22 October 2010

Merah


Aku nekad bercuti panjang
Setelah aku terasa macam dah sekian lama aku tak jadi diri sendiri
Asyik kerja dan kerja
Dunia aku dah totally untuk hal2 pejabat je lately ni
Aku balik kampung
Selain mahu rehatkan badan
Aku berniat mahu merawat hati
Hati yang sekian lama luka
Hairannya, ia masih bersisa dan berbisa
Tak sangka, cedera teruk rupanya hati

Selain keluarga terdekat, ada juga dua tiga orang yang lain nasihatkan aku
Katanya jangan diambil hati
Juga ada yang minta untuk aku tidak membencinya
Mohon agar aku doakan keterbukaan hatinya suatu hari nanti
Semoga dia sedar kekhilafan tingkah lakunya

Sumpah,
Dalam hati ini memang tak mampu nak benci dia
Seumur hidup, aku tak diajar untuk membenci dia
Malah aku tak ingat bagaimana perasaan sayang itu bercambah dalam hati
Ia memang ada sejak aku kenal siapa dia
Dan aku tak boleh buang dia dari hidup aku untuk selamanya
Tidak sama sekali

Dia bukan seperti orang asing yang boleh tinggal sejarah dalam hidup kau
Seperti ex-girlfriend/boyfriend/bestfriend, ex-roomate,
bekas guru besar sekolah, bekas jiran, bekas ketua kampung,
bekas ketua polis negara, atau apa saja.
Atau sebahagian orang yang pernah jadi kelurga
tapi masih boleh kau jadikan sejarah
Seperti bekas suami/isteri/ibu mertua/iparduai.

Indahnya ikatan keluarga bila mana kau tak mampu menjadikan mereka sebahagian dari sejarah hidup kau.
Tidak sama sekali.
Kau tak boleh gelar bekas makcik, atau ex-cousin, atau bekas nenek, atau bekas abang mahupun bekas ayah atau ibu!

Hatta dari segi bahasa ia tidak boleh terjadi sama sekali, maka tidak di hati kau.
Dan ya, dia memang tak mampu dan tak mahu aku benci.
Sampai mati.
Dan aku sudah terlupa bilakah kali terakhir aku menangis seorang diri dengan begitu sebak sekali sehinggalah dia datang melukakan hati beberapa minggu yang lalu.
Membuatnya luka parah sehingga aku menjadi teramat emosi sekali.
Menukarkan aku menjadi orang yang bukan lagi diri aku.

Aku belajar mengubat hati dengan menanamkan perasaan bahawa segala yang berlaku adalah salah aku.
Salah aku, salah aku dan salah aku sepenuhnya.
Bukan dia.

Terasa betapa payahnya untuk bangkit semangat semula.
Tapi aku cuba
Dan masih terus mencuba.

Dan hingga kini, aku masih sayangkan dia seperti dia yang aku kenal sebelumnya.

No comments: