Showing posts with label Kuala Pilah. Show all posts
Showing posts with label Kuala Pilah. Show all posts

10 September 2009

Bioda-grafi Seorang Senah

Senah dengar radio, DJ kata Anita Sarawak mahu hasilkan biografi tentang dirinya.
Senah fikir Senah juga patut keluarkan biografi sendiri. Senang anak cucu Senah amik tahu tentang susur galur asal usul keturunan mereka. Legasi Senah.

Senah anak kedua dari 5 beradik. Senah lahir kat Melaka tapi masa mak lahirkan Senah, kami sekeluarga dah bermastautin di Johor. Sebab tu Senah berICkan nombor Melaka. Jadi, bila orang tanya Senah orang mana, Senah akan jawab orang Johor dan kadang2 Senah bagitahu Senah orang Melaka. Ada beza ke asal dari mana? Sebab Senah tetap Senah kan? Senah tak pernah sekolah asrama. Sebab Senah tak pandai. Tapi Senah cemerlang, gemilang dan terbilang di zaman sekolah.

Lepas tu Senah masuk matrik kat Pilah. Itu lah tempat paling jauh dari rumah yang Senah pernah menetap. Jauh lah sangat. Kat situ lah Senah jumpa kawan2 Heksasianoferat. Kami dapat nama tu kat dalam makmal Kimia. Yang Senah ingat heksa bermakna 6, tapi Senah dah tak ingat apakah Heksasianoferat tu sebenarnya. Yang pasti bukanlah nama sebatian sebiji guli. Senah rasa nama tu Senah yang bagi, maklumlah, Senah suka menggila kuasa dan berfikir diri sendiri bagus. Ha3.

Setahun lepas tu Senah patah balik ke Johor, belajar kejuruteraan kat universiti selatan selama 4 tahun. Macam zaman sekolah juga, Senah tak pandai. Tapi masih menamatkan pengajian dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Habis belajar Senah terus dapat kerja kat tempat kerja sekarang, sebab Senah mendapat biasiswa tajaan company yang Senah kerja sekarang ketika belajar dulu. Senah tak pandai, tapi alhamdulillah selalu ada rezki.

Senah suka warna merah. Sebab rasa seksi dan menonjol. Tapi Senah low profile orangnya. Sungguh tak kena! Senah kurus keding, pucat dan kecik. Senah suka makan walaupun tak sepadan badan. Senah gemar coklat dan aiskrim....well, mana ada perempuan tak suka kan? Zaman sekolah dulu Senah suka bersukan, berpeluh2 dan terkinja2. Sebab Senah rasa sihat, produktif dan seksi. Hingga kan Senah digelar anak k*ling oleh pakcik2 Senah kerana warna kulit Senah yang sungguh menawan akibat suka berjemur di tengahari dan tengah padang. Ironinya, masa Senah kecik2 dulu Senah selalu disangka anak C*na sebab warna kulit Senah dan rambut yang lurus halus itu. Dengan ini Senah rasa Senah boleh jadi ikon 1Malaysia.....Sungguh muhibah! .

Senah dah kata Senah tak bijak, sebab Senah selalu ponteng kelas masa belajar dulu. Sebab tu ilmu Senah selalu separuh2...... Sebab tu agaknya Senah tak dapat bezakan, antara biografi dengan biodata. Juga apa itu bioperubatan, biokimia, biodiesel dan bioteknologi. Yang Senah tahu biologi je. Itu pun Senah dapat B3 je masa SPM dulu. Sebab tu Senah tak jadi doktor. Senah duduk bidang telekomunikasi. Sebab Senah pas bab tele-tele ni.... Telefon, televisyen, teleconverter, telegraf, teledera, teletubbies, juga telepati.

Sekian saja bioda-grafi Senah untuk hari ini. Kak Nita belum sempat keluarkan, Senah dah habis cerita kisah Senah. Muda lagi Senah rupanya. Hikayat pun pendek je. Nampak sangat hidup Senah sungguh polos. Drama mendatar je, takde klimaksnya. Senah bukan tak mahu tunggu umor 50 baru nak tulis, Senah takut Senah tak sempat sampai je..... Kalau sempat insyaAllah, berjilid nanti Senah terbitkan. Hokkay!

14 December 2008

#111 H.U.J.A.N

11 dec 2008 : 1732 pm

Hujan.
Sejuk.

Dulu,
aku pernah berkongsi rasa dengan sorang teman
Aku paling suka hujan di Pilah

Sekarang,
Masih hujan di Pilah yang paling aku rindu
Paling buat aku sayu

Terutama waktu petang macam ni
Kalau hujan, aku akan duduk kat meja belajar menghadap tingkap
Aku letak dan buka satu buku kat depan aku
Biar nampak macam aku membaca
Padahal aku akan habiskan masa merenung tingkap sepanjang petang
Tengok pemandangan luar
*Ya, ala-ala budak misteri.......*

Dulu,
Masa masih belajar kat U
Tahun akhir
Aku ader hobi menangkap gambar kilat
*Hokkay, maybe aku agak freak......*
Masa tu aku amik matapelajaran high voltage
Kata prof, kelajuan lightning adalah nano seconds
Sangat pantas
Aku cuma nak mencabar diri sendiri
Aku berhenti bila aku berjaya menangkap satu
Dan aku masih simpan gambar kilat tu buat wallpaper
Walaupun aku dah tak guna lagi henpon tu

Sekarang,
Juga hujan di luar
Tapi pemandangan langsung tak sama
Aku tak nampak hutan Pilah kat luar
Yang mana ada ayam misteri yang akan berkokok jam 3 pagi hampir setiap hari
Takde pokok2 dan bukit yang sayup mata memandang
Juga takde rumah misteri yang aku selalu dengar orang bermain piano di tengah malam

Juga aku tak mampu menangkap gambar kilat
Walaupun aku dah ada kamera yang lebih baik dari henpon lama aku
Aku benci pemandangan dari bilik aku
Hanya nampak blok depan dengan deretan kereta di tempat parkir

Tapi, macam mana pun....
Aku tetap suka kan hujan
Aku sukakan angin sejuk yang segar masa hujan
Aku sukakan daun2 yang berterbangan
Aku sukakan bau rumput yang basah selepas hujan
Aku sukakan langit yang berwarna kelabu

Juga, aku sukakan pelangi selepas hujan

Ya, dan hujan selalu datang bersama rahmat dari Tuhan......

03 September 2008

rindu semalam

Seorang kawan tiba2 mengingatkan aku pada teman2 lama aku
Terima kasih kawan!
Baru aku sedar betapa jaraknya aku dari geng Heksasianofat kini........ oh dan aku rindu Sifu juga.
Apa khabar kalian??