10 March 2009

Bersama kita merungkai permasalahan ini....... Cewah!!

Kebelakangan ni, aku asyik terbaca tentang pendatang tanpa izin.
Pekerja mati di tempat kerja, kes pembunuhan, isu permit dan pelbagai.
Minggu lepas, Mazidul Akmal buat pendedahan dalam 360 tentang pendatang Bangladesh yang terkandas bawah jambatan berdekatan LRT Damai. Haha, aku dah macam peminat setia Mazidul pulak kebelakangan ni.
Aku tak sempat tengok sebab masa tu aku sedang berbahagia ke bulan. Terlalu penat.
Sayang sekali aku terlepas.
Beberapa hari selepas pendedahan di buat, pendatang2 ini diserbu dan di bawa ke pusat tahanan.
Apalah nasib mereka. Malang bertimpa2.
Kita pula berbangga, dapat tangkap begitu ramai pendatang asing. Betapa bersungguh2nya kita dalam menangani lambakan PATI ini.
Bukankah tu lambang kelemahan kita sendiri. Sibuk mencanang berjaya mengubati, sedangkan sepatutnya kita mencegah penyakit ini sebelum merebak.
Undang2 kita cukup, semua ada. Rangkum semua. Itu dan ini. Perlaksanaan zero.
Tepuk dada tanya selera.

Kita, sebagai rakyat negara yang 'aman' selalu pandang serong pada golongan ni.
Tak kira lah Bangladesh, Indon, Nepal, Myanmar, India, China atau dari mana saja.
Kes bunuh, kes samun, kes pelacuran, kes curi, kes seludup dadah, kes pecah rumah, kes rogol dan banyak lagi.
Tu semua kerja depa.
Tapi tak bermaksud rakyat kita sendiri tak buat perkara2 jenayah atau masalah2 sosial lain.
Aku tak pernah dengar kes mat rempit yang langgar lari polis di buat oleh pendatang asing.
Kes2 buli di sekolah sehingga maut juga bukan orang lain yang buat.
Kes sumbang mahram, kes amuk, kes gantung diri bila frust bercinta....
Itu juga kelakuan anak Malaysia kita. Bangsa yang kita bangga2 kan sangat.

Bila ada kemalangan, pembunuhan atau kejadian2 yang tak diingini... Pernah tak ayat ni terkeluar dari mulut kita?
"Nasib baik yang mati tu Bangla..... Indon mati, mesti Indon jugak yang bunuh.... bla..bla..bla..."
Apa ada bezakah nilai nyawa kita dengan mereka?
Aku tak kata orang lain. Aku cuma ingatkan diri sendiri.

Tipu lah kalau aku kata aku suka tengok mereka ramai2 di sini.
Sejak mereka berduyun2 datang ke sini, berapa banyak kes jenayah yang berlaku?
Sesetengahnya samseng. Buat kacau. Tunjuk bangsat. Kita rasa tak selamat dengan kehadiran mereka.
Asal hujung minggu, di KLCC, pasar seni, masjid jamek malah dalam LRT pun bersepah muka2 asing ni. Pelbagai rupa, pelbagai gaya, pelbagai bahasa dan pelbagai bau........
Seolah2 kitalah yang asing sebenarnya.
Melepak beramai2, buat kita rasa terganggu. Tak tenteram. Rasa curiga.
Di stesen minyak mereka, di Mekdi dan Ke-ef-ci mereka, di kilang2 juga mereka.
Patutlah ramai rakyat kita yang menganggur.

Kadang2, bila lalu tapak pembinaan pernah tak kita terfikir...
Tanpa mereka yang berpanas terik memerah keringat sambil berdepan 1001 risiko, mampukah kita berbangga pada dunia luar dengan bangunan2 pencakar langit yang kita ada?
Kita terlupa jasa mereka.
Rakyat kita tak mampu buat semua tu. Sebab status kita terlalu tinggi. Apa kelas kerja sebegitu? Ye tak?
Macam tengahari tadi, dalam perjalanan aku dari tempat testing ke pejabat aku nampak seorang lelaki.
Muka ala2 Bangla. Tengah potong hujung2 pokok di tepi jalan.
Bayangkanlah bawah panas terik yang menyengat kulit.
Drive dalam kereta berhawa dingin pun tak mampu nak bagi rasa nyaman.
Entah macam mana lah mereka ni bekerja. Hari2.
Tepi jalan. Berhabuk. Malah bahaya juga.
Panas. Kadangkala hujan. Jerebu sesekali.
Dengan gaji yang tak seberapa.
Aduhai.

Kita memang tak pernah menghargai apa yang kita ada kan?
Kita punya gaji besar, rumah besar, kereta mewah, pejabat yang cantik, kerja yang bagus, keluarga yang bahagia. Tapi selalu saja merungut kekurangan.
Ada orang sangat susah mengejar kesenangan.
Bersusah payah menyorok meredah laut dan hutan. Tinggal di rumah kotak. Bawah jambatan. Di rumah tinggal.
Di bumi asing.
Berhempas pulas mencari rezeki yang tak sebanyak mana.
Untuk menampung diri sendiri entah lepas entah tidak.
Berkongsi pula hasil dengan anak isteri yang jauh.

Abah aku cakap, tak semua yang datang ke sini tiada pelajaran.
Ada Bangla di kawasan kejiranan kami yang punya ijazah dalam bidang perubatan.
Sepatutnya tempatnya di hospital, di klinik. Dengan kerja yang bergaya. Beruniform putih. Berdamping dengan cik2 misi yang manis2. Gaji yang berbukit tingginya. Malangnya di negara asal tak dapat menjanjikan semua tu. Merempatlah menumpang senang di bumi bertuah kita.
Ya, kita 'bertuah' kan?
Tapi Bangla ni baik. Takde rumah. Tinggal menetap di masjid sahaja. Di luar masjid.
Tak ganggu orang. Malah selalu turut serta dalam aktiviti keagamaan yang masjid anjurkan.
Ringan tulang dan ramah berbahasa melayu pelat.

Masa kami renovate rumah dulu pun, pekerja Indon yang buat. Dua beradik.
Kerjanya elok. Hasilnya bagus. Takde curi2 tulang. Tak pernah ganggu kami anak beranak.
Bila ada kebocoran atau tertanggal sana sini, kami panggil dia betulkan.
Tak pernah letak upah, katanya ikut seikhlas hati nak beri berapa.
Padanya, mengupah sudah cukup baik. Bermaksud ada rezeki lebih.
Orang susah lebih menghargai biarpun pada perkara2 yang kecil.

Aku tak kata kita harus menyokong kedatangan mereka. Aku tak suruh kau sambut dengan kompang dan kalungan bunga di leher.
Andai mereka salah, hukumlah selayaknya.
Tapi kalu tidak, berilah mereka kesempatan untuk memperbaiki hidup yang menghimpit.
Beri mereka sedikit ruang. Lihat dari sudut pandangan kemanusiaan kita. Andai begitulah nasib kita, bagaimana rasanya?

Kita sama2 menumpang di bumi Tuhan.
Rezeki juga Tuhan yang beri. Berbagilah.


110309 : 0012 am
VE - Tak Mengapa
Sri Kembangan

No comments: