru. Kebetulan nombor meja aku nombor 23.
Time tu NBA adalah salah satu tajuk perbualan wajib kitorang. Sebab kitorang penyokong Chicago Bulls. Dan fenomena terbesar masa ni adalah Micheal Jordan, dengan jersi nombor 23.
Jadinya, dia selalu panggil aku dengan nama 'Awek 23' yang bermaksud aku lah bakal aweknya selepas 22 orang awek2 yang lain. Siyul betul!
Walaupun selalu mengusik dengan perkataan 'Awek 23', mamat ni tak pernah masuk jarum.
Tak pernah buat ayat2 jiwang basi ngan aku, tak pernah tulis surat cinta, tak pernah hantar bunga atau dedikasikan puisi pada aku...... tak pernah.
Pendek kata, tak pernah bermain hati. Kawan sejati mamat ni.

Masa aku belajar kat Pilah dulu, dia adalah telefon sekali dua.
Ada jugak hantar surat sekali dua.
Yang aku ingat, salah satu dalam surat dia kirim sekeping gambar.
Gambar tu diambil masa kem motivasi tingkatan 5, dalam dorm atas katil double decker. Tingkat atas. Beramai2.
Tapi dalam ramai2 tu ada terselit gambar Adi, budak yang aku minat masa zaman sekolah rendah dolu-dolu. Kebetulan pula diorang satu kelas.
Nyatalah Adi membesar sebagai jejaka yang kacak, macam yang aku sangkakan... Ahai! Dah lah posing sambil pegang botol bedak Dashing... Tambah lah kredit untuknya.
Yunus tak tahu, gambar tu aku simpan bukan sebab ada gambar dia..... Ngeh3!

Dalam surat tu jugak dia buat cadangan giler. Katanya sampai umo 23, sebagai awek yang ke 23, andai kitorang masih belum punya siapa2 maka marilah berpacaran.
Ya, aku balas surat tu dengan persetujuan. Masa berlalu, aku pun dah lupa hal tu.
Sedar2 Bulan June tahun lepas dia SMS jemput datang kenduri kahwen dia. Kebetulan aku ada kenduri lain, aku cakap tak dapat datang. Dia balas, 'Oh, hatiku tluke....buah ati xblk tgk aku kawin....' Suwey btol prangai....
Dah nak kawen pun masih suka mlawak.
Masa tu baru aku teringat pasal janji2 bengong dulu.
Sminggu lepas dia SMS lagi, mengkhabarkan 'sy sdh jd ayah kpd baby gurl....'
Aku ucapkan tahniah buat nya. Alahai, senget2 macam tu dah jadik bapak orang dah.

Dia bukan siapa2 dalam hidup aku selain member baik di zaman sekolah.
Ianya kenangan yang indah.
Takde cacat cela dalam ingatan aku.
Dan tiada lah istimewanya dia hingga aku abadikan kisahnya yang pertama berbanding kawan2 yang lain.
Kebetulan, aku teringatkan dia sebab terbaca SMS yang dia kirim minggu lalu.
Ada masa aku menulis tentang kawan2 yang lain pulak.
:) :)




010409 : 2310 pm
M.Nasir - Mustika
Sri Kembangan

31 December 2008

#131 Pelanduk

Pagi2 hari, masa aku tengah kalut parking kete depan tempat kumpul sampah henpon aku berbunyik
Takut gak aku time kalut2 cenggini, kunun nak buat 2-3 keje skali gus aku salah campak
Nak campak sampah pegi campak henpon, pastu ter'angkat' sampah lak.... Haru!
So aku park elok2 kete aku, angkat phone dulu. Sambil tangan sebelah lagi baling sampah masuk dalam tong besar sampah tu.
Oh, kawan lama. Kawan sekolah call. Namanya Ibrahim.
Call semata2 nak tanya aku kat mana.
Katanya lagi, dia nampak seorang pompuan sebijik muka cam aku pagi ni.
Naik Myvi.
Confirmlah bukan aku kanz..... Sebab yang dia nampak tu nun di Johor.
Kata dia lagi, terkejut giler sebab muka kitorang sama.

Aku taklah heran sangat.
Sebab sebelum ni pun membe aku, Salimi pernah terkena jugak.
Call aku semata2 nak confirmkan minah yang ada depan mata dia kat Terminal Bas Larkin adalah bukan aku.
Sebab sangat sebijik dan dia hampir nak tegur.
Cumanya sebab minah tu jalan berduaan dengan sorang mamat yang tak dikenali, maka tak jadik lah dia tegur. Takut kena debik barangkali.
Aku gelak je. Bukan setahun dua pun kenal, takkan lah tak cam kan muka aku yang cute neh? ;p
Tapi, kalau dah Salimi pun tak dapat beza... apatah lagi Ibrahim kanz?
Agaknya memang serupa sangat kot.

Dulu, pernah lah sekali aku naik LRT malam2 buta dari Kerinchi ke Setiawangsa.
Kalau tak silap masa tu aku berdua ngan Sab.
Masa tunggu train datang, adalah sorang mamat ni tegur.
Tanya aku dari mana nak kemana? Kerja atau belajar dan bagai2. Yang peliknya dia tanya aku je, Sab dia buat nampak tak nampak je.
Well, sebab tak kenal kanz.... Mana bleh over ramah.
Agak2 je lah jawab yg mana patut.
Dalam LRT dia diri kat tiang betul2 depan sit kitorang.
Dia still dalam usaha nak borak2. Kitorang endah tak endah je. Saspen lah gak...
Kot perogol bersiri ker.... Penyamun ker..... Nak bomoh2 kan kitorang ke....
Sampai dia sound aku dah sombong skarang. Ntahapehaper......
Last2 aku fedap, aku tanya dia.... Kita ni pernah jumpe kat mana2 ker? Pernah kenal ker?
Dia jawab...... Haih, memang tak ingat ke buat2 tak nak ingat?! Sambil buat muka ketat.
Sah, aku pikir dia salah orang neh!

Actually, bahaya jugak ada pelanduk dua serupa ni.
Ko bayangkanlah si pelanduk tu tadi buat jenayah ke, perkara2 tak senonoh....
Alih2 tak ke haru aku yang kena tuduh. Haihh........ *mengeluh*
Tapi kan... takkanlah serupa 100% kan?
Maybe len kali jumpa ko kena check betul2...
Lesung gagak, tahi lalat, warna kulit, berat badan, cara cakap, gaya gelak dan bagai2.....
Takkanlah serupa 100% kan?