19 December 2008

#121 JODOH

Kau tahu kisah2 ini.....

Satu.
Kau bercinta sakan dengan seseorang yang mana dia akhirnya bukan lah jodoh yang telah Yang Esa tentukan untuk kau.
Frustkah kau kerana dah membuang begitu banyak masa bersama orang yang salah?

Dua.
Kau bertemu, berteman sebentar dengan orang yang akhirnya kau tahu tiada kena mengena dengan jodoh dan masa depan kau.
Mampukah kau menganggapnya sekadar selingan dalam pencarian dan mengabaikannya pada pertemuan pertama?

Tiga.
Kau baru bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kau kenali. Lantas dalam masa sesingkat itu kau ketemu rasa pasti yang dia adalah jodoh kau.
Beranikah kau mempertaruhkan seluruh kehidupan kau bersama orang yang asing itu selepas ini tanpa rasa ragu?


Empat.
Kau akhirnya bertemu jodoh dengan seseorang yang selama ini berlegar2 dalam hidup kau sebagai orang asing saja.
Salah takdirkah bahawa kau telah menyia2kan masa yang sepatutnya kalian manfaatkan bersama selama ini?
-End-

No comments: