Showing posts with label majlis makan malam. Show all posts
Showing posts with label majlis makan malam. Show all posts

05 February 2010

Rempit

Lama sangat memeram entri ni dalam kotak draft. Dah jadik tukun dah agaknya... Konon sungguh la bizinya sekarang nie... Haihhh~~

Hari Jumaat. Macam hari2 Jumaat yang selalu2, datang keje dengan mood separuh hujung minggu. Nak2 pulak wiken ada acara poya2.
Sungguh santai....

Pagi2 breakfast ngan membe2 opis. Abis melantak & borak2 kosong, terus siap2 nak ke Desawater Park. Untuk survey tempat acara kengkununnya.
Buat pertama kali sejak bekerja aku join acara hari keluarga kat opis. Siap jadik AJK bagai lagik! Ececeh! Kena catit dalam diari neh. Mungkin sekali ni je la kanz, jadik sejarahnya~

Asal2 plan team kami akan konvoi dengan team AJK lain. Dari building sebelah.
Gedebak gedebuk kami sedar kami dah ketinggalan. Punya lah rempit kanz, konon dah keciciran......

Lepas tu dah tak toleh2 blakang dah. Meter kete takdenya bawah 120km/j. Dasat membe kitorang yang bawak kete neh. Tak padan anak dara, memang hobi dia merempit kat highway.
Kitorang yang lagik 3 bujang ni dok remind2 pasal terbabas, eksiden, mati katak, serta betapa ruginya mati sebelum kawen neh....Ahaks~
Tiba kat lokasi, baru kitorang tau kete yang kami sangka telah meninggalkan kami rupanya sejak awal ketinggalan di belakanggggg..... Ceh!

Tengahari, balik opis semula.
Pun sama, rempit sebab kejarkan nak hantar brother partner yang nak ke masjid menunaikan rukun. Belum habis debar naik kete, dah dapat debar pasal breakdown kat Shah Alam.
Alah.... Mana nak carik jalan ke sana?
Staff sorang cuti sakit. Terpongkes di langgar kereta. Hu3~
Seorang lagi dah pegi Shah Alam dulu masa aku ke Desawater Park.

Abes solat Zohor lepas siapkan segala report rutin hari Jumaat aku, segera aku pulak tunjuk skill merempit sorang diri. Sebelum keluar opis sempat tny arah nak ke Ibusawat Shah Alam pada membe baru kat opis yang mana dulu adalah ex student UiTM SA. Siap dia tunjuk Google Maps kat aku mcm mana nak pegi. Aku kater padanya, bro....sbg gadis tipikal yang tak pandai membaca peta cukuplah sekadar bgtau aku perlu ikut highway mana, lorong apa dan landmark2 yang boleh dibuat rujukan. Dan aku rasa lelaki dan perempuan mmg sgt berbeza dlm bg direction ke satu2 tempat. Yang masuk dalam paler otak cuma highway elite dan exit ebor. Pastu aku trus lost sebab direction yg dia bg seolah2 aku dah bnyk kali ke SA tu. Hu3~~

Aku gagahkan je diri. Tangki minyak penuh. Touch n Go aku pun masih bnyk lagi baki. Selamba!Baru masuk highway elite jer, dapat sms dari staff bgtau jgn ke Ibusawat SA, terus ke UiTM je. Sebab prob kat Ibusawat dah setel. Haih~~ Tadi puas lah tanya mana nak pegi Ibusawat. Alih2 suka-suki je bgtau last minit kanz! >.<
Aku call balik membe kat opis, tny mcm mana nak g UiTM SA. Dan sekali lagi aku cuma dengar perkataan highway elite dan exit ebor. Yg lebih2 haram tak masuk. Cemerlang!
Aku rempit mcm nak rak kat highway. Lane kanan je manjang. Jeling2 meter, oppss! Tapi tak dapat nak bersikap berhemah.... Dah lewat neh!

Selain menguji tahap kelajuan max kete dalam hujan guruh bagai nie serta skill mencari tempat asing yang bagaikan mencari benda tersembunyi itu, aku juga menguji tahap kepasrahan aku dalam menerima takdir andai tersurat aku akan sesat di SA. Ternyata Tuhan amat kasihkan hambaNya yang selalu tersesat ini. Dalam main redah je jalan, siap jumpa sepasang roundabout dan taman2 perumahan serta memandu hanya berpandu sebuah bas UiTM serta papan2 tanda sampai jugaklah ke UiTM. Alhamdulillah......

Pukul 1900 semua siap. Sempat staff aku meracun, ajak ke acara dinner tahunan opis kitorang yang kebetulan diadakan malam ni.
Masih sempat katanya. Acara start kol 2000 mlm. Shah Alam dengan Bangsar tak jauh, katanya lagi.
Macam tahun2 sebelumnya, aku cuma bayar tapi tak pernah join acara2 seangkatan macam ni. Dek termakan hasutan, lepas solat maghrib sekali lagi aku buat aksi merempit terlampau. Kali ni kat Federal Highway pulak. Ada tukang galak plak kat sebelah. "Laju lagi boss, laju lagi..." Keluar dari pintu gate UiTM kol 2010 malam, kol 2030 dah siap parking kat tepi bangunan opis kat Bangsar. Kalau abah tau lah~~

Kol 2200 aku dah blah tinggalkan majlis. Perut dah kenyang kanz. Esok nak kena bangun awal. Family day. Badan sendiri, aku tau limitnya. Seminggu dua ni memang tak henti rehatnya. Jadinya, lepas buat gempak bagi bunga kat 'artis' opis kami yang sedang menyanyi kat pentas aku terus blah. Dan, sekali lagi aku berhooyeh-hooyeh sendirian dalam kete dan tak mahu menjeling ke arah meter. Yg pasti spjg perjalanan takde sebijik kete pun yg memotong melainkan 3 bijik kete ketika menuju ke tol.

Kalau di kenang2 balik, aku kalau orang bawak laju2 pandai lak bg nasehat peringatan segala neh. Tapi kot diri sendiri yang terlebey sudah ni hah, boleh lah plak kanz? Sungguh makhluk~~



Exist - Langkah Seiringan
Seri Kembangan

18 December 2008

#120 Aku kanz....... :D

Oleh kerana aku dah nekad nak tarik diri dari menjadi sebahagian dari orang penting majlis tu nanti, aku dengan penuh baik hati menawar diri untuk membelikan cenderahati untuk acara bertukar2 hadiah. Macam yang selalu2 orang buat....Setiap sorang bawak hadiah masing2, pastu tukar dengan hadiah orang lain.

Oleh sebab syarat nya hadiah hendaklah berharga minimum 5 hengget, maka aku buat kepeutusan nak beli kat kedai 5 hengget jer. Aku offer diri sapa mau kirim, aku boleh tolong borongkan untuk semua orang. Dan, 5 orang berminat dengan tawaran keramat aku. Campur aku, 6 hadiah aku harus borong.

Lepas lunch, kol 2 lebey aku cabut. Slambe tuang keje lagi untuk kali yang keberapa tahun ni.
*Haiiihh, nampak gaya kena buat azam baru kena kurangkan tuang keje macam neh!*
Aku kuar dengan membe. Sempat beramah mesra dengan adik guard sementara tunggu membe datang. Juga sempat terserempak dengan En Bintang Tiga di tangga. Apapun yang terjadi tak perlu jadi penghalang untuk kita bertegur sapa walau setakat kata 'hai'. Perpisahan, masih boleh jadi indah.

Puas meronggeng, aku balik dalam kol 3 lebey. Membe2 opis termasuk brother2 serbu aku.

"Mak aih, banyak nyer!"
"Dah kater nak beli 6 barang...."
"Semua skali braper harga?"
"33 hengget termasuk pembalut hadiah..."
"Biar betul.... semua ni 30 hengget jer?"
"Lor, dah saya kater beli satu barang 5 hengget.... 6 barang 30 je lah...."
"Terer ko shopping? 6 barang, lain2 plak tu.... tak sampai brape jam je...."
"Well...... Aku kanz...... "

;p
;p
;p

17 December 2008

#118 I'm not happy.....

Brother partner betul2 MC hari ni *Sigh*
Bila sorang takde kat opis, sangat lah sepi ruang kerja yang terceruk ni. Tu lah, time ada kadang2 rasa rimas, menyemak je.

Aku dah membayangkan pelbagai kemungkinan sekarang.
Hokkay, otak aku penuh dengan plan sebenarnya.... Dan kalau plan dipaksa jadi MC ni diteruskan bermakna aku terpaksa cari satu lagi ruang dalam paler otak untuk acara haramjadah tu.

Aku tak sudi dan tak rela sebenarnya. Tambah2 lagi brother partner tak sihat. Aku syak dia akan MC sampai hari kejadian. Kalau pun sihat, aku dengar dia terpaksa standby pada malam kejadian untuk kerja2 migration sistem. Confirm bukan takkan jadi MC malam tu. Huhu, lengkap lah alasan untuk aku sakit kepala hari ni.

First plan, nak balik JB wiken ni. Kenduri kawen. Sabtu. Kota Tinggi. Kalau aku nak pergi sana pastinya bukan dengan JEJAKA aku. Buah hati tu dah terlalu penat untuk aku ajak. 2 kali berulang JB-Cyber untuk 2 minggu berturut2. Aku rasa dia perlukan rehat. Poket aku juga tenat sekarang. Walaupun gaji awal bulan ni, bukan bermaksud amaun gaji aku akan lebih dari bulan2 sebelumnya. Kena budget. Minyak dan tol. So, menumpang aja lah jawabnya. Pilihan yang ada. Satu-satunya. Kak Su. Seremban. Menumpang ni pun satu hal. Kalau kenduri kawen lazimnya berlangsung tengahari. Lalu pukul berapa pulak aku nak start gerak dari rumah ke Seremban kemudian gerak pula ke kota Tinggi.
Maka majlis makan2 yang berlangsung pada malam sebelumnya haruslah aku abaikan saja.

Pertama, sebab aku memang takde mood nak pergi. Kena buat benda yang ko tak rela. Apa kau fikir aku akan rasa?
Second, kalau aku selamba tarik diri jadi MC tapi aku hadir juga dengan rasa tak berdosanya. Apa kau fikir reaksi orang lain terutama orang yang memberi cadangan haramjadah tu nanti?
Ketiga, abaikan apa aku rasa dan apa orang rasa..... Fikirkan badan aku yang menanggung penat lelah sebab majlis tu di jangkan tamat jam 2300 malam. Kol baper aku nak sampai umah yang dah tentu2 jauh dari tempat majlis tu, then kol bape baru aku tido dan kol baper pulak aku terpaksa bangun untuk rush ke Seremban kemudian ke Kota Tinggi??
*Hilang napas!*

Second plan, andai tak jadik aku pergi Kota Tinggi dengan sebab mak aku tak bagi (sebab dia kata Kota tempat favorite banjir kilat) atau sebab2 yang lainnya, aku dah buat appointment dengan Perodua untuk servis JEJAKA aku Sabtu ni sebenarnya. Punya lah susah payah aku bertekak2 dengan minah Perodua tu nak carik hari yang seswai... last2 nak kena kensel plak. Dem! Ye lah... masa aku booked tarikh tu aku tak tau plak aku akan pergi majlis lain. Sebab aku memang takde niat nak balik JB pun. Budget beb! Tapi, dah sebab Kak Su pelawa pegi sama naik kete dia, haruslah aku pertimbangkan balik appoinment aku tu.
*Muntah darah*

Third plan, kalau tetiba datang angin songsang aku nak pergi plak majlis tu nanti......
Hokkay, aku tak mau letakkan ni sebagai pilihan. Aku kensel! kensel! Aku dah pikir abes neh! 2 pun dah jadi masalah, tak perlu tambah satu lagi. Apa aku patut buat sekarang? Ya, nekad saja aku send email pada sang menejer minta mahap, cakap nak tarik diri, bgtau ada hal lain lebey urgent, soh ganti dengan orang lain.
*Ya.... kadangkala aku boleh jadi sangat selfish! Percayalah!*

Tapi, aku tak gembira dengan apa yang aku buat sebenarnya.....

-End-

16 December 2008

#116 -MC-

Hari ni, setelah sekian lama tak berlaku....Aku punch card before 0830
*grin*
Runsing semalam masih bersaki baki tapi mood pagi tak patut rosak kerananya
Sorang membe ajak breakfast sama,layan... lagi pulak opismet2 aku dah makan dulu tinggalkan aku
Macam tau2 aku nk kuar makan dgn membe

0930 aku masih berfoya2 tak masuk opis lagi padahal meeting aku start masa tu
Ya, dan macam biasa... asal aku buat keje haram mesti terkantoi
Brother dah siap telepon bertanyakan kemanakah aku ghaib tiba2
Sbb ader sorg manager carik katernyer
Aku berlagak macho bgtau pada brother yg aku akan carik sang menejer tu sebaik saja sampai opis

Sampai2 opis dengan lenggang mak limah pulang petang tu aku disergah sang menejer tepi pintu
Hah, kemana?
Dah la pegi sorang2, makan jauh2 plak tu
Ni makan ngan sape neh? boifren?
Ya, tipikal bapak2 dalam drama melayu usop aslam
Aku nyengih liar je.... ayat defensif tak berlaku di situ
Malas... dah memang salah aku pon
Lagi pulak aku kejar masa nk ke mesyuarat
Nanti jumpa saya 1130 kat bawah katernyer

Mesyuarat aku tangguh jam 10, jadiknya adengan kalut berlaku lagik
Sini meyuarat, sana panggil diskas..... adoi....
Aku mabuk dalam bilik beku
Badan aku dah jadik tunggul sejuk
Kepala menerawang ntah ke mana
dan perut aku? overload dgn tosay

Aku terkejar ke bawah pulak
Ingatkan aper mende lah yg penting sgt nk dibincangkan
Rupernya, ini acara paksa rela, acara cari pasal
Takde pilihan
Dipaksa jadik MC untuk majlis makan malam opis kitorang Jumaat nanti
Wut????? NO WAY!!! Dah lah majlis Jumaat hari ni baru nk bgtau...! Ingat saya aper?? Seumo idop, tak pernah lah saya jadik MC....sumpah mati idop smula pon saya takmau!
*histeria*
Ya, kalau lah itu mampu terluah dari mulut aku.....
Segala hikmah & jurus2 eskapisme aku tak dpat aku praktikkan disini
Aku macam kena pukau, menurut aja
Dem!
Sudah tu, temanya pulak kasual hijau atau merah
*0ooOoo...saya mahu pakai baju elf di musim krismas lah kalo begitu!! rolling eyes!!!*
Hokkay, aku xde baju kasual baik yang berwarna merah mahupun hijau!
Ape perlu aku bershopping baju semata2 untuk acara satu malam yang aku sangat tak rela nk datang tapi terpaksa datang?!
Sengal.

Aku jeling pada brother, partner MC aku nanti
Mlm semalam kitorang berchatting, dia kata dia nk MC hari ni sbb sakit tekak
Aku jugak yg gatal2 sound ... kalo takat sakit tekak, tangan masih mampu buat keje
Tu lah kater orang, kerana mulut badan binasa.... haiihh, binasa dah nie.....binasa.....
Kalaulah aku boleh tarik balik kata2 aku semalam, mesti brother dah MC hari ni
Mesti sang menejer dah carik orang len, dan semestinya aku tak terheret sama sekarang
Aku rasa bangang.

Spanjang hari aku nerves
*Siyut... aku benci perasaan ini! >.<*
Baru aku nak bersemangat hari ni, mood aku dah rosak sebab hal yg hapekejadah
Aku bukak lagu, tak kuat sgt... tp cukup lah untuk brother2 keliling dengar
Aku slambe nyanyi sesedap hati aku... terapi untuk diri sendiri
Brother2 usik aku, dah praktis suara ke untuk majlis
Aku buat bodoo.... Ish, kenapa lah aku tak kata tak mau je tadi??!!
Aku dgr brother partner dah batuk2 kuat
Dah makin teruk sakit tekak, mcm mana nk jadik MC?
Hadoi, jgn lah ko MC nnt.... kalau orang len jadi partner, lagi lah demam aku neh!


Ya, cuba ko pikir......aper akan jadik kalau si MC-MC ni amik MC pada malam kejadian?