2 hari lepas aku ikut kursus motivasi yang mana semua orang dalam company wajib menghadirinya.
Sebab banyak sangat sesi yang guna suara, menjerit, bersorak, menyanyi, meroyan segala,
hari ni tekak aku dah rasa lain macam.
Ya, sekali dengar macam seksi.
Dua kali dengar macam bunyi itik.
Anyway, bukan pasal tu yang aku nak ceritakan.
1st day, dalam kursus tu ada satu task yang mana trainer minta kami semua sms pada 3 orang tersayang, 3 team members dan 3 bosses.
Soh kitorang sms ucap terima kasih atas segala support, kasih sayang, bantuan, perhatian, tunjuk ajar, etc et....
Kalau tak sms pun, kena cakap depan2. Face to face.
Okay, to be honest aku memang ada buat walaupun x cukup 9 orang untuk aku sms.
Sekali lagi, bukan tu yang aku nak ceritakan kat sini.
2nd day, trainer tanya ada sesiapa yang buat task.
So, saper2 yang buat then sukarela nak share apaper cerita mintak lah tampil ke pentas.
Macam2 lah cerita.
Mostly cerita2 sedey sebab nak ucap thanx pada orang perlukan keberanian terutama pada family sendiri.
Pelikkan?
Padahal......Kita hari2 ucapkan pada orang sekeliling.
Pada makcik cleaner yang tolong vaccum.
Pada membe yang blanje makan.
Pada abang yang amik order lunch kita.
Tapi pada family, kita kadang2 segan nak ucapkan.
So, adalah yang cerita betapa syahdunya bila dia ucap thanx kat mak atas segala yang dah mak dia buat and then mak dia jawab semula, "..dah memang tugas mak..." dengan penuh kasih sayang, mau tak ader segala babak tangkap leleh keluar.
Ada yang share cerita, betapa masa ucap thanx kat boss jiwa rasa syahdu pilu.
Sebab boss dia memang selama ni sangat lah supportive, kasik tunjuk ajar sampai dia berjaya sekarang.Ada yang ucap thanx pada kakak, ada yang ucap thanx pada bibik. Ada yang share pengalaman betapa kita patut sentiasa rasa thankful sebab ada orang hidup cuma makan lebihan makanan pelanggan di restoran.
Walaupun mostly yang naik atas pentas share cerita tangkap sedey, aku tak lah rasa nak share air mata.
Still maintain cool je.
Last sekali, ada sorang mamat ni naik pentas.
Dia ni satu opis satu building dengan aku. Tapi lain2 unit.
Aku kenal gitu2 je lah, tau nama dan memang tau dia punya suara yang sedap sebab aku pernah dengar dia nyanyi masa hari keluarga ibu pejabat dulu.
Masa nak start cerita dia macam serba salah.
Garu2 kepala, terkial2 nak mula cerita.
Dia kata,
"Jujurnya, saya tak sms pun ucap terima kasih pada mak saya semalam. tapi saya pernah buatlah sebelum ni..."
Senyap. Garu2 kepala lagi.
"Macam mana nak cakap ehh..."
Teragak2. Garu2 kepala.
"Sebenarnya saya berasal dari kelurga yang .... berpecah..."
Senyap. Tarik nafas. Dari berdiri dia duduk.
Aku pandang member team kiri kanan.
Aku cakap kat mamat berdua, "aku rasa.....aku nak nangis..."
Sambil air mata dah meleleh.
Partner yang sebelah kiri yang juga officemate aku jawab....
"Sabar Senah, sabar.... jangan emosi..."
Tanpa menoleh ke arah aku sebab khusyuk nak dengar cerita mamat ni.
Ceritanya, tentang ibubapanya yang telah berpisah.
Ketika dia masih bersekolah.
Hanya tinggal dia dan ibu yang sedang sakit.
Sebab ayah lari bersama girlfriend baru.
Kejamnya manusia kan?
Katanya lagi, pernah satu masa dia ke pasar untuk mencari sayur2 lebihan yang telah layu untuk di buat lauk.
Sebab kesempitan wang.
Sedang sang ayah masih tebal muka telafon dia dan minta hulurkan sedikit duit.
Ya Rabbi, ada juga kan orang macam ni?
Aku perasan aku menangis dari awal sampai habis dia bercerita.
Padahal aku bukan orang yang mudah beremosi macam tu.
Dan aku sikit pun tak mencuba untuk menahan dari air mata aku keluar meleleh2.
Satu hal yang aku kalah dalam bab lawan air mata.
Bukan sebab cerita mak dia sakit, bukan sebab dia kesempitan wang.
Sebab aku pernah sakit. Lama dan perit.
Juga pernah rasa mengikat perut dan berjimat yang maha dahsyat.
Walaupun apa yang menimpa aku mungkin tak seteruk yang ditanggung mamat ni.
Tapi, aku sangat lemah bila dengar atau tengok hal2 keluarga yang berpecah belah, tak bahagia ni.
Sebab seumur hidup, aku sentiasa merasa keluarga bahagia.
InsyaAllah sampai bila2lah hendaknya.
Jadik, bila dengar cerita mamat tu tak terbayang aku macam mana nak harungi hidup macam tu.
Sedangkan selama ni, family lah kekuatan untuk aku harungi semua dugaan hidup.
Selain dari kebergantungan kepadaNya.
Aku anggap family adalah rezeki terbaik yang aku ada sepanjang kehidupan ini.
Ia jauh lebih baik dari segunung harta. Tiada tolok tandingnya.
Jadi, bila melihat ada orang yang tak punya apa yang aku ada, terasa betapa jauh lebih beruntungnya aku dari dia.
Tuhan, jangan tarik nikmat yang satu ini.
Mamat tu menghabiskan ceritanya dengan keadaan yang sangat syahdu.
Dewan senyap sepi sekejap.
Kebetulan, dia orang yang terakhir berkongsi cerita di atas pentas.
Aku masih terkial2 lap air mata yang masih meleleh2 lagi.
Mujur tak diiringi bunyi2 hingus sekali.
Rosak imej ganas aku macam ni.
Sempat pula geng sebelah bergurau.....
"Tak pe yang, boleh nangis kat bahu abang...." Sambil menepuk2 bahu kanannya.
Mamat ni, tengah momen macam ni pun sempat lagik.... Hempuk kang! Hilang feel aku!
Walaupun waktu lunch kami semua dah ceria dan bergelak ketawa kembali tapi cerita mamat tu masih meninggalkan kesan dalam hati aku.
Mungkin akan teringat setiap kali aku nampak dia di pejabat nanti.
Mungkin akan terkenang ketika menonton drama2 yang berkisar sepertinya.
Mungkin sampai bila2 pun.
Tak siapa mahu ada dalam kelurga yang pecah belah.
Malah, tak siapa inginkan berkahwin kalau hanya untuk bercerai.
Tapi semua ketentuan di tanganNya.
Aku cuma mampu doakan yang terbaik buat mamat ni.
Kalau bukan parent dia, maybe rezkinya akan lebih baik pada keluarganya sendiri nanti.
Semoga dia akan dapat isteri dan anak2 yang baik.
Serta rumahtangga yang bahagia.
Dan semoga aku juga aka terus mendapat bahagia ini selamanya.....
Amiinnnn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment