12 August 2011

Ramadhan......

Aku nak share sikit satu cerita.
Lama dah aku dok pendam ni.
Aku tau...aku tau....bulan puasa tak baik mengumpatkan...
(Macam lah bulan lain boleh mengumpat...ceh~)
Anggap lah ni cerita pengajaran dalam bulan Ramadhan ni.
Hu3....


Honestly, aku tak berkenan pada konsep makan secara terbuka pada ketika kau tidak boleh berpuasa.
Dalam erti kata lain ketika kau 'cuti'.
Apalah sangat menahan makan minum dalam masa yang tak sampai 15 jam tu kan?
Bukanlah aku nak kata tak boleh makan langsung.
Dah hukumnya kau tak boleh berpuasa, memang lah kau boleh makan.
Tapi bagi aku kalau setakat teguk air, makan biskut atau roti sekeping dua masih boleh diterima.
Itu pun tolonglah sembunyi2 atau makanlah di tempat yang terlindung.

Pertama,
Kau harus ada rasa hormat pada orang2 lain yang sedang berpuasa.
Memanglah, kita bukan budak2 lagi nak rasa terliur tengok orang lain makan ketika kita sedang berpuasa.
Tapi, itu isu adab dan malu.
Kedua,
Fikirkan non-Muslim yang melihat.
Bukan semua orang faham setiap hukum hakam agama kita.
Tanpa penjelasan yang jelas, boleh mengelirukan mereka kenapa pada bulan yang diketahui semua orang perlu menahan makan dan minum, kau boleh makan dan minum secara bebas.
Ketiga,
Ramadhan adalah bulan untuk kau hayati hikmahnya, bukan setakat menahan lapar dan dahaga.
Bunyinya klise, tapi benar.
Kalau kau makan dengan berleluasa, aku secara peribadi rasa ia menghilangkan penghayatan Ramadhan kau.
Sekaligus membuat kau terlupa betapa istimewanya bulan penuh hikmah ini.
Ini pendapat peribadi aku, bukan tuduhan.


Just imagine,
apa pendapat kau bila hari2 kawan2 pejabat yang tidak berpuasa, beramai2 beli KFC yang kadangkala sampai set bucket meal.
Kemudian makan dengan suka ria di pantry yang letaknya sangat lah hampir dengan surau yang sah2 orang2 yang berpuasa akan lalu ketika ketika waktu rehat untuk bersolat?



Ya, sekali lagi.

Ianya tentang adab dan malu.




Tepuk dada, tanya iman.


Selamat berpuasa semua!





4 comments:

kuyan kuyan said...

totally agreed! aku xtau le kenapa skang makin ramai y berani makan ditmpt terbuka w/pn "cuti"..mungkin penghayatan ramadhan mereka sekadar menahan lapar+dahaga sahaja...*sigh

Diyana said...

makan depan en suami pun aku malu! pernah nmpak siap makan di fast food!

sepatumerah said...

tu lah kawan2, x faham macam mana org boleh selamba buat macam tu....
kita kena ajar anak2 konsep yang betul supaya akan datang x makin teruk jadinya....

khad said...

mungkin sekarang pertambahan umur sudah tidak lagi berkadar langsung dengan penghayatan adab sopan