06 November 2008

aku minta maaf bila perkataan 'bodoo' terkeluar dari mulut aku di hadapan teman2 ofis yg lain.....aku sangat emo hari ini!

Ok, ada 3 perkara yang buat aku bengang hari ni

Pertama
Kalo ko memandu x ikut lane dan x sabar2 nk ke depan dengan menggunakan laluan kecemasan tolong beri signal ketika nak mencelah.
Sekurang2nya itu menampakkan ko sangat berbudi bahasa dan org lain akan mengambil kira bahawa ko sangat2 dalam kecemasan sehingga terpaksa memotong barisan

Kedua
Kalo ko punya email yg ko x pernah ko baca
Atau sms yg ko x pernah nak reply
Atau telefon yang mana setiap kali orang call ko x pernah jawab
Serta mesyuarat yang x pernah ko hadiri, aku nk beri cadangan
Pergi duduk di kawasan ulu yang mana mmg ko x perlukan semua teknologi di atas dengan alasan keterbatasan akses.
Sekurang2nya orang lain x kan rasa sakit hati dan rasa ingin menyumpah setiap kali gagal menghubungi kau

Ketiga
Kalo kerja aku merangkumi dari sekecik2 hal sehingga sebesar2 hal
Aku cadangkan biarlah aku saja yg jadi boss
Sekurang2nya ia membuat aku melupakan betapa x berbaloinya penat jerih aku dengan beban kerja, sakit pening serta caci maki yang aku pikul selama ini dengan pangkat dan gaji yg x seberapa mana tu

-End-

No comments: