12 dec 2008 - 1922 pm
Aku buat onar mencemar keberkatan jumaat
Meeting kat KL pukul 3 tapi kol 11 lebey aku dah cabut tinggalkan opis
Tapi aku dah maklumkan berita pencabutan aku pada boss masa dia call aku mintak update bagai2 projek
Hokkay, aku mungkin nakal sbb suka tuang keje... tp aku skema! ;p
Sebelum ke KL aku singgah Subang Jaya
Pegi opis pakcik aku,
Pastu pegi umah makcik aku
Hantar kek yg mak pesan soh bagi kat diorang
Slambe je buat aktiviti terlarang time keje
Dekat kol doblas stengah sampai KL
Sebab semata2 nk makan ikan bakar,
Aku dengan Sab penuh relanya menapak dalam tengah2 panas tu
Actually sebab jarak perjalanan yang agak boleh membakar lemak aku yg x seberapa ni.....
Aku rasa macam tak brape nk cukup aper yg aku makan tadi
Aku mcm nk cakap kat Sab aku masih lapo.......
Tapi aku rasa dia mesti tuduh aku makan x baca doa
Sbb aku dah makan bnyk tadi
Nk buat cam mana....
Tengahari ke surau masa lepas solat aku gatal2 menimbang berat
Aku panggil sab untuk tunjuk angka kat penimbang tu
Jadi saksi yg akhirnya aku dah cecah berat piawai aku
Aku syak penimbang kat umah rosak
Sebab selama aku timbang hari2 angka nya tak pernah bertambah
Statik je sejak hari terakhir puasa hari tu
Bukan men suka lagi aku
Tapi kalo tgk pergelangan tangan aku skrg ni.....
Jam tu dah boleh aku pusing2kan
Sangat kecik dah tgn aku skrg
Suar jeans yg aku pakai pun dah rasa mcm suar pinjam
Longgar.
Besar.
So mana yg aku nk percaya?
Penimbang rumah atau penimbang surau?
Drive balik, aku rasa lama dah aku tak tempuh jalan KL ni
Terlalu banyak benda yang ' rasa-dah-lama-tak' lately ni
Rasa dah lama tak singgah umah keramat
Rasa dah lama tak tengok wayang
Rasa dah lama tak tido sampai tengahari buta
Rasa dah lama tak shopping baju baru
Rasa dah lama tak main layang2
Rasa dah lama tak melepak ramai2 dgn membe
Rasa dah lama dah tak makan ABC......
Masa on da way balik lalu kat area pasar keramat
Tau2 je lah jalan sempit
Kete parking tepi2 jalan
Bebudak men basikal lalu lalang sesukati
Orang plak melintas ikut tahap berani mati masing2
Ader lah plak sorang makcik ni
Slambe je aku tgk dia pakai tshirt dgn kain batik
Kalo mak aku pakai cenggini kuar umah, sangat patut kena ceramah panjang ngan aku!
Dah la tshirt tu dia pakai dalam kain batik tu......!
Kalo org naik moto lalu sambil tarik kain batik....Lu pikirlah sendri!! >.<
Okay... mungkin aku je yg berpikiran jahat
Tp aku rasa cam nk sangat turun kan tingkap masa lalu seblah dia
Pastu jerit kuat2
Makcik! Dah xde baju len ke?
Yg pi pakai baju tido apehal?!
Pi balik tukar skrang!
Tp.... tu lah kanz........
Dah mmg bukan mak aku
Mak aku kat umah pun x pakai tshirt ngan ken batik ni
Ape kelas katernya......
Emak aku kat umah pakai baju kurung kay!!
Tak caya?
Sila datang umah secara mengejut, korg boleh tgk kod pakaian mak aku di rumah
Lepas makcik tu pegi jauh dari mata kepala aku
Muncul lak sorg pakcik ni
Actually dia x muncul, dia mmg dah ader kat situ
Tgh betulkan moto tepi umah yg sgt dekat dgn jalan yg sempit ni
Hokkay, aku bukan nk sgt tgk pakcik tu
Tapi sbb dah ko dok umah yg sgt dekat dgn jalan
Jalan tu plak sentiasa sebok.......
Boleh tak ko pakai baju demi menutup perot ko yg sangat boroi dan hudoh tu?!
Ye, dan sekali lagi aku rasa nk menjerit
Pakcik! Musim2 hujan ni sume baju pakcik dah abis basuh ker?
Sampai xde baju nk pakai?!
*Bengang!!*
Kemudian ader seorang anak dara (anak dara ker?)
Dengan sorang mamat melintas depan aku
Ko patut tau biler badan ko saiz XXL,
Ko tak layak pakai tshirt saiz S
Dengan babat berlapis yg x mampu ditutup kat perut
Selamba je dia pakai tshirt saiz adik aku!
Warna putih plak tu!! >.<
Siap padan dgn jeans low cut yg tak mampu tutup alur *tuut* kat blakang!
*Dem!!*
Selain mengundang caci maki orang sekeliling.........
Aku rasa minah ni sangat merbahaya
Boleh mengundang eksiden biler mana mat2 moto tak agak2 menoleh 2 kali untuk nk pastikan aper yg diorang nmpk!
Ye aku rasa ketagih nk maki orng sekeliling aku hari ni!!
Aku tarik napas dalam2 masa sampai dlm kawasan perumahan
Baru rasa longgar semua urat aku
Sepanjang memandu aku rasa seluruh badan aku krem. Stress.
Tu lah, biler hati tak bersih badan pun x sehat
Len kali maki2 lagi orang
Konon buat terapi puaskan diri sendiri
Rumah lama sangat sunyi
Bunyi langkah sendri pun sangat lantang pada telinga aku
Rumput dan lalang dah meninggi diri sekarang
Masa aku sampai cuaca dah gelap
Aku rasa rumah tak ubah macam rumah2 misteri dlm movie
Rumah besar yg tak berpenghuni
Sunyi
Gelap
Menakutkan
Lama aku berdiri pandang kawasan keliling rumah
Sayu betul rasanya
Dulu, masa aku masih penghuni kat sini
Tak macam ni pun perasaannya
Meriah, ceria, rumah ni 'hidup'
Mungkin sekarang makcik dah takde
Fatin pun dah takde
Aku juga takde
Rumah takkan berseri andai penghuninya sepi
Aku cuma boleh berharap
Satu hari, sebelum rumah ni bertukar tuan......
Rumah ni boleh kemabali 'hidup'
Macam rumah yang dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment