22 December 2008

#124 Seksi, Seks & Seksa

Ini bukan entri untuk mereka yang berusia 18 tahun keatas.


Pagi ni, kerja kat TTDI.
Sedang aku boring2 menunggu vendor sampai, pastu set up itu ini.... Aku terperasan satu benda yang menarik. Pelan lama yang dah lusuh dan warna kuning tertampal kat dinding bilik meeting. Apakah maksudnya ini? (Sila klik pada gambar untuk lebih jelas)


Adakah seksyen itu disebut seksi satu ketika dulu? Atau dedulu tak wujud perkataan seksyen lalu disadur saja dari bahasa inggeris dengan menukar perkataan section ke seksi? Atau tempat2 dalam pelan ini punya ranking keseksiannya yang tersendiri? Hahaha, aku rasa seksi ketika ini! *Sengih*

Aku balik opis tengahari. Punye lah ramai manusia hari ni. Bilik meeting semua penuh. Ada meeting, seminar, acceptance test, bagai2..... Akhir tahun kanz, paham2 je lah. Banyak lah benda bertangguh yg nak kena kejar.

Aku santai2 je hari ni. Masuk opis dah separuh hari. Semangat kerja pun haruslah tinggal separuh. Haha, keji betul perangai. Bosan2, seskali aku dok melawak2 bangang dengan brother2 yang mana hari ni cukup ahlinya. Sorang brother batuk. Oleh sebab ramai sangat brother, aku namakan dia brother kecik. Sebab dia berbadan paling kecil antara ramai2. Yang len2 sibuk menyahut sekali. Tiba2 brother kecik yang batuk tadi buka satu topik. Dia kata Sabtu lepas dia baca paper, ader fakta tentang lelaki akan bersin bila terfikir tentang seks. *Betul ker?* (Klik di sini untuk info lanjut : http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm)

Kitorang berbahas. Habis lah lepas ni kalau korang bersin aku lari jauh2. Kata aku. Haha. Lepas tu brother kecik sambung, kalau pompuan bersin x per lah? Haruslah takpe....! *Aku nak buat aper pun kat korang??!*

Pastu sorang brother lain (yang mana lebey layak aku panggil uncle sbb lebey tua dari mak aku!) tiba2 soh kitorang lukis gambo orang. Syaratnya hanya boleh guna bentuk bulat, segitiga, segiempat tepat dan segiempat sama. Tak bleh pikir panjang, lukis je ikut apa yang terlintas. Aku lukis dua model. Buat spare. Syak wasangka sebab tetiba dia soh lukis time2 topik hapekejadah macam ni. Masing2 melukis lah dengan penuh imajinasi kanak2 tadika. Korang pun boleh buat sekali. Kuiz personaliti neh!

Aku lukis orang dengan kepala berbentuk bulat, badan segiempat tepat memanjang ke bawah dan kaki tangan dari bentuk segitiga. Lepas semua orang melukis (tekunnya semua orang buat benda lagha!) barulah brother uncle ni bagitau. Kalau gambo orang dilukis banyak bentuk bulat, orang tu banyak memikir hal seks. Haha, semua orang lega. Sebab takde sesape antara kitorang yang kemaruk melukis bentuk bulat. Kalau segitiga, praktikal orangnya. Kalau segiempat stabil personalitinya. Haha, seimbang upernye aku nie. Kata brother yang len... Iya lah, kalau lukis bulat semua giler seks. Tapi kalau semua bantai bentuk petak, sumting wrong lah tu.......Xde nafsu namanyer.... betul lah jugak kanz! ;p Pastu brother uncle tambah lagi. Cuba korang tengok bentuk logo AF? Bahaya tu sebenarnya. Saperlah yang punya idea..... *Huhu, seram dowh!*

Tak berapa lama lepas tu, seorang brother datang ke tempat aku. Kami panggil dia Along. Tengah aku sibuk berdiskas dengan brother along tetiba brother tambi datang. Nak tengok jari tangan aku. Bahaya neh! Apa hal tetiba nak tengok jari orang neh?? Rupenyer brother partner dapat email, gambo bendi. Pastu dia tanya soklan bodo kenapa bendi dipanggil lady finger, sebab sama jari pompuan kah? Then brother kecik jawab pada brother partner dan brother tambi, dari tengok jari tangan baik jari kaki aku. Pastu.... diorang gelak puaka yang mana kalau ko dengar nadanya korang tau membawa maksud yang bukan baik. Dem!

Ini lah buruknya bila duduk dengan brother2....... Seksa sebab asyik jadik mangsa!

No comments: