Setelah sekian lama aku berhujung minggu seorang diri di rumah tiba2 minggu lalu aku berteman.
Alang2 takde apaper akiviti yang menarik nak dibuat, kitorang plan lah aktiviti bersama.
Kebetulan, Jusco berhampiran ada buka kaunter LHDN.
Aku, sebagai orang muda yang sungguh naif tentang hal2 duniawi ini minta tolong jasa baik teman serumah untuk temankan aku.
Cuak beb, walaupun cuma untuk nak bertanya aja.
Maaflah kalau aku salah, tapi aku rasa cara staff melayan kakak rumah aku sangat tidak mesra.
Dari sisi perniagaan, kami adalah pelanggan yang patut diberi layanan yang selesa, bukan acuh tak acuh saja.
Kalau tak mahu membantu dengan ramah, jangan kerja hujung minggu.
Balik je rumah, jaga anak2. Atau pergi tonton wayang, main boling atau apa saja.
Kitorang singgah melantak kat Kenny Rogers ROASTERS lepas tu.
Hehehe, selain dapat memuaskan nafsu ianya rasa sungguh sedap bilamana makanan itu dibayar oleh orang lain.
Ngeh3, thanks Kakak.... Makanan free memang enak! ;p
Lepas Zohor kitorang gerak ke KL pula.
PC Fair kat KL Convention Centre.
Asalnya tak plan pun nak pergi.
Tapi sebab kebelakangan ni aku asyik menyebut nak cari external hard disk, maka kakak rumah pun cadangkan lah supaya kami pergi ke sana untuk meninjau2 saja.
Dari takde kerja dan menghadap TV sepanjang hari, lebih baik merayap. Ambil suasana.
Sampai sana, punya ramai orang. Nak amik duit kat ATM pun beratur sikit punya panjaaaannnggg.
Mula2 rasa nak patah balik je.
Aku bukan gemar pun terperangkap dalam lautan manusia ni.
Buat pening kepala je.
Tapi, ya lah.... Dah alang2 sampai kata orang. Teruskan je lah.
Kali terkhir aku pergi PC Fair ni ntah beberapa tahun yang lalu lah.
Zaman2 belajar lagi. Itu pun kat City Square je.
Tempat lain tak tahu pulak suasananya macam mana.
Tak sangka pula kat KL ni PC Fair nya sangat besar.
Terlalu banyak booth, terlalu banyak brand, terlalu ramai orang.
Masalah terbesar ialah, sekali kau dah masuk jangan harap boleh patah balik.
Lepas tu kalau tengah2 jalan tu kau rasa letih, then nak blah jer pun tak boleh.
Kau mesti jalan sampai booth yang terakhir baru kau nampak pintu keluar.
Giler jauh kau tau! Sungguh tak mesra pengguna.
Aku tau, dia nak berlaku adil pada booth yang terakhir.
Yelah kalau buat pintu keluar awal2, gerai yang last sekali kurang lah orangnya.
Tapi pada aku, orang kalau betul2 nak cari barang @ nak beli diorang akan jalan sampai gerai yang terakhir.
Tak boleh lah nak paksa orang jalan sampai hujung. Sakit kaki I tau!!
Walaupun akhirnya aku beli juga apa yang aku hajatkan, tapi sumpah lah wey..... Aku takkan pergi lagi pasni.
Cukup lah sekali wey!
130409 : 1424 pm
Yuna - Firework
Sri Kembangan.
No comments:
Post a Comment