25 October 2010

Hijau.


Balik JB haritu, aku hantar kakak aku ke klinik.
Klinik tu tak jauh dari sekolah menengah aku dulu.
Sebelahnya ada satu mini-market india.
Dulu, masa aku sekolah2 dulu, kedai tu besar.
Corner lot plus satu kedai kecik.
Sekarang yang corner lot dah jadik kedai lain.
Tinggal kedai kecil je.

Bau setanggi masih menusuk macam dulu.
Membawa aku terkenang zaman sekolah menengah.
Boleh kata hari2 akan dok singgah kedai ni dulu. Maklumlah, letak kat laluan balik umah.
Kalau tak beli air, beli keropok.
Kalau tak, beli gula2, chewing gum atau komik.
Masa tingkatan 3 aku tuisyen kat atas kedai tu.
Bertambahlah slot masa menyinggah kat situ.

Dari kedai tu aku boleh nampak pintu pagar belakang sekolah.
Yang mana merupakan pintu masuk aku ke sekolah
Kadang2 aku masuk iku pagar depan, kebanyakan masa aku datang ikut pagar belakang dekat kantin.

Aku terkenang bau rumput di padang sekolah.
Aku boleh terhidu2 bau kantin di waktu rehat.
Aku terdengar2 suara hingar bingar murid.
Aku terbayangkan suasana zaman aku sekolah dulu.
Cikgu2, kawan2, kelas, makmal, padang, dewan, gelanggang, bilik guru.........

Sekolah, bukan zaman yang aku boleh banggakan pencapaiannya.
Sebab ada perkara2 yang aku tidak mahu ia terjadi sama sekali.
Tapi sekolah adalah zaman yang terlalu banyak manisnya.
Kadang2, aku teringin nak ronda2 dalam sekolah tu.
Tengok kelas masa aku tingkatan 1 di tepi jalan.
Yang mana aku boleh dengan kenderaan lalu lalang dan kami boleh jolok buah rambutan dari tingkap kelas yang memang dah tak bertingkap.
Atau tengok meja dan kerusi makmal yang mana penuh dengan contengan kata2 dengan liquid paper setiap kali ke kelas.
Atau kembali ke padang sekolah yang setiap kali meriah bila ada acara.
Atau kembali ke dewan sekolah tempat berhimpun setiap kali perhimpunan, pertandingan mahu pun sportcheck stokin, kain dalam, chemise atau dye rambut secara besar2an.
Atau kembali menjengah ke kelas semasa tingkatan 5 yang asalnya adalah bilik tayangan audio video yang sungguh cool ketika itu.

Aku, tak pernah menyesal dan berharap untuk bisa memperbetulkan segala masa lalu.
Aku, tak berharap boleh kembali ke sekolah agar aku boleh belajar lebih bersungguh2.
Atau, aku kembali ke zaman itu supaya aku boleh terima semula tawaran masuk asrama yang pernah aku tolak dulu.
Atau, aku tak berharap untuk kembali ke zaman itu untuk mencari budak lelaki yang pernah aku suka, merebut hatinya dan katakan kepadanya supaya terus berada di sisi aku.
Aku tak berharap dan berkata kalau lah, kalau lah dan kalau lah......

Cuma, andai Tuhan izinkan aku kembali ke suatu masa , aku mahu kembali ke zaman tu.
Dan ulang semula apa yang pernah aku buat.
Ia bukan sesuatu yang kau mahu betulkan, ia hanya lah sesuatu yang mahu kau rasai sekali lagi.


-End-

3 comments:

fajridil adha said...

wah, bagus tulisan ko kali ni.. aku jadi teringat plak kat sekolah kita. hehe.. tapi siapakah gerangan lelaki yang pernah ko suka tu? misteri nusantara ni.. hehe
[my hot blog]

khad said...

tersentuh aku ngn entry k0 ni...betul,aku setuju...jika blh kembali ke zaman dahulu, ia hanyalah utk melalui segala2nya sekali lagi...merasai semuanya sekali lagi :p

Dina said...

sekiranya ada peluang tue sekali lg.. khad, sungguh jiwang komen mu!