This is a story about four people
named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.
There was an important job to be done
and Everybody was sure that Somebody would do it.
Anybody could have done it, but Nobody did it.
Somebody got angry about that,
because it was Everybody's job.
Everybody thought Anybody could do it,
but Nobody realized
that Everybody wouldn't do it.
It ended up that Everybody blamed Somebody
when Nobody did what Anyone could have.
~Author Unknown
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

01 August 2011
12 August 2010
Mari pertingkatkan ibadah kawan-kawan.....
Walaupun dah dua hari menjalani ibadah puasa,
rasanya belum terlambat untuk Senah ucapkan
Selamat Berpuasa kepada semua.
Marilah kita sama2 merebut habuan
di bulan yang penuh ganjaran ini.
Semoga kita semua dapat meningkatkan amalan
di bulan mulia ini.
Renung2kan dan, selamat beramal!
Maka,
Hapekejadahnya Senah masih sibuk menghapdet blog di waktu2 begini??
Owh, Senah lepas gian saja.
Sekejap lagi Senah terawih, InsyaAllah.....
Assalamualaikum~~

05 September 2009
Pesta wey...Pesta.... (Ni bukan pesta ala2 jom heboh!)
Ya,
Pesta jemputan berbuka puasa dari vendor2 sudah bermula!
Waduh....

22 August 2009
Salam Ramadhan
Hari pertama berpuasa. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Sujud dan syukur buat-Mu Ya Allah...
Ramadhan, aku anggap sebagai penanda usia kerjaya aku.
Dulu, aku kursus induksi pada bulan Ramadhan, 2006. Masuk ni, Ramadhan yang keempat aku kat sini. Sedar2 dah tiga tahun berlalu. Tak terasa langsung.
Kalau nak cakap pasal kerja, macam2 hal dah terjadi pelbagai emosi dah dilalui.
Aku teringat satu masa dulu, Cik Zati pernah menulis panjang dalam emailnya kepada kami..... Katanya, kamilah executive di Malaysia yang mendapat gaji paling ciput.
Mungkin betul agaknya.
3 tahun berlalu, aku tak lagi nampak gaji sebagai tarikan untuk aku bekerja. Aku dah lupakan.
Well, mungkin tak lupakan sepenuhnya....tapi aku mula belajar terima kenyataan. Kerja aku, LillahiTa'ala... InsyaAllah.
Beberapa minggu yang lepas aku hadiri satu kursus motivasi, khas untuk kami para2 eksekutif.
Patutnya aku hadirinya selama 3 hari, tapi memandangkan pada hari pertama kursus aku dah tersungkur membalas tidur sebab bekerja sepanjang malam (dalam entri yang lepas), maka aku hanya dapat hadiri untuk 2 hari.
Masa hari last, sesi penutup tu kami di beri taklimat tentang kerja. Alah, taklimat ringkas2.... Tentang motivasi kerja, halatuju kerjaya, emosi di pejabat dan sebagainya.
Yang paling aku terkesan sekali, katanya kita sering merungut tentang gaji yang sedikit. Atau hasil yang tidak setimpal dengan usaha kita tanpa kita sedari, kita tak melihat rezeki kita dari sudut yang lain. Kerana kita tidak berbalik kepada agama. Kepada takdir dan ketentuan yang telah Tuhan tetapkan untuk kita.
Katanya lagi, mungkin Tuhan tak memberi kita rezki yang banyak dengan cara itu, tapi adakah kita perasan, kesihatan ibu kita mungkin semakin membaik, atau anak2 kita membesar dengan bijaksana, atau kereta kita tak pernah sekali meragam. Kerana itu juga salah satu bentuk rezeki yang Tuhan berikan. Ada orang katanya lagi, duit banyak... tapi sakit sana sini, anak2 perlu dihantar tuisyen sebab lembab dalam pelajaran, atau asyik ditimpa musibah seperti tayar kereta pancit, kemalangan, atau hutang yang berlambak. Lalu ketika itu, bermaknakah duit yang banyak? Allahuakbar, aku alpa selama ni. Ada perkara yang kita tak boleh beli dengan harta kekayaan.
Lalu, beberapa hari lepas aku dengar satu sesi kat TV. Ada satu Dr. ni beritahu, salah satu sebab kita di serang penyakit adalah kerana sikap negatif dalam diri kita sendiri. Sebab kita tak memandang segala perkara yang berlaku sekeliling kita dengan positif. Katanya, ada orang asyik merungut kerja banyak, jalan sesak, kena marah bos dan macam2 lagi. Tapi bagi orang yang berfikiran positif, itu bukanlah masalah besar.
Katanya, kalau kerja banyak, itu menandakan kita mendapat kepercayaan dari orang keliling, punya bakat dan kebolehan yang orang lain tak punya. kalau jalan sesak, kenapa tak ambil kesempatan untuk meluangkan masa tenagkan fikiran ketika itu untuk mendengar muzik dan celoteh DJ? Juga kalau bos marah, itu tandanya bos sayangkan kita dan perasan kewujudan kita di pejabat. Selain tak mahu kita terus buat silap, ia juga menjadikan kita lebih kuat semangat dan cepat belajar. Segalanya harus dipandang dari sudut hikmah.
Macam kes rezeki tadi juga.
Ya, kadang2 kita kena ajar telinga dan mata ini untuk mendengar dan melihat forum2 atau sesi2 yang mendidik jiwa.
Hati kita tandus, kena selalu siram dan baja.
Kalau tidak makin gersanglah jiwa tak keruan kita.
Anyway, happy Ramadhan semua.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya di bulan yang mulia ini.
Assalamualaikum.

Subscribe to:
Posts (Atom)