17 November 2010

Pelangi.



Cuti panjang.
Apalagi yang paling seronok untuk orang macam aku ni.
Cuti tahunan masih berbaki 20 hari sejak aku cuti panjang yang lalu.
Dengan hanya tinggal 2 bulan lagi untuk tahun ni, haruslah aku habiskan segera cuti2 yang ada.
Maksimum aku boleh bawa baki ke tahun hadapan ialah 13 hari.
Tsk..tsk..tsk..... *geleng kepala*
Rugi mak kalau tak di manfaatkan nyah!

Keriangan adalah berganda untuk cuti kali ini.
Selain pulang dengan hati yang berbunga2 bersemangat baru, agenda baru, azam baru dan kekasih baru (apekah? apekah?! ;p) kali ini aku dapat bercuti panjang kat rumah menyambut Raya Qurban di JB setelah tahun lepas kami menyambutnya di kampung.
Walaupun sedikit terkilan tahun ni masjid tempat kami tak buat sebarang acara Qurban (bukan di sebabkan tiada yang mahu memberi sumbangan tetapi masjid kami masih lagi dalam pembinaan untuk dibuat baru) namun meriah nya tetap ada.

Mak mahu buat ketupat dan soto saja untuk pagi raya.
Jadinya aku dengan semangat menganyam ketupat yang mana tiap kalinya mak harus mengulang tayang pada aku step2 menganyam untuk me'refresh' semula ingatan yang telah hilang memandangkan menganyam ketupat adalah aktiviti setahun 2 kali sahaja.
Adik bongsu mahu rendang ayam, maka mak buatkan sedikit rendang untuk memenuhi seleranya.
Aku potong buah nenas kecil2, untuk dibuat air.
Adik perempuan tolong cairkan coklat di atas dapur. Untuk buat 3 resepi dengan satu perasa.
Kek coklat, kek batik dan juga biskut almond london.
Aper ingat raya puasa je ader biskut raya??
Malam raya mak sempat masak sambal udang dan puding kastad.

Memandangkan tahun ni jemaah perempuan tidak digalakkan bersolat AidulAdha di surau sementara kerana kekangan ruang, maka kami bertiga duduk di rumah sahaja mendengar takbir di tivi.
Lepas solat sunat, acara bertukar menu pun bermula. Saat yang dinanti-nantikan~~
Tak cukup dengan ketupat, soto, rendang ayam, sambal udang, kek coklat, puding kastad dan air nenas yang sungguh memenuhi ruang perut, kami dapat lauk pauk lain dari jiran sebelah menyebelah.
Ada nasi impit, kari ayam, ada rendang daging serta sayuran kubis dan lobak, ada agar2 berbagai jenis, ada nasi beriani, dan ayam masak kurma', ada acar buah, juga sambal udang masak petai dan terung.
Pergh pergh pergh perghh.........!
Seminggu macam ni confirm naik 3 kilo!

Apalagi yang lebih seronok dari dapat makan bersama2 kelurga di hari bahagia.....
Dan ketika cuti panjang, jauh dari gangguan kerja dan deringan yang menyakitkan telinga?
Syukur padamu Ya Allah, atas nikmat rezki yang masih ada sehingga ke hari ini.
Semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dan selalu berbahagi rezki dan nikmatMu.


Amin.


No comments: