13 April 2009

Kempen mari meludah

Jangan salah sangka dengan tajuk di atas.

Hari ni aku amik urgent leave.
Sebenarnya dari semalam aku sakit kepala. Tak tahulah apa yang tak kena. Baring salah, duduk salah, jalan salah, tidur salah. Walau apa pun yang aku buat, kepala aku sangat sakit.
Biasanya kalau migrain, sakitnya cuma menyerang sebelah kepala.
Tapi semalam sakitnya menangkap satu kepala. Aku cuma tidur saja sepanjang hari. Tambahan pula cuaca kat luar hujan.
Malam, badan aku dah mula rasa panas. Sah la aku dah diserang demam.
Aku tahu, demam aku tak seberapa. Esok pagi bangun, pasti dah OK.

Pagi ini, aku bangun.
Macam yang aku jangkakan, demam aku dah OK. Kepala masih ada rasa sedikit sakit.
Yang tak surut, perasaan malas ke pejabat.
Maaf. Sakit, bila dah berganding dengan malas..... Iya sesuatu yang merbahaya buat aku.
Aku. Dalam mamai2, SMS kepada boss2 dan anak2 buah.
Katakan yang aku tak ke pejabat hari ini kerana sakit kepala.
Ini urgent leave aku yang pertama buat tahun ini. Hajat aku mahu kekal tanpa sebarang MC atau urgent leave berkubur.
Aku malas ke klinik. Bukan sakit mana pun. Saja buat mengada.
But seriously, buat kerja keji memang seronok. Sekali sekala. ;p ;p

Tengahari, lepas mandi dan makan aku berangkat jugalah ke klinik.
Bukan klinik yang itu, aku ke klinik gigi saja.
Haha, saja nak check gigi. Nak tunggu hari lain mesti tak ingat atau takde masa nanti.
Kali terakhir aku ke klinik gigi mungkin lebih 5 tahun yang lalu.
Punya lah lama.
Aku buat keputusan nak check gigi adalah kerana rasa kesedaran yang baru aku dapat serta pengaruh dari Cik Puan Sab yang baru saja menjalani rawatan gigi beberapa minggu lalu.
Ya, pengaruh kawan2 memang begitu, sukar di elakkan.
Aku pergi klinik yang dekat saja.
Berdebar beb, kot lah berita buruk yang aku dapat mengenai kesihatan gigi yang dah lama terabai.
Mujur doktor kata gigi aku baik2 belaka. Cuma....
Cis, part 'cuma' ni yang tak best langsung ni. Baru nak senyum lebar masa dia kata OK tadi.
Kata doktor yang comel dan manis itu, tabiat aku memberus gigi sangat dahsyat.
Aku gosok terlalu ganas sehingga gusi aku ternaik ke atas dan mendedahkan sebahagian akar gigi.
Jadinya, bahagian akar yang terdedah itu lah yang rasa sensitif bila terkena makanan sejuk atau manis.
Patutlah doktor.... Kataku dalam hati.
Makanya, doktor itu mencadangkan supaya menampal bahagian akar gigi yang sudah terdedah itu.
Katanya, nak tunggu gusi kembali pada tempatnya mungkin makan masa.
Dia juga nasihatkan aku agar berhenti dengan tabiat ganas itu.
You're still young... Gusi awak masih lembut. Tak perlu brush kuat2. Begitu la kata doktor.
Aku dah tak dengar lain dah.... sebab masa tu aku terfokus pada perkataan 'young'.
Rasa kembali remaja deh!

Akibat terlalu lama tak menampal gigi, aku rasa sangat tak best perasaan itu.
Tambahan pula ia bukan sebab gigi aku rosak. Ia hanya lah akibat dari gaya memberus gigi yang keterlaluan.
Balik rumah, aku asyik meludah2 jer. Tak selera nak telan air liur sendiri.
Sebab rasa yang tak best dalam mulut.
Sekejap rasa macam besi, sekejap rasa plastik, sekejap rasa kapur.
Ntah macam2 rasa lagi lah.
Mujur aku dah makan siap2 sebelum pergi ke klinik tadi.

Okay lah, sampai sini dulu.
Nak sambung meludah lagi. Chow! ;p

*p/s: Jgn meludah merata2 tempat k!!

130409 : 1525 pm
NSync - Bye Bye Bye
Sri kembangan

1 comment:

reramarama said...

demnnn!!! suma dh g dokte gigi... akku rasa "ketinggalan"!!!!

napak gaya, g jumpe dokte' gigi dh jd trend muda-mudi zaman skang! >.<