02 March 2009

................

Minggu lepas adalah minggu terbaik yang pernah saya lalui untuk tahun ini.
Nak tahu kenapa?
Ini adalah kerana saya berjaya melarikan diri dari kekalutan kerja yang melambak2 tanpa rasa bersalah.
Saya mohon cuti Khamis dan Jumaat untuk menemankan Sab yang perlu mengajar di Melaka.
Saya tinggalkan segala testing, meeting dan kerja yang menjanjikan sakit kepala juga sakit jiwa.
Dan ia meninggalkan perasaan terhebat dalam diri bila dapat berhujung minggu bersama keluarga di Johor tanpa sebarang gangguan.
Seingat saya sepanjang hujung tahun lalu, setiap kali boss, saya mahupun staff2 saya bercuti pasti saya diganggu atau mengganggu.
Ia sungguh tidak memberi makna cuti yang sejati.
Tetapi seperti biasa, walau saya punyai cuti yang terbaik akhirnya saya perlu kembali ke realiti bahawa kerja2 yang menyakitkan kepala itu sentiasa menanti saya sebaik saya pulang dari cuti.



020309 : 1255 am
Ada Band - Haruskah ku Mati
Cyberjaya

No comments: