24 December 2008

#129 Smart TAG.... hahahaha....!!

Saya telah di tag oleh seorang Puan ni:

Tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.
Syarat dan peraturannya adalah;
1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

***************************************
Baik lah, memandangkan Puan itu sangat 'minat' dengan saya maka saya takmau hampakan permintaannya. Saya takut tag ini satu dari hal2 yang dia mengidam sebenarnya.... ;p


1. Saya teringin pergi Jepun, New Zealand, Belanda dan Mekah. Halah, Singapore yang seberang pun dah berkurun tak pergi.... Berangan je lah yang boleh!

2. Masa kecik2 dulu saya suka seorang budak nama Adi. Tak tahu sekarang dia dekat mana pun!

3. Saya punya 'lesung gagak' di kedua2 belah bawah bibir saya.

4. Sesetengah orang menyangka saya kidal, padahal tidak. Tapi, ada sesetengah perkara saya lebey gemar menggunakan tangan kiri.

5. Saya satu2nya anak perempuan dalam keluarga yang menonton bola, wrestling, F1, NBA, ragbi, dan bagai2 acara sukan lagi bersama2 abah saya.

6. Kawan karib saya yang pertama adalah adik saya, Amad.

7.Saya suka cari barang dalam gelap, walaupun saya dah berdiri dekat dengan suis lampu tapi saya lebih memilih mencari barang dengan teraba2.

8. Saya pernah jumpa pochong di ladang getah tengahari buta masa jungle tracking ketika tingkatan 3. Saya orang yang pertama nampak sebab saya depan sekali masa tu, tapi kami tak lari sebab kami innocent... hati suci semua (masa tu!)

9. Saya boleh tido dalam apa jua keadaan. Bising, senyap, gelap, terang, panas atau pun sejuk. Letak kepala kat bantal, saya terus nampak bulan bintang!

10. Saya seorang yang gayat.

11. Saya teringin nak bela iguana. Dan takkan bela binatang yang berbulu2 sebab hidung saya tak tahan habuk dan bulu2.

12. Saya benci perokok tegar!

13. Saya punya gigi taring yang tajam. Awas, ia bisa menggigit....*Grrr...grrr!*

14. Saya tak kisah mandi pagi, seawal 0530....... tadehal beb! ;p

15. Cita2 saya dedulu, nak jadik wartawan, ahli kaji bulan bintang dan pakar forensik. Last2 satu pun tidak. Inilah yang dinamakan kita merancang tapi Tuhan yang menentukan, ye dok?

16. Saya punya nenek yang bernama Puteh dan Hitam. Sebab mak dan abah saya sepupu, maka Hitam dan Puteh itu adalah adik beradik.


Saya tak kan tag sesapa, sebab tiada saper dalam pikiran saya........ Sekian.... :)

1 comment:

Aku Punya Kamu.. said...

mengidam pe bende weh.. hahaha.. :)