Hari kerja takyah cakap lah... dah sah2 tak menyempat nak rehat. Wiken pulak, ada je aktivitinya.
Last week, time deepavali ke Rembau. Opismet buat open house raya. Deepa-raya lah katakan.
Ahad tu pulak ke Sungai Buloh. Open house Dina. Tak boleh jauh lagi aku nak beraya kan? Dah lah last raya masa tu.
Isnin esoknya, tup-tup ada breakdown kat Sg Buloh.
Aku syak badi Sg Buloh Dina melekat pada aku. Kena mandi air dari 7 sungai macam ni.
Pastu, makcik aku jemput datang ke rumah wiken lepas.
Dalam kata janji nak pergi rumah dia, boleh lah pulak aku join meroyan pergi bermandi-manda ke Lata Kinjang dengan opismet2. Well, nak mandi 7 sungai tak sempat kan...
So, mandi air terjun pun cukup lah agaknyer...;p
Memang lah enjoy pergi bercuti, setelah lama tak bercuti ke tempat macam tu kanz...
Tapi, dek kerana perjalanan agak lama, dan aku macam biasa lepas mandi manda tu mestilah rasa letih + ngantuk aku dah start sakit2 kepala.
Dalam perjalanan balik dari sana dapat call. Makcik minta datang secepat mungkin.
Plan asal aku nak bermandi manda sekejap je, dalam kol 3 dah sampai semula kat rumah.
Pastu bolehlah balik tido sat... Rileks2 pastu baru gerak ke rumah makcik.
Tapi sebab sampai KL pun dah pukul 5, jadiknya aku dengan baju2 basah dalam kereta tu terus je ke sana.
Petang tu terus kitorang set-up alat2 BBQ dan makanan2 yang lain sebelum maghrib.
Lepas solat jemaah Maghrib dan Isyak, terus aku balun makanan puas2. Biasanya akulah yang jadik tukang bakar sampai habis.
Tapi malam tu sebab dah tak larat, aku buat sekejap je.
Pastu dah ke bulan kat ruang tamu time orang2 lain masih melahap kat luar.
Pukul 1230 makam baru gerak balik. Itu pun gerak ke rumah pakcik yang lain. Bermalam kat sana jer.
Huhu.... Alih2 hari ni selsema pulak. Tambah rasa nak demam. Pakej tu...pakej.
Tanda2 dah nampak.
Cuti? MC?
Mungkin tidak....
Kerja tengah ligat beratur tunggu masa untuk di buat.
Minggu ni aku berkerja ke Pahang.
Kuantan, Jerantut dan kemudian Taman Negara. InsyaAllah...
Macam aku bagitau, seminggu sehari je dok opis... minggu ni hari ni je dok opis.
Tu pun sekerat hari je. Sebab separuh hari tadi aku ke KL. Ada handover equipment baru.
Makin 'langsing' lah aku macam ni....
Apaper pun doakan kesihatan aku.
Badan ni rasa macam nak give up dah ni.... pening, letih dan sakit2 sana sini.
Haiihhh........
No comments:
Post a Comment