23 December 2008

#126 hari saya, hidup saya, cinta saya (v2)

Pagi aku sempurna walaupun trafik lebih (hangat) sesak daripada biasa.
Aku datang kerja dengan pikiran positif dan bersangka baik untuk sepanjang harini.
Aku senyum je biler kena usik.
Ada orang call tanya macam2, pun aku layan dengan baik. Sampai dia puas hati dengan semua jawapan2 aku.
Dan bila boss mintak aku attend 2 meeting bagi pihak dia yang mana kedua2 meeting tu bertindih pada hari ni, waktu yang sama.... aku still boleh rilek2 tenang.
Sebab aku berfikiran, dia dah berusia... 'maybe' pening2 nak suruh aku pergi meeting yang mana. 'Maybe' dia lupa dia dah suruh aku pergi meeting yang sebelumnya, atau 'maybe' dia yakin aku mampu handle situasi gaban macam ni. Aku tak mau bersangka buruk. Baik betul hati aku......pagi ni.

Masa nak keluar opis, aku minta staff wakilkan aku ke satu meeting supaya aku boleh attend meeting yang satu lagi. Dan aku masih lagi boleh berlapang dada masa bagitau pada dia, aku harap dia boleh independent pegi meeting, pegi site atau apa saja keje dan x bergantung terus pada aku but its ok kalau dia x mau pegi. Gile baik dapat boss mcm aku ni.

Aku drive ke KL juga dengan riang ria kenari. Lepas lunch dengan Sab, kitorang singgah tempat jualan coklat. Masa memula nmpk orang ramai2 aku cakap pada dia, kalau dah ramai cenggini malas lah aku nak beli. Tengok2 je lah kot. Tapi.... coklat ibarat magnet pada aku. Tak bleh elak! Dan ibarat cinta pandang pertama, aku terus je sambar sepeket coklat cherry Hershey's. Tak mau kasik orang len amik, last peket yang ada pon kat situ (ketika itu). Thanks lah Sab sudi beratur bagi pihak aku untuk bayar sementara aku draw duit kat ATM. Melayang lah 17 hengget stengah untuk sepeket anti-stress yang penuh nikmat.... haha!

Lepas tu kitorang berpecah. Sab balik opis, aku naik menara. Lepas solat aku belek email yang aku dah print. Aku baru perasan, pada reminder yang dihantar pada kami ditulis meeting di tingkat 19 utara. Tapi dalam email tu sendiri tercatat tingkat 22 selatan. Hokkay.... nak pegi yang mana sebenarnyer neh? Maybe aku patut pergi tingkat 19 dulu kot. Nasib baik lah aku ni ringan mulut nak bertanya, tak main terjah je duduk dlm bilik meeting. Dem! Bukan kat sini...... So haruslah aku segera memecut ke tingkat 22 sekarang..... Skali lagi aku kena kencing. Siyut betul! Aku dah mula nak menyumpah2. Last2 aku dapat tau meeting kat tingkat 16 selatan. Haperkejadahnye?!

Bengang betul aku! Aku rasa nak marah. Kalau dah tahu nak minta aku wakilkan, boleh tak ko tolong inform if ader apaper perubahan yang berkaitan? Tak lah aku rasa diperkotak-katik. Dah lah suruh aku pegi last minutes tanpa brief aku apaper pun , then assume aku sangat independent boleh carik sendiri bilik mesyuarat tanpa bgtau aku tmpt dah berubah. Tolong... tolong consider hati orang lain....

Masa aku keluar lif kat tingkat 16 tu aku jalan hentak2 kaki. Sebab aku rasa sebal. Aku masuk bilik meeting pun dengan muka ketat. Masa perkenalkan diri aku tak bleh nak senyum langsung. Awal mesyuarat aku buat muka sinikal, muka sarkastik. Ape pun orang cakap aku buat bodo je. Aku perasan, chairperson asyik usha pandang aku jer.... Maybe dia pun bengang tengok aku.

Aku tak peduli. Aku rasa selama ni aku asyik pikir hati orang. Apa orang akan rasa. Sesekali aku nak orang pikir pulak ape aku rasa. Consider nak amik hati aku. Sesekali aku teringin nak jadi selfish. Masa meeting tu nak je aku cakap ...."Unit saya tak mahu buat ni. Patutnya projek u all, u all lah yang buat. Kami cuma boleh assist je!" Tapi, aku bukan orang macam tu. Aku boleh cakap dalam hati je, hakikatnya.... aku asyik nak pikir nak please orang. Walau orang marah, walau orang kutuk sindir, perkotak-katikkan atau sakitkan hati aku... aku take it easy je. Tak simpan dalam. Separuh jalan aku beralah. Aku mula kendurkan urat2 tegang kat muka. Dan penghujung mesyuarat, aku senyum pada semua orang termasuk chairperson yang banyak kali salah sebut nama aku tu.

Lepas Asar, aku bergegas ke opis Sab. Masa sampai sana aku cepat2 letak beg laptop aku.... lenguh bahu! Aku mencangkung celah meja dia menghela napas penat sambil mengorek beg, carik bungkusan coklat. Aku hulur pada dia lebey kuang 7 ketul. Aku amik satu. Sambil mencangkung tu jugak aku layan.... Hmmm, sedapnya........ rasa dilamun cinta! Hahaha! Sab pun setuju......Kalah coklat stoberi Tok Ti....;p Len kali kalo jumpa lagi aku mesti borong banyak2!!



Coklat cherry... rasanya bagai dilamun chenta! Ahaks!!

No comments: