Habis waktu kerja Jumaat tu, aku terus cabut ke Melaka.
Jemput nenek, pakcik dan makcik. Penuh satu kereta.
Sabtu, sedang aku bergosip2 murahan dengan emak kat meja dapur tiba2 dapat call dari Yunus.
Macam diseru2 pula. Baru saja aku tulis entry pasal dia minggu lepas. Aku syak dia main sihir sekarang. Ngeh3....
Katanya, dia di KL sekarang. Ada kerja. Hajatnya nak jumpa. Lepak2 sama.
Aku tanya, kau kerja apa sekarang?
Katanya lagi, dia kerja di Kementerian Penerangan. Kerjanya menerangkan apa yang gelap. Chess! Sempat meloyar burok dengan aku lagi.
Bila aku kata aku sekarang ada kat JB, frustnya bukan main.
Last time dia ke KL juga tak berkesempatan jumpa.
Nak harap aku cari dia bila aku balik JB memang tak lah. Lupa manjang.
Sudahnya bertanya2 khabar sajalah di talian.
Aku tanya lagi, apa nama baby dia?
NurKhaisaHanani. Itu yang aku agak2 aku ingat lah. Mungkin juga silap aku mengingat.
Aku beritahu padanya, susah lah nanti kau nak menyebut time menikahkan dia nanti.
Dia kata, bukan dia yang susah. Biar bakal suami dia merangkak menyebut nama time menikah nanti. Kejam!
Petang, masa dalam perjalanan ke rumah Along aku dapat call dari Salimi.
Ni member sekolah juga.
Kalau aku takde member nak balik JB aku selalu ajak dia ni.
Katanya, dia kat Subang Jaya. Seminar. 2 hari.
Kot aku free, harapnya aku pergi lah menjenguk dia ke sana.
Sama macam Yunus, kirim salam je lah jawabnya.
Suka sangat inform last minute. Rasakan.
Masa balik dari rumah Along, seorang lagi member telefon.
Juga bertanyakan di manakah aku berada.
Hadoo, hari apekah ini??
Malam, masa tengah lepak2 tengok TV telefon aku berbunyi lagi.
Juga dari member sekolah, Faj.
Hellooo, korang ni dah pakat2 ke telefon untuk tanya kat mana aku berada?
Sumpah. Lepas ni aku nak belajar ilmu telepati.
:)
090409 : 2321 pm
Ada Band - Pemain Cinta
Sri Kembangan
No comments:
Post a Comment