12 December 2010

Aku wanita biasa.

Tajuk entri terpaksa pinjam dari tajuk lagu Mbak Kris.
Sebab tak jumpa tajuk lagu artis Malaysia yang berpadanan dengan entri yang aku nak tulis ni.
________________________________________

Topik ni lama dah aku fikirkan.Berbulan yang lalu. 2-3 kali duduk dalam draft, lepas tu aku delete. Sebab apa, aku pun tak tahu. Terinspirasi dari entri ini, aku nak kongsikan perkara yang hampir sama kaitannya dengan apa yang selama ni aku teringin nak luahkan. Hakikatnya, dilahirkan sebagai perempuan bukan suatu yang mudah. Terutama saat kau duduk di alam anak gadis. Aku boleh bayangkan macam mana hati orang tua bila anak gadis jauh dari mata. Sedangkan kalau anak perempuan yang duduk di rumah pulang lewat kau dah tak keruan call dan minta pulang segera, inikan pula yang jauh dari pandangan dan kau tak tahu dengan siapa dia berpergian sepanjang hari sehingga larut malam. Ya, hati orang tua memang takkan tenang bila ada anak gadis dalam jagaan mereka.

Tak perlulah kau cute seksi macam Tiz Zakyah, atau sweet innocent macam Lisa Surihani mahu pun hot body macam Nora Danish.
Gadis marhaen macam aku ni pun rasanya dah cukup gangguan dari keliling. Tak kisah lah gangguan dalam bentuk pandangan, ucapan mahu pun perbuatan.

Bayangkan, kalau ada sekumpulan anak muda lelaki duduk melepak kat satu tempat seperti kedai makan atau depan tangga pejabat misalnya lepas tu kau lalu depan mereka seorang diri. Tak dapat tidak mesti ada seorang dua yang akan memandang bukan dengan pandangan 'sekilas pandang'. Lebih malang kalau ada yang berhati nakal dan mula mengeluarkan ayat2 usikan.

Pengalaman peribadi aku sendiri, bukan sekali dua 'kena' kejadian macam tu. Kadang2 ayat yang directly mengusik seperti "hai, sorang je ker?" sangat biasa kedengaran. Juga ada usikan yang lebih kepada provokasi seperti ayat........"hah, samseng minah nie!" saat kau melintasi sekumpulan lelaki yang mana kau tahu hanya kau seorang perempuan yang ada kat situ dan nada suara yang diguna juga adalah dengan niat untuk kau dengar dengan jelas apa yang diucapkan. Bila kau menoleh, mamat yang berkata2 itu tersenyum megah pada kau tanda dia dah berjaya menarik perhatian kau dengan ayat tersebut. Pergh, kalau ada kuku panjang dah hakku cakar muka mamat tu masa tu jugak!

Kadang2 berlaku usikan dalam bentuk indirectly yang ditujukan kepada kau seperti "shh, iklan wey......iklan...." atau "seronoknya hari ni nampak madu (honey)......" dan semua orang di situ terdiam saat kau lalu dan sebaik saja kau berlalu dari situ kau boleh dengan gelak2 nakal di belakang kau. Ya, ianya perkara yang kau tidak selesa dan sungguh, ia satu bentuk gangguan jiwa. Melihat dari sudut psikologi yang mana lelaki lebih dominan dalam hal mengurat / menggatal / mengusik kau boleh abaikan perasaan tidak selesa itu. Tapi, macam mana pula dengan gangguan yang lebih kepada fizikal mahupun serangan secara serangan sang saiko yang boleh buat perempuan meroyan akibat paranoid dan ketakutan?

Seperti bila kau di suatu tempat yang ramai orang dan kebetulan yang ramainya adalah lelaki. Mengambil contoh dalam LRT misalnya, yang mana kisah benar juga berlaku pada aku ketika masih bermastautin di Kerinchi satu masa dahulu. Ada seorang lelaki tua kutuk yang tak sedar diri asyik usha kami (aku dan Puan Sab) sebelum tu lagi. Masa dalam LRT, tua kutuk ni berdiri betul2 belakang aku dan tangannya memegang pemegang dalam LRT. Tulang belakang aku dengan jelasnya boleh rasa perut boroi beliau yang sengaja di dekatkan ke badan aku dan Puan Sab dapat menangkap perbuatan setan beliau yang sungguh seronok seolah2 mahu mencium haruman dari kepala aku. Sialan bukan?

Dari segi serangan sang saiko pula, seperti yang berlaku pada kejadian dalam LRT dulu, atau kejadian di tempat cuci kereta tempohari. Itu antaranya. Banyak lagi yang pernah berlaku.

Paling terbaru, jumaat malam yang lalu aku ada standby kat PJ. Masuk2 ibusawat macam biasa aku tinggalkan nama dan nombor telefon dalam buku pelawat. Mana tahu pagi Sabtu tu, masa on da way nak balik ke rumah dapat sms dari nombor yang tak dikenali. Mula2 aku sangka pakcik yang sama2 buat kerja dengan kami (aku, bro apek dan adik baru) yang sms. Sebab dia tanya dah sampai rumah ke belum. Aku reply lah msg dia tanpa rasa curiga. Aku kata sat lagi sampailah. Lepas tu aku dapat sms lagi tanya pulak rumah kat mana. Aik, pelik...... Sebab pakcik2 yang sama2 buat kerja dengan kami tahu mana kami semua tinggal. Bila aku sms semua tanya siapa ni? dia tak balas. Sabtu, pukul 0300 pagi, aku sampai rumah lepas solat Isya aku terus tido. Pukul 0430 pagi dapat call dari no yang sms tu. Aku angkat tanya siapa ni, dia tak jawab malah tanya kenapa aku belum tido lagi. Aku naik angin, masih bertanya siapa dia sebenarnya. Dia suruh aku jawab kenapa aku tak tido lagi. Aku jawab dengan nada marah, nak tido lah ni. Kemudian dia kata dengan nada baget caring romantik, tak pe tido lah dulu, nanti saya kejutkan bila tiba masanya. Suara memang macam orang tua. Pagi esok dia ada call dan hantar msg2 yang pelik2. Aku tak angkat call malah tak balas satu pun sms dia. Aku syak dia dapat no phone dari buku pelawat yang aku tulis. Ntah bila masa dia nampak aku, aku pun tak tahu. Sebab katanya kesian tengok aku kerja sampai awal pagi. Kesian aku kerja teruk2. Katanya dia terpikat tengok aku dalam sekali imbas dalam gelap malam. Bingai punya statement. Ingat aku ada aura ke, pesona ke aper boleh nampak dalam gelap malam???

Aku nak syak pak guard, pak guard india. Cakap melayu pun berterabur. Ntah sape lah tua kutuk yang nampak aku kat ibusawat malam tu. Sampai berani msg2 mcm tu sekali. Sialan betul! Malam tadi pun ada call aku berkali2. Lepas aku tak angkat, dia call pakai no lain pulak. Gila saiko tak jantan macam tu?? Sampai sekarang jantan kutuk tu masih call2 aku. Tolong bagitau aku apekah cara paling mudah untuk kau elakkan dari gangguan2 yang kau tak undang macam tu? Tak kiralah gangguan dari segi apa bentuk sekali pun. Padahal selama ni bukan kau jalan gedik2 pakai seksi2 buat suara manja sambil main jeling2 mata kat jantan2 kutuk semua tu pun..... tapi tetap jer ada yang sakit jiwa buat perkara2 macam tu kat kau.

Perghh, aku emo sejak pagi Sabtu tu.... Aku tak tau dah berbakul sumpah aku carutkan kat jantan2 macam ni. Bayangkan kalau mak abah tahu anak gadisnya dapat gangguan macam ni kat sini, jauh dari pengawasan diorang. Mau tak tido malam memikirkannya? Hokkay, dah boleh consider untuk carik orang jaga aku lepas ni. Walau bukan penyelesaian mutlak tapi sekurang2 tak lah kecut hati perut mak ayah bila memikirkannya kan? Hmmm, masuk azam 2011 lah nampak gayanya nie........

-End-

07 December 2010

Dedikasi.

Setinggi2 penghargaan aku tujukan kepada ahli Hexasianoferat yang sudi menceriakan hujung minggu aku setelah aku melalui minggu yang melelahkan.

Setelah 9 tahun berlalu inilah kali pertama kami dapat berkumpul semua.
Well, technically.

Sebab kalau nak cakap pasal berkumpul, masa wedding Dina dan Wani kami semua ada berkumpul.
Dan hanya Na, satu2nya ahli yang tak pernah muncul bagi mencukupkan korum.
Maybe sebab dia rasa dia sungguh ekslusif dan hanya boleh tampil di majlis yang sangat esklusif sahaja.
Mujurlah reunion berskala kecil ini memenuhi standard Na untuk turun padang mencemar duli beliau. Fuhh~~~

Ikutkan hati aku nak update entri ni pada Ahad malam yang mana perasaan gedik2 selepas sesi gosip2 murahan itu berlangsung.
Malangnya, sebagai pemandu tak berbayar sejak Jumaat lepas aku rasa mahukan tidur yang berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan aku.
Beauty sleep kata orang. Pergh pergh pergh.....

Tambahan pula aku sungguh tak kuasa melayan karenah dua kanak2 dewasa Cek Ian dan Semek Zack yang sangat kecoh di rumah aku.
Owh kawan2..... ketahuilah bahawa bila seorang isteri yang mengedik pergi reunion tanpa membawa husband di sisi bertemu dengan seorang bujang yang sedang dalam alam bunga2 chenta, perangai gile mereka memang tak mampu kau kawal.
Berebut tak mahu tidur di tengah2?
Tak mahu ke toilet sebab tak mahu tempat tidur akan dirampas?
Golek2 guling atas badan masing2?
Owh..... 9 tahun tak cukup lama untuk berubah rupanya. Haih~~

Isnin, aku pergi kerja walau pun asalnya aku mahu bercuti menyambung sesi gedik2 di rumah.
Malangnya, akibat breakdown yang baru berlaku tempohari aku terpaksa juga datang ke pejabat bagi menghadap sesi post mortem breakdown.
Aku tinggalkan dua sahabat baik yang mereng itu di rumah.
Tak lama lepas tu Wani pula call, kata mahu ke rumah aku.
Temankan Ian dan Zack.
Lagilah tak keruan aku dibuatnya.
Mana boleh sambung sesi gelenyar tanpa kehadiran aku yang hot neh di rumah sewa aku??
Owh dem!

Malam, aku ngan Zack hantar Ian ke stesen bas.
Siap kena marah dengan pakcik bas yang sungguh emo.
Katanya, 'Kalau tak habis cerita lagi balik esok je lah!'
Uishh, marah benar bunyiknya. Dah lah kau yang sampai lambat. Marah2 plak!
Ian sms aku, dia syak pakcik tu datang bulan.
Aku reply sms Ian, "Dia bukan datang bulan, dia datang lambat!" He3....

Pagi tadi aku ke Putrajaya Sentral pula.
Hantar Zack balik Terengganu.
Pagi2 buta dah keluar rumah.
Hari keje pun aku tak keluar awal macam tu tau... Hahahah.
Ceh, hari ni pun kena sound dengan pakcik bas.
Masa sesi nak salam2 sebelum berpisah tu pakcik bas sound, "Dah naik2 cepat!"
Ha3! Zack kata bukan memang dari zaman Matriks dulu kitorang selalu kena marah depan bas sebab tak habis2 bercerita depan pintu bas padahal bas dah nak jalan sangat da.
Ya, sekali lagi aku tegaskan di sini.
Ada perkara yang memang payah nak ubah walau dah 9 tahun berlalu!

Sekali lagi, aku tujukan jutaan terima kasih untuk kalian.
Korang memang rawk!
:) :)

30 November 2010

Orang tua2 kata kalau suka jangan suka sangat.....

Belum pukul 0700 pagi aku dapat escalation pasal breakdown.
Tengokkan dari sms tu, macam dah boleh hagak je equipment hakku yang breakdown.
Memandangkan site yang down ni adalah antara site yang aku paling jaki nak pergi dan troubleshoot, aku plan nak call semua team aku.
Pakat soh off handphone. Biar mengelabah semua orang kali ni.
Pagi2 aku dah berniat keji.
Malangnya, belum sempat aku buat apa2 AGM aku dah call.
Haiseh, ni boss besar.
Mana boleh ingkar.


Nak dijadikan cerita berkampung lah kami satu team kat TTDI pagi ni.
Satu lagi team dok troubleshooting dari Ibusawat Duta.
Sejak akhir2 ni asyik berulang ke situ je kami.
Haih.....


Boss sorang demi sorang call.
Team yang update escalation pun call.
Orang site kat Duta pun call.
Dapat jugak call dari ntah sapentah tanya pasal site survey circuit baru di Cyberjaya yang mana patut team aku buat hari ni.
Dah nak site survey mendenye...... Dah terpongkes layan troubleshooting ramai2 kat TTDI.


Esok site survey equipmnet baru kat Subang HiTech pulak.
Khamis Site survey jugak link baru kat KL.
Hadoi....
Hari2 site survey.
Jangan tiap kali ada site survey kena attend breakdown sudahlah.


Tu lah, semalam seronok sangat, hari ni kan daa.........




-End-

29 November 2010

Kawan2.

Jumaat lepas tiba2 teringat nak call bestfriend masa kat U dulu, Jannah.
Tanya dia bila tarikh sebenar hari bahagia dia.
Uish, mana boleh tak pergi.... Kata BFF~~

Lepas telefon Jannah, msg pulak Cik Ian, Kawan baik masa kat Matrik dulu.
Tak lama pastu dia plak call aku.
Bagitau planning untuk hujung minggu tu nanti.
Wah2 tak sabar sungguh makcik nak menggelelenyar.....

Masa nak balik dari Duta ke rumah, sempat aku msg Kak Su.
Tanya plan pasal nak pergi ke rumah Jannah.
Wargh, bukan main seronok lagi dia.
Ayat2 tak sabar dia bagi dalam sms2 ke aku.

Pagi tadi, masa aku tengah santai2 buat testing dengan vendor, kawan aku Ruhma pulak call.
Ruhma juga adalah antara kawan baik aku masa kat U dulu.
Dia call nak tanya adakah aku akan hadiri majlis kenduri rumah Jannah nanti.
Malam, kami sambung ber-sms pula.
Wah2.... sakan betul aku lately ni.

Bulan ni tentu akan jadi bulan paling seronok untuk aku.
Hujung minggu ni aku bakal join reunion rakan2 Heksasianoferat yang dianjur dengan jayanya (harap2 lah!) di rumah Dina dengan diaturkan oleh Kapten Ian.
2 minggu lepas tu aku akan ke Melaka untuk majlis Jannah dan melepak dengan member2 U yang lain.
Terus aku sambung bercuti ke rumah dan sambung cuti sampai Krismas dengan bestfen2 terbaik. Sape lagi kalau bukan family aku~~ :) :)
Dan penutup tahun 2010, aku lengkapkan aktiviti tahunan dengan ke PD bersama opismet2 aku untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki.
Sakan bukan?
YA! Dan aku sangat teruja sepanjang hari sampai asyik menyengih2 sorang2 lately ni.

Owh, saya sangat teruja!

27 November 2010

M.A.H.A

Orangnya.....

Hmmmm,

memang
.
.
.
.
MAHA

RAMAI!


:(

24 November 2010

Toggle.

Tengahari semalam masa kat tempat training, aku asyik bersin2 dan batuk2.
Member2 lain cadangkan aku ke klinik.
Teruk sangat gayanya. Lagi pula aku syak kosentrasi diorang terganggu disebabkan aku.
Lepas lunch aku ke klinik berdekatan.
Mujurlah Cyberjaya sekarang dah ada klinik, panel pulak tuh.
Hidung dah sumbat, suara dah sengau2 ayam, tekak dah hilang nikmat rasa, telinga pulak haih...dah pekak2 badak jadiknya.

Doktor tanya "Nak MC?" aku dengan jujurnya tanya balik pada doktor, "Kalau saya nak MC esok boleh?"
Doktor kata tak boleh.
"Kalau nak MC esok, patutnya datang esok". Kata doktor.
Aku katakan padanya, "Kalau macam tu tak payah. Saya training dah separuh hari, rugi kalau saya MC hari ni."
Dek mungkin kerana aku kelihatan sangat tulus kudus menjawab seperti itu ldengan keadaan aku macam ayam kena malaria, lalu doktor pun berkata,
"Jangan risau, doktor bagi 3 jam rest hari ni. So, doktor boleh bagi MC juga untuk esok."
Owh, takke kedengaran sweet bila doktor membahasakan dirinya sebagai doktor dan bukan saya atau I seperti yang selalu2nya? :)
Bertuah sungguh.
Asal tujuan cuma nak mintak ubat.
Last2 dapat rest dan MC sekaligus. Alhamdulillah.......

Balik dari klinik, aku terus balik pejabat.
Aku call membe yang pegi training supaya simpankan buku2 aku dan bawakan pulang ke pejabat nanti bila habis trainingnya.
Tempat training dengan pejabat tak jauh. Dekat dalam Cyberjaya jugak.


Sampai pejabat, aku terus ke pantry.
Nak makan ubat.
Tak tahan sangat dengan batuk yang terkokol-kokol itu.
Aku makan semua2 ubat.
Hah, puas hati!


Pukul 6 petang aku bergegas drive balik rumah.
Mata aku sangatlah mengantuk yang amat.
Segera aku lenakan diri lepas solat Maghrib.
Belum sempurna lelap, membe opis call. Tanya keadaan aku.
Wah, ajak borak2 segala.
Last2 mata yang mengantuk jadi segar semula.
Lepas Isya' aku cari semula bungkusan ubat2 yang aku dapat dari klinik.
Masa tu lah aku perasan ada dua botol ubat batuk.
Hmm, apsal sampai dua ek? Bukan ubat batuk ni kategori ubat kawalan ker?

Belek2 rupanya satu botol je ubat batuk.
Sebotol lagi adalah ubat.....kumur!
Ya, UBAT KUMUR! Untuk sakit tekak..
Dan aku dengan penuh bangangnya telan satu penutup penuh siang tadi masa kat opis sebab dah teruk sangat sampai tak boleh nak pikir kenapa ada sampai 2 botol ubat batuk.
Dem!

Syukurlah tak berlaku apape yang buruk siang tu~~

Oleh kerana dapat MC hari ni maka aku dengan riang ria kenari tanpa rasa bersalah keluar membeli belah sedikit keperluan di Jusco berhampiran rumah.
Masa nak keluar aku perasan aku TERpakai jam tangan di sebelah kiri manakala gelang di tangan kanan.
Masa jalan2 dalam Jusco 2 kali aku TERpandang tangan kiri aku untuk tengok jam padahal aku dah pakai semula jam di tangan kanan dan memang selama ini aku pakainya di situ.
Aku syak ini adalah sebab aku TERminum ubat kumur semalam.

Sakit, memang sungguh tak macho.
Tapi berada dalam keadaan tak sihat hanya untuk satu hari, aku rasa ok.
Sekurang2nya aku dapat tidur lebih dari hari2 yang biasa......;p

21 November 2010

Hitam.


Tiba2 hakku terlibat dalam konflik rumah tangga orang.
Huhuhu.....
Bukan...bukan...bukan hakku orang ketiganya.
Woo~~ selisih mintak jauuuuhhhhhhhh!
Tiba2 hakku dijadikan sebagai pemberi maklumat kepada isteri orang tersebut.
Kerana menurut sang isteri hanya hakku sahaja lah makluk yang dikenalinya untuk mendapatkan kebenaran.
Manakala suami nya berusaha menyuruh hakku menutup mulut dan katakan sahaja tidak tahu menahu apa2.
Yang mana sebenarnya sumpah hakku memang tak pernah tahu kes2 skandel-mendel apekah yang sedang berlaku.
Jadi pada siapa hakku harus berpihak????


Owh.
Aper patut hakku buat ni hah??
Benarkah minah yang hakku tahu itu adalah mawar berduri dalam rumahtangga si polan dan polanah??

Hakku serba salah ni wey.
Walau hakku bukan si mawar berduri itu tapi hakku tak mau jadik racun perosak yang terus bunuh semua orang dalam konflik yang hakku tak tahu menahu pokok pangkalnya.

Tolong.

Lepaskan hakku.

Putih.


Rasanya baru lagi saya bersihkan laman.


Belum sempat rumput nak tumbuh


Dah ada orang berani2 cuba tabur benih cinta di laman hati saya.



*Haih~~*

17 November 2010

Pelangi.



Cuti panjang.
Apalagi yang paling seronok untuk orang macam aku ni.
Cuti tahunan masih berbaki 20 hari sejak aku cuti panjang yang lalu.
Dengan hanya tinggal 2 bulan lagi untuk tahun ni, haruslah aku habiskan segera cuti2 yang ada.
Maksimum aku boleh bawa baki ke tahun hadapan ialah 13 hari.
Tsk..tsk..tsk..... *geleng kepala*
Rugi mak kalau tak di manfaatkan nyah!

Keriangan adalah berganda untuk cuti kali ini.
Selain pulang dengan hati yang berbunga2 bersemangat baru, agenda baru, azam baru dan kekasih baru (apekah? apekah?! ;p) kali ini aku dapat bercuti panjang kat rumah menyambut Raya Qurban di JB setelah tahun lepas kami menyambutnya di kampung.
Walaupun sedikit terkilan tahun ni masjid tempat kami tak buat sebarang acara Qurban (bukan di sebabkan tiada yang mahu memberi sumbangan tetapi masjid kami masih lagi dalam pembinaan untuk dibuat baru) namun meriah nya tetap ada.

Mak mahu buat ketupat dan soto saja untuk pagi raya.
Jadinya aku dengan semangat menganyam ketupat yang mana tiap kalinya mak harus mengulang tayang pada aku step2 menganyam untuk me'refresh' semula ingatan yang telah hilang memandangkan menganyam ketupat adalah aktiviti setahun 2 kali sahaja.
Adik bongsu mahu rendang ayam, maka mak buatkan sedikit rendang untuk memenuhi seleranya.
Aku potong buah nenas kecil2, untuk dibuat air.
Adik perempuan tolong cairkan coklat di atas dapur. Untuk buat 3 resepi dengan satu perasa.
Kek coklat, kek batik dan juga biskut almond london.
Aper ingat raya puasa je ader biskut raya??
Malam raya mak sempat masak sambal udang dan puding kastad.

Memandangkan tahun ni jemaah perempuan tidak digalakkan bersolat AidulAdha di surau sementara kerana kekangan ruang, maka kami bertiga duduk di rumah sahaja mendengar takbir di tivi.
Lepas solat sunat, acara bertukar menu pun bermula. Saat yang dinanti-nantikan~~
Tak cukup dengan ketupat, soto, rendang ayam, sambal udang, kek coklat, puding kastad dan air nenas yang sungguh memenuhi ruang perut, kami dapat lauk pauk lain dari jiran sebelah menyebelah.
Ada nasi impit, kari ayam, ada rendang daging serta sayuran kubis dan lobak, ada agar2 berbagai jenis, ada nasi beriani, dan ayam masak kurma', ada acar buah, juga sambal udang masak petai dan terung.
Pergh pergh pergh perghh.........!
Seminggu macam ni confirm naik 3 kilo!

Apalagi yang lebih seronok dari dapat makan bersama2 kelurga di hari bahagia.....
Dan ketika cuti panjang, jauh dari gangguan kerja dan deringan yang menyakitkan telinga?
Syukur padamu Ya Allah, atas nikmat rezki yang masih ada sehingga ke hari ini.
Semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dan selalu berbahagi rezki dan nikmatMu.


Amin.


08 November 2010

Ungu.

*Masih dalam draft*

05 November 2010

Indigo.


Uish.....
Walaupun baru balik bercuti panjang,
tapi tak sabarnya nak cuti2 Malaysia lagi~~



*mode malas*

01 November 2010

Biru.


Cikgu Basir tampak kacak.
Dia pakai kemeja biru.
Biru laut, biru romantis.
Cikgu Basir nampak lebih kacak berambut pendek.
Walaupun dengan rambut kerinting berombak manja dulu, Cikgu Basir tetap juga kacak.

Cikgu Basir kidal.
Macam Cikgu Mat Lazim, guru matematik kegemaran saya ketika darjah 4 dulu.
Malangnya Cikgu Mat Lazim punya tatu lambang nazi di belakang tangan antara jari ibu dan jari telunjuk tangan kirinya.
Saya tak tahu mengapa dia ada tatu itu.
Mungkin Cikgu MatLazim sebenarnya bukan Islam seperti mana saya tersilap sangka budak praktikal di pejabat saya 4 tahun lalu.
Namanya Bazli bin Husin, tapi tak pernah saya lihat bersolat jumaat.
Akhirnya saya dapat tahu dia Orang Asli, tiada agama sebenarnya.
Saya keliru pada nama.
Atau mungkin Cikgu Mat Lazim pernah melalui zaman jahil.
Maka bertatu mengikut arus semasa.
Maklumlah, Cikgu Mat Lazim membesar di zaman rock kapak, zaman Akhil Hail sedang layan henjut kepala, zaman Maher Zain belum datang bawa lagu2 keinsafan.
Agaknya lah.

Berbalik kepada Cikgu Basir.
Menurut mata zahir saya, Cikgu Basir kacak orangnya.
Ya, kacak seperti Cikgu Rashid. Guru Bahasa Melayu saya ketika darjah 5.
Pernah jadi guru kelas kami seketika menggantikan guru kelas yang cuti bersalin masa tu.
Cikgu Rashid adalah guru kedua kesukaan saya selepas Cikgu Mat Lazim.
Biarpun dia lebih kacak, charming dan penuh kematangan (ececeh, cinta anak2 kecil jaman sekolahan lah katakan! ;p) tapi Cikgu Mat Lazim lebih santai dan penuh sifat2 humor.
Tidak hairanlah mengapa saya hampir pernah membuat percubaan mengirim surat cinta kepada Cikgu Mat Lazim, tetapi tidak Cikgu Rashid.

Cikgu Mat Lazim adalah lelaki jenis Alpha, manakala Cikgu Rashid adalah lelaki jenis Beta kalau saya boleh kelaskan sebegitu. (Boleh rujuk gambar dibawah jika tidak faham ;p)
Tetapi Cikgu Rashid tetap sahaja memberi impak pada kehidupan remaja (kanak-kanak?) saya.
Kerana Cikgu Rashidlah saya dan 4 orang lagi kawan saya telah menerima habuan berdiri di atas meja kelas Kemahiran Hidup yang besar dan panjang itu selama 2 jam kelas.
Kami didenda gara2 ponteng kelas Kemahiran Hidup minggu sebelumnya, dengan alasan mengemas perpustakaan (sebab kami pustakawan ketika itu) sedangkan kami ponteng adalah sebab melayankan Cikgu Rashid bercerita di perpustakaan dan menipu dengan mengatakan Cikgu-Kemahiran-Hidup-yang-kami-tidak-suka-itu tak masuk kelas.
Haih.
.
Cikgu Basir misteri nusantara orangnya.
Duduk senyap dan sendiri di sudut belakang.
Tak ubah macam Cikgu Azmi, guru pendidikan seni ketika saya tingkatan 3 dulu.
Misteri dan sepi.
Walaupun Cikgu Azmi juga kacak orangnya (asal-usul Kelantan sejati.... abe wey!) tapi saya tidak berapa gemarkan Cikgu Azmi sebagaimana saya gilakan Cikgu Mat Lazim dan Cikgu Rashid.
Mungkin faktor usia dan hormon mengajar saya rupa bukan lagi segalanya.
Pergh pergh pergh! Ayat tak boleh blah~~
Tak seperti Matematik dan Bahasa Melayu, saya langsung tak gemarkan subjek Pendidikan Seni.
Saya lukis orang lidi pun burok, bukan macam Dina, Cik Zati atau Mek Zack.
Mereka pandai melukis menurut saya.
Walaupun Cikgu Azmi tak pandai buat joke macam Cikgu Mat Lazim, juga tak cukup aura macam Cikgu Rashid tapi Cikgu Azmi menarik perhatian saya kerana kekal bersabar dan tersenyum tiap kali kelas walaupun saya dan rakan2 selalu ponteng malah hanya buat bising jika kami duduk di kelas.

Harus diingat, rakan2 saya bukan seorang dua. Boleh kata separuh kelas adalah murid yang tak paham bahasa.
Samada kami tak hantar langsung lukisan (sebab ponteng!) mahupun kami akan hantar lukisan yang separuh siap dan yang ntahapehape, dia tetap tersenyum dan bercakap dengan suara yang maha halus untuk telinga pekak saya ini mendengarnya.
Dan bila saya dewasa seperti ini, saya rasakan lelaki seperti itulah calon menantu terbaek buat ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak dara di rumah.
Sabar, lemah lembut, berhemah malah boleh dijamin tiada langsung potensi berlaku kes keganasan rumahtangga di bawah pimpinan beliau.
.
Sebenarnya ada lagi guru lelaki lain kesukaan saya, tapi Cikgu Basir adalah gabungan ketiga2 guru lelaki tersebut.
Cikgu Basir kidal, amat kachak dan misteri nusantara.
Sayangnya Cikgu Basir bukan cikgu saya.
Namanya bukan Basir sebenarnya.
Malah dia bukan seorang guru juga.
.
.
.
Cikgu Basir hanya lah nama samaran yang saya beri untuknya,
hasil risikan dan skodengan, kolaborasi bersama brother apek beberapa bulan yang lalu.
Dan Cikgu Basir amat kachak bergaya berkemeja biru hari ini~~
.

-End-



Hasil ihsan En Google.

25 October 2010

Hijau.


Balik JB haritu, aku hantar kakak aku ke klinik.
Klinik tu tak jauh dari sekolah menengah aku dulu.
Sebelahnya ada satu mini-market india.
Dulu, masa aku sekolah2 dulu, kedai tu besar.
Corner lot plus satu kedai kecik.
Sekarang yang corner lot dah jadik kedai lain.
Tinggal kedai kecil je.

Bau setanggi masih menusuk macam dulu.
Membawa aku terkenang zaman sekolah menengah.
Boleh kata hari2 akan dok singgah kedai ni dulu. Maklumlah, letak kat laluan balik umah.
Kalau tak beli air, beli keropok.
Kalau tak, beli gula2, chewing gum atau komik.
Masa tingkatan 3 aku tuisyen kat atas kedai tu.
Bertambahlah slot masa menyinggah kat situ.

Dari kedai tu aku boleh nampak pintu pagar belakang sekolah.
Yang mana merupakan pintu masuk aku ke sekolah
Kadang2 aku masuk iku pagar depan, kebanyakan masa aku datang ikut pagar belakang dekat kantin.

Aku terkenang bau rumput di padang sekolah.
Aku boleh terhidu2 bau kantin di waktu rehat.
Aku terdengar2 suara hingar bingar murid.
Aku terbayangkan suasana zaman aku sekolah dulu.
Cikgu2, kawan2, kelas, makmal, padang, dewan, gelanggang, bilik guru.........

Sekolah, bukan zaman yang aku boleh banggakan pencapaiannya.
Sebab ada perkara2 yang aku tidak mahu ia terjadi sama sekali.
Tapi sekolah adalah zaman yang terlalu banyak manisnya.
Kadang2, aku teringin nak ronda2 dalam sekolah tu.
Tengok kelas masa aku tingkatan 1 di tepi jalan.
Yang mana aku boleh dengan kenderaan lalu lalang dan kami boleh jolok buah rambutan dari tingkap kelas yang memang dah tak bertingkap.
Atau tengok meja dan kerusi makmal yang mana penuh dengan contengan kata2 dengan liquid paper setiap kali ke kelas.
Atau kembali ke padang sekolah yang setiap kali meriah bila ada acara.
Atau kembali ke dewan sekolah tempat berhimpun setiap kali perhimpunan, pertandingan mahu pun sportcheck stokin, kain dalam, chemise atau dye rambut secara besar2an.
Atau kembali menjengah ke kelas semasa tingkatan 5 yang asalnya adalah bilik tayangan audio video yang sungguh cool ketika itu.

Aku, tak pernah menyesal dan berharap untuk bisa memperbetulkan segala masa lalu.
Aku, tak berharap boleh kembali ke sekolah agar aku boleh belajar lebih bersungguh2.
Atau, aku kembali ke zaman itu supaya aku boleh terima semula tawaran masuk asrama yang pernah aku tolak dulu.
Atau, aku tak berharap untuk kembali ke zaman itu untuk mencari budak lelaki yang pernah aku suka, merebut hatinya dan katakan kepadanya supaya terus berada di sisi aku.
Aku tak berharap dan berkata kalau lah, kalau lah dan kalau lah......

Cuma, andai Tuhan izinkan aku kembali ke suatu masa , aku mahu kembali ke zaman tu.
Dan ulang semula apa yang pernah aku buat.
Ia bukan sesuatu yang kau mahu betulkan, ia hanya lah sesuatu yang mahu kau rasai sekali lagi.


-End-

24 October 2010

Kuning.


Hokkay, kali terakhir aku cuci kereta di kedai adalah pada bulan puasa yang lalu.
Selebihnya, aku bukannya malas sangat sampai nak hantar ke kedai cuci kereta pun susah.
Juga bukan sebab aku kedekut yang maha amat untuk bayar pada Bangla kasik cuci Jejaka aku.
Tidak.
Hakikanya aku jadik paranoid untuk pegi carwash selepas berlakunya satu incident.

Masa tu pertengahan puasa.
Hari sabtu kalau tak silap aku.
Takde aktiviti.
Sepanjang puasa langsung takde breakdown mahu pun kerja lebih masa.
Jadi hujung minggu yang biasanya aku habiskan dengan membuta tidak berlaku di situ.

Aku takde tempat basuh kereta yang spesifik.
Ikut suka hati nak pergi yang mana.
Kebetulan hanya carwash yang satu tu buka.
Tapi ramai pulak orang sedang menunggu turn masa tu.
Biasanya, sama ada cuma ada satu kereta atau langsung tiada baru aku berhenti.
Tapi sebab kereta aku dah nazak dan bertukar warna, jadiknya aku berhenti jugaklah.

Masa tunggu turn datang satu kereta.
Cuba beramah mesra tapi aku dok elak2.
Dia borak dengan mamat yang sedang menunggu keretanya yang hampir siap dibasuh.
Lepas mamat tu blah, mamat yang tadi ajak aku borak lagi.
Alah, takat borak2 ringan kata orang.
Sesi ramah2 mesra. Bukan jumpa lagi pun lepas tu kanz.

Dok tanya tinggal kat mana, keje mana, orang mana, soklan2 lazim je.
Aku jawab je lah, tapi tak jawab direct.
Aku cakap dok dekat2 situ, keje area2 cyberjaya, orang johor bla bla bla....
Takdelah nak spesifik alamat umah, company aper, atau apa2 maklumat yang ko rasa orang bleh carik kau melalui tu.
Maklumlah, dunia tanpa sempadan kan sekarang.
Aper pun bleh dapat.

Isnin, masa balik kerja aku perasan macam ada satu kereta pesona slow je lalu kat area rumah.
Masa tu aku baru lepas parking kereta.
Driver tak nampak.
Sorok muka pandang tempat lain.
Aku abaikan ajerlah. Tak nampak apaper yang mencurigakan.
Tak sangka, tak berapa hari lepas tu aku dapat business card nama seseorang kat wiper kereta masa aku nak pergi kerja.
Tapi sebab malam sebelum tu hujan, jadik kad nama tu lencun.
Aku letak dalam kereta. Aku keringkan kad tu dekat keyboard komputer opis.

Datang opismate seorang tanya, aku jawab ader orang letak kat wiper kereta.
Aku cerita secara ringkas yang aku syak mamat yg aku jumpa kat carwash yang letak.
Tapi opismet aku cakap sekarang aku dah ada stalker. Aku tak setuju. Bunyi sungguh negatif.
Dan aku abaikan kedua2nya. Opismet dan mamat tu.

Selang beberapa hari aku dapat lagi kad nama yang sama.
Ada sikit kata2 kat situ.
Hokkay, malas nak cerita panjang2 last2 aku sms ucap terima kasih sebab sudi susah payah dok round area kejiranan aku semata2 nak carik kereta aku so dia boleh tinggalkan kad nama and berkenalan.

So, aper yang paranoidnya aku lepas tu?
Masa hari raya dia dah mula sms ayat2 yang macam....
"Awak, kita kawin..." atau
"Awak, saya dah bincang dgn family saya, diaorang okay..." or
"Saya tahu awak adalah seorang yang keras hati nak terima orang tapi saya akan setia....."
(tak ke naik giler kau membacanya??!)
And bagai2 yang mana hatta kau tak balas barang seketul sms pun dia tetap setia menghantar sms2 sedemikian rupa.
Boleh imagine kenapa aku sungguh paranoid??
Hanya selepas satu pertemuan di carwash, dengan beberapa baris ayat, dan dalam waktu yang amat singkat.....
Aku tak habis fikir.
Aper yang aku dah buat sampai mamat ni jadik macam tu ek?
Ke memang type psycho? Tapi nampak memang sangat normal.
So, if dia TERjumpa or TERbaca post aku ni.... Aku harap dia bleh paham lah kenapa aku sangat dingin tak balas sms or call2 dia.
Aku rasa kalo perempuan lain pun berperasaan sama kot.......

Hmmm.....


23 October 2010

Jingga.


Bayangkan situasi
Kau bekerja terlebih masa
Dari pagi hingga ke lewat petang
Kadang2 membawa ke malam
Kadang2 membawa ke tengah malam
Kadangkala hingga membawa ke pagi keesokan harinya

Ada hari kau terlewat makan malam
Ada hari kau terlepas makan malam
Ada hari kau lewat mandi malam
Ada hari kau tak mandi langsung
Ada hari kau dapat tidur lewat malam
Ada hari kau dapat tidur setelah masuk awal pagi
Ada hari kau tidak langsung tidur lebih 24 jam

Dan situasi ini berlarutan hampir 3 minggu dalam hidup kau

Bayangkan juga
Ketika kau terkejar2 membahagi tugas di sana dan sini
Siang malam tanpa henti
Anak buah pula sedang becuti
Datang pula tuntutan untuk kau siapkan laporan pada saat2 akhir
Mahu seperti itu mahu seperti ini
Ada yang menambah emosi
Tolong buatkan itu tolong buatkan ini
Ada yang menokok tanpa simpati
Hingga membuat kau terasa hati
Seolah2 hawa dicipta hanya untuk mengikut adam punya telunjuk jari
Tapi,
Sebab kau sukakan apa yang kau ada
Kau buatkan juga
Ikut rentak selagi terdaya
Sampai akhirnya badan kau merana
Tak macho lah asyik demam dan selsema
Asyik migrain dan sakit kepala
Sakit belakang juga datang melanda
Tidur malam berteman air mata
Emosi cedera hati tambah luka
Kenapa tiada yang mahu faham untuk seketika?
Lantas,
Kau cuba mencari damai yang hilang
Cuba perbetulkan rentak langkah yang sumbang
Kau menjauh diri dari semua orang
Pulang bercuti ke kampung halaman
Dengan membawa sangkaan semangat bakal dipulihkan
Akan kembali cergas tubuh badan
Boleh kembali bertugas dengan senyuman menawan
Tapi,
Mungkinkah ada manusia yang memang dijadikan untuk tidak memahami?
Sedang kau cuti, hari2 kau dihubungi
Bagaimana itu, apakah ini
Tolong itu, buatkan ini
Siapkan itu, hantarkan ini
Dari sebesar2 hingga ke sekelumit perkara
Bukan sekali
Tapi hari2
Berdering berdering dan terus berdering
Walaupun pada tengah malam sepi
Atau ketika pagi dinihari
Hingga rabak bijik mata
Melayankan hal kerja yang tak sudah2
Sedang mereka tahu kau sedang lari dari segala tugas

Kau mahu boikot
Matikan saja telefon
Jangan baca langsung email
Jangan balas apa2 mesej
Atau apa2 yang berkaitan
Tapi hati kau tak cukup kering
Sebab kau tak sekejam orang2 lain
Dan kau tak mahu jadi orang yang cuma pentingkan diri sendiri

Kau tak buat semua tu
Dalam sumpah amarah
Kau cuma silentkan handphone
Agar tak ganggu orang tua kau yang sedang nyenyak tidur
Di malam2 buta

Kau berdoa
Andai ini ujian yang kau patut tempuh untuk seketika
Kau pasrah
Kau rela
Hidup, tak semua mudah sebenarnya
Tak semua boleh berada di dalam kasut orang lain
Dan tidak hanya penting kan diri sendiri

Kau terus berdoa
Semoga suatu hari, suara hati kau di dengar mereka
Mereka2 yang tak mengerti



-End-

22 October 2010

Merah


Aku nekad bercuti panjang
Setelah aku terasa macam dah sekian lama aku tak jadi diri sendiri
Asyik kerja dan kerja
Dunia aku dah totally untuk hal2 pejabat je lately ni
Aku balik kampung
Selain mahu rehatkan badan
Aku berniat mahu merawat hati
Hati yang sekian lama luka
Hairannya, ia masih bersisa dan berbisa
Tak sangka, cedera teruk rupanya hati

Selain keluarga terdekat, ada juga dua tiga orang yang lain nasihatkan aku
Katanya jangan diambil hati
Juga ada yang minta untuk aku tidak membencinya
Mohon agar aku doakan keterbukaan hatinya suatu hari nanti
Semoga dia sedar kekhilafan tingkah lakunya

Sumpah,
Dalam hati ini memang tak mampu nak benci dia
Seumur hidup, aku tak diajar untuk membenci dia
Malah aku tak ingat bagaimana perasaan sayang itu bercambah dalam hati
Ia memang ada sejak aku kenal siapa dia
Dan aku tak boleh buang dia dari hidup aku untuk selamanya
Tidak sama sekali

Dia bukan seperti orang asing yang boleh tinggal sejarah dalam hidup kau
Seperti ex-girlfriend/boyfriend/bestfriend, ex-roomate,
bekas guru besar sekolah, bekas jiran, bekas ketua kampung,
bekas ketua polis negara, atau apa saja.
Atau sebahagian orang yang pernah jadi kelurga
tapi masih boleh kau jadikan sejarah
Seperti bekas suami/isteri/ibu mertua/iparduai.

Indahnya ikatan keluarga bila mana kau tak mampu menjadikan mereka sebahagian dari sejarah hidup kau.
Tidak sama sekali.
Kau tak boleh gelar bekas makcik, atau ex-cousin, atau bekas nenek, atau bekas abang mahupun bekas ayah atau ibu!

Hatta dari segi bahasa ia tidak boleh terjadi sama sekali, maka tidak di hati kau.
Dan ya, dia memang tak mampu dan tak mahu aku benci.
Sampai mati.
Dan aku sudah terlupa bilakah kali terakhir aku menangis seorang diri dengan begitu sebak sekali sehinggalah dia datang melukakan hati beberapa minggu yang lalu.
Membuatnya luka parah sehingga aku menjadi teramat emosi sekali.
Menukarkan aku menjadi orang yang bukan lagi diri aku.

Aku belajar mengubat hati dengan menanamkan perasaan bahawa segala yang berlaku adalah salah aku.
Salah aku, salah aku dan salah aku sepenuhnya.
Bukan dia.

Terasa betapa payahnya untuk bangkit semangat semula.
Tapi aku cuba
Dan masih terus mencuba.

Dan hingga kini, aku masih sayangkan dia seperti dia yang aku kenal sebelumnya.

13 October 2010

Take a break

Hokkay....
Bertenang ye
Aku rasa ada orang yang salah paham neh

Ia,
sama sekali bukan tentang kau atau kau
Juga bukan tentang dia, dia apatah lagi dia.

Bertenang kay
Korang kena berhenti merepek.

-End-

29 September 2010

Tivi

Hokkay, beberapa hari sebelum bercuti raya hari tu sempat lah kontraktor ASTRO datang install ke rumah.
So, sekarang selain dapat tengok gambar dengan lebih jelas (kecuali ketika hujan!),
dapat lah aku menonton lebih banyak pilihan di tv.

Senah, kalau cerita bab tv ni, kadang2 bukan tengok sangat drama / muvie yang ditayangkan.
Senah lagi sebuk tengok di sebalik cerita yang mana kadang2 tak patut ko sebuk2kan seperti
eh, konon bawak watak anak orang miskin, apsal pakai henpon mahal plak neh??! Tanpa menfokus kepada jalan cerita yg nak disampaikan.

So, ada jugak hal2 lain yang berkaitan drama/movie/iklan di tv yang selalu Senah sebuk2kan seperti:

- Usop Aslam dah patut berhenti buat drama sepanjang telenovela mahupun sinetron yang mana kalau ko start tengok cerita tu time ko sedang mengandung, maybe sampai anak ko dah pandai berjalan pun drama tu masih blom ada tanda2 mahu sampai penamatnya.

- Rosyam Noor dah patut berhenti jadik watak hero kengkunun 'muda'. Sedangkan Norman Hakim pun dah berlambak watak bapak skarang, apehal ko masih blakon watak mamat-blaja-kat-kolej-berchenta-dgn-awek-kemahen-muda-yang-bleh-bawak-watak-anak-ko-sebenarnya?

- Kelogikan jalan cerita (yang bak kata zati, plez buat research before buat filem/drama!). Salah satunya yang aku tengok ialah saat pelakon pompuan kata dia sekarang sedang mencarik membe di Ampang, then scene lepas tu dan-dan tunjuk kereta tu berlalu sambil nampak signboard di Petaling Jaya. Plez, bijak sikit. Takde orang audit ker?

-Kebanyakan iklan2 akan diakhiri dengan gelakan kecil. Ni kakak hosmet aku punya komen. Seperti iklan Pasti Sedap Knor (Yakin akhirnya! hahahahha....), Downy (kecil2 cili padi, hahahhaha....), McD (sos cili, sos tomato, hahahahha.....). Klise.

- Drama Melayu, kalau tak kisah ahli korporat yang asyik saling berhasad dengki nak jatuhkan syarikat orang lain (drama macam ni harus ada Rosyam Noor sebagai 'hero muda'....!), mesti drama pasal anak2 muda rosak akhlak. Tak rempit, bohsia. Tak dadah, dada. Habis hasad dengki, mati eksiden sebab merempit, keluar lah plak cerita hantu roh tak aman. Tak hantu gunung, hantu pokok. Tak hantu rumah, hantu gua. Habis hantu kubur, keluar hantu jamban. Haihhh....

- Chemistry. Kenapa penerbit or director kalau amik pelakon tak tengok chemistry antara pelakon. Kau tahu kenapa filem Ali Setan meletop2 pada zamannya? Sebab Ogy nampak sangat serasi dengan Azmil. So, jangan salahkan penonton tak hargai seni or tak cuba faham filem kau bila kau letakkan pelakon yang serba tak kena bergandingan? Even Liyana Jasmay yang gedik tak hengat boleh nampak sangat sweet n cool bila bergandingan dengan Afdlin sebagai anak beranak. See? Itu keserasian namanya.

- Part nak masuk tido, plez buang mekap. Especially mekap mata seperti eyeshadow, bulu mata palsu dan mascara lebat tak hengat. Agak2 lah. Kot nak stay nampak chantek even pada babak nak masuk tido, tak perlu siap berbulu mata palsu bagai. Juga part mana ko siap bertelekong atas tika sejadah, sangat janggal ko yo-oh yo-oh menangis keinsafan, tapi kelopak mata bukan mahen bercalit warna pelangi siap bibir pakai lip gloss shining2 lagik! Alahai~~

- Seriyes cakap kadang2 rasa sangat jaki bila tengok iklan pemutih kulit yang ada Juliyana Evans, Lisa Surihani, Diana Danielle dan seangkatan dengannya. Kalau nak betul2 tunjuk berkesannya product ko tu amik lah Dayang Norfaizah ker, Cheryl Samad ker...... Ader bran??

- Asal nak tunjuk KL jer, kena ada KLCC. Apsal, tempat lain tak de ker? Bangunan lain tak cukup komersial ker?

- Iklan produk pelangsingan badan. Apsal bila dah kurus terus pakai seksi? Yang makcik dulu pakai tudung ada yang dah tak bertudung. Kenapa mesti pakai kebaya ketat pastu posing mesti angle dari tepi sambil buat muka saya sangat gembira sekarang? Huhuhu.... Posing biasa2 tak bleh eh?

- Iklan / drama yang ada kanak2. Aku slalu terfikir, macam mana lah mak bapak diorang train anak jadik pandai berlakon depan kamera neh??

- Kenapa kalau drama banyak guna lagu latar dari seberang? Lagu local tak cukup bagus ke nak jadi lagu latar? Ke lagu local tak cukup melankolik? Tak cukup puitis? Tak cukup jiwa? Tak cukup standard?

- Prop. Cuba tengok drama CSI, atau Bones, atau apa saja yang berkaitan. Kot kalo buat mayat nampak daging tersiat, berdarah, berulat sangat real. Maksudnya dibuat dengan teliti. Okay, budget depa besar, kita buat filem/drama runcit2 punya budget. Tapi jangan lah sampai kengkunun artikel dalam suratkhabar ko main tampal pakai kertas A4 jer atas suratkhabar tu. Selain nampak ko tangkap muat dan malas, ko juga menghina penonton seolah2 penonton sangat mudah diperkotak-katikkan. Dem!

- Skrip. Tolong berhenti letak skrip 'kami dah cuba sedaya upaya' atau 'sama2 lah kita berdoa agar si polan segera sembuh' pada watak doktor. Sepanjang aku duduk kat hospital dulu takde sorang doktor pun buat ayat macam tu kat dalam hospital. Berhenti lah buat skrip yang dah selalu sangat orang guna pada watak dan babak lain juga. Cari idea lain. Kita ramai penulis skrip yang berbakat sebenarnya.

- Apsal time surau/masjid azan je, time tu lah orang menyanyi2 kat tivi. Tak kiralah lagu budi bahasa budaya kita tu ker, lagu iklan keropok moni ker, iklan samarinda ker, iklan jom jom jom jom jom hebo hebo ker, ko mainkan time azan. Siarkan lah iklan yang takde lagu2 ni. Bukan lama sangat pun azannya.

- Cerita 5 minit, iklan 7 minit. Cerita 5 minti, iklan 15 minit. Cerita 5 minit, iklan 7 minit. Cerita 5 minit, iklan 10 minit. Okay, sambung lepas nightline. Shit!

Ok, Senah komen yo-oh yo-oh ni macam lah Senah terer sangat kan?.
Tapi ye la, suara hati penonton yang banyak kondem orang, beginilah.
Bukan bermakna tak tengok tivi lagi pasni kanz?
Cuma mahu kualiti yang lebih baik.
Alah takat bising2 dalam blog sendiri jer.
Takde iklan berbayar pun.

-End-

04 September 2010

Plez, help me.

Senah tengah serba salah ni.
Ada sorang opismet Senah.
Khamis lepas masa dia datang bertanya sesuatu kat Senah, Senah terbau rokok pada dia.
Senah tak nak syak bukan2, mungkin orang lain tapi kebetulan dia datang pada masa tu, maka Senah tersyak dia.
Tak berapa lama lepas tu, dia datang lagi ke tempat Senah.
Kali ni dia duduk betul2 sebelah Senah. Tanyaka hal kerja.
Uh, buat kali kedua hidung tak berapa mancung Senah terbau lagi rokok.

Okay, Senah buat kesimpulan yang positif.
Mungkin bau dari sweater yang dia pakai, memandangkan dia memang terkenal sebagai perokok tegar selama ni.
Tapi, dah dekat sebulan ni takkan bau rokok masih melekat kat baju kan?
Bila masa dia merokok time keje? Sebab dia tak kerja shift, waktu kerja siang sepatutnya dia tak merokok lah kan?

Senah tunggu lagi hari Jumaat.
Minggu ni Senah cuma kerja 2 hari.
Khamis Jumaat, sebab Senah bercuti panjang sebelum ni.
So, semalam dia ada lalu lalang kat lorong muhibah Senah.
Hmm, memula dia lalu Senah tak perasan.
tapi lepas idung ni menangkap2 bau rokok Senah pun menoleh tengok siapa yang lalu belakang Senah.
Orang yang sama berbau rokok semalamnya, malah lagi kuat baunya.

Aishh, Senah dah start syak bukan2 neh....
Macam mana Senah nak buat?
Dah petang2 tu, dia ada datang melepak kat lorong muhibah Senah.
Masa borak2 panjang tu takde pulak terbau rokok.
So, Senah punya teori yang mengatakan sweater dia yang berbau rokok tu salah ke betul?
Kenapa semalam punya bau tak kuat sangat, pagi ni sangat menusuk lobang hidong ku??
Abis tu apsal pagi ada bau petang dah takde??

Apekah yang Senah patut buat?
Tanya straight to da point kat dia?
Senah takut lepas ni dia segan plak kat Senah.
Atau terus buat musuh dengan Senah.
Sindir cara halus?
Senah kalau menyindir boleh jadik tak sehalus mana.
Silap2 menusuk hati orang.
Tapi, kalau betul dia buat tidak ke jadi dosa pada Senah sebab tak menegur?

Huhuhu~~~
Apa nak buek neh???

01 September 2010

Setahun dah berlalu rupernye..... Apsal aku tak prasan??

Hari ni balik SK lepas 5 hari pulang bercuti sejak Jumaat lepas.
Pergh, puas benau lah dapat berpuasa kat rumah lama2 macam ni.
Kau cakap je aper nak makan, segera abah carik bahan soh mak masakkan.

Asal2 balik JB berempat. Last2 tinggallah sensorang kembaranya.
1st Ana call, bagitau lecturer dia buat test hari 30hb tu.
Lepas tu Amad plak call, bagitau ada assignment nak kena siapkan. So, tak jadiklah nak balik cuti merdeka.
Last skali, putera bongsu call bagitau ada latihan kawad petang Jumaat then ada kelas Isnin pagi.

Oleh sebab memang dah apply cuti siap buat muka kerek giler kat boss bagitau "cuti saya banyak lagi" masa mintak boss approve kan dan hati memang dah meroyan nak jugak balik berpuasa kat JB tahun ni, aku kentalkan aja semangat balik seorang.

Selama ni pun macam lah berteman kan....

Masa nak balik tadi, aku panggil makcik sebelah rumah. Saja panggil, pernah sekali aku balik SK tak bagtau, mak kater dia tanya.
Lepas2tu setiap kali nak balik aku akan panggil dia. Bagitau aku nak balik SK semula.
Semalam sempat kitorng berborak, masa aku ngan mak sebok mengemas laman rumah yang semak samun.

Aku kalo dengan makcik ni bergurau je manjang. Aku usik dia, asyik berbau je dapur rumah dia.
Katanya, sibuk buat kuih siput. Tempahan dari adik beradik. Kuih lain tak buat lagi.
Katanya lagi, dapur rumah kami apa kurangnya. Semalam berbau juga.
Mak cakap, memandangkan aku dan mak sama2 sedang 'cuti2 Malaysia' jadik kami buat kuih sepanjang hari semalam.
Kalau letey sekurang2nya bolah makan dan minum. Lagi pulak takde sapa kat rumah selain kami bertiga. Aku, mak dan abah saja.
Owh, senang lah macam tu katanya, ada assistant nak buat kuih. Pagi ni pulak bergotong royong bersihkan laman.

Jadinya, hari ni masa nak balik aku salam2 dengan dia.
Katanya, takde aper nak bagi, kuih raya tak siap lagi.
Aku cakap kat dia, alah.... tak payah bukan boleh makan pun. Lagi pun mak dah siap bekalkan aku nasi himpit dengan serunding kelapa untuk makan 'berbuka' kat rumah nanti.
Sekejap lagi dia dah hilang masuk ke rumah.
Keluar2 dia bawak sebotol kuih siput. Makan tengah jalan nanti eh.... katanya.
Adeh makcik, even boleh makan pun aku takkan nak makan time2 puasa macam ni....
Kalau tak tahan berhenti kat RnR, bukak bekal makan tau.....
Katanya lagi.

Hahhahaha, mak gelak jer. tau aku takkan buat macam tu. Kejadah kau?
Makcik....makcik.....
Teringat kisah raya lepas.
Hmmmmm, saya bukan budak2 lagi lah.

*geleng kepala* :) :)

24 August 2010

Bukan saya yang malang, tapi kamu. - Bisik Selasa pada saya di suatu petang.....

Pagi yang penuh durjana.
Aku syak, sepanjang puasa markah ibadah aku tak pernah lebih. Manjang minus. Di bawah piawai. Setiap pagi, memang tak sah kalau mulut tak maki orang. Dah jadik habit walau tahu diri berpuasa. Dapat lapar sajalah. Harini entah berapa ramai dapat hadiah sumpah seranah, dan entah dah berapa bakul lah dosa aku kumpul.
Astagfirullah.....

Biasanya aku sangat lah skema. Hari2 ikut laluan sama. Tak pandai lencong2 cari jalan shortcut walaupun tau ada dan setiap hari pun dok menyumpah2 orang2 yang dok ikut jalan shortcut ke tempat kerja then alih2 dok masuk menyelit dalam lane aku.
Paling bara, tak bagi lampu signal maupun angkat tangan tanda terima kasih kita dah bagi laluan.
Memang jaki giler.

Nak dijadikan cerita, hari ni sangat nekad aku ikut laluan shortcut yang biasa mangkuk2 lain selamba ayam dok ikut. Konon sebab nak cepat. Pagi ni ada meeting. Kengkunun buat alasan padahal hari2 pun memang dok terhegeh2 keluar rumah lambat.

Masuk je lane 'haram' tu tiba2 traffic terhenti. Laaamaaaaaaaa plak tu. Masa tu kete aku dah kat tengah2. Nak patah balik memang kem salam la. Selang satu kereta depan kereta aku ada sebijik wira. Dok berangan apetah agaknya, tinggalkan jarak yang sangat jauuuhhhhhh dengan kereta kat depannya. Lalu adalah mangkuk2 lain yang takde kesedaran sivik selamba mencelah potong lane dan dok depan wira bingai tersebut. Hanya setelah 3 bijik kereta, baru sang pemandu wira ni sedar tentang kebingaiannya lalu bergeraklah beliau menghampiri kereta di hadapan. Maka haruslah berbakul2 makian mamat wira ni dapat dari aku hari ini. Tolak lagi markah untuk sekian kalinya.....

Pedih sungguh bila tengok jalan utama yang selama ni aku guna bergerak deras sedangkan selama ni dok merangkak2. Dan lorong haram yang selama ni jadik fast track dah jadik terhegeh2 malah lebih lambat dari yang biasa aku alami. Setelah menungga lamaaaaaaaaaa, akhirnya lane kami bergerak. Nak dekat sampai kat jalan utama baru aku nampak rupanya ada pak polisi jaga traffic di situ. Siap park motor hok gedabaknya disatu lorong lalu menjadikan kami yang berlorong 'haram' ini terpaksa bersesak2 berebut lane. Plak tu dia tahan plak kasik lane utama ni jalan. Lamaaaaaa ko tau! Pakcik, selama ni saya ikut jalan halal lagi sempurna tu tak pernah plak pakcik nak muncul tolong jaga trafik??!! Dah rugi pahala saya sebab hari2 menyumpah orang2 yang tak beratur ni......Apsal hari ni saya ikut jalan haram pakcik tetiba terpacak kat sini?! Jawab lah...hah jawab....jawab!!! Arrggghhhh!!!!!!!!!!

Shit!!
Masa sampai opis lagi rasa jahanam. Biasanya aku parking jauh sikt dari opis. Aku parking kat lapangan atas bukit sebab tahu memang takde parking kosong dekat opis setiap kali sampai (sebab datang lambat hari2). Tapi sebabkan semalam sangat bertuah dan dapat petak yang agak paling depan, maka aku mencuba2 nasib lagi hari ini. Dah sampai hujung aku pusing cari parking, pak guard letak kon tanda dilarang lalu. Dah la parking dah penuh, pastu ada mangkuk2 lain parking kat bahu2 jalan. Aku tak boleh nak buat U-Turn kat situ. So, terpaksalah aku me-reverse kereta sepanjang2 jalan untuk keluar semula ke jalan hadapan. Dah la opis aku laluan parkingnya berbentuk bulatan. Puaslah mengontrol stereng masa me-reverse memandangkan skil reverse kete aku memang excellent lah sangat kan. Seriyes rasa macam tahi masa tuh. Kalo terus ke parking biasa takde lah buang masa macam ni skali.

Meeting plak pagi ni pasal 5S. Siot lah. Ntah saper pandai2 boh nama aku jadik wakil unit aku. Dah takde orang len hagaknyer. Punyalah dekat 100 orang budak kat sini, apsal nama haku gak yang sangat 'bertuah' terpilih? Dah lah haritu calon kan aku jadik komiti OSH siap blaja CPR bagai, ni 5S plak? Boss plak baru calonkan nama aku untuk wakil opis untuk kursus Stress Management. Wey, stress lah haku cenggini! Yang paling aku hangin skali bukan aper, rasanya dalam hampir 100 orang kat unit aku, tempat duduk hakulah yang paling dahsyat sekali keadaannya. Kat bawah meja aku bukan takat spare2 card, cable2, tools, file2 entah segala mak nenek harta karun semua ada kat area meja aku. Pastu nak lantik jadik komiti 5S. Giler munasabah??

Dalam meeting tu plak orang yang datang tak lah ramai. Sebab yang dijemput wakil2 ketua dari setiap unit jer. Tapi yang buat kepala aku macam nak pecah ialah bila orang kat depan bagi ceramah, bercakap kat depan kau sokseksoksek-sokseksoksek kat belakang. HELLOOOO, adab plez....adab!! Semua dalam ni Melayu, Islam lagi. Kalau pun tak nak dengar orang tu bercakap sebab kau boring, mengantuk, tak berminat, ko pekak badak or wateverrrr tolong lah senyap. Jangan ganggu orang yang fokus macam Senah ni hah. Nak cakap sikit2 bolehlah.... Ni sepanjang2 kau nak bercakap! Haku, kalau tak kerana kitorang ni berkongsi atap yang sama kat tempat kerja ni dah lama aku sound kuat2 SSHHHHHH......!!!!! Sambil buat muka 'ada aku kesah?!' kat diorang. Arrghhh, tolak lagi markah puasa untuk hari ini. :( :(

Sekian cerita malang saya untuk hari ini. Doakanlah semoga saya diberi ketabahan dan hidayah agar tidak menyumpah, mencaci, memaki atau mencarut2 hatta sekelumit di dalam hati pun untuk hari2 yang mendatang yang bakal saya tempuhi. Saya hamba yang hina, kalau pun tak berbuat kebaikan sekurang2nya tak perlu lah saya menambah dosa2 yang sedia ada.


-End-

19 August 2010

Gelap.

Pagi tadi, masa aku tengah kelam kabut nak ke pajabat seperti biasanya tiba2 aku terpandang sekeping bussines card terselit kat celah wiper kereta aku.
Malam tadi hujan, jadinya kad tu basah lencun.



Ciss....... ni mesti kad ah long, syak aku.


Errkk, ok.
Ini bukan kad ah long kami cuma nak tolong.



13 August 2010

Hati.....

.......patah lagi......



Bertahanlah.

12 August 2010

Mari pertingkatkan ibadah kawan-kawan.....

Walaupun dah dua hari menjalani ibadah puasa,
rasanya belum terlambat untuk Senah ucapkan
Selamat Berpuasa kepada semua.

Marilah kita sama2 merebut habuan
di bulan yang penuh ganjaran ini.
Semoga kita semua dapat meningkatkan amalan
di bulan mulia ini.

Renung2kan dan, selamat beramal!


Maka,
Hapekejadahnya Senah masih sibuk menghapdet blog di waktu2 begini??
Owh, Senah lepas gian saja.
Sekejap lagi Senah terawih, InsyaAllah.....
Assalamualaikum~~

Lisa oo Lisa - Part3

Ada sorang opismate aku.
Sangat obses dengan Lisa.
Walaupun lakonan Lisa sangat kayu dalam Adamaya,
juga jalan cerita movie Semerah Cinta Stiletto itu tersangat buduh katanya
tapi sebab Lisa sangat chomel dan menawan hati,
maka dia asyik mengulang2 mainkan cerita2 itu.

Siap tunjuk kat aku,
part2 dalam movie buduh itu yang asyik di stop pause kan saja.
Semuanya gara2 Lisa.
Kalau tanya jalan cerita haram dia tak kisah.

Petang tadi,
masa aku sibuk2 merujuk dengan laptop
yang dah 2 hari bercerai kasih akibat di format semula
juga sibuk2 menyumpah Selkom
sebab blocked phone aku saat2 gaji masih jauhhhh bunyik kacchhiingg nyer...

Mamat ni datang dengan muka bersungguh2nya.....

"Senah, tengok muka aku ni dah dua hari berminyak."
Katanya.
Aku belek2 mukanya.

"Ye ker?
Sama je aku tengok."
Mungkin sebab aku tak pernah belek muka dia selama ni~

"Tak!
Dah dua hari macam ni.
Aku start pakai pencuci jadik berminyak."
Katanya sambil tangan mnyapu2 muka.

Erk? Bukan pakai pencuci lah jadik tak berminyak kan?
"Ko pakai aper?"

"Selama ni aku tak pernah beli pencuci pun.
Tapi sebab aku nampak muka Lisa kat situ aku terus beli."
Katanya lagi.

"Ko beli brand aper?"
Tanya aku lagi.

"Garnier.
Tapi yang lelaki punya lah."
Dah hagak dah~~

"Eh? Bukan gambar abam Fahrin ker?"
Kata aku dengan konfiusnye.

"Memanglah, tapi yang perempuan punya gambar Lisa."
Aku tengok senyum dia sampai telinga. Ntahapehaper.......

"Tapi kat tivi iklan Heliza?"
Aku buat muka tak puas hati lagi.

"Tak.......
Kau cuba tengok kat farmasi nanti, muka Lisa.
Tivi iklan lain.....!"

Iyolah bro, sukati kau lah....
Dan tahniah lah pada Garnier
sebab berjaya menarik perhatian sorang mamat sengal membeli barangan anda.
Strategi pemasaran yang cemerlang!



Walau diapit brother2 kacak, abam Fahrin tetap di hati Lisa......

Owhh maksud saya,

Abam Fahrin tetap di hati Senah... *Wuhuu~~~*

Lisa Oo Lisa - Part2

Opis aku, ada skrin besar macam kat bursa saham.
Semalam, tengah aku sibuk2 buat (buat2 sibuk?) keje Adik Baru yang duduk kat sebelah kiri merungut2 sorang2 sambil matanya melayan saluran Astro di skrin depan.

Katanya,
Aku bengang betul.
Aku tengok drama Lagenda Budak Setan, ingakan ada Lisa.
Ntah saper ntah minah tak lawa berlakon kau tau.........

Oleh sebab aku bukanlah pelanggan Astro
dan tak ambil tahu tentang drama2 yang dimainkan
aku layankan saja sambil dengar tak dengar rungutannya.

Saper blakon?
Fazura? Tiz Zakiah? Fasha?
Tanya aku.

Dia geleng2 kepala.
Bukan...bukan.......
Aku tak kenal.
Tak pernah tengok pun minah tu.
Tapi series tak lawa.

Oleh sebab beria2 nak berceritanya aku pun buat2 menyakat....
Kira, aku lawa sket dari pompuan tu lah?

Yer...yer... dan yer!!
Kire kau lawa banyak dari dia!
Hah, tak caya kau tanya Brother Jiran.
Sambungnya dengan muka sungguh2.

Brother Jiran yang duduk di sebelah kiri Adik Baru menyengih.
Katanya,
Aku tak berani nak judge.
Kita dengan apa Brother Apek cakap dulu.....

Brother Apek menyampuk disebelah kanan aku.
Aku tak tengok cerita tu,
nanti lepas aku tengok aku bagi komen saper lagi lawa.

He3, tak payah susah2.....
Of coz lah Senah lagi lawa.
Well,
Senah dengan Lisa kanz......

Lisa Oo Lisa - Part1

Kali terakhir aku balik JB, mak aku ada tegur pasal rambut.
Memandangkan rambut aku adalah dalam kategori halus dan mudah putus,
tambahan pula rambut aku sekarang
sedang sama musim dengan cuaca negara2 berempat musim yang sedang dalam musim gugur (hu hu~~)
mak tanya, bila nak gunting rambut?

Aku cakap kat mak,
Biarlah panjang sikit nanti baru aku gunting.
Kasik nampak macam Lisa dulu.
Mak tanya Lisa mana?
Lisa ni mak......

*

*

*

*

OK.
Selain dia punya kulit yang lebih cerah,
mata yang lebih cantik,
muka yang lebih bulat,
kepala yang lebih besar
dan senyum yang lebih menawan,
aku dengan Lisa memang tak banyak beza sebenarnya....
Kata orang, saling tak tumpah! ;p
Muahahaha......

Hokey.
Setelah mencuba gaya Sopia Jen dalam filem Kasih Kita,
bergaya ala2 Posh Spice dengan Bob Cut
dan juga gaya Jelita si Agnes,
lepas ni aku nak buat gaya cute tak henggat macam si Emma ni.....



Tak payah beli shampoo....

Hmmm, pelaburan yang bijak!

02 August 2010

bukan semua perkara en gugel dan miss wiki tau.....

Satu hari, masa dalam mesyuarat seorang opismate Senah bertanya....
"Equipment ni guna software ape nak login LCT?"
Senah geleng2 kepala sambil buat muka Cik Serba Tahu.... Maklumlah, membe ni junior sket dari Senah.
"Equipment ni tak guna LCT, nak login kena guna PCD, macam kalkulator jer..."
Membe tadi angguk2 saja....
"PCD tu maknanyer aper?"
"Pulse Code......hmmmm, entah.....Aku pun tak tau sebenarnya...."
Kata Senah menyengih2....
"Ko try gugel......" Sambung Senah lagi.

Tiba2 dia sengih2 sorang2.....
"Tak boleh pakai ni.... Gugel pun salah bagi jawapan...."
Senah jeling skrin komputer ribanya.
Dan serta merta telinga Senah terngiang2 lagu Dont Cha~~
Hapedah.............

30 July 2010

Bapok~~

Kau pernah diganggu bapok?
Dikejar?
Dingurat?
Dikenyit2 mata?

Haaa, kau pernah ganggu bapok?
Mengurat?
Mengenyit mata?

Haaaaaaaaaaaaaa...................
*panjang ceritanya............ :) :) *

Cinderallo story.....

Ada satu malam, kami ramai2 standby untuk satu projek improvement.
Semua sekali mungkin ada 12-13 orang. (As usual aku bunga sekuntum, yang lain semua kumbang!)
Kami pecah ke 5 tempat.

Aku standby dengan brother pakcik kat ibusawat.
Satu, sebab aku malas nak standby kat site.
Malas nak cari2 toilet tengah2 malam.
Ibusawat takpe, aku tau mana letaknya.
Dua, sebab aku lamaaa tak sembang dengan brother pakcik.
Tiga, senang nak tido. Ada kerusi. Site mungkin ada sehampar lantai yang sejuk.
Empat, ada PC. Boleh layan internet sementara menunggu kerja.

Sebelum berpecah pergi site masing2 aku, brother pakcik dan adik baru naik ke tinggat satu.
Check equipment dan di beri sedikit briefing oleh brother pakcik.
Masa nak turun semula ke pejabat bawah, aku keluar dulu dari bilik equipment.
Mamat dua orang tu sungguh khusyuk berbincang, jadik aku terus blah dulu.
Sebelum turun, masa aku sarung kasut terpikir idea jahat kat kepala hotak.
Aku terus capai satu crocs kepunyaan adik baru, letak atas para tak berapa jauh dari pintu bilik equipment.
Terus aku cepat2 lari ke bawah.
Masa adik baru nak amik beg dan baju sejuk dia, aku buat muka selamba jer.
Aku syak dia tahu aku buat, sebab beberapa hari sebelum tu aku asyik kutuk kasut dia.
Dia pegi keje pakai crocs je sekarang, sebab kasut keje dah koyak. Menganga tapak.
Selalu orang koyak tapak kasut kat depan, dia koyak kasut menganga kat tumit.
Elok sangat lah ganti dengan crocs.

Hari ni, aku pegi balik ke ibusawat tu.
Dengan adik baru.
Saja nak check2 equipment.
Masa nak masuk bilik equipment tu dia cakap kat aku
"Kasut aku pernah hilang kat sini..."
Aku pandang muka dia. Bila masa plak??
"Ada satu hari tu aku dok cari2 kasut aku, tengok2 atas ni.... Ntah saper lah buat. Takde keje..... Ada jugak orang macam ni kat dunia...." bebelnya lagi.
Aku terus gelak tak menahan2......
"Betul Senah, ntah saper lah takde keje buat macam tu. Aku series ni..." katanya lagi...
Aku gelak makin kuat.....
"Wey, tu aku yang buat lah..... Ko tak perasan ker malam tu kite bertiga je ada?"
Terus dia gelak kuat2...
Kitorang melintasi satu kawasan yang penuh dengan orang dengan tawa yang berdekah2.
"Aku perasan lah kita bertiga malam tu, tapi tak sangka lah ko yang buat. Aku ingat ada org lain yg takde keje. La... ko ni....."
Katanya dengan tawa yang berbaki lagi.
Ha3..... Tolong lah ingat balik....
Malam tu nak dekat pukul 12. Mana lah ada orang kat ibusawat pun.... Budak ni...
Mesti dia tak sangka dapat boss mereng macam aku kan?
Orang bergurau pun blur budak ni!

23 July 2010

Kursus..... (lagi!)

Bila takde kursus, lamaaaaaaaaaaaaaa takdenya....

Tapi bila ada, asyik asyik kursus
Asyik asyik kursus.......

Hmmmm......

15 July 2010

Merantau ke Rantau

Setelah sekian lama tak turun site, tiba2 hari ni dapat call tentang breakdown ke Rantau.
Rantau?
Sumpah aku tak tahu mana tu....
Sempat aku tanya kat orang site yang telefon...
"Rantau ni sebenarnya kat mana yer?"
Sambil kepala otak dah terfikir mungkin di pantai timur memandangkan aku pernah dengar Rantau Abang dan Rantau Panjang.

Katanya.....
"Ekau ni tu pun tak tau..... Kek Nogori lah! On da way nak pegi Port Dickson, masuk simpang ke Rantau. Pastu nanti jumpa roundabout, kau amik kol 9.....bla3...." Hamik kau!
So......dah siap bagi direction ibusawat ni, nak kena g jugak lah eh??
Hu3.... Sumpah aku sangat malas nak ke site sekarang.
Apatah lagi sejak ketiadaan brother pakcik yang berpindah unit.
Juga brother apek yang asyik cuti sakit kebelakangan ini.
Akhirnya aku angkut adik baru serta nona berjasa bersama.

Perghh, adik baru bukan mahin suke lagik aku ajak ke site.
Dah lama bosan katanya.
Kena plak aku soh kitorang pecah.
Aku buat kat ibusawat dia buat kat tempat customer.
Balik tak berhenti2 dia cerita, yang dia sangat berpuas hati akhirnya tak cuma melihat saja malah dia sendiri yang troubleshoot.
Jadik, fahamlah dia kenapa walaupun sampai 5 hari berkampung di Jerangau aku dan brother apek masih bersemangat bekerja.
Sebab kepuasan dik....kepuasan tu tak boleh bayar dengan gaji yang tinggi tau.....ia apa yang kau rasa!
Tapi, kalau dapat gaji tinggi tu bonus dik..... Alhamdulillah....rezki doonia!! *wink*

Tapi, walaupun akhirnya kami pulang semula ke pejabat lebih kurang jam 10 malam malangnya kami pulang tanpa hasil yang boleh dibanggakan.
Kecewa sungguh!
Da macam2 perkara kitorang buat.
Last2 kena mengalah pada ketentuanNya.
Dah dia kata tak berjaya, nak buat macam mana kan.....
Kita dah berusaha....

Satu perkara yang aku belajar, sekarang aku dah tau mana letaknya Rantau ni dalam peta Malaysia.
Perghh, jauh merantau aku hari ni.
Sampai ke Rantau!

14 July 2010

*sob....sob*~~

2 hari lepas aku ikut kursus motivasi yang mana semua orang dalam company wajib menghadirinya.
Sebab banyak sangat sesi yang guna suara, menjerit, bersorak, menyanyi, meroyan segala,
hari ni tekak aku dah rasa lain macam.
Ya, sekali dengar macam seksi.
Dua kali dengar macam bunyi itik.
Anyway, bukan pasal tu yang aku nak ceritakan.

1st day, dalam kursus tu ada satu task yang mana trainer minta kami semua sms pada 3 orang tersayang, 3 team members dan 3 bosses.
Soh kitorang sms ucap terima kasih atas segala support, kasih sayang, bantuan, perhatian, tunjuk ajar, etc et....
Kalau tak sms pun, kena cakap depan2. Face to face.
Okay, to be honest aku memang ada buat walaupun x cukup 9 orang untuk aku sms.
Sekali lagi, bukan tu yang aku nak ceritakan kat sini.

2nd day, trainer tanya ada sesiapa yang buat task.
So, saper2 yang buat then sukarela nak share apaper cerita mintak lah tampil ke pentas.
Macam2 lah cerita.
Mostly cerita2 sedey sebab nak ucap thanx pada orang perlukan keberanian terutama pada family sendiri.

Pelikkan?

Padahal......Kita hari2 ucapkan pada orang sekeliling.

Pada makcik cleaner yang tolong vaccum.
Pada membe yang blanje makan.
Pada abang yang amik order lunch kita.

Tapi pada family, kita kadang2 segan nak ucapkan.

So, adalah yang cerita betapa syahdunya bila dia ucap thanx kat mak atas segala yang dah mak dia buat and then mak dia jawab semula, "..dah memang tugas mak..." dengan penuh kasih sayang, mau tak ader segala babak tangkap leleh keluar.

Ada yang share cerita, betapa masa ucap thanx kat boss jiwa rasa syahdu pilu.
Sebab boss dia memang selama ni sangat lah supportive, kasik tunjuk ajar sampai dia berjaya sekarang.Ada yang ucap thanx pada kakak, ada yang ucap thanx pada bibik. Ada yang share pengalaman betapa kita patut sentiasa rasa thankful sebab ada orang hidup cuma makan lebihan makanan pelanggan di restoran.
Walaupun mostly yang naik atas pentas share cerita tangkap sedey, aku tak lah rasa nak share air mata.
Still maintain cool je.

Last sekali, ada sorang mamat ni naik pentas.
Dia ni satu opis satu building dengan aku. Tapi lain2 unit.
Aku kenal gitu2 je lah, tau nama dan memang tau dia punya suara yang sedap sebab aku pernah dengar dia nyanyi masa hari keluarga ibu pejabat dulu.


Masa nak start cerita dia macam serba salah.
Garu2 kepala, terkial2 nak mula cerita.
Dia kata,
"Jujurnya, saya tak sms pun ucap terima kasih pada mak saya semalam. tapi saya pernah buatlah sebelum ni..."
Senyap. Garu2 kepala lagi.
"Macam mana nak cakap ehh..."
Teragak2. Garu2 kepala.
"Sebenarnya saya berasal dari kelurga yang .... berpecah..."
Senyap. Tarik nafas. Dari berdiri dia duduk.
Aku pandang member team kiri kanan.
Aku cakap kat mamat berdua, "aku rasa.....aku nak nangis..."
Sambil air mata dah meleleh.

Partner yang sebelah kiri yang juga officemate aku jawab....
"Sabar Senah, sabar.... jangan emosi..."
Tanpa menoleh ke arah aku sebab khusyuk nak dengar cerita mamat ni.

Ceritanya, tentang ibubapanya yang telah berpisah.
Ketika dia masih bersekolah.
Hanya tinggal dia dan ibu yang sedang sakit.
Sebab ayah lari bersama girlfriend baru.
Kejamnya manusia kan?

Katanya lagi, pernah satu masa dia ke pasar untuk mencari sayur2 lebihan yang telah layu untuk di buat lauk.
Sebab kesempitan wang.
Sedang sang ayah masih tebal muka telafon dia dan minta hulurkan sedikit duit.
Ya Rabbi, ada juga kan orang macam ni?

Aku perasan aku menangis dari awal sampai habis dia bercerita.
Padahal aku bukan orang yang mudah beremosi macam tu.
Dan aku sikit pun tak mencuba untuk menahan dari air mata aku keluar meleleh2.
Satu hal yang aku kalah dalam bab lawan air mata.
Bukan sebab cerita mak dia sakit, bukan sebab dia kesempitan wang.
Sebab aku pernah sakit. Lama dan perit.
Juga pernah rasa mengikat perut dan berjimat yang maha dahsyat.
Walaupun apa yang menimpa aku mungkin tak seteruk yang ditanggung mamat ni.
Tapi, aku sangat lemah bila dengar atau tengok hal2 keluarga yang berpecah belah, tak bahagia ni.
Sebab seumur hidup, aku sentiasa merasa keluarga bahagia.
InsyaAllah sampai bila2lah hendaknya.
Jadik, bila dengar cerita mamat tu tak terbayang aku macam mana nak harungi hidup macam tu.
Sedangkan selama ni, family lah kekuatan untuk aku harungi semua dugaan hidup.
Selain dari kebergantungan kepadaNya.

Aku anggap family adalah rezeki terbaik yang aku ada sepanjang kehidupan ini.
Ia jauh lebih baik dari segunung harta. Tiada tolok tandingnya.
Jadi, bila melihat ada orang yang tak punya apa yang aku ada, terasa betapa jauh lebih beruntungnya aku dari dia.
Tuhan, jangan tarik nikmat yang satu ini.

Mamat tu menghabiskan ceritanya dengan keadaan yang sangat syahdu.
Dewan senyap sepi sekejap.
Kebetulan, dia orang yang terakhir berkongsi cerita di atas pentas.
Aku masih terkial2 lap air mata yang masih meleleh2 lagi.
Mujur tak diiringi bunyi2 hingus sekali.
Rosak imej ganas aku macam ni.
Sempat pula geng sebelah bergurau.....
"Tak pe yang, boleh nangis kat bahu abang...." Sambil menepuk2 bahu kanannya.
Mamat ni, tengah momen macam ni pun sempat lagik.... Hempuk kang! Hilang feel aku!

Walaupun waktu lunch kami semua dah ceria dan bergelak ketawa kembali tapi cerita mamat tu masih meninggalkan kesan dalam hati aku.
Mungkin akan teringat setiap kali aku nampak dia di pejabat nanti.
Mungkin akan terkenang ketika menonton drama2 yang berkisar sepertinya.
Mungkin sampai bila2 pun.
Tak siapa mahu ada dalam kelurga yang pecah belah.
Malah, tak siapa inginkan berkahwin kalau hanya untuk bercerai.
Tapi semua ketentuan di tanganNya.
Aku cuma mampu doakan yang terbaik buat mamat ni.
Kalau bukan parent dia, maybe rezkinya akan lebih baik pada keluarganya sendiri nanti.
Semoga dia akan dapat isteri dan anak2 yang baik.
Serta rumahtangga yang bahagia.

Dan semoga aku juga aka terus mendapat bahagia ini selamanya.....
Amiinnnn...

24 June 2010

Si Pi Ar - Part3

23 Jun 2010. Hari last training.
Hari ni kami, team 1st Aid (FA) bergabung dengan dua lagi team iaitu team Fire Fighting (FF) dan team Emergency Response watever namernya yang dipanggil team ERP.
Sesi pagi lebih menjurus kepada mengulangkaji topik2 yang telah kami pelajari sepanjang 2 ari.
Team FA dah dua hari training, manakala lagi 2 team tu baru semalam training.
Jadiknya subjek kitorang lebih banyak disentuh berbanding subjek yang diorang belajar.
Tambahan pulak team FA tersangatlah kecoh orang2nya.
So, team FA je yang lebih banyak mulut compare to team FF dan ERP yang kesemua pesertanya adalah lelaki.
Bukan patutnya diorang lagi kecoh ker? Hmmm.

Lepas lunch kitorang bergerak ke ibusawat terdekat untuk sesi latihan kebakaran pula.
Serupa macam semalam, kitorang perlu 'berlakon'.
Ada yang jadik mangsa, ader yang jadik marsyal, ada yang jadik rescuer, ada yang jadi paramedik.....
So, oleh sebab tak diberitahu bakal ada sesi demo seperti semalam, dan tak dipesan supaya bawa pakaian burok maka aku sekadar offer diri jadik rescuer sahaja.
Buatnya dia solek kasik koyak atau kotor baju macam masa kitorang buat latihan semalam tak ke naya?
Team rescuer ada 8 orang, 3 antaranya perempuan.
Trainer letak mangsa pun 8 orang jugak. Juga ada 3 orang perempuan.
So, team kitorang kengkunun pakat pergi bantu sorang satu mangsa.
Itu sebelum kejadian lah....
Masa betul2 buat latihan, rupenya ader plak mangsa pengsan, patah kaki, takkan ko nak angkat sorang2?

Masa sampai kat lokasi tu mangsa 1st yang aku nmpk, budak lelaki.
Dia ni satu team dengan aku masa latihan semalam.
Aku tanya dia, ko ni baring tak boleh jalan ke,ko pengsan, atau mati?
Dia jawab pengsan.
Hahahaha, kalau betul2 tengah selamatkan orang pengsan boleh ke tanya macam tu? Sengal!
Bukan aper, semalam masa team kitorang jadik mangsa, ada salah seorang brother ni kengkunun mat rempit yang eksiden.
Dia sebenarnya tak boleh bangun je, kengkununnya mungkin patah tulang belakang atau luka dalaman dan tak pengsan.
Tapi alih2 team penyelamat bagi CPR kat dia. Hahahaha..... Nampak sangat masing2 kemaruk nak bagi CPR! (Tapi CPR olok2 lah!)
So, enggan situasi bangang berulang pada diri sendiri eloklah aku bertanya kan?

Aku tinggalkan brother tu. Biar rescuer lain selamatkan dia.
Boleh pilih2 mangsa plak kan?
Oleh sebab sempat ader sesi dialog bersama mangsa, bila aku ke mangsa lain masing2 dah ader rescuer sendiri.
Last2 aku nmpk ader sorang mamat bawah meja. Terbaring.
Aku tak kenal dia. Maybe dari team FF.
Sekali lagi aku buat sesi ramah mesra, aku tanya dia tak boleh jalan, pengsan atau mati?
Dia kata pengsan jugak.
Hadoi... Camno den nak ngangkut neh?
Aku panggil seorang kakak rescuer tolong aku.
"Macam mana nak angkat ko ni?"
Uish, lelaki dowh, kot kalo badan keding pun berat ni kan pulak yang sedang2 macam ni!
Kakak tu pun tanya soklan yang sama.
Katernya lagi..."Biaq betui nak kena ngangkat hang.... berat tuh.....!"
"Aper kater kita tukar? Ko jadik mangsa, aku jadi penyelamat. Aku angkat ko jer..."
Kata si mangsa dengan bersungguh2 kepada aku.
"Banyak chantek.... Ko ingat real situation boleh tukar2 ke saper jadik mangsa, saper jadik penyelamat?? Trainer pun mestilah tau kita tukar!"
Last2 kitorang soh dia jalan sendiri ke tingkat bawah.
Owh, mangsa berada di tingkat 1. So, bila sampai kat bawah tu kitorang soh dia baring sekali lagi.
"Saya angkat kaki....." Aku pilih jalan selamat kay...
"Okay akak kira 1,2,3 kita angkat. 1...2...3...!"
Aku dah angkat kaki mamat ni setinggi pinggang aku. Sumpah tak gerak!
Tak terangkat kakak tu. Berat!
Mujur lepas tu brother2 rescuer lain yang baru balik dari menghantar mangsa ke tempat paramedik datang semula dalam building.
Maka, kami 'menyerahkan' saja mangsa kami pada mereka.
Kami menyambung mencari mangsa yang masih tinggal.... Fuhh....

Anyway, 3 hari training membuka mata aku pada pentingnya menjaga diri.
Kemalangan boleh berlaku bila2 masa, banyak cara, di merata tempat dan dari segala punca.
Aku juga nampak pentingnya punya asas pengetahuan untuk menyelamatkan mangsa.
Tak perlu jadik hero untuk orang lain.
Cukuplah kau ada untuk selamatkan kelurga kau sendiri andai berlaku kemalangan seperti terhenti napas, luka, melecur hatta tercekik sekalipun.

Tapilah kan......
Ko agak2 lah kan, kalo betul2 ko jumpa mangsa dalam situasi kebakaran yang isipadu badannya adalah lebih tinggi dari kau sendiri........
Adakah kau akan cuba juga menolong walau payah....
Atau tinggalkannya berjuang seorang diri sementara kau mencari penyelamat yang lebih layak?
Hmmm......

22 June 2010

Si Pi Ar - Part2

Masih lagi mengenai kursus yang sungguh seronok itu.
Hahahaha....
Kelas kitorang ader 20 orang semua sekali. 11 lelaki, 9 perempuan.
Agak seimbang lah kalau nak bandingkan dengan team yang satu lagi.
Diorang training Basic of Fire Fighting.
FYI, semua peserta adalah lelaki.
Of coz lah kan..... trening pakai angkut fire extinguisher, fire hose bagai tu...
Takkan kami yang lemah lembut sopan ayu ni nak kena buat ye tak?

2nd day kitorang dipesan supaya bawa baju buruk.
Untuk demo dan latihan selepas lunch katanya.
Kitorang akan diberi situasi di mana akan ader babak calar balar, melecur, luka berdarah, patah mahupun pengsan.
Kemudian, silalah praktikkan segala ilmu duniawi yang kitorang belajar sepanjang semalam semasa latihan itu nanti.

Sebelum waktu lunch, kitorang belajar cara2 yang betul nak angkat mangsa yang mengalami patah tulang belakang.
Kitorang dibahagi pada 2 kumpulan. Kumpulan aku, 5 lelaki 5 perempuan.
Trainer minta sorang volunteer untuk jadik model mangsa.
Of coz lah secara praktikalnya yang paling 'comel' akan jadik mangsa.
Default setting. Dem!
Semua orang dah pandang aku. Apehal plak?!
Giler nak soh aku baring depan mamat2 tu sumer?
Big NO!
Senjata paling ampuh, adalah wajah aku sendiri.
Yah.... aku kalau dok diam pun membe kater aku nampak bengis, ni kan pulak kalo tarik muka.
Cepat2 trainer tarik tangan sorang pakcik soh jadik mangsa.
Hu3.... selamat Senah!

Lepas lunch masing2 dah siap berbaju burok.
Tak sabar nak tau apekah yang bakal berlaku nanti.
Group dipecah dua mengikut group sebelum lunch.
Kitorang kena jadik team mangsa dulu. Team satu lagi kena jadik rescuer.
Team mangsa pun, tak semua jadik mangsa.
Ada yang diberi task sebagai saksi kejadian, ada yang jadik orang yang minta bantuan, dan ada yang kena jadik 'penyibuk'. Orang yang akan create huru hara dan sibuk2 saja di tempat kejadian.
Aku offer jadik mangsa.
Sebab nak tau macam manakah aku akan 'disolek' jadik mangsa.
Hmm, simple je. Aku kengkununnya cedera luka kat tangan.
Trainer kitorang memang terer lah, nampak macam real je kesan luka tu.
Macam kesan toreh dalam je. Plus effect darah menitik2 lagi sementara tunggu trainer 'solekkan' mangsa lain.
Yang paling best, ader yang kengkunun putus jari. Siap ada jari palsu dia letak tengah jalan kengkunun jari yang putus tu lah....
Pakcik yang jadik mangsa pagi tadi plak, kengkunun patah kaki siap terkeluar tulang keting bagai.
Lepas solek, trainer soh pakcik tu baring atas jalan kat tempat parking kete.
Pergh, real ko suasana tu...... Sampai ader budak pompuan yang lalu kat situ berhenti sebab nak tengok pakcik tu betul2 cedera ke aper.
Hahaha, kitorang semua gelak sebab pakcik tu org belum soh berlakon dia dah start meraung2 sakit! Lucu!

Sementara menunggu semua mangsa siap bersolek, mamat-baywatch-semalam dok berdiri depan aku dan kakak-yang-kengkunun-putus jari-dan-ada-jari-palsu-tergolek-depan-kaki-dia.
Muka mamat ni dah lain macam.
Pastu dia cakap kat minachi sebelah dia.
"Siap darah menitik2 ni yang aku tak boleh tahan ni.... kang aku plak yang pengsan..."
Minachi kat sebelah pun sama katanya. Haih, kalau real scene macam manalah kan?
Semalam, masa trainer tanya saper kah antara kitorang yang takut tengok darah.... Mamat baywatch tu dengan tersangat jujurnya mengaku.
Aku prasan masa sesi trainer tunjuk gambar2 ngeri kemalangan, yang kulit tersiat, yang muka robek, yang patah terkeluar tulang, yang tersagat bagai dia memang tak pandang langsung kat sceen tu.
Owwhhh....... time tengok Baywatch ko gigih gagah lah pulokk!!

Masa kitorang buat demo/latihan tu team Fire Fighting baru habis 'memadam kebakaran'.
So, ramai2 lah dok tengok kitorang berlakon ni haaa..
Masa berlakon tu langsung tak rasa segan ke haper.
Alah, takat kena jerit "tolong.... sakitnya! tolong....!" apalah sangat kan? He3...

2nd situation plak, masa kitorang jadik rescuer lagi gempak.
Kengkunun untuk awal situasi akan ada seorang yang akan minta tolong.
Then kitorang akan berbondong2 datang menyelamatkan mangsa2 yang sungguh kasihan itu.
Tapi tau aper jadik?
Dalam sayup2 suara mintak tolong kedengaran dari luar, masa kitorang ready2 ayam je sang peminta tolong tu masuk meluru ke dalam bilik kelas.
Pergh, siap ada pisau terpacak tegak kat dada.
Pastu masuk seorang lagi, luka darah giler2 kat perut.
Masa tu jugak lah ader 'orang gila' dengan pisau kat tangan masuk sekali. Mengamuk serang semua orang. Amuk beria2 kau! Siap merah2 muka.....
Series tak tau nak buat aper dowh! Sekelip mata je rasanya.
Task memang trainer rahsiakan sebab nak tengok adakah kitorang ready dalam apa jua situasi.
Habis hilang segala strategi yang kitorang dah bincang dan rancang.
Last2 caca marba jadiknya.
Aku sampai tak jumpa mana bandage!

Hu3.....
Kalo kat situasi sebenar, biler ko nampak ader orang meluru ke arah kau dengan pisau terpasak kat dada dan ada orang gila di belakangnya.... aper kau akan buat?
Jadik hero? Atau lari selamatkan diri?
Well, nyawa kita sendiri pun penting kan.....................

21 June 2010

Si Pi Ar - Part1

Aku tak ingat bilakah kali terakhir aku hadiri kursus untuk tahun ni.
Kalau dulu masa opis kat KL, manjang muka aku je yang pi kursus.
Pernah sekali tu training hours aku cecah sampai 250++ hours, padahal minimum training hours yang diwajibkan kami pergi adalah 40 jam sahaja setahun. Senak otak!
Maklumlah, dulu pejabat dengan tempat kursus sekangkang kera je.
Pulak tu masa tu aku staff baru. Manalah ada keje sangat.
So bila ada training bahagian teknikal, training centre rajinlah call minta saper2 yang ada masa free datang memenuhkan kehadiran peserta.
Praktikal sungguh kanz!

Hari ni, aku ada kursus.
Tapi bukan kursus equipment yang aku jaga.
Tak berkaitan dengan teknikal pun.
Well, actually training ni sungguh teknikal. Tapi teknikal yang bukan berkaitan dengan kerja2 teknikal yang aku selalu buat tu.
Teknikal dalam erti kater lain, banyak menggunakan teknikal......aarrggghhhh aper aku dah start merepek ni kanz? Hmmm....

Okay.

Aku attend training Basic Of 1st Aid & CPR. Kengkunun berkaitan OSH segala lah ni.
Ntah macam mana ex-boss besar boleh calonkan nama aku untuk unit aku.
Tak paham sungguh.
Ada muka penyelamat kah aku? Murni sungguh bunyiknya.

Dengan tiada sekelumit pengetahuan pun mengenai kerja2 menyelamatkan orang apatah lagi memberi bantuan CPR, saper yang tak nerves kanz?
Plak tu masa sampai kat klas dalam pukul 0915 tu, klas dah mula.
Giler punctual!
Hu3, malulah semua orang tengok. Apa bleh buat, saya salahkan trafik jam.
Mujur lah ada kakak yang baik hati dah reserved kan tempat duduk aku sebelah dia.
Kalo tak menggagaulah aku nak cari tempat duduk.

Mujur sekali lagi, selang 15 minit kemudia masuk seorang lagi peserta.
So, bukan aku yang paling lewat kanz? Fuhhh....
Trainer kitorang berbangsa Cina, tapi fasih berbahasa.
Sesekali terkeluar jugaklah pelat apeknya.
Mula2 masa dia tanya aper makna CPR semua tak jawab.
Mana nak ingat kan? Tau pun tak.
Tapi bila dia tanya....
"Aper yang kamu faham dengan CPR?"
Mulalah ada suara yang jawab... "cium2..."
"Okay, lepas cium2 kita nak buat aper?" Tanya dia lagi. Sambil menyengih.
"Pastu pam2...." Kater mamat yang masuk lewat tadi sambil buat gaya menekan pada dada patung.
"Haa, OK. Lepas tu aper?.......raba2??" Sambil meraba2 badan patung di atas meja.
Muahahahahahha!!
"Ye lah.... bukan ker? C. P. R.... cium2...pam2...raba2...."
Owh, trainer yang lucu!

"Biasanya kamu tengok orang buat CPR kat mana?" Tanyanya lagi.
-"ER!"
"Bagus........lagi?"
-"House!"
"OK .... ....lagi?"
-"James Bond!"
"Boleh jugak......... lagi?" Sambil buat muka konfius.
-"BAYWATCH!"
Semua orang toleh kat mamat yang datang lewat tadi.
"Ye, lah.... cerita tu ramai orang lemas. Kena bagi CPR"
Ceh..... Dasar senget! Tapi, masuk akal.

Masa 1st time kena buat CPR kat patung sangat bodoooo rasanya.
Tiup2 tak kembang pun dada patung tu.
Tiup dah sepenuh hati dah... Siap kembung2 pipi aku.
Rupanya salah skill da..... Lupa nk tekan hidung patung.
Memang lah tak kembang, ader 'kebocoran' kater trainer tu.
1st timer kay!!

Bila buat 2nd time terus berjaya.
Yeah!

10 June 2010

Pesta shopping jeruk bermula.

2 hari ni,
Walau takde saper2 nyanyi celah telinga aku.....

Tapi,
Aku asyik terngiang2 lagu boria anak tanjung......



10062010 : 1510 pm
Ibusawat Komtar, Pulau Pinang
Boria Anak Tanjung

07 June 2010

Entri ini tidak berkaitan hal kerja. Sumpah.

Sabtu, hari untuk aku berhibernate.
Cukuplah berpenat lelah untuk beberapa minggu kebelakangan ni.
Aku memang macam tu.
Ada hari tersangat lah sibuknya.
Ada hari tersangat lah santainya.
Tak menentu.

Dek kerana itu aku 'mengurung' diri untuk sehari.
Segala kenduri kendara, program hujung minggu mahu pun acara window shopping aku abaikan.

Ahad, aku dah 'bergerak' semula.
Aku ke kenduri kawen salah seorang teman yang aku mula2 kenal masa attend kursus untuk budak2 scholar tempat aku kerja sekarang.
Kebetulan, teman yang kawen ni pulak pernah praktikal satu tempat dengan Kak Su, maka bertemanlah aku ke sana.
Kenduri tak jauh, kat Port Dickson jer.
Kebetulan Kak Su menetap kat Seremban.

Masa on da way ke rumah Kak Su, tiba2 trafik jadik slow. Dari jauh aku nampak asap hitam pekat berkepul2 di hadapan.
Aku syak mesti ada eksiden ni.
Paling2 pun lori tangki yang terbakar.
Maklumlah, tengok kan dari asap tebal yang kemahin lagik tu.
Merangkak2 trafik, aku masih tak nampak apekah yang terbakar sebenarnya.
Sebelah mana terbakarnya? Kiri ke kanan? Ke lane tengah?
Masa tu aku stay di lane paling kiri.
Sebab aku takut time2 jam macam ni senang untuk aku terus ke susur keluar yang dah tak berapa jauh jaraknya.
Last2 nampak jugak lah aper yang terbakar.
Sebijik kereta sedang terbakar sepenuhnya kat lorong kecemasan.
Semua kereta yang kat lane kiri menyusur ke lane tengah.
Bimbang perkara buruk bakal berlaku memandangkan api masih marak membakar seluruh kereta masa tu.
Uish, aper kes lah jadik macam tu kan??

Masa sampai je turn kereta depan aku menghampiri dengan kete yang terbakar tu, aku nampak kereta polis tengah beam2 lampu kat kitorang.
Aku ke kiri sikit untuk bagi laluan. Padahal aku baru masuk ke lane tengah.
Nak setel kan kes terbakar ni kot? Syak aku.
Polis bagi isyarat suruh kereta semua ke kiri.
Kereta depan berhenti. Mungkin sebab tak faham atau konfius. Tambahan kereta tu berplat no dari seberang tambak.

Kereta polis tu masih tunjuk arah ke kiri, suruh kitorang ke tepi lagi.
Ape hal? Rupanya ader lah kete VIP nak lalu.... Kenalah bagi jalan.
Memang sengal ayam tak hengat aku cakap kau!
Kot ye pun tunggu2 lah lepas lokasi kejadian! Yang kau tak sabar2 nak soh kitorang ke tepi gak aper hal??
Ingat aku tak bayar cukai jalan ker??
Tak nampak api tengah marak sebelah tu??
Kot kalau apaper hal berlaku kau nak tanggungjawab??
Aku lepas je kete polis dan kete VIP2 tu melepasi pandangan mata serta merta darah naik ke muka.
Dah lah memang cuaca panas masa tu.
Tengahari lah katakan.
Aku dengan meroyannya jerit sekuat2 hati dalam kereta "BANGKAI!!" dengan tak merujuk kepada polis, kete VIP mahupun trafik yang baru pulih seperti sediakala.
Agaknya aku jerit bangkai sebab kepala hotak dah terset imej bangkai kereta yang terbakar tu kot.



Kadang2 aku tak faham kat manakah konsep rakyat di dahulukan bila mana hal2 macam ni berlaku kau masih meletakkan kami golongan marhaen ini di belakang~~