01 April 2009

Kisah kawan2 - Yunus

Ini adalah kisah tentang kawan-kawan.
Selain untuk dikongsi, ini adalah buat ingatan aku sendiri.

Masa sekolah menegah dulu, aku ada seorang member baik.
Nama dia Yunus.
Orangnya hitam manis, suka bersukan terutama bola sepak dan sangat suka melawak.
Kami sekelas sejak tingkatan satu lagi, tapi kitorang mula rapat masa tingkatan dua.
Dalam kelas kitorang duduk sebelah menyebelah.
Masa tingkatan tiga dia kena demam denggi.
Bila dia tak datang sekolah, cikgu kelas tak cari orang lain dah.
Dia tanya, mana bestfriend aku sebab kitorang memang partner kamceng dalam acara buat onar dalam kelas. Bila sorang takde, kurang meriah jadinya.
Dia pindah sekolah lain masa tingkatan 4. Kitorang berhubung ngan telefon je lepas tu.

Masa sekolah2 dulu aku suka bawa sapu tangan. Bukan sapu tangan bunga2 yang comel tu. Bukan. Ini sapu tangan abah aku songlap. Si Unos ni pun kaki bawak sapu tangan. Sebab dia ni terlebih cergas, kuat berpeluh orangnya. Jangan lah tertinggal sapu tangan atas meja. Pantang nampak, tengok2 dah hilang. Dia curik. Hawau betul. Bila mintak, dia bagi sapu tangan dia. Yuks!
Tapi kadang2 pagi2 buta dia dah mintak tukar. Punyalah kamceng masa tu. Masing2 tukar sapu tangan. Esok datang sekolah pulang semula sapu tangan masing2 dengan syarat mesti basuh, berbau softener dan siap gosok elok. Kalau lipat tak simetri, gosok tak cantik tak mahu. Bila kenang2 balik, ntah haper2 lah perangai kitorang dulu.

Mamat ni setiap kali nak ke toilet mesti dia ajak. Keji betul! Ayat feveret.... "Jom buat pesta buih ramai2". Chait!

Selain suka berlawak2 lucah sengal, mamat ni sangat suka menyanyi. Nasib baik suara boleh tahan sedap.
Paling aku ingat, masa tingkatan tiga dia suka giler lagu Gemilang nyanyian Erra Fazira. Sebab zaman2 tu filem tu tengah hot. Hans Issac pun belum boyot macam sekarang. Dia asyik nyanyi sebab dia kata itu sebagai penaik semangat nak PMR. Tak nampak signifikannya pun.
Satu lagi lagu yang paling aku ingat lagu Mengapa nyanyian Nicky Astria. Dah la melalak2.....balik2 dia ulang rankap.....

Semoga cinta bersemi

Semoga cintamu kan dekat padaku
Asmara kan memudar tanpa mengira waktu
Bertahta di hatimu dan di hatiku

Bila aku tanya apa rangkap sebelum2 tu, dia kata tak tau. Hmmm......

Aku selalu nganjing dia 'Anak Emak' sebab dia anak sulong dan anak tunggal lelaki dalam family. Giler manja ngan mak dia. Kalau tepon rumah dia, jangan lah mak dia yang angkat.... Banyak tanya dia. Iyolah, zaman tu takde henpon lagik.
Tapi dia pun selalu kata aku 'Anak Bapak' sebab aku selalu cerita aku tengok bola, NBA, F1 semua nya abah aku. Well, adil lah kan?

Ada dua benda yang akan buat aku teringat kat dia.
Pertama, bau krim rambut yang dia guna.
Mamat ni, aset yang paling dia suka menunjuk2 adalah rambutnya yang kononnya macho itu.
Oho, jangan berani2 sentuh. Marah betul dia.
Sampai habis waktu sekolah pun rambut maintain kemas.
Dia guna krim rambut ntah hape name... Lebih kurang macam taisho...taicho... ntah gitulah bunyiknya. Botol hijau.
Aku selalu kata kat dia, jangan bawak minyak ke sekolah. Ntah minyak rambut, ntah minyak senyonyong, ntah minyak dagu atau minyak pengasih. Dan dia suka benar sapu sikit kat beg aku lah, buku aku lah, sapu tangan lah nak bagi aku lagi syak yang bukan2.
Kalau dia duduk sebelah tanpa aku toleh, dah boleh tau memang dia sebab bau minyak rambut tu. Orang lain tak berbau macam tu. Kadang2 aku boleh terbau2 minyak rambut tu walaupun dia tak datang kelas.
Dia ni pengawas, tapi perangai tak boleh tahan. Kadang2 suka cari gaduh.
Pernah sekali ada insiden tali leher sorang lagi pengawas hilang. Adalah adengan tuduh menuduh di situ.
Masing2 mengaku tali leher masing2. Last2 aku putuskan itu tali leher dia sebab bau minyak rambut yang kuat melekat pada tali leher tu. Jugak sebab warnanya yang dah kusam serta buruk. Tanda ianya tak pernah basuh sejak kali pertama dipakai.
Aku tahu sebab hari2 dia suka tinggalkan tie yang haprak tu kat meja aku. Kadang2 aku yang tolong ikatkan. Lepas tu kena kutuk sebab ikat tak cantik. Tak sayang mulot punya orang!

Kedua, nombor 23.
Masa duduk sebelah menyebelah, meja kitorang ada nombor kat penjuru. Kebetulan nombor meja aku nombor 23.
Time tu NBA adalah salah satu tajuk perbualan wajib kitorang. Sebab kitorang penyokong Chicago Bulls. Dan fenomena terbesar masa ni adalah Micheal Jordan, dengan jersi nombor 23.
Jadinya, dia selalu panggil aku dengan nama 'Awek 23' yang bermaksud aku lah bakal aweknya selepas 22 orang awek2 yang lain. Siyul betul!
Walaupun selalu mengusik dengan perkataan 'Awek 23', mamat ni tak pernah masuk jarum.
Tak pernah buat ayat2 jiwang basi ngan aku, tak pernah tulis surat cinta, tak pernah hantar bunga atau dedikasikan puisi pada aku...... tak pernah.
Pendek kata, tak pernah bermain hati. Kawan sejati mamat ni.

Masa aku belajar kat Pilah dulu, dia adalah telefon sekali dua.
Ada jugak hantar surat sekali dua.
Yang aku ingat, salah satu dalam surat dia kirim sekeping gambar.
Gambar tu diambil masa kem motivasi tingkatan 5, dalam dorm atas katil double decker. Tingkat atas. Beramai2.
Tapi dalam ramai2 tu ada terselit gambar Adi, budak yang aku minat masa zaman sekolah rendah dolu-dolu. Kebetulan pula diorang satu kelas.
Nyatalah Adi membesar sebagai jejaka yang kacak, macam yang aku sangkakan... Ahai! Dah lah posing sambil pegang botol bedak Dashing... Tambah lah kredit untuknya.
Yunus tak tahu, gambar tu aku simpan bukan sebab ada gambar dia..... Ngeh3!

Dalam surat tu jugak dia buat cadangan giler. Katanya sampai umo 23, sebagai awek yang ke 23, andai kitorang masih belum punya siapa2 maka marilah berpacaran.
Ya, aku balas surat tu dengan persetujuan. Masa berlalu, aku pun dah lupa hal tu.
Sedar2 Bulan June tahun lepas dia SMS jemput datang kenduri kahwen dia. Kebetulan aku ada kenduri lain, aku cakap tak dapat datang. Dia balas, 'Oh, hatiku tluke....buah ati xblk tgk aku kawin....' Suwey btol prangai....
Dah nak kawen pun masih suka mlawak.
Masa tu baru aku teringat pasal janji2 bengong dulu.
Sminggu lepas dia SMS lagi, mengkhabarkan 'sy sdh jd ayah kpd baby gurl....'
Aku ucapkan tahniah buat nya. Alahai, senget2 macam tu dah jadik bapak orang dah.

Dia bukan siapa2 dalam hidup aku selain member baik di zaman sekolah.
Ianya kenangan yang indah.
Takde cacat cela dalam ingatan aku.
Dan tiada lah istimewanya dia hingga aku abadikan kisahnya yang pertama berbanding kawan2 yang lain.
Kebetulan, aku teringatkan dia sebab terbaca SMS yang dia kirim minggu lalu.
Ada masa aku menulis tentang kawan2 yang lain pulak.
:) :)




010409 : 2310 pm
M.Nasir - Mustika
Sri Kembangan

3 comments:

adek said...

dah jd bapak ke? aritu dtg sini bini dia x mgandung pun.huhu.pelik @_@

raz.E-an.E said...

biler plak nk wat kisah aku?

sepatumerah said...

Sabo Na.... Aku dah ada rangka nya. Tengah nak kukuhkan je lagik kisah mung! ;p