16 December 2008

#116 -MC-

Hari ni, setelah sekian lama tak berlaku....Aku punch card before 0830
*grin*
Runsing semalam masih bersaki baki tapi mood pagi tak patut rosak kerananya
Sorang membe ajak breakfast sama,layan... lagi pulak opismet2 aku dah makan dulu tinggalkan aku
Macam tau2 aku nk kuar makan dgn membe

0930 aku masih berfoya2 tak masuk opis lagi padahal meeting aku start masa tu
Ya, dan macam biasa... asal aku buat keje haram mesti terkantoi
Brother dah siap telepon bertanyakan kemanakah aku ghaib tiba2
Sbb ader sorg manager carik katernyer
Aku berlagak macho bgtau pada brother yg aku akan carik sang menejer tu sebaik saja sampai opis

Sampai2 opis dengan lenggang mak limah pulang petang tu aku disergah sang menejer tepi pintu
Hah, kemana?
Dah la pegi sorang2, makan jauh2 plak tu
Ni makan ngan sape neh? boifren?
Ya, tipikal bapak2 dalam drama melayu usop aslam
Aku nyengih liar je.... ayat defensif tak berlaku di situ
Malas... dah memang salah aku pon
Lagi pulak aku kejar masa nk ke mesyuarat
Nanti jumpa saya 1130 kat bawah katernyer

Mesyuarat aku tangguh jam 10, jadiknya adengan kalut berlaku lagik
Sini meyuarat, sana panggil diskas..... adoi....
Aku mabuk dalam bilik beku
Badan aku dah jadik tunggul sejuk
Kepala menerawang ntah ke mana
dan perut aku? overload dgn tosay

Aku terkejar ke bawah pulak
Ingatkan aper mende lah yg penting sgt nk dibincangkan
Rupernya, ini acara paksa rela, acara cari pasal
Takde pilihan
Dipaksa jadik MC untuk majlis makan malam opis kitorang Jumaat nanti
Wut????? NO WAY!!! Dah lah majlis Jumaat hari ni baru nk bgtau...! Ingat saya aper?? Seumo idop, tak pernah lah saya jadik MC....sumpah mati idop smula pon saya takmau!
*histeria*
Ya, kalau lah itu mampu terluah dari mulut aku.....
Segala hikmah & jurus2 eskapisme aku tak dpat aku praktikkan disini
Aku macam kena pukau, menurut aja
Dem!
Sudah tu, temanya pulak kasual hijau atau merah
*0ooOoo...saya mahu pakai baju elf di musim krismas lah kalo begitu!! rolling eyes!!!*
Hokkay, aku xde baju kasual baik yang berwarna merah mahupun hijau!
Ape perlu aku bershopping baju semata2 untuk acara satu malam yang aku sangat tak rela nk datang tapi terpaksa datang?!
Sengal.

Aku jeling pada brother, partner MC aku nanti
Mlm semalam kitorang berchatting, dia kata dia nk MC hari ni sbb sakit tekak
Aku jugak yg gatal2 sound ... kalo takat sakit tekak, tangan masih mampu buat keje
Tu lah kater orang, kerana mulut badan binasa.... haiihh, binasa dah nie.....binasa.....
Kalaulah aku boleh tarik balik kata2 aku semalam, mesti brother dah MC hari ni
Mesti sang menejer dah carik orang len, dan semestinya aku tak terheret sama sekarang
Aku rasa bangang.

Spanjang hari aku nerves
*Siyut... aku benci perasaan ini! >.<*
Baru aku nak bersemangat hari ni, mood aku dah rosak sebab hal yg hapekejadah
Aku bukak lagu, tak kuat sgt... tp cukup lah untuk brother2 keliling dengar
Aku slambe nyanyi sesedap hati aku... terapi untuk diri sendiri
Brother2 usik aku, dah praktis suara ke untuk majlis
Aku buat bodoo.... Ish, kenapa lah aku tak kata tak mau je tadi??!!
Aku dgr brother partner dah batuk2 kuat
Dah makin teruk sakit tekak, mcm mana nk jadik MC?
Hadoi, jgn lah ko MC nnt.... kalau orang len jadi partner, lagi lah demam aku neh!


Ya, cuba ko pikir......aper akan jadik kalau si MC-MC ni amik MC pada malam kejadian?

No comments: