20 December 2009

Teramat

.
.
.
.
.
.
S.I.B.U.K





~walau pada hujung minggu dan tahun baru~

09 December 2009

Alah emak kaweennn kan aku.........

Aku pagi2 sampai opis nampak mula beliau.
Rezeki duniawi....Rezki.....!
Menyengih2 tak hengat doonia haku.
Bila staff aku tanya apsal aku senyum sorang2, aku cuma muncungkan mulot ke depan galeri.

Last week baru tengok mamat ni dalam tivi sebagai duta untuk kempen kesedaran AIDS.
Alih2 pagi ni ada lagi muka beliau dalam rancangan MHI.
Sebagai duta untuk Shell Fuel Save pulak.
Aku nampak skrin besar kat galeri tu berbingkai bunga2 chenta.....




Aduhai Fahrin........



Kenapalah kau kacak sangat??
*(Terutama selepas kembali menyolo skrng ni! ;p ;p)*



-End-



2050 : 081209
BSB - Drowning
Sri Kembangan

07 December 2009

-Selamat Malam-

Dear Pejal,

Saya harap awat bukan setakat nyanyi lagu Selamat Malam saja
Tolong lah tulis juga lagu

Selamat Pagi

Selamat Tengahari

Selamat Petang

Selamat Sejahtera

Selamat Ulang Tahun

Selamat Pergi

Selamat Kembali

Selamat Datang

Selamat Jalan

Selamat Pengantin Baru mahupun

Selamat Hari Raya



Sebab apa pun lagu yang kamu dendangkan sangat membuai rasa.



***Update 2234pm: Lepas je tulis entri ni secara curi2 aku cepat2 tutup pagenya. Elok2 aku tutup je, sorang manager shift pagi tiba2 muncul sebelah aku. Nak tercabut jantung aku dibuatnya wey! Siap terkejut tutup2 mata lagik.... Dia bleh sengih kambing jer. Walaupun masih kategori belia, makcik ni bukan remaja lagik!! Bahaya kot asyik terkejut2 neh!


2239 : 071209
Faizal Tahir - Selamat Malam
Sri Kembangan

06 December 2009

Update bergambar dalam FB Dina kay! :)

Kununnya nak update lepas Dina tepek gambar gelenyar kami dalam FBnya.
Tapi sebab aku mmg takde FB, maka aku takkan tahu bila ibu itu akan mencanag2nya dan dengan tak menyabar, nak jugak umumkan kat geng2 Heksasianoferat yang kami melepak kat Alamanda semalam sambil makan kek Secret Recipe dengan sang teruna, Zakwan!
Silalah jeles...... ;p

Zakwan memang sangat mengujakan bilamana dia sekarang sudah pandai main2 mata sama ini aunty... Woohooo!
Tunggu saja lah bila dia sudah pandai berjalan.
Aku bertaruh dia akan kejar perempuan2 chantek (termasuk aunty ini! ;p) meninggalkan umminya yang boring itu di belakang. Macam Shin Chan!
Hahahaha!

Cik Yan, jemput lah datang. Untuk kau, pukul berapa aja........gue bukain pintunya (Skrip AADC!). Hangin aku dah tak sekencang dulu. Sekarang sepoi2 bahasa aja.

Semek2, bila mau lepak sini?
Lama tak menganyam neh...... Tangan aku gatal sudah!

Dr Khad, kot ada masa terluang jangan sembunyi diri.
Asyik rawat orang, hati kamu............ biar saya yang rawat. Ahaks!

Mummy Wani, saya beri pengecualian. Tak pe. Dok rehat elok2 di rumah. Dulu dah puas gelenyar. Cuma, harap baby nya nanti akan cute seperti aunty ini juga.... Ngeh3....

p/s: Dina Sayang, kot lain kali nak set blind date untuk hamba bagitau dulu. Kot boleh siap2 pergi spa, buat facial, make over bagai neh! Bak kater Poie jugak, kena prepare speech. Kot nanti tak tau nak cakap aper........ takkan nak guna bahasa isyarat kanz? Muahahaha!




2339 : 061209
Keely Clarkson - Already Gone
Sri Kembangan

G.I.G.I

Dulu, pakcik bas selalu panggil aku budak drakula.
Sebab katanya sepanjang dia bawak bas, aku lah budak yang bergigi taring paling ganas dia jumpa.
Aku anggap ia sebagai satu pujian.
Sebab gigi aku boleh jadi 'finger print' untuk dia cam sape kah penumpang2nya.

Pernah sekali di office, masa aku diserang ulser mulut aku mengadu pada sorang brother.
Maybe sebab tersangkut di gigi taring buatkan ulser aku bertambah buruk.
Katanya, wife dia pun selalu jadi macam tu.
Kalau tak tersangkut gigi taring pada ulser yang menyebabkan ulser bertambah buruk, gigi taring tu sendiri penyebab ulser.
Sebab kadang2 bila makan dan tergigit lebih, akan menyebabkan ulser mulut.

Tapi katanya, perempuan bergigi taring lebih menarik.
Sebab senyuman adalah salah satu daya tarikan perempuan.
Hehehe....
Alih2 masa dok intai2 blog orag, terjumpa pulak entri yang berkaitan gigi taring ni.....
.
.
.
Hehehe..........
.
.
.
.
Tiba2 perasan chantek memalam neh! ;p




2308 : 061209
The Script - The Man Who Can't Be Move
Sri Kembangan

I love oreo and skippy peanut butter. Strawberry? No thanx! I'm allergic!

Masih ingat movie lama lakonan Lindsay masam kanak2 dulu?
Gila cute-innocent je muka dia masa tu.
Aku google tentang filem ni.
Remake pada tahun 1998.
Owh.... Lebih sepuluh tahun da.
Masa ni aku sedang struggle ambil PMR.
Wooo, struggle lah sangat kanz! ;p

Apa perasaan bila tiba2 dpt tahu ada adik beradik lain yang terpisah jauh dari kita selama ni?
Kembar pulak tu.
Lagilah kuat ikatannya.
Aku dah tak berapa ingat ceritanya.
Maklumlah, dah tak berapa nak muda.
Ingatan pun dah lemah...Ahaks!
Layan dalam TubeKamu dululah.
Sambil2 tunggu baju2 habis dimesin.

Daa!



05 December 2009

Menyusur kembali jalan2 yang pernah aku lalui..... satu persatu

Tengahari tadi, masa tengah duduk2 bersantai2 menghadap Rani Mukerjee dan Abishek Batchan saling bermadah cinta di kaca TV2 bersama2 housemate tiba2 adik aku, Ana yang sedang menuntut di Matrikulasi telefon.
Katanya, sedang pulun isi borang UPU. Pening. Gelabah ayam je bunyiknya.
Dia tanya aku, apa dia course geomatik. Apa pulak course geoinfomatik. Apa bezanya, susah ke senang. Kerja apa nanti.
Lepas tu tanya pulak, perhubungan antarabangsa tu course apa? Ke mana arah tujunya.
Kemudian tanya pulak, logik ke merit cgpa untuk course dietetik cuma 2.65. Bukan 3 pointer ke atas ke? Dan macam2 lagi.

Aku jawab satu2. Mana yang aku tahu.
Zaman aku belajar dengan zamannya tak sama.
Aku tinggalkan zaman isi borang UPU bagai ni dah lama.
Kali terakhir masa kat Matriks dulu. 7-8 tahun yang lalu.
Sekarang mungkin dah lain. Tak banyak, sikit pasti ada yang berubah.
Aku nasihat padanya, pilih course yang dia betul2 minat.
Then pilih jugak course yang dia mampu bawa. Jangan sebab bunyiknya macam gah, akhirnya sendiri yang tersungkur sebab tak larat nak bawak subjek2nya nanti.
Dalam masa yang sama, aku beritahu dia jangan terlalu takut tak mampu belajar course2 yang susah then apply course2 yang cikai2. Tak menguji kebolehan yang ada. Nanti menyesal.
Panjang aku bagi nasihat.

Menyusur sejarah diri sendiri, satu masa dulu.... Dek penangan siri Roswell dan X-Files, aku sangat terpengaruh untuk menjadi pakar kaji bulan dan bintang. Pengaruh tv memang besar maknanya pada aku. Sebab masa tu aku terfikir, kot kalau sambil2 mengkaji perihal angkasa, aku bakal tahu sama ada alien benar2 wujud di luar sana. Mahupun UFO memang ada merayau2 di ruang angkasaraya. Terutama di dada langit Amerika.

Kemudian, bila berlaku tragedi Highland Towers, aku mula pasang angan2 untuk jadi wartawan di lokasi kejadian.
Ia sesuatu yang mengujakan bilamana kau menjadi orang penting yang menyampaikan segala berita besar yang terjadi.
Dan ketika itu, semua orang tak sabar2 menanti laporan lokasi dari kau. Setiap masa. Penuh debar.
Ianya memberi rasa penghormatan buat diri sendiri pada aku. Kerja seperti inilah yang memberi kepuasan buat aku.
Mungkin aku boleh hasilkan sebuah dua buku himpunan kes2 kejadian yang berlaku.
Sebab aku juga minat menulis.
Jadi, apa yang tak terlapor di lokasi, aku boleh tambahkan dalam tulisan2 aku.

Menganjak dewasa, tv sekali lagi memain peranan dalam hala tuju kareer aku.
Masa CSI sedang menjadi fenomena hangat, aku mula pasang cita2 untuk jadi ahli forensik.
Ya, dan ia masih berkait dengan cita2 wartawan yang aku impikan dulu.
Aku boleh jadi ahli forensik, dalam masa yang sama aku juga masih boleh jadi wartawan lokasi kejadian. Ianya menjadi lebih menarik.

Aku tahu, kot ader terdetik ..... Tak boleh tinggi lagi agaknya cita2 aku?? Ya, aku tahu.... mungkin aku terlaku kuat angan2nya. Kerja, nak yang best2 je.

Masa form 5, aku amik jurusan sains tulen.
Masa tu, Sains Pertanian adalah matapelajaran wajib untuk kelas aku ambil. Maka aku menduduki SPM dengan 10 subjek.
Masa ni, otak aku dah di 'brainwash' oleh cikgu Sains Pertanian merangkap guru kelas kami, aku dah mula nampak jalan aku ke arah perladangan.
Kengkunun perintis untuk petani moden bagai lah nie.....

Masa habis SPM, sementara menunggu keputusan abah pernah suruh aku ambil kursus pendek. Perguruan.
Suruh aku jadi ustazah jer. Sebab aku ada Sijil Darjah Khas sekolah agama (aku sekolah di Johor).
Kira dengan berbekal sijil tu, aku cuma perlu ambil kursus pendek perguruan aku dah terus boleh apply jadi ustazah.
Agaknya, abah pun tak yakin dengan result SPM aku. He3....

Aku sambung belajar ke Matriks dalam jurusan Sains Hayat.
Setiap minggu bedah tikus putih dalam makmal biologi, siap dengan 'baju putih doktor' yang sungguh mengujakan.
Juga makmal kimia (siap goggles besar ala2 kepit hidong!) yang berbagai bau dan warna, yang mana kalau tak berlaku insiden cecair tumpah, eksperimen meletup2, paling2 busok pun mesti ada alatan yang pecah.
Masa tu, aku nampak seolah2 masa depan aku, kalau tak dalam bilik bedah pasti di makmal perubatan mana2.

Tapi dalam masa yang sama, aku dapat rasakan.....dalam banyak2 makmal, walaupun makmal biologi sangat lah hebat perasaannya (biarpun pernah disindir kaw2 punya dengan pensyarah sebab potong spesimen kulit bawang dan tisu pipi sangat tebal dan tak pandai tengok mikroskop pada minggu pertama lab!) aku lebih cenderung pada alat2.
Bukan pada benda hidup atau pun cecair2 berwarna dalam makmal Kimia. Aku lebih cenderung minat pada Makmal Fizik.
Main dengan alatan. Kira2. Logik masa. Pecutan. Pantulan. Graviti. Cahaya.

Jadinya, walaupun mak sangat berharap sama ada aku ambil bidang dalam cabang perubatan mahupun perguruan aku tetap bubuh engineering sebagai pilihan masa isi borang UPU.
Mak bising, tapi aku yakin kan padanya yang kebarangkalian untuk dapat adalah 1/8.
Sebab 7 lagi kursus yang aku isi dalam borang bukan pada bidang kejuruteraan.
Dan aku letak sbg pilihan ke3.
Demi mengambil hatinya juga, aku apply di U yang paling dekat dengan rumah.
Sekurang2nya dekat di matanya.
Ia juga mengubat kecewa aku sebab pilihan asal untuk apply forensik sebagai pilihan pertama ditolak mentah2 oleh mak.
Jangan ada langsung dalam senarai. Kena badi mayat nanti. Kerja tak menentu. Perempuan tak sesuai kerja macam tu dan sebagainya.

Masa dapat surat tawaran U, mak macam tak berapa puas hati.
Pilihan aku tu lah yang aku dapat.
Katanya, nanti nak kerja macam mana. Perempuan bukan senang nak dapat kerja dalam bidang engineering.
Aku yakinkan dia, rezeki bukan pada gender. Ia sesuatu yang Tuhan dah tetapkan untuk semua orang.
Dan bila aku dapat tawaran biasiswa dari syarikat yang aku kerja sekarang, mak terus tutup mulut tentang masa depan aku.
Lega agaknya. Dah nampak hala tuju aku ke mana lepas habis belajar.

Kita cuma boleh rancang masa depan.
Macam2 rancangan, impian dan harapan.
Tapi apa yang berlaku semua adalah dalam pengetahuanNya. Kerana rancangan kita takkan pernah sebaik pemberianNya.
Aku terima semua yang berlaku.
Walaupun kadang2, bila malam menjelang aku masih ada rasa ketagih mengadap langit mengira bintang dan merenung bulan.
Kadangkala juga berharap masih punya peluang buat liputan di lokasi kejadian dan menulis himpunan kisah mengenainya.
Paling tidak diberi kesempatan menjadi ahli forensik muda yang berjaya dalam kes2 yang rumit.

Kata Aflin dalam Soal Hati......Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Jadi Kenyataan.
Aku rangkumkan semua mimpi aku dalam kerjaya aku sekarang.
Troubleshoot equipment yang breakdown boleh memberi perasaan seperti kau membedah siasat kes forensik.
Kau cari setiap suspek atau root course yang menyumbang pada breakdown.
Pastu, kadang2 bila breakdown meleret sampai tengah malam, dapatlah aku peluang mengkaji dada langit sambil2 bersidai di tepi kabinet.
Mulalah berangan jadi ahli astronomi bagai neh.
Dan bila terjadi pelbagai hal dalam kerja, aku luahkan dalam penulisan aku di blog ini.
Macam wartawan yang melapor setiap kejadian.
Cita2 aku masih dapat aku capai. Tapi dengan jalan yang lain.

Mungkin dulu aku tak nampak.
Tapi sekarang aku dah sedar.
Ia jauh lebih baik dari apa yang aku hajatkan satu masa dulu.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan.




2348 : 051209
Boys Like Girls ft Taylor Swift - Two Is Better Than One
Sri Kembangan

03 December 2009

Arrghhh, tidak!!

Aku, lately ni nyanyuk menjadi2
Pergh, tua dah rupanya....

Janji nak pergi rumah membe kat Seremban Ahad lepas.
Hari ni baru teringat kau! Khamis dah neh...Khamis!
Sungguh2 lupa deh!!

Hampun....Hampun kan kami penunggu gua..........


Kak Su, really sorry....... :(

Biar dia kata hidupnya kini asyik merenung bulan, sayangnya bulan ini tetap tak mampu memberi cahaya cinta padanya dari atas sana......

Tak kiralah berapa kuat kita mengejar,
Kalau bukan milik kita
Tetap takkan dapat

Dan,

Tak kira berapa jauh ia lari,
Kalau ia memang tertulis untuk kita
Ia akan tetap datang pada kita


Satu hari nanti.

.
.
.
.
.
*Diam yang maha panjang*
.
.
.
.
.
Sumpah, ianya suatu yang tidak mudah kau ungkap

Apatah lagi saat kau cuba sembunyikan air mata dalam kata2

Cinta, ianya perlu datang dari hati

Bukan semata kerana simpati!



-End-

02 December 2009

Fallin' For You

Saja nak tepek lagu malam2 ni...... :)
*****************************
I don’t know but
I think I maybe
Fallin’ for you
Dropping so quickly
Maybe I should
Keep this to myself
Waiting ’til I
Know you better

I am trying
Not to tell you
But I want to
I’m scared of what you’ll say
So I’m hiding what I’m feeling
But I’m tired of
Holding this inside my head

I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’ve been waiting all my life
and now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you

As I’m standing here
And you hold my hand
Pull me towards you
And we start to dance
All around us
I see nobody
Here in silence
It’s just you and me

I’m trying
Not to tell you
But I want to
I’m scared of what you’ll say
So I’m hiding what I’m feeling
But I’m tired of
Holding this inside my head
I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’ve been waiting all my life
and now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you

Oh I just can’t take it
My heart is racing
The emotions keep spinning out

******************************

Saya tahu kamu tahu yang saya tahu kamu rindu saya yang merindui kamu

He3... Tajuk, kena kasik pusing sket..
Baru otak kerja keras sikit.

Akhir2 ni, aku rasa macam ada deria ke-6.
Sebabnya?
Pernah tak kau teringat kat seseorang, tiba2 orang yang kau teringat tu call kau?

Aku, kebelakangan ni banyak dah kejadian yang berlaku.
Contohnya semalam.
Pagi2, masa aku tengok kalendar....
Lepas terpandang tarikh 1 Disember, TING!!
Tiba2 keluar mentol dengan muka Dina sedang menyengih busuk pada aku.
Kau tahu kenapa? Sebab 1 Disember adalah tarikh majlis persandingan minah ni 2 tahun yang lalu.
Eh? 2 tahun dah ek?! (Kengkunun terkejut!) Aku tersengih2 dok mengenang2 memori daun pisang masa ke majlis dia dulu.
Aku kengkunun (Kengkunun ye.....Kengkunun!) nak call dia, nak wish happy anniversary bagai.
Tapi sudahnya, aku terlupa dek ingatan yang sudah lemah sekarang... Ahaks!
Alih2 masa balik keje smlm nmpk miss call dari Dina.
Bagai diseru2 kau!
Pastu masa balik keje tu jugak aku pi bayar sewa rumah. Biasanya housemate aku yang buat. Tapi sebab sekarang dia sedang mengerjakan haji, maka aku lah yang mengambil alih. Tiba2 teringat kat dia.
Sepanjang dia pergi, takde pun hantar khabar berita. Kot lah sihat ke tidak, aku pun tak tau.
Alih2 nak solat subuh pagi tadi dapat sms dari dia. Remind aku jgn lupa bayar sewa rumah.
He3, terubat rindu saya kak! Kui3....

Banyak lagi insiden yang berlaku macam ni lately ni.
Macam telepati. Berkomunikasi tanpa kata. Masing2 macam paham.
Hmm, senang nya kalau cinta pun macam tu.....

Tak yah kau ucap, aku tahu aper yang kau nak.
Tak yah aku cakap, kau dah tahu aper aku fikir.

Tak payah lah aku bersusah payah macam ni........

Kisah Korban Saya...... yang terkorban rehatnya.....

Setelah sekian lama rasanya tak menyambut Aidiladha di kampung, tahun ni kitorang sekeluarga memutuskan untuk tidak beraya di JB seperti tahun2 sebelumnya.
Dek sebab raya pun jatuh hari Jumaat, jadinya aku pun tanpa rasa bersalah (sebab dah biasa tak beraya kat kampung kanz...) mengisytiharkan akan pulang beraya pada pagi raya.
Kengkunun nak buat ala2 anak rantau pulang beraya sambil bertakbir dalam kereta.
Nampak syahdu sket. Kot macam jauuuhhh sungguh kampung halaman tu kan.....

Rabu, 2 hari sebelum raya, aku mesyuarat kat KL.
Pergh, rasa macam dah lama giler takde meeting kat KL.
Sampai pakcik admin kitorang kat opis KL tegur, katanya aku dah lama tak datang.
Aku belek2 diari, hmmm..... last datang kat KL.....2 bulan yang lepas. Mak aiihhh, padanlah.......
Sampaikan masa nak balik, aku siap buat muka kesian kat pakcik admin.....
"Tolong buka kan pintu, tak boleh keluar" Kater aku dengan muka seposen.
Katernya pulak, "sekarang nak keluar dah tak payah pakai kad2 lagi.... Tekan button tepi pintu tu jer.... Tu lah, len kali rajin2 lah datang sini!"
Huhuhu... Kena aku sebijik!
Petang tu, lepas attend 2 meeting, aku balik semula ke opis. Dengan lagak rempit, aku sampai opis dalam kadar waktu yang lebih singkat dari yang biasanya.
Pertama, sebab ada hal yang aku nak kejarkan.
Kedua, kepala aku sakit. Migrain tiba2.

Malam, lepas maghrib aku tido. Lena. Macam orang mati. Bangun2 jam pukol 2100.
Aiseh, baru teringat staff2 aku masih terkandas buat troubleshoot kat Bangi.
Housemate aku pulak sms. Katernya malam ni dia dah ke kampung. Tak balik. Tinggallah aku sensorang.
Alah, saper nak layan tengok Reaper ngan aku neh?
Sebab tak nak mati kebosanan aku call staff aku, bgtau nak join sekaki kalau kes masih belom setel. Aku call mak mintak izin nak keje sampai lewat malam. Mungkin bawak ke pagi.
Ko tau Bangi tu bukanlah jauh sangat kot dari rumah ni, tapi dek kerana dah memang orang jenis buta arah kanz..... Jenuhlah aku mencari jalan nak ke sana.
Dah la malam, sensorang lak tu. Dengan gigih gagah, pukol 2330 aku sampai depan pagar Ibusawat Bangi.
Sampai kol 0500 pagi Khamis barulah setel. Nak balik umah, macam tak berbaloi.
Kol 0800 pagi nak kena gerak ke tempat lain pulak.
So, kitorang stay lah tido kat ibusawat sampai pagi.
Dalam kol 1100 pagi semua setel.
Lepas hantar staff aku yang sorang tu ke stesen ketapi Bangi, aku balik ke opis hantar rak dan spare2 kad.
Dengan tak mandi pagi, muka pulak tak cukup tido, jeans rabak dan selipar murahan aku tu aku sempat pulak bertegur sapa dengan boss.
Mintak book off. "Boleh lah saya terus balik kampung!" Kater aku dengan nada riang ria cuti sekolah. Boss jeling je dgn jelesnya... Hehehe.
Kol 1200 aku sampai rumah.
Mandi macam nak rak, kemas baju ala kadar aku terus cabut balik Melaka.

On da way mak call... " Jadik balik tak?" Dengan nada yang paling cemas.
"Mestilah jadik.... on da way neh!" Dengan penuh semangat.
"Ko dah tido belum?" Masih cemas.
"Dah.... kol 0500 pagi tadi sampai 0615. Lepas suboh pun dapat lah tido2 ayam. Sekarang kol 1300, agak2 dalam kol 1430 orang sampailah".

Pukol 1500 aku sampai kampung, mak terus sambar beg2 aku.
"Dah...dah... pi tido". Hoho, sungguh mengharukan!
Aku aper lagik.......
Lepas salam2 semua makhluk2 yang ader, aku basuh kaki, basuh muka....
BUMM! Ke bulan sudah!
Kol 1600 bangun, sebab teringatkan solat asar.
Zohor dah siap niat nak jamak ke Asar kan.... kot kalo Asar pun tak solat, takut2 aku 'disolatkan' tiba2 saper pulak nak tolong jawab.
Bangun2 nek aku tanya... " Puas tido?"
Pergh.... kot kalo nak tanya puas tido sehari suntuk pun masih tak dapat nk 'qada' semalaman tak tido.
Aku buat muka macho je jawab. "Puas nek, dah biasa...." Anak2 buah masing2 buat muka kagum . Pergh! ;p

Pagi raya, kitorang buat sikit majlis makan2.
Tahun ni kami 7 sekeluarga korban seekor lembu. Alang2 ada rezki lebey, aku pakat ngan Along nak share belanja berdua.
Eksited kemahin lagik.
Selain tengok 'lembu sendiri' dibuat korban, kitorang buat sendiri tugas2 melapah, bahagi daging hinggalah ke penghantaran dari rumah ke rumah. Semuanya ahli2 keluarga besar saya yang buat. Berbaloi punya keluarga besar.
Meriahnya macam nak rak kater orang.
Oh yer, kami korban pada raya kedua... Hari Sabtu.

Malam raya, selain ruang depan tv yang penuh macam panggung kala hujung minggu (sebab penangan Nur Kasih episod akhir kanz....), rumah nek dah macam pasar bunyiknya.
Keluarga kitorang kalau berbual, boleh cross channel. Dalam satu masa boleh semua orang bercakap serentak dan semua orang mendengar semua cerita dalam satu masa yang sama.
Hebat tak?
Hmmm, tak masuk lagik dua orang budak cute yang sungguhhh..... duh, comey!

Ia mungkin Aidiladha kami yang terakhir bersama.
Sebab biasanya memang takde siapa pun antara kitorang yang beraya kat kampung.
Masing2 beraya kat rumah masing2 jer.
Sesekali buat, ia jadi lebih manis dan lebih bermakna.

Ia menggantikan Aidilfitri kami yang kelam tempohari.
Bezanya cuma ketupat rendang diganti dengan sup tulang yang sungguh..... hmmm, sedap sekali!