Sebelum Syawal berakhir, baik aku post entri tentang raya kan? Kang nanti kata dah basi pulak. Deepavali pun nak muncul dah. Dah jadi raya lain pulak nanti.
Macam biasa, aku sekeluarga sambut raya kat Melaka. Sabtu pagi aku gerak balik. Selasa dah balik Sri Kembangan semula. Sebab aku tak sambung cuti. Rabu dah start keje semula.
Biasalah kalau kerja time orang lain cuti. Maha sangap ko tau! Sangat bosan dan tak produktif.
Aku bawak mak, abah ngan adik perempuan aku balik SK. Buat teman aku mengharungi hari2 sangap seorang diri kat rumah semasa hosmet2 sakan bercuti. Malam, puas lah aku angkut family aku ni beraya kat rumah adik beradik abah yang memang menetap kat sekitar Subang. Tiap2 malam. Hari2 balik lewat, pagi pergi keje ngam2 punch card sebelum 0830.
Ahad minggu tu aku hantar adik perempuan aku balik Matriks. Pastu kitorang terus balik JB. Barulah aku bercuti raya dengan sakannya selama seminggu. Hamik kau! Time orang cuti aku kerja, then balas cuti plak time orang lain dah start keje.
Seminggu tu aku memang tak amik peduli lah aper hal yang jadik kat opis. Lantak pi lah kater orang. Aku dah plan macam2 masa cuti. Isnin, aku pergi hantar kereta kat kedai cermin. Tampal cermin yang sikit retak sebab terkena batu jatuh dari lori. Selasa aku pergi buat insurans kereta, dengan road tax sekali. Khamis aku buat passport. Sebab harga passport dah murah sekarang, dan kebetulan kami sekeluarga mahu ke Singapura hujung bulan ni. He3.... Zati, mari melancong yok!
Bila jumpa Ahad semula, aku dah balik semula ke SK. Sminggu wey....sminggu! Tak luak aper pun rasa. Tak puas beb! Pagi sebelum nak balik tu, jiran sebelah panggil. Hulur satu beg penuh kuih raya dan kerepak. Katernya ni khas untuk aku, buat bekal. Alahai, macam nak balik asrama rasanya. Masa aku sibuk2 masukkan beg ke dalam kete, dia datang jenguk lagi. Seronok benar dia. Masa salam2 tu, dia siap hulur aku sampul duit raya. Mak aih... setelah bertahun aku tak dapat duit! Malulah kan...Aku bagitau tak payah makcik, tak payah...saya dah keje. Tapi dia beria2 jugak selitkan dalam tangan aku. Bujang katanya. Masih boleh dapat. Hehehe. Makcik sebelah tu baru pindah sekeluarga. Anak ada 4, lelaki semuanya. Sebab tu dia sgt suka kalau aku atau adik perempuan aku balik bercuti. Ni bukan lah kes suka sebab nak buat menantu ye! Anaknya muda belia kay... Mamat minus semuanya. Yang sulung baru habis belajar.
Raya tahun ni tak semeriah tahun2 lalu. Ada yang kurang rasanya. Tapi, bila abah kater dia sangat seronok sebab dapat berkumpul dengan adik beradik nya, luang masa bersama2, bergurau senda, (well korang belum tengok kalau mereka adik beradik berkumpul, sangat MERIAH!) so, aku puas hati jugak lah. Ade hajat yang tercapai tahun ni. Kalau pun bukan hajat aku, hajat maka abah kan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment