01 November 2010

Biru.


Cikgu Basir tampak kacak.
Dia pakai kemeja biru.
Biru laut, biru romantis.
Cikgu Basir nampak lebih kacak berambut pendek.
Walaupun dengan rambut kerinting berombak manja dulu, Cikgu Basir tetap juga kacak.

Cikgu Basir kidal.
Macam Cikgu Mat Lazim, guru matematik kegemaran saya ketika darjah 4 dulu.
Malangnya Cikgu Mat Lazim punya tatu lambang nazi di belakang tangan antara jari ibu dan jari telunjuk tangan kirinya.
Saya tak tahu mengapa dia ada tatu itu.
Mungkin Cikgu MatLazim sebenarnya bukan Islam seperti mana saya tersilap sangka budak praktikal di pejabat saya 4 tahun lalu.
Namanya Bazli bin Husin, tapi tak pernah saya lihat bersolat jumaat.
Akhirnya saya dapat tahu dia Orang Asli, tiada agama sebenarnya.
Saya keliru pada nama.
Atau mungkin Cikgu Mat Lazim pernah melalui zaman jahil.
Maka bertatu mengikut arus semasa.
Maklumlah, Cikgu Mat Lazim membesar di zaman rock kapak, zaman Akhil Hail sedang layan henjut kepala, zaman Maher Zain belum datang bawa lagu2 keinsafan.
Agaknya lah.

Berbalik kepada Cikgu Basir.
Menurut mata zahir saya, Cikgu Basir kacak orangnya.
Ya, kacak seperti Cikgu Rashid. Guru Bahasa Melayu saya ketika darjah 5.
Pernah jadi guru kelas kami seketika menggantikan guru kelas yang cuti bersalin masa tu.
Cikgu Rashid adalah guru kedua kesukaan saya selepas Cikgu Mat Lazim.
Biarpun dia lebih kacak, charming dan penuh kematangan (ececeh, cinta anak2 kecil jaman sekolahan lah katakan! ;p) tapi Cikgu Mat Lazim lebih santai dan penuh sifat2 humor.
Tidak hairanlah mengapa saya hampir pernah membuat percubaan mengirim surat cinta kepada Cikgu Mat Lazim, tetapi tidak Cikgu Rashid.

Cikgu Mat Lazim adalah lelaki jenis Alpha, manakala Cikgu Rashid adalah lelaki jenis Beta kalau saya boleh kelaskan sebegitu. (Boleh rujuk gambar dibawah jika tidak faham ;p)
Tetapi Cikgu Rashid tetap sahaja memberi impak pada kehidupan remaja (kanak-kanak?) saya.
Kerana Cikgu Rashidlah saya dan 4 orang lagi kawan saya telah menerima habuan berdiri di atas meja kelas Kemahiran Hidup yang besar dan panjang itu selama 2 jam kelas.
Kami didenda gara2 ponteng kelas Kemahiran Hidup minggu sebelumnya, dengan alasan mengemas perpustakaan (sebab kami pustakawan ketika itu) sedangkan kami ponteng adalah sebab melayankan Cikgu Rashid bercerita di perpustakaan dan menipu dengan mengatakan Cikgu-Kemahiran-Hidup-yang-kami-tidak-suka-itu tak masuk kelas.
Haih.
.
Cikgu Basir misteri nusantara orangnya.
Duduk senyap dan sendiri di sudut belakang.
Tak ubah macam Cikgu Azmi, guru pendidikan seni ketika saya tingkatan 3 dulu.
Misteri dan sepi.
Walaupun Cikgu Azmi juga kacak orangnya (asal-usul Kelantan sejati.... abe wey!) tapi saya tidak berapa gemarkan Cikgu Azmi sebagaimana saya gilakan Cikgu Mat Lazim dan Cikgu Rashid.
Mungkin faktor usia dan hormon mengajar saya rupa bukan lagi segalanya.
Pergh pergh pergh! Ayat tak boleh blah~~
Tak seperti Matematik dan Bahasa Melayu, saya langsung tak gemarkan subjek Pendidikan Seni.
Saya lukis orang lidi pun burok, bukan macam Dina, Cik Zati atau Mek Zack.
Mereka pandai melukis menurut saya.
Walaupun Cikgu Azmi tak pandai buat joke macam Cikgu Mat Lazim, juga tak cukup aura macam Cikgu Rashid tapi Cikgu Azmi menarik perhatian saya kerana kekal bersabar dan tersenyum tiap kali kelas walaupun saya dan rakan2 selalu ponteng malah hanya buat bising jika kami duduk di kelas.

Harus diingat, rakan2 saya bukan seorang dua. Boleh kata separuh kelas adalah murid yang tak paham bahasa.
Samada kami tak hantar langsung lukisan (sebab ponteng!) mahupun kami akan hantar lukisan yang separuh siap dan yang ntahapehape, dia tetap tersenyum dan bercakap dengan suara yang maha halus untuk telinga pekak saya ini mendengarnya.
Dan bila saya dewasa seperti ini, saya rasakan lelaki seperti itulah calon menantu terbaek buat ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak dara di rumah.
Sabar, lemah lembut, berhemah malah boleh dijamin tiada langsung potensi berlaku kes keganasan rumahtangga di bawah pimpinan beliau.
.
Sebenarnya ada lagi guru lelaki lain kesukaan saya, tapi Cikgu Basir adalah gabungan ketiga2 guru lelaki tersebut.
Cikgu Basir kidal, amat kachak dan misteri nusantara.
Sayangnya Cikgu Basir bukan cikgu saya.
Namanya bukan Basir sebenarnya.
Malah dia bukan seorang guru juga.
.
.
.
Cikgu Basir hanya lah nama samaran yang saya beri untuknya,
hasil risikan dan skodengan, kolaborasi bersama brother apek beberapa bulan yang lalu.
Dan Cikgu Basir amat kachak bergaya berkemeja biru hari ini~~
.

-End-



Hasil ihsan En Google.

1 comment:

Diyana said...

Wah cik Adah.. siapalah cikgu Basir itu.. Ada plak nama Dina pndai melukis... cukup 'berseni' aku ni kan...