Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

05 December 2009

Menyusur kembali jalan2 yang pernah aku lalui..... satu persatu

Tengahari tadi, masa tengah duduk2 bersantai2 menghadap Rani Mukerjee dan Abishek Batchan saling bermadah cinta di kaca TV2 bersama2 housemate tiba2 adik aku, Ana yang sedang menuntut di Matrikulasi telefon.
Katanya, sedang pulun isi borang UPU. Pening. Gelabah ayam je bunyiknya.
Dia tanya aku, apa dia course geomatik. Apa pulak course geoinfomatik. Apa bezanya, susah ke senang. Kerja apa nanti.
Lepas tu tanya pulak, perhubungan antarabangsa tu course apa? Ke mana arah tujunya.
Kemudian tanya pulak, logik ke merit cgpa untuk course dietetik cuma 2.65. Bukan 3 pointer ke atas ke? Dan macam2 lagi.

Aku jawab satu2. Mana yang aku tahu.
Zaman aku belajar dengan zamannya tak sama.
Aku tinggalkan zaman isi borang UPU bagai ni dah lama.
Kali terakhir masa kat Matriks dulu. 7-8 tahun yang lalu.
Sekarang mungkin dah lain. Tak banyak, sikit pasti ada yang berubah.
Aku nasihat padanya, pilih course yang dia betul2 minat.
Then pilih jugak course yang dia mampu bawa. Jangan sebab bunyiknya macam gah, akhirnya sendiri yang tersungkur sebab tak larat nak bawak subjek2nya nanti.
Dalam masa yang sama, aku beritahu dia jangan terlalu takut tak mampu belajar course2 yang susah then apply course2 yang cikai2. Tak menguji kebolehan yang ada. Nanti menyesal.
Panjang aku bagi nasihat.

Menyusur sejarah diri sendiri, satu masa dulu.... Dek penangan siri Roswell dan X-Files, aku sangat terpengaruh untuk menjadi pakar kaji bulan dan bintang. Pengaruh tv memang besar maknanya pada aku. Sebab masa tu aku terfikir, kot kalau sambil2 mengkaji perihal angkasa, aku bakal tahu sama ada alien benar2 wujud di luar sana. Mahupun UFO memang ada merayau2 di ruang angkasaraya. Terutama di dada langit Amerika.

Kemudian, bila berlaku tragedi Highland Towers, aku mula pasang angan2 untuk jadi wartawan di lokasi kejadian.
Ia sesuatu yang mengujakan bilamana kau menjadi orang penting yang menyampaikan segala berita besar yang terjadi.
Dan ketika itu, semua orang tak sabar2 menanti laporan lokasi dari kau. Setiap masa. Penuh debar.
Ianya memberi rasa penghormatan buat diri sendiri pada aku. Kerja seperti inilah yang memberi kepuasan buat aku.
Mungkin aku boleh hasilkan sebuah dua buku himpunan kes2 kejadian yang berlaku.
Sebab aku juga minat menulis.
Jadi, apa yang tak terlapor di lokasi, aku boleh tambahkan dalam tulisan2 aku.

Menganjak dewasa, tv sekali lagi memain peranan dalam hala tuju kareer aku.
Masa CSI sedang menjadi fenomena hangat, aku mula pasang cita2 untuk jadi ahli forensik.
Ya, dan ia masih berkait dengan cita2 wartawan yang aku impikan dulu.
Aku boleh jadi ahli forensik, dalam masa yang sama aku juga masih boleh jadi wartawan lokasi kejadian. Ianya menjadi lebih menarik.

Aku tahu, kot ader terdetik ..... Tak boleh tinggi lagi agaknya cita2 aku?? Ya, aku tahu.... mungkin aku terlaku kuat angan2nya. Kerja, nak yang best2 je.

Masa form 5, aku amik jurusan sains tulen.
Masa tu, Sains Pertanian adalah matapelajaran wajib untuk kelas aku ambil. Maka aku menduduki SPM dengan 10 subjek.
Masa ni, otak aku dah di 'brainwash' oleh cikgu Sains Pertanian merangkap guru kelas kami, aku dah mula nampak jalan aku ke arah perladangan.
Kengkunun perintis untuk petani moden bagai lah nie.....

Masa habis SPM, sementara menunggu keputusan abah pernah suruh aku ambil kursus pendek. Perguruan.
Suruh aku jadi ustazah jer. Sebab aku ada Sijil Darjah Khas sekolah agama (aku sekolah di Johor).
Kira dengan berbekal sijil tu, aku cuma perlu ambil kursus pendek perguruan aku dah terus boleh apply jadi ustazah.
Agaknya, abah pun tak yakin dengan result SPM aku. He3....

Aku sambung belajar ke Matriks dalam jurusan Sains Hayat.
Setiap minggu bedah tikus putih dalam makmal biologi, siap dengan 'baju putih doktor' yang sungguh mengujakan.
Juga makmal kimia (siap goggles besar ala2 kepit hidong!) yang berbagai bau dan warna, yang mana kalau tak berlaku insiden cecair tumpah, eksperimen meletup2, paling2 busok pun mesti ada alatan yang pecah.
Masa tu, aku nampak seolah2 masa depan aku, kalau tak dalam bilik bedah pasti di makmal perubatan mana2.

Tapi dalam masa yang sama, aku dapat rasakan.....dalam banyak2 makmal, walaupun makmal biologi sangat lah hebat perasaannya (biarpun pernah disindir kaw2 punya dengan pensyarah sebab potong spesimen kulit bawang dan tisu pipi sangat tebal dan tak pandai tengok mikroskop pada minggu pertama lab!) aku lebih cenderung pada alat2.
Bukan pada benda hidup atau pun cecair2 berwarna dalam makmal Kimia. Aku lebih cenderung minat pada Makmal Fizik.
Main dengan alatan. Kira2. Logik masa. Pecutan. Pantulan. Graviti. Cahaya.

Jadinya, walaupun mak sangat berharap sama ada aku ambil bidang dalam cabang perubatan mahupun perguruan aku tetap bubuh engineering sebagai pilihan masa isi borang UPU.
Mak bising, tapi aku yakin kan padanya yang kebarangkalian untuk dapat adalah 1/8.
Sebab 7 lagi kursus yang aku isi dalam borang bukan pada bidang kejuruteraan.
Dan aku letak sbg pilihan ke3.
Demi mengambil hatinya juga, aku apply di U yang paling dekat dengan rumah.
Sekurang2nya dekat di matanya.
Ia juga mengubat kecewa aku sebab pilihan asal untuk apply forensik sebagai pilihan pertama ditolak mentah2 oleh mak.
Jangan ada langsung dalam senarai. Kena badi mayat nanti. Kerja tak menentu. Perempuan tak sesuai kerja macam tu dan sebagainya.

Masa dapat surat tawaran U, mak macam tak berapa puas hati.
Pilihan aku tu lah yang aku dapat.
Katanya, nanti nak kerja macam mana. Perempuan bukan senang nak dapat kerja dalam bidang engineering.
Aku yakinkan dia, rezeki bukan pada gender. Ia sesuatu yang Tuhan dah tetapkan untuk semua orang.
Dan bila aku dapat tawaran biasiswa dari syarikat yang aku kerja sekarang, mak terus tutup mulut tentang masa depan aku.
Lega agaknya. Dah nampak hala tuju aku ke mana lepas habis belajar.

Kita cuma boleh rancang masa depan.
Macam2 rancangan, impian dan harapan.
Tapi apa yang berlaku semua adalah dalam pengetahuanNya. Kerana rancangan kita takkan pernah sebaik pemberianNya.
Aku terima semua yang berlaku.
Walaupun kadang2, bila malam menjelang aku masih ada rasa ketagih mengadap langit mengira bintang dan merenung bulan.
Kadangkala juga berharap masih punya peluang buat liputan di lokasi kejadian dan menulis himpunan kisah mengenainya.
Paling tidak diberi kesempatan menjadi ahli forensik muda yang berjaya dalam kes2 yang rumit.

Kata Aflin dalam Soal Hati......Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Jadi Kenyataan.
Aku rangkumkan semua mimpi aku dalam kerjaya aku sekarang.
Troubleshoot equipment yang breakdown boleh memberi perasaan seperti kau membedah siasat kes forensik.
Kau cari setiap suspek atau root course yang menyumbang pada breakdown.
Pastu, kadang2 bila breakdown meleret sampai tengah malam, dapatlah aku peluang mengkaji dada langit sambil2 bersidai di tepi kabinet.
Mulalah berangan jadi ahli astronomi bagai neh.
Dan bila terjadi pelbagai hal dalam kerja, aku luahkan dalam penulisan aku di blog ini.
Macam wartawan yang melapor setiap kejadian.
Cita2 aku masih dapat aku capai. Tapi dengan jalan yang lain.

Mungkin dulu aku tak nampak.
Tapi sekarang aku dah sedar.
Ia jauh lebih baik dari apa yang aku hajatkan satu masa dulu.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan.




2348 : 051209
Boys Like Girls ft Taylor Swift - Two Is Better Than One
Sri Kembangan

22 November 2009

kisah unifrom IV

Okay, rasanya lama sangat aku hutang cerita uniform aku ni.....
Kisah yang dulu2, di sini, di sini dan di sini.....

Masa rumet aku bercinta sama abang uniform tu, dia dah ada boifren lain.
Budak course mekanikal.
Abang uniform ni pulak, satu fakulti dengan aku amik kejuruteraan elektrik.
Jadinya, dalam rumet aku berkasih2 sempatlah jugak dia kenalkan aku kat mamat uniform ni...

Okay, andaikan nama rumet aku Jay (macam nama gay lak!)
Then nama abang uniform ni Wai dan mamat mekanikal itu namanya Kay...
Si Kay ni pulak budak JB.... Masa kat sekolah menengah, dia pernah satu sekolah dengan kawan2 sekolah rendah aku.
Kecik betul dunia.
Jadi, secara tak langsung... dalam kater tak nak amik port pasal cinta tiga segi Jay, aku terjebak jugaklah kenal si Kay ni....

Jay selalu gaduh dengan Kay. Alah, cinta2 sengal. Hari ni break, esok sambung balik. On off on off x sudah.
Dan Wai lah tempat Jay luahkan masalah selain aku.
Kay dan Jay sebaya aku.
Tapi Wai tua 3 tahun dari kami.
Aku nampak kelebihan pada Wai, sebab dia lebih matang dan tenang.
Oleh sebab Wai setia tunggu Jay, then Jay sayang nak tinggalkan Kay, and Kay tak boleh barang sehari tak jumpa Kay.... Maka drama tamil hindustan pun bermula.
Bukan sekali dua aku tolong kaverkan Jay dan Wai pi dating.
Sebab Wai satu kolej dengan kami. Blok abang2 uniform tak jauh dari blok kami. Dan fakulti kami paling hampir dengan kolej kediaman kami.
Tapi Kay stay kolej lain. Jauh. Dan fakultinya adalah lebih dekat dengan fakulti Jay.

So, masa ada kelas Jay dating dengan Kay.... Time balik asrama, Jay dating dengan Wai.
Sungguh efisin kanz? Haihhh....

Satu hari, cerekarama pun bermula. Habis babak caci maki, rayu rayan, air mata segala keluar.
Jay kantoi dengan Kay masa tengah dating dengan Wai. Kengkunun nak buat seprais kat buah hati, last2 semua2 pun dapat seprais.
Sebabkan Wai antara 'senior yang paling senior' dalam unit uniform tu, then agak cemerlang dalam pelajaran makanya ramailah rakan2 yang tahu cerita ni.
Dan, haruslah aku sebagai 'roommate sang juliet' turut dapat tempiasnya sekali.
Boleh kata ada sesetengah abang2 uniform lain yang kenal aku secara tak langsungnya.........


Bersambung lagi lah nampaknya......

21 December 2008

#123 Hujung minggu saya


20 Nov 2008

Rasanya lama dah tak keluar pagi2 buta. Masa warna langit masih tidak jelas. Apa kah kelabu, biru atau jingga. Cantik. Udara sejuk juga masih berbaki. Segar.
Aku keluar rumah jam 0700 pagi yang mana kalau hari2 biasa aku masih seronok berguling2 dalam bilik. Atau ketika hujung2 minggu begini masih tarik selimut dalam rengkuk.
Jalanraya masih lengang. Pemandangan yang sangat mustahil jika ini adalah hari kerja.
Memandu juga jadi seronok. Sedar2 sudah lebih had laju. Sesekali.

Aku tiba umah Kak Su sebelum pukul 0800. Waktu yang biasanya aku baru sibuk bersiap nak ke pejabat. Masa berborak dengan mak Kak Su, dia tanya aku.
Awak asyik sibuk pergi kenduri orang.... kenduri awak bila pula?
Aku jawab ikhlas saja. Saya belum 'ada orang' makcik, lambat lagilah jawabnya. Mak kak Su senyum je. Kalau ngan mak aku takdenye aku jawab apaper, diam je sambil buat muka tapaham soklan.
Samalah si Su tu. Yang seeloknya cari masa belajar...... Tambah mak Kak Su.
Dulu tak terpikir makcik.... *Senyum*

Hari ni, balik JB lagi. Kenduri kawen (Mawi? ;p) membe kat Kota Tinggi. Kitorang gerak dari Seremban adalah dekat2 kol 0900. Sebab Kak Ika datang lewat, tayar keta pancit katernyer.....
Dek sebab lama tak jumpa masing2 ada lah cerita nak dikongsi. Berselang seli dengan kisah2 Mawi-Ekin yang menikah pagi ni.

Kitorang sengaja pasang radio era, nak dengar siaran kat majlis kawen depa ni.
Alahai, orang kita memang cenggini kan? Suka sangat amik tahu hal artis2.
Kadang2 kesian jugak lah dengan artis2 ni. Kawen pun susah.
Semua orang pakat menyibuk. Berapa harga hantaran, apa tema nya, buat kat mana, berapa kos berhabis, kat mana honey moon, sapa sponsor itu ini.
Ya, sampai lah imam yang menikah kan pun turut sama tempias glamernyer... hehe

Aku bagitau pada Kak Su dan Kak Ika, perasan tak, kita asyik pergi kenduri kawen membe2. Sampai satu tahap, masa kitorang kawen membe2 datang kenduri kitorang plak.... time tu masing2 dah kendong anak. Haha.... Mungkin begitu lah nanti!


21 Nov 2008

Aku sampai rumah pukul satu lebey. Masa tu melodi masih bersiaran. Sedang dihadap hosmet aku dengan tekunnya. Bertolak dari JB dalam kol 0930. Aku rasa perjalanan sangat sekejap, tapi letih bukan main lagi. Aku solat dulu, pastu layan TV. Tgk Nona. Separuh jalan, nona ke mana.... aku dah ke mana. Kol 1500 sambung tgk Hana-Kimi kat 8TV. Pun separuh jalan. Separuh lagi dah nampak bintang! Mata aku macam digam-gam. Lama dah rasanya tak tido tengahari cenggini. Selalunya aku just terlelap sementara nak tunggu azan Zohor. Ya, sunnah nabi..... Sedar2 aku bangun dah 1730! Hoho, tak bleh jadik neh......Pantang aku asar lewat! Ngan penuh gagah gigihnya aku bangun, mandi, solat..... then, hapdet entri ni dengan riang ria nya.....

Dah takde keje sangat dah ni, hapdet blog je lah.......

14 December 2008

#111 H.U.J.A.N

11 dec 2008 : 1732 pm

Hujan.
Sejuk.

Dulu,
aku pernah berkongsi rasa dengan sorang teman
Aku paling suka hujan di Pilah

Sekarang,
Masih hujan di Pilah yang paling aku rindu
Paling buat aku sayu

Terutama waktu petang macam ni
Kalau hujan, aku akan duduk kat meja belajar menghadap tingkap
Aku letak dan buka satu buku kat depan aku
Biar nampak macam aku membaca
Padahal aku akan habiskan masa merenung tingkap sepanjang petang
Tengok pemandangan luar
*Ya, ala-ala budak misteri.......*

Dulu,
Masa masih belajar kat U
Tahun akhir
Aku ader hobi menangkap gambar kilat
*Hokkay, maybe aku agak freak......*
Masa tu aku amik matapelajaran high voltage
Kata prof, kelajuan lightning adalah nano seconds
Sangat pantas
Aku cuma nak mencabar diri sendiri
Aku berhenti bila aku berjaya menangkap satu
Dan aku masih simpan gambar kilat tu buat wallpaper
Walaupun aku dah tak guna lagi henpon tu

Sekarang,
Juga hujan di luar
Tapi pemandangan langsung tak sama
Aku tak nampak hutan Pilah kat luar
Yang mana ada ayam misteri yang akan berkokok jam 3 pagi hampir setiap hari
Takde pokok2 dan bukit yang sayup mata memandang
Juga takde rumah misteri yang aku selalu dengar orang bermain piano di tengah malam

Juga aku tak mampu menangkap gambar kilat
Walaupun aku dah ada kamera yang lebih baik dari henpon lama aku
Aku benci pemandangan dari bilik aku
Hanya nampak blok depan dengan deretan kereta di tempat parkir

Tapi, macam mana pun....
Aku tetap suka kan hujan
Aku sukakan angin sejuk yang segar masa hujan
Aku sukakan daun2 yang berterbangan
Aku sukakan bau rumput yang basah selepas hujan
Aku sukakan langit yang berwarna kelabu

Juga, aku sukakan pelangi selepas hujan

Ya, dan hujan selalu datang bersama rahmat dari Tuhan......

14 October 2008

Aku jumpe dia!

Aku kebosanan hari ini, sbb pagi yang dah musnah.
Aku jadik tak produktif, sbb boss aku takde hari ini.
Jadinya aku membuang masa membaca blog membe2 sekalian.
Abis blog2 membe, aku lenjan blog2 membe kepada membe2 aku.
Abis membaca blog2 membe kepada membe2 aku, aku layan plak blog2 membe kepada membe kepada membe2 aku.
Giler keji aku arini. Makan gaji buta je.

X sangka2 jumpe lak blog sorg mamat ni.
Mamat ni masa kat U dulu, bkn men skema lagik.
Sekolah dulu terer, ader namer.
Kat U plak asal join kelab mesti dalam list ahli jawatan kuasa yg tinggi2.
Geng2 sume kaki blajo je.
Aku bkn men minat dgn dia neh....
Membe2 baik sume tau dah aku tangkap jiwang kat mamat nie.
Bleh kater hari2 skodeng dia dari tingkap bilik dulu.
Maklumlah, dah hapal jadual mamat neh.
Makan biler, gi surau biler, g cc biler, g kiosk biler.... huhuhu, cekap!
Dia ni kalo bawak balik umah jumpe mak abah, konfirm jadik menantu.
Tapi tu dululah...
Masa zaman jahiliah.
Aku senyum sorg2 layan baca blog dia.
Mak aiihh, x lah skema mana pun.
Senget gak lah dia nie..
Kire kalo nk buat lawak2 sengal masih boleh lah
Raser nyesal lak x ngorat tome blajo dulu.
Maklumlah, ingat skema..... Berkepit ngan buku jer! ;p ;p

Owhh......Aku dah dapat balik hari aku yang musnah pagi tadi.............. :) :)