Showing posts with label Boss kecil. Show all posts
Showing posts with label Boss kecil. Show all posts

18 November 2011

Entri panjang tentang hati dan rezeki.

Ini satu kisah tentang rezeki.
Ianya tentang diri sendiri.
Tentang ketidakpuasan hati makhluk bernama manusia.

Beberapa bulan lalu,
aku suarakan rasa kecewa aku pada beberapa orang teman.
Pada brother pakcik, pada housemate, pada teman sekerja.
Aku katakan pada mereka,
betapa penatnya aku bekerja tapi jauh di sudut hati
aku sangat terasa dengan management di tempat kerja
sebab seolah2 segala yang aku buat x memberi impak pada mata mereka.
Walaupun x diberitahu, tp aku sendiri terasa macam dipinggirkan.
Tak tau la nak explain macam mana situasi yang sebenarnya.
Tapi tahun ni memang tahun yang paling buat aku menjeruk rasa dengan kerja2 aku.

Aku diamkan je.
Sebab aku rasa kalau aku dok kecoh2 pon confirm xde orang nak layan dengar.
Takde orang nak hirau apa yang aku nak komplen.
Jadiknya aku buat jugaklah kerja aku.
Walaupun tanpa perhatian dari boss2.

Last week pula, datang satu membe sekerja.
Pada dia aku pernah juga mengadu serba sikit hal kerja.
Setakat kongsi2 cerita, luahan perasaan.
Selebihnya, aku dan kakak ni lebih banyak share info2 tentang agama.
Tentang ceramah2 yg kami dengar.
Tentang buku2 atau blog2 yang kami baca.
Tentang video2 ceramah yang kami tonton,
mahupun tentang CD yang kami dengar.

Jadi di sinilah bermula detik yang mengubah luka di hati.
Kakak ni datang share satu ceramah yang dia hadiri baru2 ini.
Katanya bertajuk tentang rezeki.
Tentang takdir.
Juga tentang sejauh mana sebenarnya kita sebagai hamba menerima setiap ketentuan Tuhan.
Kata dia lagi, manusia selalu silap dalam konsep percaya kepada rezeki Tuhan.

Diberi contoh dari ustaz yang memberi ceramah,
andainya pada diri kita sekarang ada 50 ringgit dan kita perlu survive dgn duit tu utk tempoh seminggu sebelum tiba gaji yang seterusnya adakah kita yakin duit itu cukup?
Duit tu la yang akan diguna untuk isi minyak kereta, untuk makan, untuk keperluan belanja anak2.
Katanya, hadirin semua jawab tidak.
Kata ustaz, sebab kita cuma yakin dengan kemampuan yang ada pada diri kita.
Tapi kita tak yakin dengan Allah.
Siapa berani kata x cukup sedangkan kita tak tahu pun rezeki kita.
Sepatutnya kita berserah, cukup atau tidak bukan terletak pada kemampuan kita.
Tapi rezeki yang Tuhan nak beri.
Kita tak tahu dalam seminggu tu tiba2 ada orang bayar hutang, dapat rezeki orang beri atau apa sahaja bentuk rezeki yang Allah nak datangkan untuk kita.
Sejak tuh, kalau hati ni terdetik nak merungut duit tak berapa nak berkepuk2 dalam poket,
aku mesti akan teringat cerita kakak ni.
Ingat, rezeki bukan apa yang ada dalam kemampuan kita.
Ia datang dari apa juga bentuk yang Tuhan nak beri.

Kaitan antara kisah hati luka dan rezeki di atas.

Hari ini aku dapat perkhabaran baik tentang kerja.
Nama aku telah tercalon dapat anugerah cemerlang kategori berkumpulan.
Seriously aku langsung-langsung x pernah nak ambil tahu apekah anugerah2 semua ni.
Lebih2 lagi bila kerja2 aku x pernah dipandang serious dr management.
Tiba2 rezeki aku dapat dari kerjasama dengan unit lain.
Ada hikmah aku selama ni dok diam diri buat kerja dengan unit lain kat office tu.
Kalau pon management sendri dok pandang sepi hasil kerja aku,
siapalah sangka ada management dari unit lain nampak impak kerja aku.
Alhamdulillah.... Syukur Ya Allah......

Aku belajar untuk sematkan dalam-dalam.
Yang rezeki memang bukan datang dari kemampuan yang kita ada.
Ia datang bila Allah nak beri.
Hasil dari usaha kau yang sedikit itu.



Alhamdulillah.......

:)

23 August 2011

Haahh, kerek ko lagik Senah!

Hari Jumaat lepas sorang menejer ni ajak Senah berbuka dekat hotel kat KL.
Sepatutnye memang Senah join, sebab kawan2 Senah yang baik hati dah include kan nama Senah dalam list org2 yg join.
Tapi last minute Senah tarik diri sebab rasa berat nak pergi.
Menejer ni punya lah racun2 Senah, rugi tak pergi katanya.
Senah dengan kerek cakap, kalau Senah pegi masuk ni dah 3 tawon Senah join.
Senah dah tau dah menu2nye, jadik Senah tak heran sangat.
Kerek betul kan….

Hari ni, Senah berbuka kat hotel, KL jugak lokasinya.
Macam tahun2 sebelumnye, undangan dari vendor.
Sah dah takde vendor, Senah menumpang vendor kawan2 je lah.

Sampai2, Senah duduk sebelah menejer ni tadi.
Dia tanya, Senah berbuka nak makan aper.
Senah jawab, kambenglah….
Dia tanya lagi, eh…sini ader eh kambeng?
Senah jawab dengan kerek macam selalu2, mestilah ada.
Dah 3 tawon Senah berbuka kat sini, menu apa kat meja mana pon Senah da hapal.
Katernye Jumaat lepas x dapat makan kambeng banyak.
Senah menyampuk dengan muka kerek,
Tau….. Sebab kat hotel sana kena beratur, kambengnyer tak banyak.. Tapi orang ramaaaaiiiii giler….
Kerek tak kerek Senah.

Nasib baik lah menejer ni memang kaki poyo.
Bab2 lawak melawak ni selamba mak dia jer.
So, dia menyindir ker, Senah kerek ker, dia gurau, Senah gurau memang tak terasa hati langsung lah kitorg ni.

Lepas berbuka ringan2, Senah ke surau yang disediakan.
Macam 2 tawon yang sudah, surau yang disediakan adalah bilik hotel yang dikhaskan untuk jemaah.
Senah pegi berdua dgn opismet, juga ada sorang lagi kakak yg naik lif sama kitorg.
Bilik masih kosong, kami bertiga saja.

Senah ambil wuduk yg last skali, di sinki.
Maklumlah, hotel kan….
Time nak basuh kaki, Senah ke shower. Guna salur paip. Air sikit panas, Senah adjust kasik sejuk sket.. Ader jugak melecur kaki Senah nanti.
Time nak tutup, Senah terover pusing kepala paip…
NGAAAA~~~
Habis berjujuranlah air shower di atas kepala Senah!
Shower bukan yang biasa2 kay, kepala shower hotel2 sekarang sebesar pinggan nasik kot!
Nasib baik da kurangkan kepanasan air tadi.

Huwaaaarghhh, belakang baju Senah habis basah!!
Anak tudung pon sama!
Dah la Senah pakai baju plain arini, sangat nampak la kebasahannyer…. Adoyai!

Senah teruskan jugak.
Dalam lencun2 tuh Senah solat.
Habis2 solat membe Senah ni tolong lap2 kan blakang baju Senah dengan kain telekung Senah.
Haih, da la xde hair dryer, towel atau tisu pon xde!
Malang sungguh Senah kawan2~~

Masa nak turun dalam lif, dah la Senah ngan membe ni masuk last skali.
So, ofkos la org2 kat blakang Senah akan nampak.
Tapi, hal2 macam ni kena cool. Buat biasa jer...
Mujurlah baju Senah warna nya agak gelap.
Cepat je hilang tanda kebasahan di baju.
Mujur juga yang basah hanya bahagian belakang baju, separuh badan.

Keluar lif, Senah cepat2 ke toilet.
Cari hand dryer, tak sampai 5 minit terus kering!
Walaupun x kering sepenuhnyer, tapi memang x nampak langsunglah tanda2 basah di belakang baju.
Balik ke meja, tersebarlah cerita pada kawan2 yang tak bersolat tentang insiden Senah di bilik solat.
Sedang bergelak2 sesama kitorg, terdengar la sang menejer di sebelah.
Walaupun puas kitorg guna bahasa isyarat, cerita slow2, tetap juga dia dengar kisah hangat Senah.
Apalagi, gelak sakan lah beliau!
Mesti dalam hati dia cakap, tu la… kater dah 3 tawon buka kat sini… Aperhal paip shower pon boleh salah pusing??
Padan muka Senah~
Kerek lagik! Kerek!
Harharhar…..

Biarpun begitu, sangat la berpuas hati Senah hari ini.
Kambeng golek, stew kambeng, sate kambeng, sup kambeng, dan pelbagai masakn kambeng telah dapat Senah makan dengan jayanya.
Selain itu, dapat juga Senah jamah (ceh, jamah la sangat!) ketam goreng, udang bakar, sotong berempah, sushi, kek2, dan pelbagai jenis buah.
Alhamdulillah!

Sebelum balik, sempat lah Senah bergurau lagik dengan sang menejer.
Agaknye, sebab banyak makan kambeng la Senah dapat ‘mandi free’ kat hotel arini...
Sang menejer cuma gelak sakan.
Katernyer, ‘bertuah’ betul dapat mandi kat hotel... hilang bau kambeng!
Kuikuikui….

Ingat ye Senah, len kali jangan nak kerek2 lagik.
Ini lah akibatnyer.......



09 May 2011

Kisah pakcik keparat......(Entri penuh emosi!)

Hangin betul haku,
pagi2 ada ofismet bagitau bantal aku di bawa lari.
Kena curik lagik???
Asal wiken rajinlah bantal haku ilang eh?

Bantal tu, aku guna untuk tampung tulang belakang aku bila duduk.
Juga buat alas kepala kat meja saat2 kecemasan,
seperti teramat sangat mengantuk atau sakit kepala.
Kalau ada orang duduk kat kerusi aku, xpe... Duduklah.
Kerusi tu ofis punya, bukan aku beli.
Tapi aku mintak alihkan bantal tu.
Jangan sandar pada bantal tu, peluk, apatah lagi kau dudukkan.
Hangin satu badan!
Tu bantal, yang aku peluk hari2 time bekerja.
Ader barang, terlalu personal untuk kau bagi orang sentuh sesuka hati.
Macam henfon kau misalnya.

So,
bila ofismet datang mengadu bagitau ada dia dah tau saper yang rompak bantal
tetiba rasa nak termutasi jadik hulk ijau
Kuajo!

Aku, kalau yg rompak tu budak2 xper gak.
Bapak orang, boss plak tu!
Dah la aku lama je berbulu dengan pakcik nie.
Pertama, sebab perangai buruk dia.
Suka cakap2 hal2 lucah tak berselindung depan orang ramai.
Even dengan staff dia sendiri yang baru 2-3 minggu masuk bekerja.
Contoh yang bagus pakcik!

Kedua, pakcik ni memang terkenal dengan perangai gatalnya.
Semua orang dalam ofis tau.
Yang orang tak tau adekah beliau berjaya kawen dua atau tidak.
Sebab dari awal2 dia masuk, org bercakap ttg isu ni.
Ada yg kater dia diserang isteri bila ckp nk kawen baru.
Ader yg ckp isterinya yg pinangkan utk nye.
Ada yg cakap dia cuma buat skandal dating2 dgn budak muda kat area2 opis tuh.
Orang, kalau perangai baik xdenyer terkeluar kisah2 macam tu.
Kata org, xde angin pokok x kan bergoyang kan?

Ketiga, kurang sifat malu.
Awal2 masa dia masuk keje, dia tak pernah angkat phone.
Yg dia tau, loudspeak kan phone pejabat.
Ko tau lah ofis, call free. Gayut je la kejenyer.
Yang tak bleh blah, time dia bergayut dgn bini, skandal (bini muda?) pon selamba je dia loudspeak.
Aku, secara jujur pernah dengar.
Orang lain, yg dok sebelah2 meja tak yah cerita lah.
Macam2 dah didengar. tak malu punya orang.
Skrip gaduh, pujuk rayu, tipu menipu semua ada.
Macam ni punya org pon ada!

Last sekali,
aku sangat tak berkenan dgn pakcik sorang ni sebab pernah buat serangan peribadi kat haku.
Siyut punya moment.
Masa tu, ada jamuan makan2 area dekat2 ofis.
Boss kecil msg kater nk tumpang kete haku ke sana.
Okaylah, car pool. Bukan jauh, sekangkang kera.
Aku sediakan space utk boss kecik sorg.
Lain2 aku dah janji dgn brother partner utk ke sana sbb masa tu kami berdua telah ditinggal oleh geng2 sekutu yg lain.
Hampeh sungguh!
Berbalik cerita tadi, alih2 boss kecil invite lagi 2 manager untuk naik sekali kerata aku ke lokasi makan2. Ex-boss kecil aku dan pakcik sorang tu.
Terpaksalah brother partner di tinggalkan untuk kali kedua.... :(
Dipendekkan cerita, dlm kereta yg perjalanannya tak berapa nak jauh,
pakcik sorang tu sempat tanya gaji dan umur aku.
X sensitif punya orang! Even boss sama e-boss aku pon x pernah tny lah soklan tu.
Paling rasa celaka, dia siap sound direct cakap
"U lama2 jadik anak dara tua, nanti takde orang nak.... Rugi...."
Betul tak aku cakap siyut??
Aku perasan 2-2 boss x cakap aper, tergamam kot.

Sejak momen celaka tu aku memang jaki kalau nmpk muka dia.
Ayat macam tu, kalau keluar dari mulut orang yang betul takpe lah jugak.
Ni, ko sendiri family pon tunggang langgang, skandal sana sini, tipu bini, tipu anak dara orang....
Toksah lah pakcik nak nasihatkan orang.
Ko tu cermin diri sendiri dulu lah.
Nak je aku menjawab masa tu
"Pakcik... kot saya kawen awal tapi dok makan hati sebab laki saya gatal tak sudah macam pakcik, dah tua bangka masih nak ngurat anak dara muda 20 tawon......lebih baik saya menyolo pakcik ooii!!"

Aku, tak ambil2 bantal yang di bawa lari ke meja barisan depan.
Aku biarkan aja. Boleh beli lain lah.........
Takat bantal sebijik ko tak boleh beli, berhentilah berangan nak tambah pasangan sebantal pulak!


-End-

09 February 2011

Dah buang tebiat hagaknyer aku neh.

Haih..... Dua tiga minggu ni, kepala otak memang sangat caca marba. Satu hari tu Senah mesej pada Adik Baru, 'Jgn lupe buang sampai sblm blik nnt. Tq' Untuk remind pada dia tentang kotak2 kosong yang dok menimbun kat lorong muhibah kitorang. Ntah malaun mana yang pedajal letak sampah2 kat situ. Balik2 kat umah dapat sms dari Boss Kecik 'Tak faham > Jgn lupe buang sampai sblm blik nnt.Tq' Arghhh, dah lah nak taip 'sampah' jadi 'sampai' pastu bleh plak nak send ke Adik Baru tersend kat Boss Kecik. Seb baik Boss Kecik, kalau Boss Besar malu nak mampuss.... Kes kedua, Masa nak pegi panjat Bukit Broga bulan lepas. Senah dapat izin pegi pun lepas mak kata kalau tak hujan boleh pegi, kalau hujan jangan pegi. So, malam sebelum kejadian, Senah mesej salah sorang membe opis yang tinggal kat area Semenyih. 'Along, semenyih hujan x? mak xbagi pegi panjat broga kalo mlm ni hujan.Tq.' Lamaaaaa Senah tunggu. Padahal dia tau kitorg geng2 opis nak pegi panjat bukit esoknya. Last2 tak reply. Kena sms membe lain pulak mintak ramalan kaji cuaca. Isnin minggu depannya, pegi opis jumpalah membe yang Senah sms tu. Senah tanya, apsal tak reply sms Senah. Dia kata takde dpt sms apape. Senah cek2 nombor phone. Rupanya selama ni Senah save nombor phone ex-Boss Kecik Senah atas nama dia! Kantoi! Patut lah tak balas sms Senah. Hadoi lah!! Seb baik macam kes pertama, ayat Senah boleh kira sopan santun lah jugak. Biasanya, Senah kalau sms Adik Baru main pakai baby baby je panggilannyer. Kalo dengan Along tu plak selalu Senah selitkan sekali ayat2 kutuk-mengutuk kalau berborak dengan dia. Haih, mujur sungguh kanz...... Kes ketiga, masa kat opis. Masa tu Senah bertembung dengan sorang menejer ni. Ternampak je muka dia, Senah terus teringat Senah ada 'hutang' email dengan dia. Sebab otak Senah serabut kan, Senah terus je minta maaf pada dia sebab lupa send email tu. Malangnya, Senah tak call nama dia. Senah terpanggil nama bapak dia! Cth: namaya Ali bin Dolah. Senah tercakap, "Sori En Dollah, terlupa nak send email yg haritu..." Tak ke kuang ajau benau bunyiknyer?!! Serta merta dia melenting. Katanya, "Selamba awak panggil saya Dollah. Awak tau tak Dollah tu nama bapak saya. Nama saya Ali!" Duh duh duh!!!! Walaupun dia tau Senah tersilap dan dia pun cakap dalam nada bergurau, tetap saja rasa diri sungguh dowh! Terpaksa Senah minta maaf lagi pada dia. Dem!! Sebelum cuti panjang Chinese New Year haritu, Senah ada pelbagai meeting. Namanya pun cuti panjang. Nak buat meeting lepas cuti lama sangat nak kena tunggu. So, masing2 buatlah sebelum cuti. Tengah2 meeting, dapat call dari sorang mamat yang keje sebumbung dengan Senah. Call guna nombor opis. Andaikan namanya Zikri dan dia bertanya tentang equipment jenis A. Seminit lepas tu Senah dapat call satu lagi. Nombornya lebih kurang nombor yang baru sebentar call Senah. Andaikan nama pemanggilnya Fikri. Juga bertanya tentang equipment jenis A. Bezanya bertanya tentang hal lain dari hal yang ditanya Zikri. Tak berkaitan langsung. Habis meeting Senah semak semula apa yang diminta Fikri dan Zikri. Senah select last answered number pada phone. Lepas beri salam, Senah dgn tak menyempat2 terus tanya soklan bertubi2. Malangnya, Zikri jawab macam sure tak sure jer. Lor, bukan tadi ko yang beria2 tanya ker? Dia tanya Senah ni jenis equipment apa? Senah cakaplah, equipmnet A. Hmm, betullah kan? Tapi dia masih confius2..... Dah lama Senah cakap macam2, dah keluarkan fakta itu ini, last2 Senah baru sedar Senah call Fikri bukan Zikri!! Sebab masa lepas bagi salam tu Senah cakap hello Zikri, bunyiknya lebih kurang sama je dengan hello Fikri kan?? Sape soh nama korang lebih kuang sama........ Hadoiiiiilah~~ Senah.... Senah....... Apa nak jadik neh??? *geleng kepala* -End-

24 August 2010

Bukan saya yang malang, tapi kamu. - Bisik Selasa pada saya di suatu petang.....

Pagi yang penuh durjana.
Aku syak, sepanjang puasa markah ibadah aku tak pernah lebih. Manjang minus. Di bawah piawai. Setiap pagi, memang tak sah kalau mulut tak maki orang. Dah jadik habit walau tahu diri berpuasa. Dapat lapar sajalah. Harini entah berapa ramai dapat hadiah sumpah seranah, dan entah dah berapa bakul lah dosa aku kumpul.
Astagfirullah.....

Biasanya aku sangat lah skema. Hari2 ikut laluan sama. Tak pandai lencong2 cari jalan shortcut walaupun tau ada dan setiap hari pun dok menyumpah2 orang2 yang dok ikut jalan shortcut ke tempat kerja then alih2 dok masuk menyelit dalam lane aku.
Paling bara, tak bagi lampu signal maupun angkat tangan tanda terima kasih kita dah bagi laluan.
Memang jaki giler.

Nak dijadikan cerita, hari ni sangat nekad aku ikut laluan shortcut yang biasa mangkuk2 lain selamba ayam dok ikut. Konon sebab nak cepat. Pagi ni ada meeting. Kengkunun buat alasan padahal hari2 pun memang dok terhegeh2 keluar rumah lambat.

Masuk je lane 'haram' tu tiba2 traffic terhenti. Laaamaaaaaaaa plak tu. Masa tu kete aku dah kat tengah2. Nak patah balik memang kem salam la. Selang satu kereta depan kereta aku ada sebijik wira. Dok berangan apetah agaknya, tinggalkan jarak yang sangat jauuuhhhhhh dengan kereta kat depannya. Lalu adalah mangkuk2 lain yang takde kesedaran sivik selamba mencelah potong lane dan dok depan wira bingai tersebut. Hanya setelah 3 bijik kereta, baru sang pemandu wira ni sedar tentang kebingaiannya lalu bergeraklah beliau menghampiri kereta di hadapan. Maka haruslah berbakul2 makian mamat wira ni dapat dari aku hari ini. Tolak lagi markah untuk sekian kalinya.....

Pedih sungguh bila tengok jalan utama yang selama ni aku guna bergerak deras sedangkan selama ni dok merangkak2. Dan lorong haram yang selama ni jadik fast track dah jadik terhegeh2 malah lebih lambat dari yang biasa aku alami. Setelah menungga lamaaaaaaaaaa, akhirnya lane kami bergerak. Nak dekat sampai kat jalan utama baru aku nampak rupanya ada pak polisi jaga traffic di situ. Siap park motor hok gedabaknya disatu lorong lalu menjadikan kami yang berlorong 'haram' ini terpaksa bersesak2 berebut lane. Plak tu dia tahan plak kasik lane utama ni jalan. Lamaaaaaa ko tau! Pakcik, selama ni saya ikut jalan halal lagi sempurna tu tak pernah plak pakcik nak muncul tolong jaga trafik??!! Dah rugi pahala saya sebab hari2 menyumpah orang2 yang tak beratur ni......Apsal hari ni saya ikut jalan haram pakcik tetiba terpacak kat sini?! Jawab lah...hah jawab....jawab!!! Arrggghhhh!!!!!!!!!!

Shit!!
Masa sampai opis lagi rasa jahanam. Biasanya aku parking jauh sikt dari opis. Aku parking kat lapangan atas bukit sebab tahu memang takde parking kosong dekat opis setiap kali sampai (sebab datang lambat hari2). Tapi sebabkan semalam sangat bertuah dan dapat petak yang agak paling depan, maka aku mencuba2 nasib lagi hari ini. Dah sampai hujung aku pusing cari parking, pak guard letak kon tanda dilarang lalu. Dah la parking dah penuh, pastu ada mangkuk2 lain parking kat bahu2 jalan. Aku tak boleh nak buat U-Turn kat situ. So, terpaksalah aku me-reverse kereta sepanjang2 jalan untuk keluar semula ke jalan hadapan. Dah la opis aku laluan parkingnya berbentuk bulatan. Puaslah mengontrol stereng masa me-reverse memandangkan skil reverse kete aku memang excellent lah sangat kan. Seriyes rasa macam tahi masa tuh. Kalo terus ke parking biasa takde lah buang masa macam ni skali.

Meeting plak pagi ni pasal 5S. Siot lah. Ntah saper pandai2 boh nama aku jadik wakil unit aku. Dah takde orang len hagaknyer. Punyalah dekat 100 orang budak kat sini, apsal nama haku gak yang sangat 'bertuah' terpilih? Dah lah haritu calon kan aku jadik komiti OSH siap blaja CPR bagai, ni 5S plak? Boss plak baru calonkan nama aku untuk wakil opis untuk kursus Stress Management. Wey, stress lah haku cenggini! Yang paling aku hangin skali bukan aper, rasanya dalam hampir 100 orang kat unit aku, tempat duduk hakulah yang paling dahsyat sekali keadaannya. Kat bawah meja aku bukan takat spare2 card, cable2, tools, file2 entah segala mak nenek harta karun semua ada kat area meja aku. Pastu nak lantik jadik komiti 5S. Giler munasabah??

Dalam meeting tu plak orang yang datang tak lah ramai. Sebab yang dijemput wakil2 ketua dari setiap unit jer. Tapi yang buat kepala aku macam nak pecah ialah bila orang kat depan bagi ceramah, bercakap kat depan kau sokseksoksek-sokseksoksek kat belakang. HELLOOOO, adab plez....adab!! Semua dalam ni Melayu, Islam lagi. Kalau pun tak nak dengar orang tu bercakap sebab kau boring, mengantuk, tak berminat, ko pekak badak or wateverrrr tolong lah senyap. Jangan ganggu orang yang fokus macam Senah ni hah. Nak cakap sikit2 bolehlah.... Ni sepanjang2 kau nak bercakap! Haku, kalau tak kerana kitorang ni berkongsi atap yang sama kat tempat kerja ni dah lama aku sound kuat2 SSHHHHHH......!!!!! Sambil buat muka 'ada aku kesah?!' kat diorang. Arrghhh, tolak lagi markah puasa untuk hari ini. :( :(

Sekian cerita malang saya untuk hari ini. Doakanlah semoga saya diberi ketabahan dan hidayah agar tidak menyumpah, mencaci, memaki atau mencarut2 hatta sekelumit di dalam hati pun untuk hari2 yang mendatang yang bakal saya tempuhi. Saya hamba yang hina, kalau pun tak berbuat kebaikan sekurang2nya tak perlu lah saya menambah dosa2 yang sedia ada.


-End-

06 June 2010

2.

Jangan sangka lepas berabak mata pagi tu aku tak ke opis....
Silap besar u ols!
Atas 'undangan' meeting, aku gagahkan mata yang rabak itu untuk attend meeting.
Aku janji dengan staff baru, aku akan jemput di opis pukul 0900 pagi.
Maklumlah, nak ke menara pun tak tahu macam mana. Menumpang lah jawabnya.
Tak pe dik, akak dulu masa muda mudi macam tu jugak!

Dia dengan muka bersemangat pagi tu. 1st meeting dia neh! Muka segar jer.....
Maklumlah.....Aku suruh dia balik awal semalamnya.
Dalam pukul 2200 malam, lepas aku datang semual ke Putrajaya aku suruh dia balik.
Aku tak nak dia terkejut awal2 masuk kerja.
Kitorang lain lah... dah biasa. Cewah2! Macam cool lah konon bunyiknya.....

Tahu aper jadik?
Meeting yang dipenuhi oleh team kitorang (lebey kurang 9 orang) rupanya2 tak berkaitan langsung dengan kitorang.
WAHHHH!!! kalau tau aku sambung tidoo lah!!!!!!!
Adik2..... len kali nak panggil kakak abang meeting study dulu dik...... Buat research!
Jangan dah panggil baru tahu salah panggil orang.... kan dah malu!!
Adehh!
Aku pun, biasanya sebelum pegi meeting aku check dulu dengan si pemanggil, meeting hal aper, aper nak di sedia, tapi sebab aku da tersadai tak balik opis dan boss pesan melalui call je soh attend meeting, aku pun terus pergi je tanpa banyak soal kan........
*sumpah saya letih dan lelah~~*

Nasib baik lah kan.... petang ada jugak kitorang (yg lebey kurang 9 orang tu) buat perbincangan sikit kat sana.
Tak payahlah susah2 balik cyber.

hhmmmmmmm hhhuuuuuuhhhhh
hhhmmmmmm hhhuuuuuuuhhhhh
*tarik napas dalam2.... lepas panjang2.....*

1.

2 hari lepas balik dari Jerangau aku book off.
Kebetulan aku memang dah siap2 apply cuti Khamis tu.
Sebab Jumaat cuti Wesak.
Kengkunun kalau nak cuti, biarlah lama sikit dapat rehat kat rumah.

Mak bebel.
Katanya, kalau takat kerja 2 hari baik aku terus cuti je balik Jerangau hari tu.
Alahai..... Masa pergi hari tu ingat 2 hari je, last2 sampai ke weekend.
So, adalah kerja2 yang belum selesai.
Lagi pulak, takkan nak tinggalkan opis lama2.
Nanti rindu lah peminat2 saya...... Ahaks!

Rabu pagi, aku drive balik JB.
Walaupun drive dalam hujan lebat, tapi kereta tak berapa banyak... So, trafik selesa.
Maklumlah, bukan hujung minggu.
Sepanjang jalan layan karaoke lagu Taylor Swift sorang2.
Satu hal yang buat aku terharu tiap kali sampai rumah (terutama lepas outstation panjang or standby malam) ialah bila nampak je muka aku, mak terus pesan....
"Dah, lepas makan sembahyang terus pegi tido!" Giler sayu~~
Dah besar2 panjang (walaupun kaki tak panjang!) masih ada orang nak risau kan waktu tido aku...... Huhuhu, itu lah syurga dunia akhirat saya~

Aku cuti sampai ahad.
Dan sepanjang cuti ntah berapa kali lah aku jadi driver ke sana ke mari.
Juga aku tak lepaskan kesempatan untuk hantar JEJAKA aku ke pusat servis.
Dah tiba masanya pun. Kesian aku tengokkan.....
Selain tu aku ganti tayar dan baterinya jugak. Dia sihat, haruslah aku selamat. InsyaAllah~

Tiba2 aku rasa macam tak mahu balik SK ahad tu.
So, aku sms boss bagitau aku masuk opis lambat sikit Isnin tu.
Boss takkan nak berkira kan..... Yang aku kerja wiken sampai malam2 buta tu tak nak kira plak?

Aku sms kat dia --> Boss, esok sy lewat sket ke opis. Ada hal kat umah. tq
Tanpa menyebut dengan jelas rumah manakah yang aku ada hal sangat tu kanz?
Well, aku tak tipu kay...... Cuma tak berkata benar saja! Ahaks!
Boss reply --> Ok, anak demam ke
Aku reply balik --> Anak meragam. Bapak outstation stahun. He3.
Amik kau! Nak sindir orang pulak dia......
Boss jawab semual -->Minta fasakh la kalu dh 1 thn tu he4x
Aiks, menjawab plak dia??
Aku reply -->Nnt kena tuntut gantirugi juta2 plak
Boss reply -->Ok la tu, nanti kang kena bw lari ke lombok, rm2.80 jer
Perghh, boleh plak dia bagi kan? Aku tak balas dah lepas tuh.... Abes idea!

Isnin pagi aku gerak dari rumah terus ke opis. Nekad.
Sampai opis, lepas lunch aku dengan brother pakcik dan staff baru gerak buat keje kat Ibusawat Cyber. Brother apek dah cuti, sambut gawai.
Tengah2 buat kerja, dapat pulak perkhabaran buruk yang lain.
Ada equipment rosak terus sebab salur air yang melalui atas equipment pecah, totally breakdown. Nasib baik kat Putrajaya jer.
Kitorang bergegas balik opis after brother apek inform ader simpanan spare dalam store.
Lepas Maghrib, kitorang ramia2 ke lokasi kejadian.
Siap ada salah seorang opismet kitorang tu datang dengan ada kesan2 tanah merah kat hujung seluar. Baru balik dari tanah perkuburan katanya. Saudara meninggal.
Mak aiihh, punya lah busuk bilik equipment! Rupernye yang pecah tu salur air kantin dari tingkat atas.
Nasib baik salur air kantin kanz.... Kalau salur air toilet~~

Dalam pukul 2100 malam aku cabut balik rumah.
Lepas mandi, solat Isya' aku pergi balik ke Perbadanan Putrajaya.
Brother Pakcik menepek je ikut aku ke hulu ke hilir. Katanya aku berbau wangi. Of coz lah.... Aku sorang je yang dah mandi!
Aku tengok orang lain buat muka selamba je duduk dalam bilik busuk tu. Dah imun agaknyer.
Siap boleh layan teguk milo dalam tu. Ada yang makan2 kacang lagik!
Akhirnya, lepas penat menunggu vendor siap kan kerja, tunggu servis up, lena sedar lena sedar, semuanya kembali pulih dalam pukul 0415 pagi.
Aku sampai rumah dalam pukul 0430 pagi. Nasib baik rumah dekat kan.
Bayangkan membe yang balik dari kubur tu nak balik Gombak.... Pukul berapa lah agaknya sampai... nak kena mandi2 lagi. Nak2 dari perkuburan kan.....

Letih tak tercakaplah.... tapi yang paling aku frust sekali masa sampai dalam bilik ialah......
Sebelum balik JB haritu aku cabut semua cadar katil dan sarung bantal untuk di basuh kat rumah.
Oleh sebab aku tak sempat lagi nak sarungkan semula masa aku balik sekejap tu, dengan mata rabak dan hati bengkak aku sarungkan lah jugak katil dan bantal2 aku....
Last2 hampir pukul 0500 pagi baru dapat rehatkan badan.
Suboh? Pukul 0645 kau! Nasib belum masuk gajah!!

So, moral ye Senah........ Ingat selalu.....
Kalau nak cuti panjang, pastu dah cabut cadar katil siap2.... terus sarungkan dengan cadar katil dan sarung bantal spare.
Supaya tak rabak mata dan bengkak hati di kemudian hari!
Alahai Senah~~

02 December 2009

Kisah Korban Saya...... yang terkorban rehatnya.....

Setelah sekian lama rasanya tak menyambut Aidiladha di kampung, tahun ni kitorang sekeluarga memutuskan untuk tidak beraya di JB seperti tahun2 sebelumnya.
Dek sebab raya pun jatuh hari Jumaat, jadinya aku pun tanpa rasa bersalah (sebab dah biasa tak beraya kat kampung kanz...) mengisytiharkan akan pulang beraya pada pagi raya.
Kengkunun nak buat ala2 anak rantau pulang beraya sambil bertakbir dalam kereta.
Nampak syahdu sket. Kot macam jauuuhhh sungguh kampung halaman tu kan.....

Rabu, 2 hari sebelum raya, aku mesyuarat kat KL.
Pergh, rasa macam dah lama giler takde meeting kat KL.
Sampai pakcik admin kitorang kat opis KL tegur, katanya aku dah lama tak datang.
Aku belek2 diari, hmmm..... last datang kat KL.....2 bulan yang lepas. Mak aiihhh, padanlah.......
Sampaikan masa nak balik, aku siap buat muka kesian kat pakcik admin.....
"Tolong buka kan pintu, tak boleh keluar" Kater aku dengan muka seposen.
Katernya pulak, "sekarang nak keluar dah tak payah pakai kad2 lagi.... Tekan button tepi pintu tu jer.... Tu lah, len kali rajin2 lah datang sini!"
Huhuhu... Kena aku sebijik!
Petang tu, lepas attend 2 meeting, aku balik semula ke opis. Dengan lagak rempit, aku sampai opis dalam kadar waktu yang lebih singkat dari yang biasanya.
Pertama, sebab ada hal yang aku nak kejarkan.
Kedua, kepala aku sakit. Migrain tiba2.

Malam, lepas maghrib aku tido. Lena. Macam orang mati. Bangun2 jam pukol 2100.
Aiseh, baru teringat staff2 aku masih terkandas buat troubleshoot kat Bangi.
Housemate aku pulak sms. Katernya malam ni dia dah ke kampung. Tak balik. Tinggallah aku sensorang.
Alah, saper nak layan tengok Reaper ngan aku neh?
Sebab tak nak mati kebosanan aku call staff aku, bgtau nak join sekaki kalau kes masih belom setel. Aku call mak mintak izin nak keje sampai lewat malam. Mungkin bawak ke pagi.
Ko tau Bangi tu bukanlah jauh sangat kot dari rumah ni, tapi dek kerana dah memang orang jenis buta arah kanz..... Jenuhlah aku mencari jalan nak ke sana.
Dah la malam, sensorang lak tu. Dengan gigih gagah, pukol 2330 aku sampai depan pagar Ibusawat Bangi.
Sampai kol 0500 pagi Khamis barulah setel. Nak balik umah, macam tak berbaloi.
Kol 0800 pagi nak kena gerak ke tempat lain pulak.
So, kitorang stay lah tido kat ibusawat sampai pagi.
Dalam kol 1100 pagi semua setel.
Lepas hantar staff aku yang sorang tu ke stesen ketapi Bangi, aku balik ke opis hantar rak dan spare2 kad.
Dengan tak mandi pagi, muka pulak tak cukup tido, jeans rabak dan selipar murahan aku tu aku sempat pulak bertegur sapa dengan boss.
Mintak book off. "Boleh lah saya terus balik kampung!" Kater aku dengan nada riang ria cuti sekolah. Boss jeling je dgn jelesnya... Hehehe.
Kol 1200 aku sampai rumah.
Mandi macam nak rak, kemas baju ala kadar aku terus cabut balik Melaka.

On da way mak call... " Jadik balik tak?" Dengan nada yang paling cemas.
"Mestilah jadik.... on da way neh!" Dengan penuh semangat.
"Ko dah tido belum?" Masih cemas.
"Dah.... kol 0500 pagi tadi sampai 0615. Lepas suboh pun dapat lah tido2 ayam. Sekarang kol 1300, agak2 dalam kol 1430 orang sampailah".

Pukol 1500 aku sampai kampung, mak terus sambar beg2 aku.
"Dah...dah... pi tido". Hoho, sungguh mengharukan!
Aku aper lagik.......
Lepas salam2 semua makhluk2 yang ader, aku basuh kaki, basuh muka....
BUMM! Ke bulan sudah!
Kol 1600 bangun, sebab teringatkan solat asar.
Zohor dah siap niat nak jamak ke Asar kan.... kot kalo Asar pun tak solat, takut2 aku 'disolatkan' tiba2 saper pulak nak tolong jawab.
Bangun2 nek aku tanya... " Puas tido?"
Pergh.... kot kalo nak tanya puas tido sehari suntuk pun masih tak dapat nk 'qada' semalaman tak tido.
Aku buat muka macho je jawab. "Puas nek, dah biasa...." Anak2 buah masing2 buat muka kagum . Pergh! ;p

Pagi raya, kitorang buat sikit majlis makan2.
Tahun ni kami 7 sekeluarga korban seekor lembu. Alang2 ada rezki lebey, aku pakat ngan Along nak share belanja berdua.
Eksited kemahin lagik.
Selain tengok 'lembu sendiri' dibuat korban, kitorang buat sendiri tugas2 melapah, bahagi daging hinggalah ke penghantaran dari rumah ke rumah. Semuanya ahli2 keluarga besar saya yang buat. Berbaloi punya keluarga besar.
Meriahnya macam nak rak kater orang.
Oh yer, kami korban pada raya kedua... Hari Sabtu.

Malam raya, selain ruang depan tv yang penuh macam panggung kala hujung minggu (sebab penangan Nur Kasih episod akhir kanz....), rumah nek dah macam pasar bunyiknya.
Keluarga kitorang kalau berbual, boleh cross channel. Dalam satu masa boleh semua orang bercakap serentak dan semua orang mendengar semua cerita dalam satu masa yang sama.
Hebat tak?
Hmmm, tak masuk lagik dua orang budak cute yang sungguhhh..... duh, comey!

Ia mungkin Aidiladha kami yang terakhir bersama.
Sebab biasanya memang takde siapa pun antara kitorang yang beraya kat kampung.
Masing2 beraya kat rumah masing2 jer.
Sesekali buat, ia jadi lebih manis dan lebih bermakna.

Ia menggantikan Aidilfitri kami yang kelam tempohari.
Bezanya cuma ketupat rendang diganti dengan sup tulang yang sungguh..... hmmm, sedap sekali!

16 October 2009

Tadaa.... Kacak kanz? ;p ;p

Semalam, tengah membuang masa menunggu hasil testing di Damansara aku tanya soalan cepumas pada staff2 aku.
Aku tanya pada brother yang berdua, kenapa aku tak pernah nampak mereka2 ini berbaju melayu. Well, secara dasarnya baju melayu bukanlah pakaian rasmi diorang.

Untuk makluman, salah satu staff aku berbangsa India. Tapi dah lama convert Islam. Dalam family, dia sorang je yang convert. So secara logiknya mestilah ada sekurang2 sepasang baju melayu untuk dipakai di pagi raya walaupun terpaksa pakai baju yang sama setiap tahun pun. Raya setahun sekali je kan?

Yang seorang lagi China-Iban. Neneknya dan semua adik beradik ayahnya convert Islam beberapa tahun dulu. Hanya ayahnya saja yang tidak. Jadi mereka sekeluarga saja yang masih kekal dalam agama asal. Walau pun macam tu, mereka sekeluarga besar sambut raya setiap tahun. Dan semua orang di pejabat pelik dan tanya aku kenapa masa raya hari tu yang Islam tak cuti raya tapi yang bukan Islam pula bercuti panjang. Kata aku, sebab yang Islam tu beraya seorang, dia tak kisah pun kalau tak cuti. Yang tidak Islam itu, punya keluarga besar yang berkumpul dan meraikan hari raya. Kita hormati hak orang lain. Kitakan rakyat muhibah. Penuh semangat satu Malaysia.

Jadi, masa aku tanya soalan tak berfaedah untuk kali yang ke berapa itu dua2nya menyegih je.
Yang seorang kater, dia kalau pakai hanya untuk acara tertentu. Sebab dia akan pakai lengkap satu set dengan sampin, songkok dan kasut yang maha glamor. Sebab baju2 melayunya ditempah dari butik. So, haruslah ader manik, kilau2 kerawang segala bagai fesyen yang ala2 selebriti selalu pakai. Aku cebik je. Ye lah tu!
Yang seorang lagi pula cakap, dia ada juga baju melayu. Pernah pakai masa zaman belajar di Poli dulu. Hilang muka Iban, dah memang nampak macam orang melayu nanti katernya. Aku kater, tak pe lah... Selama ni pun ramai orang dah confius.

Jadinya, aku buat special request semalam. Mahu kedua2nya datang pejabat hari ini dengan berbaju melayu. Kalau pun tak mahu lengkap satu set, cukuplah dengan berbaju melayu dengan seluar slack atau jeans. Aku kater lagi, ni bukan arahan dari aku sebagai boss. Tapi sebagai permintaan besar dari seorang rakan sekerja. Psikologi sungguh.

Aku datang pejabat awal kebelakangan ni. Banyak perkara dalam kepala setiap kali bangun tidur. Jadi tak mahu serabut, aku pergi kerja awal untuk elak kesesakan, elak parking jauh, elak punch card merah, elak tak sempat sarapan dan elak hal2 remeh yang boleh mencacatkan permulaan hari aku.

Tau aper jadi pagi tadi?
Jeng..jeng..jeng....

Sedang aku khusyuk membaca email aku dengar suara... "Tadaa... amacam? Jangan terkejut...."
Pergh, permulaan pagi yang hmmm.... bonus lah kater orang! Staff aku betul2 pakai baju melayu hari ni. Warna purple lembut. Siap dengan sampin songket dan capal. Ahhh! Rasa nak jerit dowh! Walaupun bukan lah kacak bagai Fahrin Ahmad, tapi sebab tak pernah hayat aku selama ni tengok dia berpakaian macam tu rasa nampak segak benar lah. Ahh! Nak jerit lagi...! Opismet semua dok tanya. Boss kitorang sampai terkejut tengok. Orang lain semua berT-shirt dan jeans je hari ni. Boleh ke mamat yang ni pulak sesat gaya?

Aku menyengih sepanjang pagi. Mujur aja aku tak pakai baju raya aku yang sama warna dengan bajunya. Kalau tak dah 'bersanding' kitorang. Katernya, aku bertuah. Sepanjang dia bekerja, tak pernah lagi opismet kami dapat tengok. Kalau bukan atas permintaan aku tak de lah dia bersungguh pinjam sampin dan capal dari membenya yang melayu. Ah..! Jerit lagi dan lagi! Tambahnya, dia hampir nak pinjam songkok sekali, tapi tak jadi sebab kalau bersongkok dia akan kelihatan lain. Hilang terus muka Iban. Tapi pada aku, songkok tak jadi hal. Sebab mungkin ada orang akan buat isu hal songkok ni. Takut jadi sensitif. Aku kater pada dia, semua dah elok. Cuma kalau tanggalkan 2-2 subang lebih sempurna gayanya.

Yang tak best nya, pagi tu jugak dapat sms dari brother sorang lagi. Katernya tak sihat. Ke klinik dan mintak mc. Huhuhu, dapat tengok seorang je lah jawabnya. Kitorang syak dia nak escape dari 'task' yang aku beri ni. Tapi, demi bersangka baik aku percaya lah dia tak sihat. Sebab tahap kesihatan dia memang sedikit kurang memuaskan.

Hammm, jadi lah dapat tengok sorang je... Dari takde kan? Okay lah tu.

13 October 2009

Letih

Aku sejak duduk dalam unit baru ni memang kerja haru biru sikit. Ada masa sungguh senang lenang. Tak produktif. Ada masa xde masa jadiknya. Breakdown sana sini. Kadang2 kerja lewat malam. Ada sampai tak balik rumah langsung. Ada dah balik kena datang kerja semula. Hujung minggu pun ada je hal2 kerja yang menyinggah.

Setelah cuti raya seminggu, kemudian sambung pula training selama seminggu sepanjang minggu lepas, hari ni aku datang opis dengan pelbagai plan nak buat dibuat. 2 minggu wey...2 minggu tak masuk opis. Dah macam cuti kawen plak haku neh!

Tengah khusyuk buat kerja, dapat call. Line phone Dato' Zam down hari ni. Warrgghh, nak meraung. Kalaupun nak bagi masalah bukan lah pada line BIG BIG BIG BOSS hokkay!! Orang nombor satu company tuh! Baik2 staff aku kena attend meeting (setelah main tarik tali saper antara kami patut pergi) akhirnya dua2 pun tersungkur attend breakdown VVIP! Bergegas ke KL, aku drop kan staff aku depan Menara. Aku pusing ke pergi letak kete kat C*gal. Parking SANGAT penuh, aku park level 6 kau!

Pastu menapak tengahari buta dengan beg seberat 5kg itu, aku berjalan dengan langkah laju kartun. Masa tgh menyusur tepi Menara sempat plak nmpk satu kete itam kecik brek munyik2 eeetttt....sebab berenti bagi 2 orang jejaka (apek kalau tak silap) melintas. Baik ati btol drebar tu. Owh ya... plat kete dia ada nombor 657 kalau tak silap. Macam kenal kan Zati? Muahaha...!! Pastu aku nampak kete itam kecik tu berenti depan pintu Menara. Aku ingat nk pi lah tegur, tp sbb beliau kelihatan sdg melakukan aktivit kesukaan beliau di waktu lapang iaitu beramah mesra dengan pak guard maka aku terus je masuk dalam.

Pukul 1400 aku bergegas patah balik ke C*gal. Untuk meeting yang kami saling tolak menolak itu. Sebab kelihatan masalah equipment yang berlaku berpunca dari PJ, maka staff aku dengan paksa rela kena ke sana. Aku balik semula menapak dalam panas denting tu, dengan beg (sekali lagi aku bgtau) seberat 5kg itu. Perut lapar yang amat, meeting start kol 1415. Sempat tak sempat aku nak makan jugak. Tak kiralah kalau kena melantak sensorang pun. Mujur Sab ada untuk menemankan. Taklah aku dok makan sorang2 di celah tiang.

Tau aper yang jadik? Meeting yang boss2 beria2 pesan aku supaya datang sampai bergaduh2 aku, boss dan staff tu rupanya habis tengahari. Aku datang bodoh je rupanya. Sebab meeting tu sepanjang hari patutnya. So, untuk sesi petang diorg minta aku join, terangkan apa yang patut. Rupanya sbb ada jamuan raya lah, sambutan bagai tu semua pakat nak habis separuh hari. Sungguh berjiwa kristal kamu semua!! Mujur lah line Dato' down. Ada jugak hasil aku dtg jauh2 dari Cyber nu! Letih tau tak.....letih haku cenggini selalu! Haiiihhh.....

-End-

15 September 2009

1,2,3..... Cepat sungguh anak mak membesar.

Tiga tahun dah? Pergh...kejap giler masa berlalu.

Petang tadi, masa Cik Puan Sab sms aku ucapkan hepi eneveseri barulah aku perasan. Tak sangka betul.

Masa tu aku dengan Eja je bergelandangan bawak diri ke KL.

Masing2 dengan beg hok besar gedabak nak mampuih tu. Tekad je cari tempat nak stay malam tu. Aku bukan takde pakcik nak aku buat tumpang.Tapi, semuanya kat hujung2 KL. Dah masuk Selangor dah pun. Tak mau lah aku nak susahkan diorang semua.

Masa tu tawakal je kitorang menyewa hotel murah dekat area Kampung Baru. Rate satu malam 55 hengget je. Sekali tengok macam hotel2 banyak mak ayam bapak ayam guna buat bisnes. Tapi sebabkan kitorang dah survey dalam2, tu je lah tempat yang paling 'mewah' dalam kelasnya. Mujur masa tu ada lah plak rombongan sekolah duduk menyewa sekali kat hotel sebelah. So meriah yo-oh yo-oh lah area hotel tu.

Masa tu juga, Eja masih tunangan abang polis. Jadinya, bila malam sang abang polis datang jenguk2 kami. Teman makan sekali. 3 tahun berlalu, Eja dah selamat melahirkan baby boy. Hasil perkongsian hidup dengan lelaki yang sama sekali bukan abang polis. 3 tahun terasa sekejap, tapi macam2 berlaku sekeliling aku rupanya.


Kursus induksi berlangsung selama 2 minggu. Aku dan Eja pilih katil bersebelahan masa tu. Sama2 pilih katil bawah. Sebab kami sampai awal, bolehlah kami pilih2. Minggu pertama terasa janggal. Jumpa muka2 yang tak dikenali. Masa tu aku tak kenal pun Sab. Sebab dia asyik berkepit dengan Amir masa tu. ;p Zati pun lepas 2-3 hari baru muncul dalam kumpulan kami. Dengan rantai manik jurai2, kipas mami jarum dan high heels yang sungguh aduh itu! Bila diingat2, tak pernah aku jangka boleh jadi membe2 sekarang ni. Sebab aku asyik berkepit berdua dengan Eja masa tu. Setiap satu yang terjadi memang ada hikmah disebaliknya.

Dalam 3 tahun ni, aku dah berpindah 3 rumah.
Dari rumah tingkat sepuloh yang berpenghuni sploh orang (sungguh sesak, senak, padat,ketat, mampat ya tuan puan!) kepada banglo mewah kepunyaan makcik tuan rumah dan akhirnya ke flat murah yang serba ringkas ini.
Aku juga dah berpindah pejabat sebanyak 2 kali.
Dari pejabat kecil yang pintu masuknya bersebelahan dengan tempat pengumpulan sampah hinggalah ke pejabat berbentuk stadium tertutup tanpa sebarang tingkap.
Boss juga sudah bertukar 4 orang.
Staff aku bersilih ganti seramai 6 orang.
Juga merasa memegang dua post berbeza dalam tempoh 3 tahun ni.

3 tahun ek? Tak luak pun pada aku... Sekejap je rasa!

06 September 2009

Hidup aku yang caca marba....... (Tapi apsal aku terbayang air kathirah plak neh?!)

Patutnya aku ke Jerantut hari ni.
Kena setelkan hal kerja yang bertangguh sejak minggu lepas.
Mana boleh! Esok cuti Nuzul Quran.... Rugi lah cuti panjang macam ni kalau kena jugak kerja.
Lagi pulak bukan dekat2 jerantut tu.
Tahulah, ada kabinet duduknya kat ceruk2 hutan....
Minggu lepas membe opis aku beritahu dia cuma berbuka chipsmore tepi kabinet tu.
Sampai lemau lah biskut tu, kerja masih tak siap.
Tu mujur jugak ada biskut.
Kalau tak, buka dengan air liur sendiri lah jawabnya.

Dalam meeting semalam, boss besar mintak aku setelkan 3 kes dan mesti present semula hasilnya dalam meeting Jumaat minggu depan.
Gila! Kata aku dalam hati.
3-3 kes besar...
Aku seorang...
Minggu depan pulak dah jadik 4 hari bekerja.
Sebab tolak cuti Isnin nanti.
Meeting dah bertindih, nak setel lagi dengan 3 kes tu...
Aku nak arrange meeting dengan boss kecik aku pun masih tercari2 masa sebab jadual kitorang clash sini sana.
Jangan kater meeting, nak pergi jemputan berbuka puasa pun boleh clash 2-3 majlis sekali.
Vendor ni best, tapi tempatnye tak berapa best.
Vendor ni tak berapa kenal, tapi berbuka tempat best.
Ada vendor best, tempat best, tapi takde geng lain pulak yang dijemput sama.
Sebab biasanya jemputan untuk executive je, membe2 exec aku kebanyakannya lelaki.
X seronoklah nak join depa kan?
Jadual aku caca marba.
Baik kerja mahupun peribadi.
Nanti lah, kena dok tenang2...
Fikir dengan waras untuk susun balik jadual harian aku.

2 minggu lepas, sebelum aku balik bercuti ke JB aku dah kena bambu dengan satu boss ni.
Walaupun bengang dengan kenyataan bangangnya pada kami, aku abaikan je dendam pada dia.
Aku anggap itu atas dasar profesional, aku tak amik sebagai serang peribadi aku.
Lagi pulak bulan2 mulia ni. Sangka baik sajalah.
Tapi Tuhan Maha Adil dan Maha Pengasih.
Lepas dia bambu aku cukup2, aku balik bercuti panjang. Mujur sungguh!
Minggu depannya, masa aku masih bercuti, kata teman2 boss ni pulak kena bambu semula dalam satu meeting besar-besaran.
Patutnya aku ada sekali dalam meeting tu.
Tapi sebab aku masih bercuti, boss kecil aku dan staff aku pergi.
Kata mereka, awal2 meeting boss yang membambu aku ni bukan main marah lagik.
Berapi2 ayatnya. Siap tuduh2 aku tak pandai buat keputusan itu ini.
Last2 ada seorang ni menyelamatkan keadaan.
Katanya, itu semua bukan keputusan aku, itu keputusan VP kami dalam mesyuarat sebelumnya.
Tapi mungkin sebab miscommunication, semua orang tak tahu keputusan tu termasuk aku.
Bila sampai kat aku, cuma perlu laksanakan je, jangan argue apaper lagi. So, jelas lah.... Aku tak salah hokkay!! Aku tak buat keputusan, aku cuma laksanakan keputusan tu jer.
Kater boss dan staff aku, terkedu terus boss yang membambu aku tu bila dengan semua tu.
Lain kali boss, jangan men serang je.... Siasat dalam2 dulu. Bulan2 puasa ni kan dah kurang markah!

Aku, jujurnya memang marah.
Saper tak marah, tak cukup maki aku depan2 siap kutuk2 aku dalam meeting depan semua orang masa aku takde. Tapi, aku pasrah je lah.
Kita nak kerja lama. Benci2 pun esok2 jumpa lagi muka dia. Kerja bawah satu bumbung. Lari2 pun masih kat situ, tak pergi jauh pun.
Baik lepaskan je rasa benci tu kan?
:)
:)

Aku nak shooping raya pun fulus takde dah ni.
Lagi pula, tak tau nak shooping mende pun. Baju dah ader... Semua baju orang hadiahkan je. Ngeh3...;p
Kasut dah terlebih cukup. Semua kaler ader. Merah, hijau, biru, kuning, hitam, gold....lengkap. Tinggal buruk ngan baru je lah kasut tu.
Kuih mak buat sendiri, tak yah beli mak aku pesan.
Bukan nya nak kena ganti langsir baru ke, cadar baru ker, tukar sofa ker kanz....
So, selamat berpuasa semua. Jangan boros berbelanja kay!
Adios.....

24 August 2009

Ramalan mimpi kata......

Beberapa hari lepas aku mimpi, claim aku yang dah tertunggak 2 bulan (masuk 3 bulan) telah direject dengan sadisnya.
Dalam mimpi tu lagi, aku nampak tuntutan aku tu dah tak wujud dalam sistemnya. Tanda telah tamat tempoh tanpa diluluskan oleh ex-boss aku (boss di unit lama).
Habislah claim aku yang mencecah ribu hengget itu. Claim masa aku ke Penang tempohari.
Aku tak pasti mana yang betul. Direject atau sudah tamat tempoh. Yang pasti aku hanya berputih mata saja.
Esoknya aku datang pejabat, aku check....masih macam tu lah statusnya, pending.
Ntah apalah yang susah sangat nak click button approve tu agaknya. Sampai berbulan2.

Malam tadi, aku mimpi aku ke negara matahari terbit.
Dalam mimpi tu pula aku duduk di pulau kecil dikelilingi air laut yang luas, jernih dan ikan2 jerung yang comel2...
Kata orang, kalau mimpi air bah atau melihat air yang banyak.... tandanya nak datang rezki pada kita.
Beberapa bulan lepas, aku mimpi melihat banjir besar kat belakang rumah keluarga aku.
Airnya sangat banyak dan deras, tapi rumah kami tidak terjejas sedikit pun.
Lalu tak berapa lama lepas tu aku dapat perkhabaran tentang bonus kami.
Walaupun tak banyak, namun ia tetap rezki. Syukur Alhamdulillah!
Jadinya, dengan semangat membara aku ke pejabat hari ni.
Aku check dalam sistem....
Denga saspen...
Penuh debar....
Mengharap dan berdoa.....
.
.
.

HAMPEH!!! Masih begitu lah keadaannya.
Dan...
Aku dapat bayangkan...
Raya tahun ni....
Poket aku...
PASTI.....
'sangat meriah'!!

'TERIMA KASIH BANYAK2' boss!!!

p/s:Aku ngantuk, nak tido.....Mungkin malam ni dapat mimpi yang lebey baek.....

28 July 2009

Hari ini hari Selasa, staff saya kata hari tidak beruntung kami adalah setiap hari Selasa..... Benarkah??

1. Sejak tempat kerja aku dibanjiri pekerja2 baru ni, aku kena keluar rumah sebelum pukul 0800pagi. Sebab aku tak nak menapak jauh gara2 parking yang dekat sudah penuh. Betapa terserlah kemalasan aku bersenam, jalan sikit pun nak berkira!

2. Minggu ni ada salah satu ibusawat terbakar. Tambah lagi bilangan orang yang datang ke pejabat. Sebab bilik gerakan ketika darurat atau kecemasan adalah di bangunan pejabat aku. Bertambah awallah aku ke pejabat sekarang.

3. Semenjak dua ni aku perasan seorang mamat di pejabat. Selain berwajah cute + nakal, misteri (sebab suka makan seorang diri) dan of coz lah botak, dia sangat menginspirasikan (ada ke perkataan ini?) aku untuk datang ke pejabat dengan semangatnya. Sungguh tak ikhlas kan? Niat pun dah lari.... Hadoooo.... Tapi tadi dengan sengalnya aku sudah buat aksi spastik bangang tanpa sengaja depan mamat neh.... Punya lah penat control cun dia tak pandang, time tak sepatutnya molek je dia tengah tengok. Haduuu...hadu.....malu!!

4. Hari ini aku ada mesyuarat di KL. Sejak pagi aku berusaha cari alasan untuk tak mahu pergi mesyuarat itu. Sebab aku tak tahu hujung pangkal isu yang dibincangkan. Maklumlah, aku kan baru dalam unit sekarang. Yang tak bestnya, boss selamba suruh kami wakilkan dia sebab dia pun malas nak pergi, kononnya ada kerja lain yang lebih penting. Hidup ini memang tak adil! (Ayat kasik drama....)

4. Setelah segala muslihat aku dan staff aku tak berjaya, kami dengan berat hati bergerak ke tempat mesyuarat sepuluh minit sebelum waktu mesyuarat bermula. Harus diingat, jarak dari pejabat ke tempat mesyuarat jika dicampur kesesakan (alasan biasa untuk orang KL!) dan sesat (alasan biasa aku!) aku jangkakan makan masa 30 minit paling cepat.

5. Kami sampai di tempat letak kereta bangunan berikut pada pukul 1515 petang. 45 minit lewat dari waktu bermulanya mesyuarat. Walaupun kalut, kami maintain cool. Maklumlah, kalau kena bambu pun tak lah aku keseorangan. Boleh gitu??

6. Sampai di tingkat yang di maksudkan barulah officemate aku sms, beritahu mesyuarat diadakan di bangunan yang berhadapan dengan bangunan yang kami naik. Puas berlari2, lintas jalan yang sesak, tersesat2 cari bilik mesyuarat, kami akhirnya sampai tepat jam 1530 dengan termengah2 dan muka yang berkilat peluh. Sungguh kanak2 aku rasa masa tuh~~

7. Tak sampai satu jam mesyuarat tamat. Biarpun aku tak cakap sepatah perkataan pun dalam mesyuarat tu tapi aku rasa sangat berpuas hati sebab kedatangan kami tak sia2. Staff aku memang expert! Dia bagi cadangan je terus tutup kes. Setel! Senah....Bilalah nak pandai macam dia neh.... Nampak macam aku pulak yang staff dia... Haiihhh~~

8. Masa perjalanan pulang aku dapat call dari ex-officemate. Memandu sambil berbual di telefon tanpa handsfree memang pantang aku. Tapi tadi aku dengan selambanya buat perangai tak senonoh itu. Dah lah berbual dengan lamanya, kemudian selamba melepasi polis trafik yang sedang sibuk menyaman kereta yang parking bersepah di tepi jalan tanpa rasa bersalah. Sebab aku rasa pemanduan aku langsung tak terjejas. Biasalah kan KL, sesak. Bukan boleh bawa laju pun.

9. Antara ayat yang ex-officemate aku sebut dalam perbualan kami adalah.... "Masa dengar kau kirim kad jemputan kat pejabat, aku terus senyap je. Tak berani nak contact kau lagi. Kot lah aku ganggu hubungan orang. Tapi masa tu baru terfikir, apasal lah aku tak 'ayat' kau dulu....Rupanya kad orang lain...." Cit, boleh ker?? Jujur sangat tu Bang!!

10. Lebih dari 3 orang dapat makian BODOOO dari aku sebab memandu denga 'bijok'. Pantang aku orang nak ke kiri tapi duduk lane paling kanan then masuk mengejut lane kiri tanpa signal. Tak skolah punya orang!!


2247pm : 28072009
Faizal Tahir - Aku Punya Kamu
Sri Kembangan

01 April 2009

Lari-lari anak v6

Okay, ini entri yang sedikit emosi.

Boss aku, orang nya aku andaikan berfahaman ortodok.
Padanya,
- orang IT tak tahu buat kerja2 teknikal,
- kerja2 luar bukan untuk perempuan,
- dan staff bujang lebih efektif menerima arahan berbanding yang sudah beranak pinak.

Itu antaranya.

Dia juga bersifat apabila engkau boss, maka segala kerja remeh temeh bukan lah bidang dia.
- Arrangement site visit misalnya.
- Atau report hasil site visit yang dia sendiri pergi.
- Atau compile nombor ID staff bawahannya.

Itu bukan tugasnya.

Kalau dia sebagai boss jatuhlah standardnya kalau buat semua tu.
Itu sangkaan aku.
Sebab bila datang perkara2 tersebut kepadanya, dengan segera akan jadi tugasan anak2 bawahannya.
Belum pernah dia buat sendiri.
Tidak walau sekali.

Kebelakangan ini aku sedikit terasa dengannya.
Mungkin aku yang terlebih emosi.
Terlalu banyak hal2 yang buat aku 'berangin' dengannya.
Kelemahan aku, aku tak mampu kata TIDAK untuk setiap perkara yang di arahkan tanpa rela.
Belakangnya, bukan main ribut aku.
Berhempas2 telefon segala.
Tapi kesudahannya, tunduk akur juga lah aku dengan arahannya.
Aku belajar untuk ikhlas dalam setiap kerja yang aku buat.
Tapi........kita manusia kan??

Tugasan aku ke Kedah dah diragut dia.
Aku bengang menggila.
Trip aku ke sana asyik bertangguh sebab sibuk coverkan kerja2 dia bila dia terpaksa attend 2-3 mesyuarat dalam satu masa.
Kerja aku sendiri terabai. Jadual aku yang tak terurus jadinya. Kucar kacir. Terkejar2.
Tiba2 2 minggu sudah dia datang pada aku minta aku arrangekan site visit untuknya ke Kedah.
Dengan makna lain, dia dah cantas jalan aku!
Dah la ambil trip aku, suruh pula aku arrangekan bagi pihak. Minta aku call sana sini. Tanyakan jalan, tanyakan jarak, tanya kabinet, tanya staff, hantar email......
Arrgghhh......Buat sendirilah!! >.<

Sudahnya minggu ni aku lari2 saja.
Semalam ke Labu, hari ni ke Melaka.
Minggu depan pandai2 saja aku arrange site visit merata2 tanpa pengetahuan dia.
Tau2 hantar report saja.
Aku katakan pada officemate yang lain, dia yang ajar aku jadi macam ni.
Dia mahu aku ikut rentak dia, aku ikut.
Tapi jangan marah bila aku buat rentak aku sendiri.

Aku tak minta banyak.
Sebab aku tak mampu kata TIDAK pada dia.
Jadi tolong kata YA untuk aku pula

23 February 2009

Update lah ni......

Pertama2 sekali, aku bukan saja malas nak update
Tapi aku sangat sibuk kebelakangan ni
Sibuk yang betul2 sibuk juga sibuk yang pura2 sibuk
Internet kat rumah pulak problem
Dah 2 minggu malam aku sunyi
Ntah modem yang problem, ntah equipment yang problem atau setting yang silap
Aku pun tak tahu, bukan pandai sangat pun
Harap je keje syarikat tuut itu
Dah bosan2 duduk sorang2 aku pun menggodeh bagai2
Eh, tiba2 pulak boleh online malam ni
Berkat baca Bismillah barangkali..... ;p

Akibat terlalu lama mengabaikan blog, aku jadi kekok nak update
Apa nak tulis neh?
Aku mulakan dengan perkara2 yang aku ingat berlaku dalam bulan ni mengikut turutan hari

Pernah tak kau rasa sakit hati yang amat sangat pada seseorang sampai kau rasa tak mahu tengok muka dia, hatta dengar suara dia?
Aku rasa dah terlalu lama aku tak rasa benci yang macam tu sekali sekarang.
Sehinggalah pada satu hari yang bertarikh 4 Feb 2009, bertempat di dalam sebuah bilik mesyuarat yang sangat sejuk hingga boleh membekukan paler otak orang2 bijok pandai.
Pernah tak pada satu masa ketua kau datang bertanya pada kau dan rakan sekerja kau tentang sesuatu yang mustahil kemudian bila kamu menjawab tidak mungkin boleh berlaku seperti itu tapi kamu masih disuruh juga berbuat demikian?
Percaya lah, ianya berlaku.

Aku, masa mula2 ketua aku tanya tentang kerasionalannya kenapa perkara itu mustahil untuk dilaksanakan.... Aku menghuraikan dengan pelbagai hujah dan disokong dengan segala bagai fakta.
Kemudian, ketua aku cakap....
"Saya akan bincang semula dengan orang yang bijok pandai itu semula"
Kemudian, orang bijok pandai itu tak puas hati dengan kami atas sebab kami cuma tahu cakap saja, tak bijok pandai macam dia.
Dia mahukan bukti mengapa ianya sangat mustahil untuk dibuat.
Maklumlah, idea orang bijok pandai sepertinya di reject oleh budak2 kecik yang bengap macam kami ini.
Haruslah tercalar kredibilitinya sebagai orang bijok pandai.
Jadinya dia mengarahkan kepada ketua kami supaya kami buat dahulu apa yang diarahkan.
Kemudian tunjukkan padanya apakah perkara yang sangat mustahil itu kerana dia percaya tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.

Maka, bertungkus lumus lah kami sekumpulan budak2 kecik yang bengap ini menyediakan pelbagai slide untuk dipersembahkan sebagai bukti pada orang bijok pandai ini.
Ya, pada mesyuarat besar-besaran yang dipengerusikan sendiri oleh orang bijok pandai ini.
Iyalah, orang bengap macam kami mana layak mempengerusikan mesyuarat.
Kami cuma layak mempengerusikan mesyuarat meja dan mesyuarat tingkap sahaja.

Kau tahu apa berlaku pada hari kejadian?

Mula2 sang bijok pandai berbahasa-basi dengan semua yang hadir.
Tunjuk muka manis, buat ayat manis.
Umpama dia lah sang bijok pandai yang tahu mengambil hati semua orang.
Merendah diri, bergurau senda serta sederhana wataknya.
Taniah, dia bukan saja sang bijok pandai otaknya, malah bijok berlakon.
Kemudian dia suruh ketua kami mulakan presentation
Dan, ketua aku yang kadang2 sengal itu dengan selambanya memberitahu pada semua orang dalam bilik sejuk beku itu bahawa aku sang budak kecik yang bengap inilah yang akan menerangkan segalanya pada semua orang
Terima kasih banyak2, sebab sudi mempergunakan aku!
Sumpah akan aku ingat sampai bila2.

Kau nak tahu apa jadi?

Baru satu slide aku present, sang bijok pandai dah cantas ceritera aku
Katanya depan semua2 orang
"Awak rasa possible tak benda ni nak dilaksanakan?"
.
.
.
*Of course lah tak!! Awal2 lagi aku dah kata tak boleh kan??!! Bangang! Tunggulah aku keluarkan hujah2 aku.... Kau jugak yang nak sangat dengar kan?!*
.
.
Aku cuma boleh jawab tak.
Kemudian sang bijok pandai itu dengan tak menyempat2 terus meninggi suara.
"Saya dah nampak dari awal awak tunjuk slide lagi, perkara ni memang tak logik nak dibuat. Patutnya, bla....bla....bla....." Sambil menunjuk kebijokpandaiannya beserta hujah2 yang dah memang tentu2 kami fikirkan dari awal.
Persembahan aku umpama persembahan badut sarkas sahaja.
Aku rasa nak berdiri masa tu sambil tunjuk dua2 jari tengah pada dia!
*Ia hencek, 20 tahun dulu lagi saya dah bagi tahu tak boleh kan? Hencek jugak yang tak percaya kan? Hencek jugak yang suruh semua ni kan?!*
MONYET! Bukan dia monyet, tapi aku tak boleh sabar lagi.
Dia buat kami macam orang2 bodoh yang sikit pun tak boleh berfikir panjang.
Kami hanya tahu buat perkara2 mustahil.

Itu bukanlah pengalaman paling babi yang pernah aku alami.
Tapi cukup memberi aku rasa paling celaka sepanjang aku berada dalam organisasi ni.
Terima kasih hencek! Hencek telah mengajar kami perkara paling berharga.
Kita boleh buat apa saja pada orang2 yang kita suka nak perlakukan, syaratnya muka mesti manis, ayat mesti manis.
Biar semua orang nampak kita baik, nampak kita berkarisma, nampak kita betul.
Kemudian dengan ayat bijok pandai, kita jatuhkan lah saja air muka orang2 yang kita suka nak perlakukan itu.
Barulah bertambah bijok pandai kita di mata orang lain.
Kami ingat sampai bila2 pengajaran berharga ini.
Sumpah!

-End-


230209 - 21:15 pm
Scorpion - Send Me an Angel
Sri Kembangan

19 January 2009

#09_10 Ucapan untukmu..... Ewah, poyo!

Aku bizi, tapi perasaan membuak2 nk hapdet blog....
Makanya aku simpulkan saja disini.

Untuk:

Dina - Aku rindu kau! Aku tau kau kontrol ketakmunasabahan depan laki kau. Kalau dia takde ritu dah aku ajak kau poya2 sakan.

Boss kecik - Saya tak pandai menebak hati kamu. Andai kamu marah, katakan saja. Andai kamu bangga, puji saja. Ekspresi kamu buat saya tertanya2.

Teman Pengirim Lagu Cinta - Jangan tanya kenapa aku tak pernah pelawa kau keluar. Itu lah bezanya antara orang yang 'single and available' dengan orang yang errr.... 'double and disable?'....... Ha3!

Brother2 - Minggu lepas emosi saya sangat kritikal. Terima kasih atas 'kasih sayang' korang semua. Sesekali korang buat aku terasa macam adik bongsu yang manja dan mengada2.

En Bintang Tiga - Saya mencuba, tapi tak bermakna saya harus memaksa diri. Saya gembira seadanya.

Mat No - Ayat gadis kau buat hati aku seakan di bawak lari. Mujur aku kuat iman, tau kembali ke pangkal jalan. Haha.

Bade - Filem Maut kamu membuat saya rasa bosan nak maut. Ini bukan hasil terbaik kamu.

Sab - Walau Pejal menang 3 anugerah, dia tetap bukan juara! Muahahaha!! *Puas hati Senah!*

Estraged - Muzik kamu yang paling hebat malam tu. Walau tak menang, kamu tak kalah di hati saya.... Awww! ;p

Meet Uncle Hussein -
.
.
*pitam*
.
.
I LUV UOLS!!
.
.
*tepuk...tepuk...tepuk!!*


-End-


190109 : 2043 pm
Dewa - Sedang ingin bercinta
Sri Kembangan

07 January 2009

#09_05 Lari-lari anak v3

Hari ni ada training kat opis sampai petang
Kununnya plan nak elak2 bertembung dengan boss
Sebab sebal masih bersisa kanz...
Time dia ada kat opis, aku nak lari pegi meeting
Time meeting bersama aku nak cabut pegi training

Tapi kan,

Alih2 training hari ni 'ter'sama2 plak, alahai!
.
.
.
.

Chaiyook Senahh!!
-070109:0750 am-
music: 6th sense - tanpa
lokasi: rumah

04 January 2009

#09_01_132 Kecoh kancah

"Ko tau aper maksud kancah tak?" tanya brother kecik pada satu petang ketika masa bekerja kami hanya tingga kira2 satu jam lagi sebelum kami bercuti pada hujung minggu.

"Aku macam tau, tapi x tau nk ckp maksudnye mcm mana" *ceh....ayat aku tu diguna untuk cube blagak pandai jer....... ;p*

"Maksud dia macam terjebak ker?"

"Lebey kuang macam tu lah" jawab aku sambil kepala hotak aku merujuk kepada perkataan kancah maksiat dan kancah jenayah. *Btol lah agaknye tu kot.......*

"Ader maksud lain x kancah tu?" tanya brother kecik lagi

"Apsal tetiba ko tanye ni?" Aku.

" Tadi membe aku tny, ko ader kancah x? nk buat dodol lah.... Aku jwb nnt aku tny mak aku ader ke x...tp sbnrnye aku x tau pun kancah tu aper. Aku terpikir kancah tu maksud dia kawah ke, aper... Tp aku x tny lah dia aper maksud kancah. takut aku sorang je yg x tau aper maksud kancah tu. tu yg aku tny ko"

"Ooo, ntah2 dia nk ckp kawah kot.... tp tercakap kancah" Hah, aku memandai2 buat kesimpulan sendri.......

" Tu lah, tp aku takut mmg ader benda nama kancah... sbb tu aku x tny dia, aku tny korang dulu... kot lah korang tau" Brother kecik.

"Tak pun kancah tu maksudnye batang yang buat kacau dodol yg bentuk cam dayung sampan tu kot" Aku tunjuk pandai lagik sekali

"A'ah... mungkin lah" sampuk brother partner...

"Ko tau?" tny brother pada brother jiran pulak.

"Tak tau...." jawab brother jiran dan brother partner.

"Boss tau boss?" tanya aku pada seorg manager.

"Kancah tu maksudnyer medan...." konfiden sungguh.

"Ye ker?" jawab kami penuh percaya.

"Ye lah, kancah peperangan...medan pertempuran... sama lah tu...."

"Chaaiittt, abes aper kenangena kancah perang dgn dodol lak neh???" Aku.

Abis kitorg bergelak sakan, brother partner plak bersuara...

"Kancah tu maksudnye kuali besar yang tidak mempunyai telinga, biasanya dibuat masak dodol,bla..bla..bla"

"Mana ko dapat?" Aku buat muka kepoh mak senah terus melulu ke meja dia. *Hahahaha, dlm google pun bleh jumpe eh perkataan mcm nie? Canggihnyer manusia zaman skrg!*

Lalu bro kecik pun bergegas angkat telefon.....

"Hello, hah.. yg pasal kancah tadi ko tny... ....." *dan-dan lah bro kecik call membe dia* Kitorg gelak sakan kt blkng.... td bukan men lagik dok menanya satu opis...

Bro jiran pulak sedang menjawab telefon... siap tny sekali pd si pemanggil

"Ko tau x kancah tu aper?" *huh, masing2 nk tunjuk pandai ptg ni...* "Aper?? nama org?? paler otak ko..... kancah tu maksudnye...bla..bla..bla..."

Dan aku x faham macam mana perkataan keramat tu buleh jadi topik utama kami di pejabat pada hari terakhir bekerja dalam bulan oktober itu.

-040109: 2323 pm-
music: marcell- semusim
lokasi : rumah

03 November 2008

Lari-lari anak

Aku sedang berusaha keras sekarang untuk lari

Aku keje lebih waktu kebelakangan ni
Minggu lepas aku cuma masuk pejabat sehari
Itu pun hari jumaat, sbb aku join training kat KL
Balik tu aku kalut siapkan segala apa yg patut
Aku dah nekad, kalo x sekarang biler lagik?

Dengan ayat yg paling teratur, halus dan berbudi pekerti
Aku send email minta izin untuk keje luar
Benda yg paling aku rindu nk buat sejak kebelakangan ni

Tau aper boss aku reply??
Hmmm.....

Please proceed ! , take time to meet up Zone Execs and update our data on PM matters as well as pressing matters in that zones.

I wish you could create awareness as well on our QP and WI (for vendor PM dan EMS check) as well for them since our vendor PM ‘Work Instruction’ requires their participation.

Take additional day/s if the time from 24-27 is fully tied up with course/training.



Aku akan bepergian, kerja di JB

Mungkin seminggu....mungkin juga lebey......:)

Juga aku sedang berusaha untuk merangka pemergian aku ke utara pulak lepas nie.....

Wish me luck!!