Showing posts with label dunia TV. Show all posts
Showing posts with label dunia TV. Show all posts

13 January 2015

Komen untuk drama2 melayu masa kini

"Kamon.....Sesetengah orang memang tak boleh move on eh?? Ex wife kejo ex hasben, ex boifren kejo ex gefren, etc..etc...."

Hadooiii....

06 April 2011

:D

Showdown 2011 dah bermula!!!!

29 September 2010

Tivi

Hokkay, beberapa hari sebelum bercuti raya hari tu sempat lah kontraktor ASTRO datang install ke rumah.
So, sekarang selain dapat tengok gambar dengan lebih jelas (kecuali ketika hujan!),
dapat lah aku menonton lebih banyak pilihan di tv.

Senah, kalau cerita bab tv ni, kadang2 bukan tengok sangat drama / muvie yang ditayangkan.
Senah lagi sebuk tengok di sebalik cerita yang mana kadang2 tak patut ko sebuk2kan seperti
eh, konon bawak watak anak orang miskin, apsal pakai henpon mahal plak neh??! Tanpa menfokus kepada jalan cerita yg nak disampaikan.

So, ada jugak hal2 lain yang berkaitan drama/movie/iklan di tv yang selalu Senah sebuk2kan seperti:

- Usop Aslam dah patut berhenti buat drama sepanjang telenovela mahupun sinetron yang mana kalau ko start tengok cerita tu time ko sedang mengandung, maybe sampai anak ko dah pandai berjalan pun drama tu masih blom ada tanda2 mahu sampai penamatnya.

- Rosyam Noor dah patut berhenti jadik watak hero kengkunun 'muda'. Sedangkan Norman Hakim pun dah berlambak watak bapak skarang, apehal ko masih blakon watak mamat-blaja-kat-kolej-berchenta-dgn-awek-kemahen-muda-yang-bleh-bawak-watak-anak-ko-sebenarnya?

- Kelogikan jalan cerita (yang bak kata zati, plez buat research before buat filem/drama!). Salah satunya yang aku tengok ialah saat pelakon pompuan kata dia sekarang sedang mencarik membe di Ampang, then scene lepas tu dan-dan tunjuk kereta tu berlalu sambil nampak signboard di Petaling Jaya. Plez, bijak sikit. Takde orang audit ker?

-Kebanyakan iklan2 akan diakhiri dengan gelakan kecil. Ni kakak hosmet aku punya komen. Seperti iklan Pasti Sedap Knor (Yakin akhirnya! hahahahha....), Downy (kecil2 cili padi, hahahhaha....), McD (sos cili, sos tomato, hahahahha.....). Klise.

- Drama Melayu, kalau tak kisah ahli korporat yang asyik saling berhasad dengki nak jatuhkan syarikat orang lain (drama macam ni harus ada Rosyam Noor sebagai 'hero muda'....!), mesti drama pasal anak2 muda rosak akhlak. Tak rempit, bohsia. Tak dadah, dada. Habis hasad dengki, mati eksiden sebab merempit, keluar lah plak cerita hantu roh tak aman. Tak hantu gunung, hantu pokok. Tak hantu rumah, hantu gua. Habis hantu kubur, keluar hantu jamban. Haihhh....

- Chemistry. Kenapa penerbit or director kalau amik pelakon tak tengok chemistry antara pelakon. Kau tahu kenapa filem Ali Setan meletop2 pada zamannya? Sebab Ogy nampak sangat serasi dengan Azmil. So, jangan salahkan penonton tak hargai seni or tak cuba faham filem kau bila kau letakkan pelakon yang serba tak kena bergandingan? Even Liyana Jasmay yang gedik tak hengat boleh nampak sangat sweet n cool bila bergandingan dengan Afdlin sebagai anak beranak. See? Itu keserasian namanya.

- Part nak masuk tido, plez buang mekap. Especially mekap mata seperti eyeshadow, bulu mata palsu dan mascara lebat tak hengat. Agak2 lah. Kot nak stay nampak chantek even pada babak nak masuk tido, tak perlu siap berbulu mata palsu bagai. Juga part mana ko siap bertelekong atas tika sejadah, sangat janggal ko yo-oh yo-oh menangis keinsafan, tapi kelopak mata bukan mahen bercalit warna pelangi siap bibir pakai lip gloss shining2 lagik! Alahai~~

- Seriyes cakap kadang2 rasa sangat jaki bila tengok iklan pemutih kulit yang ada Juliyana Evans, Lisa Surihani, Diana Danielle dan seangkatan dengannya. Kalau nak betul2 tunjuk berkesannya product ko tu amik lah Dayang Norfaizah ker, Cheryl Samad ker...... Ader bran??

- Asal nak tunjuk KL jer, kena ada KLCC. Apsal, tempat lain tak de ker? Bangunan lain tak cukup komersial ker?

- Iklan produk pelangsingan badan. Apsal bila dah kurus terus pakai seksi? Yang makcik dulu pakai tudung ada yang dah tak bertudung. Kenapa mesti pakai kebaya ketat pastu posing mesti angle dari tepi sambil buat muka saya sangat gembira sekarang? Huhuhu.... Posing biasa2 tak bleh eh?

- Iklan / drama yang ada kanak2. Aku slalu terfikir, macam mana lah mak bapak diorang train anak jadik pandai berlakon depan kamera neh??

- Kenapa kalau drama banyak guna lagu latar dari seberang? Lagu local tak cukup bagus ke nak jadi lagu latar? Ke lagu local tak cukup melankolik? Tak cukup puitis? Tak cukup jiwa? Tak cukup standard?

- Prop. Cuba tengok drama CSI, atau Bones, atau apa saja yang berkaitan. Kot kalo buat mayat nampak daging tersiat, berdarah, berulat sangat real. Maksudnya dibuat dengan teliti. Okay, budget depa besar, kita buat filem/drama runcit2 punya budget. Tapi jangan lah sampai kengkunun artikel dalam suratkhabar ko main tampal pakai kertas A4 jer atas suratkhabar tu. Selain nampak ko tangkap muat dan malas, ko juga menghina penonton seolah2 penonton sangat mudah diperkotak-katikkan. Dem!

- Skrip. Tolong berhenti letak skrip 'kami dah cuba sedaya upaya' atau 'sama2 lah kita berdoa agar si polan segera sembuh' pada watak doktor. Sepanjang aku duduk kat hospital dulu takde sorang doktor pun buat ayat macam tu kat dalam hospital. Berhenti lah buat skrip yang dah selalu sangat orang guna pada watak dan babak lain juga. Cari idea lain. Kita ramai penulis skrip yang berbakat sebenarnya.

- Apsal time surau/masjid azan je, time tu lah orang menyanyi2 kat tivi. Tak kiralah lagu budi bahasa budaya kita tu ker, lagu iklan keropok moni ker, iklan samarinda ker, iklan jom jom jom jom jom hebo hebo ker, ko mainkan time azan. Siarkan lah iklan yang takde lagu2 ni. Bukan lama sangat pun azannya.

- Cerita 5 minit, iklan 7 minit. Cerita 5 minti, iklan 15 minit. Cerita 5 minit, iklan 7 minit. Cerita 5 minit, iklan 10 minit. Okay, sambung lepas nightline. Shit!

Ok, Senah komen yo-oh yo-oh ni macam lah Senah terer sangat kan?.
Tapi ye la, suara hati penonton yang banyak kondem orang, beginilah.
Bukan bermakna tak tengok tivi lagi pasni kanz?
Cuma mahu kualiti yang lebih baik.
Alah takat bising2 dalam blog sendiri jer.
Takde iklan berbayar pun.

-End-

12 September 2008

Suatu_Masa_Dulu_3

#Dunia TV_JDrama Series#
Ultraman - Makhluk dada ada lampu yang pandai 'fire' raksasa ni kalo ikutkan 70 keturunan pun x abes. Banyak sangat dinastinye. Paling aku ingat Ultraman Taro sama Ultraman Ace je!


Gaban - Citer ni siap dengan lagu dia pun orang masih ingat. Legend neh....legend!!

Oshin- Aku ikut citer ni dari zaman Oshin kecik2 sampai lah ke anak dara. Pastu dah x larat nk follow, panjang sgt! Nk tggu jadi nenek baru abes drama nie.



Masked Rider - Masa muda2 dulu, semua kanak2 berharap basikal roda 4 pun bleh jadik macam motorsikal hero mata belalang neh!



Moero Attack - Tipoolah kalo x tau ni citer aper.... Yang ader summersault berputar bagai2 tuh! Time ni punye lah taat, aku dok kat umah je petang2.... x kuar2 umah!



Maskman - Yeah, macam biasa zaman jahiliah dulu... Aku siap bergaduh ngan kakak aku berebutkan watak Si Merah Jambu.... Men chop-chop!



101 Kaime no Puropozu - Citer ni aku tgk dari 1st episod lagi. Masa tu siap ckp kat mak aku, apsal lelaki dia tua, x ensem, miskin, selekeh lak tu. Satu scene yg paling aku ingat citer ni ialah time mamat ni nk lamar heroin, dia gantikan cincin ngan nat skru yg dia jumpe tepi jalan sbb cincin berlian yg dia beli dia dah buang masa frust ngan heroin ni memula. Sengal x sengal lah, dah lah miskin!



Tokyo Love Story - Aku ingat nama watak heroin dalam citer ni Rika. Tp aku dah x ingat citer ni sebenarnye ttg apa. Ilang ingatan sudey!




Suatu_Masa_Dulu_2

#Dunia TV_Eng Drama Series_2#

The Nanny- Orang gaji yang vogue dan huru hara...... Mmg best!



Fresh Prince of Bel Air - Masa ni lah Will Smith mula cipta nama sebagai artis komedi. Tgk muka masa ni, giler innocent!!

Knight Rider - Citer ni.....kete dia canggih giler!! Uish, xde lagi canggih dari kete ni slain kete Batman jek!


Xena - Heroin sejati neh! Dasat minah ni, tunggang kuda pandai, brenang terer, bunuh orang xde hal, sepak terajang slambe mak dia jer! Hercules - Well, ikut hukum alam......kalo dah ader heroin Xena, haruslah ader heronye! Mamat ni kire mcm anak dewa di zamannya. Gagah perkasa lagi kacak orangnyer!

Sabrina The Teenage Witch - Citer Jeanie versi moden. Ader kucing itam sengal nama Salem.

Beverly Hills 90210 - Citer ni kalo korang kater x pernah tgk mmg penipu besar lah wey!!! Fenomena neh...fenomena!!!



X-Files - Mak aku pantang betul biler aku tgk citer ni dulu. Banyak sangat 'hantu' katernyer....


Roswell - Owh, ni lah cinta hati saya yang pertama..... :p


Suatu_Masa_Dulu_1

#Dunia TV_Eng Drama Series _1#
Dulu, masa kecik2... brape banyak lah siaran TV yang ada untuk ditonton.
Harapkan TV1, TV2, dan TV3. Itu pun dah cukup baik ada.
Duduk kat selatan tanahair bagi kelebihan pada kitorang sebab dapat siaran Singapura masa tu.
Jadinya, mungkin ada antara rancangan2 TV yang aku tonton masa kecik2 dulu x sama dengan membe2 yg dok kat negeri lain.
Korang masih ingat tak?

I dream of Jeanie - Aku suka segala2 tentang Jeania.... baju, rambut, magik, botol umah dia.... semualah!





Batman & Robin - Ni lah satu2nya citer yang biler mana ader babak2 bergaduh akan kuar perkataan 'DUSH', 'PANG!', 'BOMM', dan bagai2 lagik. Dramatik...dramatik.......



Little Rascals - Siapalah tak jatuh chenta sama budak2 yang cute tapi nakal cenggini?





Bewitched - Dulu aku selalu pikir si heroin bewitched sama Jeanie adalah dari planet yang sama. Magik...magik!





Charlie Chaplin - Pelakon2 dan semua krew yang terlibat untuk sitkom ni aku andaikan sebagai genius di zamannya.





Manimal - Mamat ni buleh transform kan diri jadik bintang (rimau kumbang sama helang) time2 kritikal. Huh, punya lah kurafat pemikiran aku dulu. Percaya bulat2!








Mac Gyver - Mamat ni kalo ader yang x kenal, x tau lah nk cakap aper......faymess neh!!





Bionic Woman - Minah ni terer, bleh lari selaju angin, bleh dengar berbatu2 jauhnye, bleh bengkokkan besi... bagai2 lagik lah!



Swamp Thing - Aku pun x paham apsal aku suka tgk citer mamat muka bersawang ni dulu...... Hmmmmm.....








Alf - Satu lagik makhluk 'burok' yang aku minat dulu. Apekejadahnye lah aku layan citer ni dulu? .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setakat ni sajalah.... nnt aku update lagik!