06 March 2009

Jalan-jalan cari pasal

Seminggu dua ni aku memang cari pasal saja.
Banyak habiskan masa dalam kereta.
Travel sana sini.
Ke Cyberjaya, ke Subang Jaya, ke Putrajaya.....
Last week 2 hari cuti ke Melaka.
Hari Jumaat tu, aku drive seorang diri dari Melaka terus ke Gombak.
Jemput adik aku.
Sampai2 Gombak, kami gerak semula balik ke JB pula.
Takde kerja betul.
Ahad, aku gerak sendiri dari JB.
Mungkin sebab boring drive seorang diri, perjalanan jadi sangat sekejap.
Pukul 1000 pagi dari rumah, pukul 1330 dah selamat tercongok di rumah di Sri Kembangan.
Mak aku cakap aku bawak macam pelesit.
Kakak serumah kata aku 'terbang'.
Aku cakap, mana ada laju.... aku bawa skema je.
Aku tak drive sampai 180 km/j macam yang 'orang tu' buat.
Itu bukan setakat cari pasal...... Itu cari nahas namanya....;p
Weekend ni balik kampung di Melaka pula.
Minggu depan, jadual kerja aku padat ke sana sini.
Bersawang lagi meja aku di pejabat nanti.
Aku teringat Ros, housemate lama di Keramat.
Satu masa dulu dia asyik berulang balik ke Kelantan atas macam2 alasan.
Mak dia selalu cakap padanya, nanti umurnya habis di perjalanan.....tua dalam bas saja dia sebab perjalanan KL - Kelantan bukannya sejam dua.
Nampaknya, sekarang giliran aku pula.



060209 - 1203pm
Nidji - Biarlah
Cyberjaya

No comments: