Oleh kerana aku dah nekad nak tarik diri dari menjadi sebahagian dari orang penting majlis tu nanti, aku dengan penuh baik hati menawar diri untuk membelikan cenderahati untuk acara bertukar2 hadiah. Macam yang selalu2 orang buat....Setiap sorang bawak hadiah masing2, pastu tukar dengan hadiah orang lain.
Oleh sebab syarat nya hadiah hendaklah berharga minimum 5 hengget, maka aku buat kepeutusan nak beli kat kedai 5 hengget jer. Aku offer diri sapa mau kirim, aku boleh tolong borongkan untuk semua orang. Dan, 5 orang berminat dengan tawaran keramat aku. Campur aku, 6 hadiah aku harus borong.
Lepas lunch, kol 2 lebey aku cabut. Slambe tuang keje lagi untuk kali yang keberapa tahun ni.
*Haiiihh, nampak gaya kena buat azam baru kena kurangkan tuang keje macam neh!*
Aku kuar dengan membe. Sempat beramah mesra dengan adik guard sementara tunggu membe datang. Juga sempat terserempak dengan En Bintang Tiga di tangga. Apapun yang terjadi tak perlu jadi penghalang untuk kita bertegur sapa walau setakat kata 'hai'. Perpisahan, masih boleh jadi indah.
Puas meronggeng, aku balik dalam kol 3 lebey. Membe2 opis termasuk brother2 serbu aku.
"Mak aih, banyak nyer!"
"Dah kater nak beli 6 barang...."
"Semua skali braper harga?"
"33 hengget termasuk pembalut hadiah..."
"Biar betul.... semua ni 30 hengget jer?"
"Lor, dah saya kater beli satu barang 5 hengget.... 6 barang 30 je lah...."
"Terer ko shopping? 6 barang, lain2 plak tu.... tak sampai brape jam je...."
"Well...... Aku kanz...... "
;p
;p
;p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment