15 December 2008

#115 Kisah aku dan dia

Ya, buat pertama kalinya aku bagi jawapan yang clear pada dia
Lama dah aku bertekad nak bagitahu
Cuma kau tak tahu nak sampaikan dalam bentuk yang macam mana
Berkias, bergurau, menyindir, putar belit, straight forward?

Akhirnya malam selepas kitorang tengok wayang dia msg
Aku dah agak dah dia mesti akan msg tapi tak sangka pulak hal tu yang dia bangkitkan
Tanya kat mana letak duduknya dia dalam hidup aku

Aku kira makin lama aku diam makin membebankan
Aku jujur je pada dia
Katakan yang aku tak pernah main2 untuk dia
Berusaha memberi tempat dalam hati aku macam mana aku punya ruang dalam hati dia
Tapi, bab hati memang tak boleh di paksa2
Aku terpaksa terus terang bagitahu yang mana sampai saat ini aku masih tak boleh anggap dia lebey dari seorang kawan
Aku minta maaf kalau aku dah buat disakit hati

Aku tunggu dia balas semula msg
Kot2 lah dia nak maki hamun aku ker, nak meraung merayu ker aper
Lama dia tak balas


*Suspen.....*


Alih2 dia sms lagi, tanya aku dah balas ke tak sms dia tadi sebab phone dia tetiba buat hal
*Herk! pitam!*

Aku forward semula sms yg aku send
Tak lama lepas tu aku terima reply dari dia
Katanya, dia x terkejut pun dengan jaawapan dari aku
Mungkin agaknya selama ni jelas sangat pada dia
Tapi dia juga tanya mungkin kah kalau dia nak mencuba, masih ada peluang kedua
Aku katakan pada dia, peluang memang ada
Cuma aku tak nak dia berharap, sebab menunggu aku mungkin bukan sekajap
Aku tambah lagi, kalau sebab aku ader orang lain.... mungkin lah aku boleh mintak dia give up saja
Tapi, disebabkan aku tak punya SEBAB, so payah lah nak cakap

Jadi dia harap aku sudi spend satu malam untuk dinner dengan dia sebagai tanda 'farewell'
Dan aku pilih malam ni untuk keluar
Bukan aku tak sabar sangat nak putuskan hubungan
*Anyway, mmg tak pernah ader istilah 'hubungan' pun .... so xde lah istilah 'putusnya' kanz....?*
Cumanya memang payah nak cari masa sekarang
Masing2 sibuk, ader hal masing2

Kitorang keluar macam biasa
Makan2, kongsi cerita itu ini
Yang kurang cuma gurau senda
Itu yang aku rasa lah
Sempat dia tanya macam mana kalau dia nak 'berhenti' sampai sini je
Aku katakan pada dia, terpulang pada dia...
Lalu dia tanya lagi, macam mana kalau dia tak mahu berhenti
Aku katakan ayat yang sama, terpulang lah pada dia
Aku bagi cadangan, suruh teruskan saja hidup masing2
Kalau ada jodoh, pasti akan berpatah ke kita semula kan?
Sebab aku percaya qada' dan qadar Tuhan
Andai dia jumpa orang lain, go on! Dan aku takkan amik hati.
Ye lah, dari penat menunggu... last2 aku tak nak jugak. Tak ke naya hati orang jer? Ye dok?

Aku buat keputusan bukan sebab siapa2
Bukan sebab Jejaka Petunjuk
Bukan sebab Teman Pengirim Lagu Cinta
Bukan sebab mamat minus
Bukan sebab 'orang tua' yang sebaya pakcik aku
Bukan sebab itu bukan sebab ini
Aku buat demi kami
Demi aku dan dia

Melepaskan seorang lagi lelaki baik macam dia memang kerugian besar pada aku
Tapi, macam aku kata tadi.... Bab hati memang payah nak faham
Dan aku juga ingat, hal jodoh pertemuan semua dalam pengetahuan Tuhan
InsyaAllah, akan ada kisah baik lagi menarik di sebalik semua ni
*Ya, aku berfikiran positif!*

2 comments:

khad said...

aku same cam entry nih..

sepatumerah said...

Khad, ko patut kisah kan pada aku lebih dari sebaris ayat...
At least aku tak tertanya2 Khad....