07 November 2009

Ada Apa dengan Zaquan?

Hehehe... Walaupun tak memihak pada mana2 pasukan pada mulanya, tapi dek kerana dah terkontang kanting sorang2 kat rumah malam minggu macam ni.....aku layan kan jugak lah bola yang tak berapa gah pada piawai aku.

Tanpa sebarang sifat asabiah, sploh minit pertama aku masih neutral. Tapi bila Negeri Sembilan dapat tendangan sudut, dan penyokong2 Kelantan start baling botol tepi padang....aku terus potong! (Bukan iklan potong tu kay! ;p) Terus sokong Negeri Sembilan.
Giler takde kesedaran sivik sungguh. Mentaliti gred E- punya orang. Rileks lah wey..... game baru start korang dah tunjuk samseng. Sungguh dowh!

Walaupun tak berapa amik tahu pasal bola sepak Malaysia, tapi nak jugak lah mengulas yang terpulas serba sedikit pasal game tadi. Hikhikhik.....Well, Senah kanz....... ;p ;p

Kapten Pasukan
Aku pilih Indraputra sebab aku kenal dia sejak dulu lagi. Berbanding dengan Kapten N9 yang aku sama sekali tak pernah tahu siapakah dia. Tapi aku bagi markah pada Kapten N9 sebab pada aku dia lebih cool di atas padang. Indra, kureng sket menjadi.

Penjaga gol
Ingat lagi kes penjaga gol yang pijak Aidil dulu? Well, of coz lah tak pilih mamat ni. Ekstra markah aku bagi pada penjaga gol N9. Selain terer jaga pintu gol, beliau juga muda dan kacak. Ehem! ;p ;p

Penyokong
Perlukah aku huraikan?? Selain menyebabkan padang dipenuhi botol2, bakar mercun dengan sewenang2nya dan bakar kerusi stadium, penyokong2 ekstrim Kelantan sungguh tak beretika bilamana masih ada jugak mangkuk hayun yang baling botol ketika orang sedang padamkan api di kerusi. Well, tak mahulah kater penyokong N9 bersopan santun sangat. Sebab aku takde kat situ kan. Tapi sebab kamera ada fokus muka Hattan (wahhhh!!! i minat u tau!!) yang tak sampai seminit, maka...... ektra mark lagilah buat N9..... Biso bonar eh!

Pencuci mata
Lepas membuat hetrik masa menentang Perlis tempohari aku menjangkakan Farhan sekali lagi akan jadi hero untuk game malam ni. Kacak mamat neh! Kiranya kalau Kelantan menang, aku mengharapkan mamat ni lah yang akan sumbatkan gol. Tapi, sebab N9 ada sang kembar yang tak kurang juga rupa parasnya maka boleh lah aku beralih arah sebagai penyokong mamat2 kacak atas padang.

Pemain terbaik
Aku menjangkakan Zaquan bakal jadi pemain terbaik (Walaupun 4 kali diusung keluar padang!). Tak sangka pulak Shukor Adan yang dapat. Maklumlah, mata ni nampak orang kacak2 jer.... Ahaks!

Gol
Ketiga2 gol N9, aku hadiahkan markah untuk Zaquan. 2 gol pertama adalah hasil hantaran dia. Gol ketiga takyah cakaplah, sah2 dia yang sumbatkan. Bertambah2 point dia.... Hik2.... Tapi frust sket bila Indraputra sumbat gol tunggal Kelantan lepas Zaquan keluar. Habis leburlah harapan aku mahukan Zaquan sebagai penjaring terbanyak musim ni.

Last sekali, kemenangan N9 adalah hadiah terbaik untuk Yang Di Pertua N9 sempena pertabalannya baru2 ni. Manakala Kelantan, aku andaikan ini kekalahan ini boleh menutup cerita sensasi putranya dengan model seberang yang kembali hangat baru2 ni.

Owh, walaupun x berapa nak suka nampak muka KJ time penyampaian hadiah, tapi sebab muka Dato' Zam sesekali keluar skrin, mengubat rasa hati. Dato' ..... U rawk!!

Apaper pun, Zaquan.......U memang hawt! Love U babe!!!! Awww! *wink wink*
;p
;p

4 comments:

reramarama said...

heh. tapi xleh nafikan KJ sgt charming dan gojes kan? :) :)

kan?

kan?

kan?

tolak blakang sifat2 takleh jadikan teladan die tuh, hanya based on rupa, gaya suma, die pun benarik n buley masuk list gak kan?

kan?

kan?

kan?

:P

tigabelas said...

salam singgah.

Haha..igt nak ulas pasal bola..rupanya tgk dahi pemain bola;dahi licin ke x..pompuan..

tapi syabas pasal tgk final aritu..walaupon bukan pasal nak tgk game..kira ok la tu..

sememangnya di media lebih ttumpu dkt aksi penyokong merah;drpd dok cite pasal game..kalo kita tgk europe,supporters dok dekat dgn player..dorg leh maki je..x baling pape..elok je..

ni masalah kesedaran..dan ia susah utk dibentuk..makan masa..boleh bankrap KFA bayar gantirugi tiap2 match..mana boleh tahan kan..

anyway girlz..silalah teruskan tgk bola tempatan..tgk game ke,tgk org ke..lantak la..asal tgk

p/s:reramarama,KJ ada 2-Khalid jamlus ke Khairy Jamaludin..duadua ada time final tu..tp duadua xbole pakai..

sepatumerah said...

Zati, komen aku...

Ngeh...
Ngeh...
Ngeh...


Saudara tigabelas,
Bola tempatan cuma boleh tengok time final. Hari2 tgk, boleh sakit jantung, darah tinggi bagai...
Anyway, sokong statement dua2 KJ MEMANG tak boleh pakai!

reramarama said...

heh. khairy lah! mmg tak boley pakai, tapi kan die hawt jugak mlm tuh! hiho.