Berlari2 menuju ke pantai
Masing2 terpekik riang macam orang hilang akal, memecahkan kesunyian pagi
Aku lipat hujung kaki seluar pijama sampai betis
Yang lain juga...... ada yang cuma berseluar pendek
Kami bergurau senda sambil bermain air di gigi pantai
Takde orang lain, hanya kami
Menunggu terbitnya matahari sambil menjerit "Selamat Pagi Dunia!!" pada alam tanpa waras.
Kitorang kemudiannya berlari mendaki bukit
Mengejar kawan yang berlari ke depan dengan layang2 di tangan
Udara segar pagi mencium pipi pada muka yang belum dicuci
Rambut dibuai2 angin merdu, boleh buat iklan syampoo
Daun2 luruh menambah suasana
Anak2 dara bergelak manja..... saling menggeletek dan berkejaran
Buang jauh segala masalah yang menjadi duri, persetankan saja mereka yang menjadi toksik dalam diri
Kitorang hanya mahu bebas, hanya mahukan kehidupan, mahu dunia kami
Dunia ini kami yang punya!!
Tiba2 langit mendung
Anak2 dara tersenyum puas
Rintik2 hujan mengiring pagi yang liar
Penambah rasa, penambah sensual
Rambut kitorang mulai basah, pakaian kitorang juga
Daun semakin galak meluruh. Rontok bersama air mata langit.
Kitorang bergedik2 dalam kebasahan
Sambil menyanyi lagu Kitalah Bintang beramai2 tanpa mengira sumbang merdu suara
Indah kan?
Bunyi ketukan yang bertalu2.....
Belum habis keriuk pintu kedengaran, aku terdengar suara hosmet aku
"Dah 0730, ko tak nak pegi keje ker?"
Dalam terkebil2 aku tengok dia dah lengkap berpakaian kerja
Shift pagi hari ni, masuk pukul 0800.
~~Baru aku sedar~~
Hilang pantai, hilang bukit, hilang layang2, hilang hujan, malah lagu latar juga hilang..........
Inilah akibatnya bila tido lepas Suboh!
Sempat lagi mimpi berpoya2...... Haramjadah!!
Hadoilah! >.<
Ini bukan pagi yang liar, ini pagi yang jahanam namanyer!
-050109: 1542 pm-
music: pearl jam - last kiss
lokasi : pejabat
2 comments:
huahuahua... smakin puitis ko due tige menjak neh! yang tuh, akku konpem! :P cayalah!
bakat sejak azali... ahaks! ;p
Post a Comment