18 Feb 2009
21:56 pm
Pagi tadi, masa tengah kelam kabut nak pergi kerja ada seorang uncle tahan kereta aku.
Uncle ni memang hari2 aku nampak dekat kejiranan kitorg.
Jalan lambat je, itu pun dengan bantuan tongkat yg 4 kaki tu.
Aku pun dgn penuh sifat2 murni lagi berbudi pekerti belia harapan negara pon berenti lah.
Dia tanya aku lalu tak depan tong sampah hok besar gedabak dekat kawasan flat kami tu. Haruslah aku jawab lalu. Dah sah-sah lah situ jalannya one way.
Takde jalan keluar lain lagi dah, memang akan lalu.
Katanya mahu tumpang ke sana.
Mula2 dia cakap aku tak paham sepatah haram pun.
Cakap terketar2, bahasa tunggang langgang.
Aku soal dia dua tiga kali, minta dia ulang apa yang dia cakap sampaikan kereta di belakang hon sebab aku berhenti lama di tengah2 jalan.
Last2 aku park tepi.
Lama juga lah aku menunggu uncle tu seberang jalan menuju ke kereta aku.
Whooaa, aku ni bukan lah warga yang berbudi bahasa sangat.
Tambahan pula aku spesies yang sangat mudah curiga pada orang.
Jangan2 orang ni nak rompak aku, jangan2 dia ni lah pencuri seluar dalam itu, jangan2 dia ni kat rumah kaki pukul dan bagai2 lagi lah andaian2 jahat aku. Selalunya.
Tapi, melihatkan keadaan uncle yang tak semenggah mana tu, aku pun bagilah tumpang.
Tapi hati aku berkira2. Gadis berbudi pekerti sebenarnya bukan lah imej aku.
Ntah mandi ntah tidak uncle ni.... Ish, buat lambat aku pergi kerja je lah dia ni......Dah takde orang Cina lain ke kau nak minta tolong..... bla..bla...bla....
Sebab tak tahan tengok dia terkial2 masuk dalam kereta, aku pun tolonglah juga dia masuk dalam kereta walaupun hati aku sangat melonjak2 nak cepat blah sebab aku ada mesyuarat di KL pagi ni.
Katanya, umurnya dah mencecah 86 tahun.
Kakinya sudah tak kuat. Selalu sakit2.
Apa2 saja lah uncle.......
Sampai di tempat yang di tuju, aku berhentikan kereta.
Aku bantu dia supaya cepat sikit dia blah.
Masa dia terkial2 nak keluar aku teringat kaki kanan aku yang dah beberapa hari sakit.
Susah nak jalan, pijak pun sakit. Bengkak. Aku memandu dengan menahan sakit yang tak seberapa itu.
Agak2 bila aku sakit macam uncle ni, dan minta tolong pada orang lain apa pula perasaan orang tu kan?
Mungkinkah tak ikhlas macam aku sekarang ni juga?
Sepatutnya aku sedar hukum Karma memang wujud, buat baik di balas baik.
Apalah salah kan sesekali kita tolong orang?
Kau tahu apa jadi pada aku pagi tadi?
Tak jadi apa2. Perjalanan aku yang sudah lambat itu sungguh lancar tanpa sebarang kesesakan. Aku berjaya sampai tepat pada masanya.
Balasan tolong orang tua barangkali.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment