untuk warga Majalah 3 malam ni
yang dah buat liputan untuk SK Ulu Ubai, Sarawak tadi.
Suasananya tetap sama, typical sekolah luar bandar.
Ibu bapa menoreh getah, menganyam kraftangan,
kerja2 kampung saja.
Murid dan gurunya sedikit.
Hendak keluar dari kawasan kampung
sangat susah.
Kalau hujan lebat sikit, banjir.
Jalan darat tak boleh lalu,
kena ikut sungai.
Sumber elektrik pula diperoleh dari generator.
Walaupun hidup jauh dari arus kemodenan,
ia membuktikan pendidikan masih menjadi keutamaan dan tunjang
dalam mengejar kemajuan diri.
Ia menolak sama sekali imej sekolah luar bandar
yang serba serbi ketinggalan.
Murid2nya berbahasa Inggeris di sekolah,
menggunakan kemudahan komputer,
serta mengamalkan konsep study group dan tuisyen sama seperti murid2 lain amalkan.
Selain membuka mata
betapa belajar boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan,
ia juga mengubah persepsi negatif kepada masyarakat
bahawa apabila guru2 'terpaksa' mengajar di kawasan pedalaman seperti itu
ianya seolah2 menerima hukuman penjara seumur hidup
yang mana kau hilang segala life kau.
Mengajar murid dalam kuantiti yang sedikit
tidak langsung menjejas semangat mengajar.
Malah, jasa yang kau taburkan sama maknanya
seperti kau mengajar di sekolah besar.
Syabas cikgu2!
Dan aku sangat terkesan bila ibubapa pelajar juga
sama2 menyumbang dalam meningkatkan imej sekolah yang dah
banyak menerima anugerah akedemik dan kokurikulumnya itu.
Mana ader sekolah yang mak bapak boleh datang pagi2
kemaskan kelas, sapu lantai, lap habuk2 macam tuh?
Mesyuarat PIBG sekolah aku dulu,
kedatangan ibu bapa pun ala2 mahu tak mahu saja.
Okay, mungkin tu dulu.
Sepuluh sebelas tahun dahulu.
-End-