17 December 2008

#118 I'm not happy.....

Brother partner betul2 MC hari ni *Sigh*
Bila sorang takde kat opis, sangat lah sepi ruang kerja yang terceruk ni. Tu lah, time ada kadang2 rasa rimas, menyemak je.

Aku dah membayangkan pelbagai kemungkinan sekarang.
Hokkay, otak aku penuh dengan plan sebenarnya.... Dan kalau plan dipaksa jadi MC ni diteruskan bermakna aku terpaksa cari satu lagi ruang dalam paler otak untuk acara haramjadah tu.

Aku tak sudi dan tak rela sebenarnya. Tambah2 lagi brother partner tak sihat. Aku syak dia akan MC sampai hari kejadian. Kalau pun sihat, aku dengar dia terpaksa standby pada malam kejadian untuk kerja2 migration sistem. Confirm bukan takkan jadi MC malam tu. Huhu, lengkap lah alasan untuk aku sakit kepala hari ni.

First plan, nak balik JB wiken ni. Kenduri kawen. Sabtu. Kota Tinggi. Kalau aku nak pergi sana pastinya bukan dengan JEJAKA aku. Buah hati tu dah terlalu penat untuk aku ajak. 2 kali berulang JB-Cyber untuk 2 minggu berturut2. Aku rasa dia perlukan rehat. Poket aku juga tenat sekarang. Walaupun gaji awal bulan ni, bukan bermaksud amaun gaji aku akan lebih dari bulan2 sebelumnya. Kena budget. Minyak dan tol. So, menumpang aja lah jawabnya. Pilihan yang ada. Satu-satunya. Kak Su. Seremban. Menumpang ni pun satu hal. Kalau kenduri kawen lazimnya berlangsung tengahari. Lalu pukul berapa pulak aku nak start gerak dari rumah ke Seremban kemudian gerak pula ke kota Tinggi.
Maka majlis makan2 yang berlangsung pada malam sebelumnya haruslah aku abaikan saja.

Pertama, sebab aku memang takde mood nak pergi. Kena buat benda yang ko tak rela. Apa kau fikir aku akan rasa?
Second, kalau aku selamba tarik diri jadi MC tapi aku hadir juga dengan rasa tak berdosanya. Apa kau fikir reaksi orang lain terutama orang yang memberi cadangan haramjadah tu nanti?
Ketiga, abaikan apa aku rasa dan apa orang rasa..... Fikirkan badan aku yang menanggung penat lelah sebab majlis tu di jangkan tamat jam 2300 malam. Kol baper aku nak sampai umah yang dah tentu2 jauh dari tempat majlis tu, then kol bape baru aku tido dan kol baper pulak aku terpaksa bangun untuk rush ke Seremban kemudian ke Kota Tinggi??
*Hilang napas!*

Second plan, andai tak jadik aku pergi Kota Tinggi dengan sebab mak aku tak bagi (sebab dia kata Kota tempat favorite banjir kilat) atau sebab2 yang lainnya, aku dah buat appointment dengan Perodua untuk servis JEJAKA aku Sabtu ni sebenarnya. Punya lah susah payah aku bertekak2 dengan minah Perodua tu nak carik hari yang seswai... last2 nak kena kensel plak. Dem! Ye lah... masa aku booked tarikh tu aku tak tau plak aku akan pergi majlis lain. Sebab aku memang takde niat nak balik JB pun. Budget beb! Tapi, dah sebab Kak Su pelawa pegi sama naik kete dia, haruslah aku pertimbangkan balik appoinment aku tu.
*Muntah darah*

Third plan, kalau tetiba datang angin songsang aku nak pergi plak majlis tu nanti......
Hokkay, aku tak mau letakkan ni sebagai pilihan. Aku kensel! kensel! Aku dah pikir abes neh! 2 pun dah jadi masalah, tak perlu tambah satu lagi. Apa aku patut buat sekarang? Ya, nekad saja aku send email pada sang menejer minta mahap, cakap nak tarik diri, bgtau ada hal lain lebey urgent, soh ganti dengan orang lain.
*Ya.... kadangkala aku boleh jadi sangat selfish! Percayalah!*

Tapi, aku tak gembira dengan apa yang aku buat sebenarnya.....

-End-

No comments: